You are on page 1of 2

KAJIAN SISTEM PENYAMANAN UDARA PADA PASARAYA GIANT SUNWAY CITY TAMBUN IPOH

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Md Radzi yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkuslumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya

PENDAHULUAN Kajian yang kami jalankan adalah bertujuan untuk mempelajari dan mengkaji tentang sistem penyamanan udara yang digunakan pada bangunan pasaraya. Dengan kajian ini kami dapat lebih memahami tentang sistem dan reka bentuk penyamanan udara yang sesuai digunakan pada bangunan pasaraya. Selain itu, kami dapat melihat bagaimana sistem tersebut beroperasi secara langsung.

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia mempunyai 25 peratus markah Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Kemubu, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula pertengahan bulan Ogos sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 2 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN 1) Mempelajari dan memahami sistem penyamanan udara yang digunakan pada bangunan pasaraya. 2) Mempelajari dan mengkaji reka bentuk ducting yang digunakan

SKOP KAJIAN Kajian ini meliputi aspek pembelajaran bagi subjek JU604 Aircond Design And Drawing 2. Antaranya ialah : 1) 2) 3) 4) 5) Susun atur bangunan Pelan sistem penyamanan udara bangunan Jenis sistem penyamanan udara yang digunakan Operasi sistem penyamanan udara Reka bentuk ducting

You might also like