Pembinaan Tamadun dalam Konteks Islam Hadhari
Kemerosotan dan kemunduran tamadun Islam merupakan perkara yang sering diperkatakan, bukan sahaja oleh para pemikir moden tetapi juga ulamak dan negarawan. Kemorosatam tamadun Islam ini menjadi semakin parah di sekitar abad ke 18 dan negara-negara Islam dijajah. Umat Islam mengalami kebekuan pemikiran dankerohanian. Kemunduran ini bermula dari rentetan jatuhnya Baghdad di tangan tentrera Mongol pada tahun 1258.Beberapa pandangan dan pendapat diberikan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada kelemahan umatIslam dan cara mengatasainya.Antara perkara yang sering ditimbulkan ialah kefahaman yang salah terhadap Islam, amalan umat Islam jauh terpesongdari ajaran yang sebenar. Menyedari hakikat ini, para reformis Islam mula mengerahkan tenaga dan fikiran untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang luhur.Antara ulamak reformis yang membicarakan perkara iniseperti Jamaluddin al-Afghani, Sayyid Qutb, Hassan al-Banna, Muhammad Abduh, Maududi, Syed Ahmad Khan, AgusSalim, Sokarno dan Mahathir Mohamad
Kepentingan sirah dan Manhaj Nabawi
Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan memahami sirah ialah agar setiap orang muslim memperolehigambaran sebenar tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammads.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirahmengandungi beberapa faedah. Antara lainnya ialah memahami keperibadian nabi melalui celah-celah kehidupan dankeadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahawa nabi Muhammad bukan sahaja seorang yangterkenal di antara kaumnya sahaja tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah denganwahtu dan taufik dariNya. Kedua ialah agar manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan yangutama untuk dijadikan dastur dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi, betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah secara jelas dansempurna.Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang beermaksud :
“ Sesungguhnyatelah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21)
Ketiga ialah agar manusiamendapatkan dalam mempelajari sirah Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allahdan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskanmaksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya.Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan danilmu-ilmu Islam yang benar, sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi bahawakehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum. Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah Rasulullah s.a.w. seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode dakwahnya.Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan bagindamencakupi seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai peribadi ataupun sebagai anggotamasyarakat yang aktif. Kehidupan Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yangmengerahkan segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam. Juga sebagai ketua negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai muslim secara keseluruhannyadapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga danmasyarakat dengan baik. Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan ini secarakeseluruhan yang tercermin dalam qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang pembukakota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaanMekah dan jika anda mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda berada di antarasahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukanoleh Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar maka gambarkanlah anda berada di antaraJibrail yang menyampaikan wahyu kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah s.a.w dalammeletakkan hajarul Aswad.
Nilai-Nilai Agama Pendorong Memperkasa Tamadun
Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu
Leave a Comment
ciri-ciri tamdun islam