You are on page 1of 1

3.

Isi padu pencuci - semakin bertambah sukatan pencuci, semakin tinggi kadar kotoran tertanggal *teori kepekatan larutan kima fm5 Pencuci adalah bahan yang biasanya digunakan untuk membersihkan badan, pakaian, lantai, piring, hingga bilik mandi. Pencuci ini berfungsi untuk membantu mengangkat dan melarutkan kotoran yang melekat pada sesuatu benda. Dibanding dengan sabun, pencuci mempunyai daya cuci yang lebih baik serta tidak terpengaruh oleh sifat ataupun suhu air. Bahan kimia yang ada berbeza-beza mengikut jenis pencuci. Bagi pencuci pakaian biasanya terdapat Sodium lauryl sulfate ( SLS ), sodium laurilsulfate atau sodium dodecyl sulfate (SDS). Bagi menguji keberkesanan isipadu pencuci yang digunakan, isipadu yang berbeza telah disukat dan masa diambil bagi mencatat kadar masa yang diambil untuk kotoran pada kain hilang. Isipadu yang meningkat mengurangkan kadar masa yang diperlukan untuk menghilangkan kotoran pada kain. Ini kerana semakin banyak isipadu pencuci, maka semakin cepat proses tindak balas bahan kimia ke atas penanggalan kotoran pada kain. Walau bagaimanapun, factor-faktor lain seperti suhu air, jenis pencuci dan jenis kotoran turut memainkan peranan dalam kadar kotoran tertanggal.

You might also like