sarapan dengan roti. Dah, papa mana sempat nak masak...’ Aku pujuk hati yangkukira agak terganggu sedikit. Ingatan buat mama makin kuat sehingga air matatertahan-tahan untuk kualirkan. Jangan! Jangan menangis lagi. Aku harus kuat.Dengan semug nescafe segera dan bread yang disapu jem, aku bersarapan denganberselera sekali.Sarapan sudah, tengah hari nanti aku nak makan apa ya? Masalah, masalah.Aku pura-pura menjenguk peti sejuk. Goreng telur pun tak master lagi, nak masakayam, ikan, sayur ni lagilah. Dah, aku makan mi maggi je lah. Apa susah! Kalausetakat maggi tu, bolehlah aku masak. Sedap tak sedap, aku yang makan bukanorang lain pun. Deringan telefon di ruang tamu mematikan lamunan yang takseberapa panjang.“Aku nak pergi rumah abang aku tak lama lagi. Kakak ipar aku baru je lepasmelahirkan baby baru...Ish, tak sabar. Abang suruh aku jadi babysitter, tolong apa-apa yang patut. Kau buat apa cuti ni?”Aku membisu. Pertanyaan rakan sekelasku, Anna itu membuat akumenerawang jauh. Semalam pun sepupuku, Izan bertanya benda yang sama.“Aku tolong mak dekat restoren dia cuti ni. Tak tahu nak buat apa lagi, makpun kebetulan ajak aku kerja ngan dia kat situ. Kau tak nak ikut? Mak ada tanyapasal kau...” soalan itu pun aku tak jawab semalam. Sebenarnya masih buntu. Taktahu nak buat apa & masih tak terjangkau pun dalam otak aku ni untuk bekerja.Korang pun tahu aku tak pandai buat satu benda pun. Macam mana tu?“Kalau betul-betul nak kerja, papa tak halang. Lagipun, duduk kat rumah punAri tak buat apa-apa. Yang penting Ari dapat pengalaman & buat kerja yang betul.Papa tak kisah...” Itulah komen papa bila aku kasi tahu dia pasal hasrat tak pastiaku ni. Emm, papa dah kasi can, tapi aku ni boleh ke kerja kat restoren tu?Hari pertam bekerja merupakan hari paling buruk yang pernah aku lalui. Apataknya, aku menyusahkan sekalian manusia & alam ini dengan keadaanku yangserba-serbi tak tahu. Aku pecahkan tiga pinggan, 2 mug, tersalah bagitahupesanan, terlanggar pelanggan dan paling haru tergelincir kat tempat mencucipinggan mangkuk apa semua. Punyalah sakit punggung aku. Mujur bukan depanpelanggan-pelanggan yang tengah menikmati makan tengah hari. Izan apa lagi,syoklah ketawakan aku. Bukan nak tolong pun.Balik rumah, aku memang terus baring. Tahan sakitlah, apa lagi. Tapi, palingaku rasa bersalah ialah memecahkan salah satu mug kesayangan aunty, mak Izan.Mahal mug tu. Rasa bersalah sebab dah menghuru-harakan perniagaan dia gak.Apalah nak jadi dengan aku ni. Anak dara apa ni! Bila teringat apa yang papacakap dengan arwah mama dulu, aku memang rasa menyesal kerana marah-marahngan papa. Ya, arwah mama terlalu manjakan aku sebagai anak tunggal sehinggadia tak menyedari aku sudah menjadi gadis sunti yang tidak punya ciri-ciriseharusnya.
Leave a Comment
nice...=)