You are on page 1of 22

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS
Tajuk ini menerangkan tentang konsep pentaksiran berfokus kepada definisi, proses dan kegunaan pentaksiran dalam pendidikan. Tajuk ini juga menghurai pelbagai cara pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dalam pendidikan

HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pendidikan khas Membina pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul maklumat

PENTAKSIRAN

Definisi : Menurut Gronlund (1993), pentaksiran merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran juga merupakan proses memerhati dan mencerap pembelajaran serta mengintepretasikan maklumat berhubung pembelajaran seorang murid. Kesimpulannya pentaksiran adalah satu proses mengumpulkan maklumat untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih berkesan.

TUJUAN PENTAKSIRAN
Memberi maklumbalas kepada murid untuk membaiki pencapaian. Mendapatkan maklumat yang berkualiti bagi membuat interpretasi yang sah dan boleh dipercayai mengenai pembelajaran murid. Mengenal pasti jika murid memahami kurikulum yang diperlukan dan mengajar semula jika murid tidak memahaminya. Memberi maklumat kepada ibubapa/penjaga tentang prestasi pembelajaran anak/ anak jagaan mereka.

BIDANG PENTAKSIRAN
Pentaksiran dan penilaian bagi murid bermasalah pembelajaran seharusnya dijalankan secara individu dengan mengambilkira semua aspek seperti berikut: Kemahiran kognitif

Kecerdasan Memori

BIDANG PENTAKSIRAN

Kemahiran motor
Motor kasar Motor halus

Kemahiran persepsi
Persepsi visual Persepsi auditori

Pencapaian akademik
Bacaan Tulisan Matematik

BIDANG PENTAKSIRAN

Kemahiran bahasa
Bahasa eskpresif Bahasa reseptif

Tingkah laku Keadaan sosial dan emosi Kesihatan Pemeriksaan penglihatan Pemeriksaan pendengaran

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Pentaksiran Alternatif Pentaksiran alternatif adalah berasaskan pendapat bahawa murid boleh membuat akses pembelajaran kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menyemak sendiri perkembangan linguistik dan proses pembelajaran. Satu contoh pentaksiran alternatif ialah pentaksiran pencapaian (performance assessment) seperti bermain alat muzik, menari, mengguna alat sains, menyumpit, memancing ikan dan lain-lain.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pentaksiran pencapaian adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid sedang melakukan sesuatu aktiviti tingkah laku serta berinteraksi dengan orang lain. Pentaksiran pencapaian juga dikenali sebagai pentaksiran autentik kerana ia menilai kebolehan murid untuk melakukan sesuatu tugas dalam keadaan atau situasi yang sebenar (real life task/ situation). Pentaksiran jenis ini memberi peluang untuk mentaksir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan untuk mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dengan orang lain.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Ujian Saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah. Satu alat pengukuran yang menyeluruh membantu mengesan murid yang lemah. Untuk mengasing dan menentukan kumpulan murid Dilaksanakan melalui ujian formal atau tidak formal sama ada secara individu atau kumpulan

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Dalam pendidikan pemulihan ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahirankemahiran asas oleh murid pemulihan secara individu untuk mengikuti sesuatu program. Ianya dapat mengenal pasti murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Ujian Diagnostik Ujian diagnostik adalah satu instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara spesifik yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuannya adalah untuk: Mengenal pasti secara khusus kesulitankesulitan yang dihadapi oleh murid. Mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut Kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Membantu guru merancang objektif pengajaran. Membolehkan guru merancang dan membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Analisis Tugasan Bagi sebilangan murid, sesuatu tugasan yang diberi tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri darpada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya sebelum menguasai tugasan atau kemahiran yang lebih berat. Murid mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Untuk mengajar murid menjalankan sesuatu tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar. Guru perlu mengenal pasti apakah kemahirankemahiran kecil yang terdapat dalam sesuatu tugasan, dan kemudian menguji kebolehan murid menjalankan tugasan tersebut. Guru akan mengajar murid kemahiran-kemahiran kecil yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Portfolio Pentaksiran portfolio merupakan satu cara pentaksiran yang amat popular digunakan dalam kalangan guru. Pentaksiran jenis ini dijalankan secara berterusan. Kelebihan cara pentaksiran ini ialah sampel-sampel kerja yang disimpan dalam portfolio boleh menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh murid dengan ketara. Sampelsampel kerja tersebut boleh digunakan sebagai bukti pencapaiannya.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Pemerhatian Pemerhatian merupakan satu alat yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat khususnya yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekod hasil pemerhatian. Pemerhatian juga sesuai digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai tingkah laku dan kemahiran sosial murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Senarai semak Senarai semak merupakan instrumen pengumpulan maklumat yang berstruktur. Soalan-soalan spesifik dikemukakan dan responden hanya memilih jawapan mengikut pandangannya. Temu bual Kaedah temu bual sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan murid dengan cara menemu bual ibu bapa, guru-guru yang lain serta rakan sebaya murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Skala Pengkadaran Bentuk skala pengkadaran hampir sama dengan senarai semak. Jika senarai semak memerlukan respon ya atau tidak, skala pengkadaran memerlukan satu skala persetujuan diberikan dan responden perlu memilih darjah persetujuannya.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Analisis ralat. Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar boleh dijadikan petunjuk mengenai kemahiran yang belum dikuasai. Sampel kerja

Rekod lama

You might also like