You are on page 1of 17

HBEF2803 Professional Development

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER PPG MEI 2013 HBEF 2803


PROFESSIONAL DEVELOPMENT

NAMA NO MATRIKULASI NO KAD PENGENALAN NO TELEFON EMEL NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: WAN MOHD FADHLI BIN WAN IBRAHIM : 760129035637002 : 760129035637 : 0199554757 : gsr@oum.edu.my : SHAMSIAH BINTI DAUD : PPW Kelantan

HBEF2803 Professional Development

ISI KANDUNGAN

PERKARA

1.0 AKTIVITI 1: KAJIAN DOKUMEN 2.0 AKTIVITI 2: RAKAMAN SUASANA SAMBUTAN DAN RUMUSAN 3.0 JURNAL REFLEKTIV

Adat Resam Perkahwinan Melayu


2

HBEF2803 Professional Development

1.0 Sejarah Atau Latarbelakang.

Adat resam perkahwinan Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang untuk tujuan ini. Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat: Peringkat pertama

Merisik atau menengok Meminang atau bertunang Menghantar belanja dan akad

Peringkat kedua

Berandam dan berasah gigi berinai

Peringkat ketiga

Bersanding Jemput menantu

Peringkat pertama

Merisik atau menengok

HBEF2803 Professional Development

Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan ugama, kecantikan, dan hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka. Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu." Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu (dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca alQuran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu. Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan
4

HBEF2803 Professional Development

perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

Meminang atau bertunang

Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugaskan sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki. Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.

HBEF2803 Professional Development

Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiahhadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak:

Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik. Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.

Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu: 1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanakkanak lagi. 2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati oleh orang-orang Melayu.

Menghantar belanja dan akad

Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sehari atau dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersama-sama,

HBEF2803 Professional Development

mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja perkahwinan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihantar: 1. cincin yang bertatahkan batu permata 2. kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuan 3. dua helai sarung sutera 4. beraneka jenis kuih 5. beraneka jenis buah-buahan 6. puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya hadiah tetapi akan dipulangkan) 7. satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak atau loyang (juga akan dipulangkan). Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki pada zaman silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan keperluan adat resam. Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggota-anggota perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar sila di bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya dibariskan di tengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja, cincin, serta puan di hadapan baris. Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima dan menyemak hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas barangbarang itu disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan, kesemua barang itu, kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika disediakan),
7

HBEF2803 Professional Development

dihantar kepada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan selepas kemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki serta keduadua saksi tersebut, imam akan membaca upacara perkahwinan dalam bahasa Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang bersikap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh pengantin lelaki dan para hadirin). Pada akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelaki dan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib) dan kemudian dalam bahasa Melayu: "... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... binti ... yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..." Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak disebut. Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan "berhutang" atau "tunai" sejurus selepas menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau kesilapan: "Aku terima nikahnya ... binti ... dengan mas kahwinnya $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..." Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas kepada mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad dikira sah. Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu, bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan dengan jamuan . Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan akan menyediakan nasi pengantin dan menghantarnya kepada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki akan menjemput beberapa kawan yang paling rapat untuk bersarapan bersama-sama. Peringkat kedua

Berandam dan berasah gigi


8

HBEF2803 Professional Development

Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin" (bukan ibu sebenar). Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di kawasankawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat". Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.

berinai

Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat: 1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi. 2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi. 3. Berinai besar. Peringkat ketiga

Bersanding

HBEF2803 Professional Development

Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

Jemput menantu

Majlis jemput menantu atau menyambut menantu diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

PAKAIAN PENGANTIN

10

HBEF2803 Professional Development

11

HBEF2803 Professional Development

12

HBEF2803 Professional Development

ANTARA JUADAH DAN KUIH MUIH DIHARI PERKAHWINAN

Ikan Siakap

Ayam Madu Bakar

Gubahan Buah-buahan

13

HBEF2803 Professional Development

AMALAN-AMALAN DAN PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN

ADAT PERSANDINGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit konterversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan lain-lain lagi. Upacara-upacara yang sedemikian rupalah yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat dan tahyul. Upacara menabur beras kunyit merupakan salah satu adat yang dilihat sebagai bercanggah berdasarkan perpsektif Islam. Pelaksanaan upacara ini adalah bertujuan menghalau roh jahat dan juga untuk menguatkan semangat pasangan pengantin. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat Melayu mempercayai bahawa bakal pasangan pengantin perlu melalui proses upacara ini untuk mengelakkan diri mereka daripada sebarang gangguan anasir jahat dan seterusnya memastikan adegan perkahwinan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, beras kunyit bukanlah bahan asal yang digunakan bahkan ia hanyalah simbolik bagi mengantikan penggunaan emas yang dipercayai merupakan bahan asal dalam upacara tersebut. Penggantian beras kunyit tersebut mungkin disebabkan kos yang mahal sekiranya penggunaan emas
14

HBEF2803 Professional Development

dipraktikkan. Selain beras kunyit, beras basuh juga turut diaplikasikan dengan tujuan memohon restu antara mempelai dan pengantin dan juga supaya pasangan pegantin tersebut memperoleh rezeki yang berterusan sehingga ke anak cucu-cicit mereka. Ternyata, upacara ini memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu seolah-olahnya telah meletakkan keyakinan mereka terhadap beras yang kononnya dapat merealisasikan impian mereka meskipun beras tersebut merupakan makhluk yang sama seperti mereka iaitu langsung tiada mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat dan mudarat kepada sesiapun. Hal ini dengan jelasnya telah memaparkan bahawa upacara yang sedemikian rupa mampu mengheret para pengamalnya ke lembah kesyirikkan. Upacara persandingan dilihat sebagai suatu yang bertentang dengan ajaran Islam kerana adat persandingan ini mengandungi suatu upacara yang dikenali sebagai tabarruj. Tabarruj dalam Islam secara mudahnya bermaksud berhias untuk dipamerkan. Perkara ini secara terang dan ketara dapat disaksikan semasa aksi persandingan dilangsungkan. Sewaktu upacara ini berlaku, pasangan pengantin akan duduk di atas pelamin dengan riak wajah yang telah dihias cantik oleh Mak Andam untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Isu menjadi semakin konterversi apabila pasangan pengantin terutamanya wanita menjalankan upacara tersebut dalam keadaan mendedahkan aurat. Aurat yang lazimnya didedahkan oleh wanita ialah aurat di bahagian rambut selain memakai kostum persandingan yang memperlihatkan susuk tubuhnya. Hal aurat dalam Islam merupakan suatu isu yang sangat sensitif dan diambil serius. Seterusnya, amalan berandam juga merupakan suatu amalan yang mencetuskan konterversi jika dilihat berdasarkan perspektif Islam. Proses ini melibatkan seorang yang pakar dalam soal persandingan masyarakat Melayu yang lebih dikenali dengan istilah Mak Andam. Mak Andam berperanan untuk menghias sama ada dari sudut fizikal mahupun rohani pasangan pengantin. Terdapat juga sestengah Mak Andam yang mampu merawat pasangan pengantin yang mengalami sesuatu perkara yang buruk seperti pengsan ataupun terkena buatan orang semasa majlis perkahwinan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa peranan Mak Andam sangat penting dalam upacara berandam. Upacara ini menghendaki pasangan pengantin melalui beberapa proses kecantikan. Misalnya seperti menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran

15

HBEF2803 Professional Development

bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan yang dicukur, bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial dan berinai yang mmepunyai tiga kategori iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Segala proses yang terdapat dalam upacara berandam sememangnya boleh dipersoalkan jika menilainya berdasarkan kaca mata Islam. Hal ini kerana, segala proses ini sudah terang lagi bersuluh tiada langsung dianjurkan dalam syariat Islam. Perkara ini tidak lebih daripada suatu perbuatan yang mengadangadakan suatu yang baru. Antara Pantang Larang Dan Sebab Ianya Wujud

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. -Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu.

Jangan bebas keluar ke mana-mana -takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

-Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.

Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. -Petai dan Jering mempunyai bau yang kuat. Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu.

Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah -boleh melemahkan organ seks.Terdapat hadis dalam perkara ini.

Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.

16

HBEF2803 Professional Development

-Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri -supaya rumahtangga aman dan damai.

Elakkan terkena cahaya matahari -dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana -angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

17

You might also like