You are on page 1of 9

CIRI-CIRI DAN ELEMEN DRAMA FAZIAH SULAIMAN IPBMM Ciri-ciri Drama Pada umumnya drama mempunyai ciri-ciri yang

berikut: Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskah dan lebih bertujuan untuk dipentaskan, Naskah drama boleh berbentuk prosa atau puisi Pada kebiasaannya drama terdiri daripada dialog-dialog yang disusun oleh pengarang melalui watak-watak yang diwujudkan. Pengarang menyampaikan pemikirannya melalui dialog watak-watak tersebut. Konflik menjadi unsur penting dalam drama. Konfliklah yang menggerakkan plot, iaitu ciri penting dalam sesebuah skrip drama. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak boleh dianggap sebuah drama, sebaliknya hanya sebuah sketsa sahaja. Gaya bahasa dalam drama biasanya mengikut latar masa dan latar masyarakat yang diwakilinya. Ini bagi memastikan drama tersebut benar-benar mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang. Jenis-jenis Drama Drama terdiri daripada pelbagai jenis. Empat jenis utama dalam genre drama ialah: Tragedi : drama yang memaparkan kisah duka dan tragis. Wira atau pelakon utama digambarkan mengalami nasib malang dan diakhiri dengan tragidi. Komedi : drama yang bersifat lelucon dan menghiburkan. Drama yang memaparkan tema yang serius dalam bentuk lucu dan menggembirakan. Drama begini juga biasanya bersifat

menyindir masyarakat (komedi situasi) dan plotnya diakhiri dengan kepuasan hati pembaca atau penonton. Melodrama : drama yang bersifat sentimental dan ceritanya sering mendebarkan serta mengharukan. Drama begini biasanya menyentuh emosi penonton dan berlebih-lebihan. Dagelan (Farce): drama yang bersifat komedi murahan atau konyolan. Drama begini hanya mementingkan hiburan ringan dan murahan sahaja. Plot cerita dalam drama dagelan biasanya longgar dan tidak ada wacana.

Komponen Drama Enam komponen penting dalam sesebuah drama ialah:

PEMIKIRA N (TEMA)

WATAK

AKSI LATAR

PLOT/STRUKTUR DRAMATIK

BAHASA

Pemikiran

Pemikiran atau tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti cerita. Pemikiran atau tema hanya dapat ditentukan apabila sesebuah skrip itu selesai dibaca atau setelah sesebuah pementasan selesai ditonton. Pemikiran juga merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disalurkan melalui dialog dan aksi watak-watak yang memainkan peranan serta konflik yang ditimbulkan dalam cerita. Pemikiran atau tema ini diperjelaskan atau dikukuhkan dengan persoalan-persoalan atau isu-isu kecil yang ditimbulkan dalam cerita.

2 Watak dan Perwatakan Watak pula ialah peranan yang ditimbulkan oleh penulis dalam skripnya. Watak ini boleh terdiri daripada manusia, binatang atau benda yang dihidupkan . Watak merupakan elemen terpenting dalam drama. Biasanya terdapat cirri-ciri umum dan khusus yang tersendiri pada sesuatu watak. Skrip yang baik biasanya memilih watak yang menarik, ada kelainan dan keistimewaan. Sebagai contoh sifat dan sikap watak Badut dalam skrip Jangan Bunuh Rama-Rama. Perwatakannya berbeza dengan manusia biasa yang terdapat dalam kehidupan harian. Dialog-dialognya juga membayangkan betapa dirinya seorang manusia yang dinamik . Dinamik bermaksud berubah, bulat atau bundar. Ada perubahan sikap atau pemikiran dalam diri watak. Pada mulanya Badut seorang raja yang berkuasa , akhirnya menjadi badut yang menghiburkan orang lain. Dia mengembirakan dan membuat orang tertawa dengan lawaknya, tetapi dalam dirinya dia sendiri menangis tiada orang yang tahu. Dalam sesebuah drama juga terdapat watak utama dan watak sampingan . Watak utama ialah watak yang menerajui sesebuah drama dan biasanya juga

menjadi protagonis (menyokong idea penulis) manakala terdapat pula antagonis atau watak yang menentang idea tersebut. Ini akan menimbulkan konflik dalam cerita.

3 Aksi Aksi dalam drama merupakan elemen penting, terutama apabila sesebuah drama itu dipentaskan. Di dalam skrip biasanya aksi ditulis secara minimum untuk menegaskan sesuatu keadaan. Berbanding dengan genre prosa yang lain seperti novel dan cerpen, penjelasan aksi atau gerak laku watak amat terhad dalam skrip drama. Pembaca biasanya akan membayangkan sendiri aksi atau tindak tanduk watak melalui dialog yang dituturkan. Untuk mementaskan sesebuah drama, pengarah perlu membuat penafsirannya sendiri dan perlu mengolah skrip menjadi sebuah naskah yang dihidupkan di pentas. Inilah keistimewaan sesebuah skrip drama. Ini disebabkan drama bukan sahaja dinikmati melalui pembacaan, tetapi juga sebagai sebuah seni pementasan.

4 Latar Latar pula merupakan elemen penting untuk menjelaskan tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan. Seperti karya genre lain, drama juga memberikan penerangan tentang latar sesebuah cerita. Namun demikian, penerangan agak terhad . Gambaran yang diberikan oleh penulis skrip biasanya tidak terperinci seperti dalam novel dan cerpen. Ini juga dipengaruhi oleh sifat drama itu sendiri yang tujuan utamanya untuk dipentaskan . Walau bagaimanapun biasanya gambaran yang diberikan memadai untuk difahami oleh pembaca. Dalam sesebuah drama pentas, biasanya latar agak terbatas. Ini desebabkan, terdapat kekangan dalam menukarkan set dan prop dari satu babak ke satu babak seterusnya. Oleh itu, latar masa juga menjadi terhad.

5 Plot atau Struktur Dramatik Plot atau struktur dramatik dalam sesebuah drama terbina melalui dialog dan gambaran aksi watak-watak. Bahasa juga menjadi elemen penting dalam menentukan perkembangan cerita atau senario dalam sesebuah drama. Drama dibangunkan dengan konflik, jika tidak ada konflik, sesebuah drama itu akan menjadi hambar dan boleh diumpamakan sebagai satu perkisahan sahaja. Oleh itu konflik memainkan peranan utama dalam membangunkan sesebuah drama. Bertolak dari konflik dan keteganganlah peristiwa-peristiwa itu digerakkan dan dilanjutkan sehingga kepada peleraiannya. Biasanya dalam drama ada masalah dan penulis akan memberikan jalan penyelesaian masalah di akhir ceritanya. Namun demikian, ada juga drama yang membiarkan penyelesaian masalah itu ditentukan oleh penonton atau pembacanya. Sebuah drama yang baik akan mengelakkan anti klimaks atau penyelesaian yang telah diduga oleh pembaca atau penonton. Oleh itu, penulis yang bijak akan dapat mengekalkan suspen atau perasaan ingin tahu kepada pembaca atau penonton dan sebaiknya peleraian cerita merupakan sesuatu yang di luar jangkaan. Jika dalam sesebuah novel, pembahagian peristiwa ditulis mengikut bab, dalam drama pula digunakan babak, adegan atau episod. Babak ialah sesuatu bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam satu latar tempat dan masa. Jika berlaku pertukaran latar masa dan tempat, maka berlakulah perubahan babak. Di samping itu jika sesuatu peristiwa itu berlaku dalam satu latar tempat yang sama (set, prop dan tirai latar yang sama), tetapi pada latar masa yang berbeza, peristiwa tersebut masih di dalam babak yang sama, tetapi telah berubah kepada adegan yang berlainan. Oleh itu adegan bermaksud pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam latar tempat yang sama tetapi masa yang berbeza. Episod pula ialah satu peristiwa yang

10

lengkap dan boleh berdiri sendiri, biasanya digunakan dalam drama telivisyen yang bersiri. Istilah episod amat jarang digunakan dalam drama pentas atau teater. Selain istilah babak, adegan dan episod, dalam sesebuah skrip drama juga terdapat prolog dan epilog. Jika dalam penulisan naratif biasanya disertakan mukadimah, dalam drama digunakan istilah prolog. Prolog ialah unsur penceritaan naratif (boleh juga dalam bentuk puisi atau dialog memperkenalkan watak) yang disediakan di awal skrip bagi memperkenalkan sesuatu situasi atau watak atau pengenalan cerita. Biasanya, dalam sesebuah pementasan, prolog dibacakan sebagai suara latar dan kadang kala disampaikan sebelum tirai dibuka. Epilog pula disampaikan di bahagian akhir cerita sebagai penutup drama. 6 Bahasa Bahasa juga elemen penting dalam drama. Oleh kerana drama terbina dengan dialog dan aksi watak-watak yang diwujudkan oleh penulis, bahasa menjadi wahana kepada pemikiran dan pemangkin tumpuan pembaca. Sebuah drama yang baik biasanya menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan berkesan menyampaikan mesej . Gaya bahasa juga menjadi aspek yang mempengaruhi mod atau cepat lambat perjalanan skrip. Jika bahasanya meleret dan terlalu sukar difahami, akan menjadikan pembaca bosan dan hilang konsenterasi. Dalam sesebuah pementasan, jika mod drama terlalu lembab, penonton akan menjadi bosan. Drama yang baik juga biasanya menyediakan gaya bahasa yang menepati latar zaman, masa, masyarakat dan tempatnya, terutama bagi skrip drama beraliran realisme. Pemilihan diksi , ayat dan unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca atau penonton menikmati skrip. RANCANGAN PENGAJARAN Drama : JANGAN BUNUH RAMA-RAMA karya Nordin Hassan

11

Tajuk Objektif

: :

Drama : Jangan Bunuh Rama-Rama(Plot) Pada akhir pelajaran ini pelajar akan dapat: i. menyatakan urutan peristiwa dalam drama Buyung dengan gaya bahasa sendiri ii. melengkapkan lakaran rajah binaan plot drama Buyung berdasarkan borang pengurusan grafik rajah plot iii. menulis rumusan plot secara ringkas

Masa Kemahiran

: :

40 minit i. ii. Menyatakan plot (kemahiran sastera) 1.18.2 Menyatakan isi-isi penting dan urutan cerita yang terdapat dalam pelbagai bahan prosa RSP: 1.18 iii. Melakar aspek sastera dalam bentuk grafik tentang karya yang didengar dan dibaca ( d. plot ) - RSP: 3.6.1

Sistem Bahasa : Tatabahasa : Ayat Majmuk Kosa kata : gamit, lunak, menengadah, menguntum, spiral. Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir: Melengkapkan lakaran rajah binaan plot dan Membuat rumusan Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal, Verbal linguistik, Visual dan Spatial Strategi : Nilai Bahan Bantu Mengajar: : i. Pembelajaran Koperatif dan kolaboratif keagamaan dan kemanusiaan Kad arahan dan kad situasi

12

ii. iii. iv.

Gambar Kertas sebak dan pen marker Borang pengurusan grafik rajah plot

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Setelah memahami tema/pemikiran dan persoalan drama JBRR, guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan ii. Guru memberikan penerangan aktiviti lakon kaku (lihat lampiran 1) yang akan dijalankan dan mengadakan demonstrasi satu senario dalam drama Serunai Malam yang telah dipelajari semasa tingkatan 4 iii. Setiap kumpulan diarahkan meneliti urutan peristiwa (mengikut babak yang telah ditetapkan oleh guru) dan diberikan satu kad arahan dan kad situasi untuk dibincangkan selama 10 minit. (lihat lampiran 2) iv. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan. Ketika itu, pelajar yang menonton diminta mengisikan rajah binaan plot drama yang diedarkan oleh guru. (lihat lampiran 3) v. Pelajar membuat rumusan tentang plot drama JBRR dengan bimbingan guru dan menulis rumusan ringkas dalam buku latihan masing-masing sambil melekatkan borang grafik yang telah dilengkapkan.

13

vi.

Sebagai pengukuhan dan pengayaan pelajar diberikan borang pengurusan grafik yang lain untuk membuat rajah binaan plot dua buah drama lain (jika tidak siap pelajar diminta membuatnya di rumah).

14

You might also like