You are on page 1of 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KUALA LUMPUR.

KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN WAJ 3104 LITERASI BAHASA MELAYU

NAME

: 890305-07-5677 900421-12-6693 890327-03-5465 900421-09-5145

HARMIZI BIN MUSA MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI MUHD QAMARUL IDZUAN BIN KAMARUZAMAN MUHAMMAD BASHIR BIN BAKAR KUMPULAN :

2 PISMP (REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 3) WAJ 3104 (LITERASI BAHASA MELAYU) PN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID 30 SEPTEMBER 2010

KOD MATAPELAJARAN : NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : :

BIOGRAFI

NAMA :MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI NO. KAD PENGENALAN :900421-12-6693 NOMBOR MATRIK : 7925 ALAMAT :NO. 11203 TAMAN KUHARA INDAH LORONG 3, BATU 2 JALAN KUHARA, 91000, TAWAU, SABAH KELAS :2 PISMP RBT 3 HOBI :BERMAIN PERMAINAN PC DAN X-BOX NOMBOR TELEFON :019-8011437

BIODATA DIRI

Nama

HARMIZI BIN MUSA 890305-07-5677 7924 Balik Pulau, Pulau Pinang mrtebu_ska89@yahoo.com

No kad pengenalan : No matrik Negeri kelahiran Alamat e-mail Subjek : : : :

literasi bahasa : Pn. Shahrizan bt Abd Hamid

Pensyarah

BIODATA

NAMA : MUHAMMAD BASHIR BIN BAKAR NO. MATRIX : 7922 NO.TELEFON : 0194604106 ALAMAT RUMAH : 1O4 KG HUTAN TEMIN, 02500 MATA AYER, PERLIS. E-MAIL : bashek_mr90@yahoo.com

NAMA : MUHD QAMARUL IDZUAN B KAMARUZAMAN I/C : 890327-03-5465 KUMPULAN : 2 PISMP RBT 3 ALAMAT : LOT 1255, TAMAN SRI SENTOSA 2, 16800 PASIR PUTEH KELANTAN MATRIK : 7912 HOBI : BERCUCUK TANAM

ANALISIS AKTIVITI PRABACAAN


DEFINISI PRABACAAN Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong muridmurid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza di mana pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca untuk menguasai kemahiaran membaca.

Terdapat beberapa definisi dan andaian asas mengenai prabacaan. Antaranya ialah: a) Peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Tahun 1 di semua sekolah rendah. b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah biasa dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar. c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan kata yang terhad akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu.

Antara kaedah prabacaan yang dicadangkan dalam aktiviti prabacaan ialah : 1. Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal namanama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu bermula dari huruf A hingga Z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut susunan huruf tersebut dan memasukkan huruf-huruf tersebut ke dalam nyanyian mereka. Setelah beberapa minggu barulah huruf vokal mula diperkenalkan. Selepas itu murid-murid membina suku-suku kata ba tu, ka ki dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan, kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. Muridmurid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat . Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan muridmurid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas. 2. Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu.Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya.

Kaedah Pandang dan Sebut atau Kaedah Seluruh Ayat ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang

dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Penggunaan kad imbasan juga termasuk dalam kaedah ini. Sehubungan dengan kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. 3. Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataanperkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu, z zz, dan sebagainya. Setelah mereka mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi dan sebagainya, kemudian digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan dada, batu, kata, lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Kelemahannya kaedah ini ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

4. Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah Campuran campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan.Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. Dari segi bacaan, guru pelatih meminta murid-murid mengulangi huruf vokal yang disebut. Murid-murid akan menyebut huruf yang disebut oleh guru pelatih tersebut.Kemudian guru pelatih akan menunjukkan gambar yang bermula dengan huruf vokal tersebut,gambar tersebut turut disertakan dengan ejaannya sekali.Murid turut diarahkan untuk mengeja bersama-sama dengan guru pelatih perkataan yang berkaitan dengan gambar tersebut.Selain itu,guru pelatih akan memilih secara rawak salah seorang daripada murid untuk mengeja secara individu untuk menguji kefahaman murid tersebut secara individu mengenai pembelajaran sebentar tadi. Manakala,penilaian untuk murid-murid dari kelas KIA kami dapati bahawa mereka mampu mengenalpasti huruf kecil dan huruf

besar,mereka juga mampu membezakan bentuk abjad-abjad tersebut samada abjad kecil mahupun abjad besar.Selain itu,mereka juga mampu mengenal pasti huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dengan menyebut huruf-huruf tersebut.Melalui aktiviti tersebut,kami dapat mengenal pasti bahawa murid-murid KIA mampu menguasai kemahiran-kemahiran asas tetapi mereka masih memerlukan bimbingan dari guru,jadi guru perlulah sentiasa peka terhadap perkembangan murid-murid KIA dan sentiasa memberi peneguhan dari semasa ke semasa.

AKTIVITI AKTIVITI PRABACAAN

1) Mengenali Abjad Dengan Nyanyian a. Aktiviti mengenali abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah

mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,chingga z.


b. Guru menyediakan kad-kad huruf a, b, c hingga z. c. Kemudian, murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini

mengikut aturannya
d.

a,b,c,z.

Untuk mengukuhkan lagi kemahiran membaca abjad murid, guru memasang lagu a,b,c hingga z dan pada masa yang sama juga guru menyuruh murid mengikut nyanyian lagu tadi yang mana menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya.

Analisa aktiviti: y aktiviti ini adalah untuk murid pemulihan yang mempunyai masalah dalam membaca kerana mereka tidak mengenali abjad atau huruf. y y murid dapat menghafal huruf-huruf yang telah diajar oleh guru. Membaca dengan disertai nyanyian dapat menghilangkan rasa puas murid dalam aktiviti tersebut.

2) Aktiviti Pandang dan sebut a. Aktiviti Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan

nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad.
b. Aktiviti itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama

setiap huruf itu. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok,

meja, pensel dan sebagainya. Aktiviti pandang dan sebut telah digunakan oleh guru dalam kelas pemulihan. Murid juga diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.
c. Dalam aktiviti ini,guru telah menyediakan menyediakan beberapa

kad imbasan yang mempunyai gambar benda dan bawah gambar tersebut ada ditulis perkataan atau nama gambar. . Contoh gambar benda yang terdapat ialah buku, meja, kerusi, pensel, beg dan sebagainya.
d. Aktiviti ini bermula apabila guru menunjukkan kad imbasan kepada

murid yang berada di atas meja guru. Guru akan memanggil nama murid serta menyuruh murid tersebut ke hadapan dan mengambil satu kad imbasan gambar. Seterusnya,murid disuruh menyebut nama gambar yang telah diambil tadi di hadapan guru dan murid yang lain. Jika murid salah sebut, guru akan membetulkan sebutan murid.

Analisa aktiviti: y murid-murid cuba mengenal keseluruhan perkatan dan gambar itu untuk dapat membaca y Murid yang kurang pengetahuan tentang nama benda dapat meningkat pengetahuan murid dalam mengenali nama benda dan juga dapat membaca nama gambar. y Murid juga dapat belajar mengeja dengan betul dengan bantuan guru juga.

3) Aktiviti Pengamatan Penglihatan a. Aktiviti ini dijalankan kepada murid yang berada di kelas pemulihan. b. Aktivitinya ialah menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk

di papan kenyataan.
c. Guru menyediakan gambar benda hidup, benda bukan hidup,

benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis kepada murid.
d. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda

bukan hidup.
e. Guru menunjukkan kad imbasan. Murid menyebut benda hidup

atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
f.

Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.

Analisa aktiviti: y y Dapat menajamkan daya ingatan murid terhadap sesuatu benda. Dapat meningkatkan daya membaca murid dengan melihat gambar-gambar yang ditampal pada papan penyataan.

ANALISIS AKTIVITI PRATULISAN


Definisi Menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa yang bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej,

maklumat atau idea kepada pembaca. Menurut Don Bryne (1979), simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita lakukan semasa kita bercakap.

Konsep Prapenulisan

Aktiviti Prapenulisan adalah merupakan aktiviti menulis sebelum seseorang murid itu dapat menulis huruf dengan kemas, betul dan teratur. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid agar mereka dapat menguasai peringkat ini.

Matlamat yang ingin dicapai dapat peringkat prapenulisan ini adalah untuk memastikan murid dapat memegang pensel dengan kaedah yang betul agar mereka dapat melukis atau melakar bentuk dan objek yang dapat dikenalpasti.

Setiap murid memerlukan kemahiran motor halus untuk tulisan tangan. Penggunaan jari yang kerap dalam latihan prapenulisan membantu murid tersebut menguatkan koordinasi tangan dan dalam pada masa yang sama, mereka akan menguasai kemahiran ini.

Penguasaan kemahiran pada peringkat ini adalah penting sebelum murid tersebut melangkah ke peringkat mekanis iaitu peringkat membentuk huruf-huruf besar dan kecil.

Berikut adalah contoh aktiviti pra penulisan:

        

Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir dan pasir tanpa menggunakan alat tulis. Menyambung titik Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk. Melukis gambar.

Aktiviti Prapenulisan

Contoh aktiviti: Menyambung titik.

Kaedah: Menyambung titik-titik mengikut urutan nombor yang gambar yang disediakan bagi membentuk suatu imej, gambar atau grafik.

Alat-alat: Pensel, pemadam dan kertas gambar yang bertitik.

Analisa aktiviti:   Aktiviti ini dijalankan bagi membantu murid menguasai peringkat prapenulisan menurusi kaedah menyambung titik. Sebelum aktivti dijalankan, murid akan dibekal dengan sehelai kertas yang telah bercetak yang membentuk suatu gambar berserta titik-titik yang bernombor. Titik-titik ini perlu

disambungkan mengikut urutan nombor bagi melengkapkan gambar yang sebenar.  Setelah murid selesai melengkapkan titik-titik tersebut mengikut urutan nombor, guru perlu menyemak aktiviti murid dengan segera bagi menilai perkembangan yang telah dapat dicapai oleh murid tersebut.  Pujian, galakan, nasihat dan motivasi harus diberikan oleh guru kepada pelajar setiap kali semakan kerja dibuat bagi memastikan mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk

meneruskan aktiviti serta kemahiran yang sedang dan bakal mereka pelajari.

Kekuatan:  Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran motor halus supaya mereka dapat mempersiapkan diri untuk aktiviti menulis yang sebenar.    Murid-murid juga akan menguasai kaedah memegang pensel dengan betul. Aktiviti menyambung titik ini bukan sahaja menarik malah dapat mencungkil bakat serta daya kreativiti sesorang murid. Aktiviti ini juga dapat mendorong murid dengan sikap berusaha dan tekun dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

Kelemahan:  Ruang serta penggunaan masa yang banyak diperlukan bagi melaksanakan aktiviti pada peringkat prapenulisan ini terutamanya aktiviti menyambung titik.  Pemantauan yang mendalam serta menyeluruh diperlukan bagi menilai serta mengenalpasti pencapaian atau tahap yang telah dikuasai oleh sesetengah murid pada peringkat ini.  Aktiviti ini harus diselang-selikan dengan imej bergambar dengan tema yang berbeza bagi menimbulkan minat murid serta mengelakkan rasa bosan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Kesimpulan:  Aktiviti ini dapat membantu murid menguasai peringkat prapenulisan jika dilaksanakan secara bersama-sama pemantauan yang konsisten. Sekiranya pelajar telah menguasai kaedah menyambung titik, guru harus memberi murid-murid mencuba dan mempelajari aktiviti-aktiviti prapenulisan yang lain supaya impak yang diperoleh adalah seimbang.

AKTIVITI-AKTIVITI PASANGAN MINIMAL


1) Membina dan menggunakan bahan pengajaran untuk minimal. - Penggunaan bahan: i. ii. iii. Guru membawa bahan untuk ditunjukan kepada murid. Guru menerangkan penggunaan bahan dan cara penggunaannya. Guru meletakkan dua gambar yang mempunyai bunyi yang hampir sama seperti lalang ladang, karam-garam dan sebagainya. iv. Seterusnya guru memberi arahan kepada murid untuk membaca perkataan tersebut dengan berulang-ulang sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut. pasangan

Analisa aktiviti: y Aktiviti ini boleh digunakan oleh murid pemulihan yang mempunyai masalah dalam menyebut perkataan dan membezakan bunyi. y y y y Murid dapat melibatkan diri secara langsung. Bahan yang menarik minat murid. Mudah alih dan kukuh.. Dengan adanya gambar-gambar murid akan lebih mamahami setiap perkataan yang mempunyai bunyi yang hamper sama. y y y Satu bahan yang lain daripada yang lain. Boleh digunaankan dimana sahaja. Baik untuk kanak-kanak atau murid-murid yang mempunyai masalah dalam bahasa.

PEMINTAL LIDAH
Definisi Pemintal Lidah Pemintal lidah merupakan satu cara yang digunakan oleh guru yang mengalami masalah dalam menyebut. Ia merupakan satu kaedah di mana guru memberi latihan latih tubi kepada pelajar untuk tujuan melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi perkataan dengan betul. Latih tubi pemintal lidah ini mengandungi bunyi-bunyi perkataan yang membawa masalah kepada murid untuk menyebutnya dan murid akan melatih menyebut bunyi-bunyi ini. Pemintal lidah ini juga digunakan sebagai bahan pengajaran untuk membantu murid yang bermasalah ini. Pemintal lidah mempunyai ugkapan yang dirancang dan agak sukar untuk menyebutnya dengan betul.Contohnya, s dan sh. Oleh itu, pemintal lidah perlu disebut berulang kali seperti menyebut dengan berbelit-belit.Contoh pemintal lidah ialah:  Pandang pandan depan padang.  Letak tulang atas dulang.  Berat beras dua belas kilo.  Dari darah dari nanah yang punah di tanah  Rumah Rosnah runtuh ranap. AKTIVITI PEMINTAL LIDAH 1) Buku pemintal lidah Penggunaan bahan: i. Guru menunjukkan buku pemintal lidah tersebut dihadapan kelas agar semua murid dapat melihatnya dengan jelas.

ii.

Guru membimbing murid untuk membaca dan menyebut perkataan-perkataan dalam buku tersebut. Contohnya ku kikis kuku kaki ku.

iii.

Apabila guru berpuas hati dengan pembacaan dan cara sebutan murid, barulah guru beralih kepada helaian yang lain.

Analisa aktiviti:

Buku ini dapat digunakan sebagai bahan pengajaran untuk mengajar pelajar yang mengalami masalah dalam pemintal lidah

Buku ini dapat memuatkan beberapa perkataan yang melatih murid yang mempunyai masalah dalam sebutan huruf.

Murid dapat berlatih bila-bila masa kerana buku tersebut mudah alih dan sesuai digunakan dimana-mana.

Buku pemintal lidah ini mempunyai warna dan hiasan yang boleh menarik minat murid. Walaubagaimanapun, guru harus perbanyakkan contoh pemintal lidah dalam buku tersebut.

2) Kotak Beracun Penggunaan bahan:


i.

Guru menunjukkan satu kotak yang dipanggil kotak beracun kepada murid. Di dalam kotak tersebut terdapat beberapa ayat pemintal lidah. Guru juga menggunakan lagu.

ii.

Guru menyuruh murid membuat satu kumpulan bulatan yang besar. Guru akan memasang lagu dan memberikan kotak beracun tersebut kepada murid dan menyuruh murid memberikannya kepada rakan lain sehingglah lagu yang dipasang tadi berhenti. Murid yang mendapat kotak beracun ditangan semasa lagu diberhentikan akan disuruh membuka

kotak beracun tersebut dan mengambil satu kertas yang mengandungi ayat pemintal lidah. Seterusnya, murid

tersebut mestilah menyebut pemintal lidah yang beliau dapat.


iii.

Guru akan membimbing murid untuk membaca dan menyebut perkataan-perkataan dalam buku tersebut jika murid tidak dapat menyebutnya dengan baik. Contohnya ku kikis kuku kaki ku.

iv.

Apabila guru berpuas hati dengan pembacaan dan cara sebutan murid, barulah guru meneruskan aktiviti semula.

Analisa aktiviti:

Aktiviti kotak beracun ini dapat digunakan sebagai bahan pengajaran untuk mengajar pelajar yang mengalami masalah dalam pemintal lidah

Kotak ini dapat memuatkan beberapa perkataan yang melatih murid yang mempunyai masalah dalam sebutan huruf.

Dapat berlatih bila-bila masa kerana kotak beracun tersebut mudah alih dan sesuai digunakan dimana-mana sahaja.

REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, kami berasa amat gembira dan berpuas hati kerana telah banyak input-input dan ilmu yang berguna telah kami peroleh melalui tugasan ini.Selain itu, melalui tugasan ini telah banyak pengetahuan mengenai cara-cara menghasilkan modul interaktif dan juga manual kemahiran menulis telah dapat kami ketahui dengan lebih mendalam lagi. Bagi kami, kemahiran asas melalui penulisan nota ketika di dalam kelas sahaja tidak dapat membantu kami untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang sesuatu pelajaran.. Antara pengalaman yang kami peolehi adalah melalui langkah menghasilkan modul interaktif yang dikira agak menarik untuk menjadi tontonan murid-murid, menyediakan manual kemahiran menulis untuk dijadikan panduan kepada murid-murid dan seterusnya menghasilkan tugasan yang dikira agak lengkap dan memenuhi kehendak tugasan yang diberikan. Sebelum mendapat tugasan ini kami agak kurang mahir tentang tajuk ini.Oleh yang demikian, setelah mendapat tugasan ini kami berasa agak kekok dan takut memandangkan kami tiada pengalaman dalam penyediaan tugasan seperti ini.Namun begitu, berkat kerjasama bersama ahli-ahli kumpulan serta mendapat tunjuk ajar sedikit sebanyak daripada rakan-rakan seperjuangan maka lebih mudah untuk kami dan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini.Selain itu, kami juga menperoleh kesukaran untuk mencari maklumat, dengan berbekalkan semangat yang kental dan kolaborasi dengan pensyarah maka berjaya jugalah tugasan ini disiapkan. Kami berharap agar tugasan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam kalangan guru pelatih. Hal ini akan melahirkan guru yang kreatif dan berdaya saing serta sanggup untuk menempuhi segala dugaan yang mendatang pada masa akan datang.

RUJUKAN

http://literasibahasakami.blogspot.com/2009/07/melaksanakan-aktivitiprabacaan.html (Dilayari pada 14 September 2010)

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/31-pratulisan.html. (Dilayari pada 14 September 2010)

http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayukelas.html (Dilayari pada 16 September 2010) http://www.scribd.com/doc/21952171/kemahiran-pra-bacaan. ( Dilayari pada 16 September 2010) http://literasibahasa.blogspot.com/2009_06_28_archive.html (Dilayari pada 18 September 2010) http://notapismp.blogspot.com/2009/10+/prabacaan.html (Dilayari pada 18 September 2010)

You might also like