• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Ridza tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas sejakkebelakangan ini. Sudah dua bulan Daniel tidak menghubunginya. Tiada mesej.Tiada panggilan. Ego Ridza tidak memungkinkan dia menelefon. Alih-alih,hatinya pula yang resah.Dia bermain dengan pensel. Dilihatnya jari manisnya. Teringat pula janji Daniel untuk menghadiahkan sebentuk cincin padanya.Woi! Asyik ingat Daniel je, karang penuh lak kau punya memori! Nanti,ilmu hisab ni kau nak bubuh kat mana!“Mana mat salleh tu?” tanya Ijah apabila Ridza masuk ke dalam biliktidur mereka. Ridza menjungkit bahu. Dia memang jarang bercerita tentangDaniel pada kawan-kawannya selain Ijah. Namun, kini dengan Ijah sekalipun,dia malas mahu membuka mulut. Lagipun, Daniel bukannya siapa-siapa padanya.Hanyalah seorang
stranger 
.Ridza mengulit hujung baju. Dia merenung hadiah-hadiah yangdiberikan oleh Daniel. Entah kenapa, dia mengumpulnya semua di dalam tangandan mencampakkannya ke dalam stor rumah mereka.“Geram! Geram aku!Ridza menjerit-jerit sebelum akhirnya diaterduduk di ruang tamu. Ijah muncul.“Kau apahal?”“Kau tak nampak yang aku dah jadi gila?”“Gila?”“Aku dah gila! Aku dah gila!”“Elok-elok kau ada akal, kau kata kau dah gila, tak ke terasa orang-orang yang menetap kat hospital Tanjung Rambutan tu?” Ridza tidak mahuketawa.“Wei, kau jangan buat lawak tengahari buta macam ni, boleh tak?”“Dah tu, naik sakit kepala aku tengok kau macam ni, kalau jadi apa-apakat aku, sapa nak tukar turn jaga aku kat hospital nanti?” bebel Ijah. Ridzamuncung. Tidak mampu mendengar leteran Ijah lagi.“Dahlah tu..”“Eh, kau tengok tu,” tiba-tiba sahabat serumah mereka, Dila menyibuk.Kedua-duanya berpaling. “Bukan mat salleh tu, ke?”“Siapa, Daniel?” Ijah berlari ke hadapan televisyen. ridza turut samaberjoging ke hadapan televisyen.Sah, Daniel!“Inilah mat salleh yang suka kat kau tu, kan?” tanya Dila. Menanti jawapan Ridza.
 
“Entahlah,” jawab Ridza. “RUpanya dia dah terlebih popular, sampai dahlupakan aku,” Ridza menggigit bibir. Ditatapnya wajah Daniel. Matanya,hidungnya, segala-galanya. Ah, sudah! Makin kacak pula Daniel ni! “Dia dahlupakan janji dia pada aku, dia buat aku menunggu macam orang bodoh!”“Laki tu?” Ridza tidak menjawab.“Ridza!!” ketiga-tiga mereka terperanjat. Ketiga-tiga mereka berlari kebalkoni namun berpatah balik dan mencapai tuala. Menyangkutkan tuala kekepala menutupi rambut masing-masing.“Daniel,” serentak Ijah dan Dila menyeru.“Aku tahu,” selamba Ridza menjawab.“Apa lagi?”“Turunlah bawah jumpa dia,” agah Dila.“Tak mungkin,” Ridza menggeleng kepala. “Aku tak mampu nak jumpasorang selebriti macam dia,Ridza menoleh, terkejut apabila telefonbimbitnya berdering. Ridza tahu datangnya dari Daniel.“Ridza, turunlah jumpa dia,”“Taknak,”“Kitorang tak boleh nak cakap apa-apa,”“Ridza!”Daniel memanggil lagi. “Ridza!!”“Baik kau turun, Ridza, dia bukan tau malu! Nanti Miss Suria tahu ada
boyfriend student 
dia datang, mampus kau!” nasihat Dila. Menolak-nolak lagitubuh Ridza. Ridza mendengus. Dia mengenakan tudung dan terus berlariturun.“Ridza,” senyuman Daniel mekar di bibirnya apabila terlihat gadis kecilmolek itu muncul. “Awak pastinya sedar betapa rindunya saya pada awak,”“Dan awak tak tahu betapa bencinya saya pada awak!” Ridza mencekakpinggang. “Berani awak datang ke sini lagi!”“Saya hanya nak tengok awak,”“Tak payah, saya tak cantik, saya tak menarik, saya tak sesuai denganuntuk awak!” Daniel sudah bosan. “
I’m bored to fall in love with a stranger 
!”kali ini wajah Daniel berubah. “Saya tak layak untuk awak, awak sedar semuatu, kan?” Daniel membisu. “
Stop seeing me 
, Daniel,”lembut suara Ridza. “Awak jumpa saya baru sekali, dan awak katakan awak cintakan saya, dan awak layansaya dengan baik, tapi, saya…? Apa yang saya dah lakukan untuk awak?”kedua-duanya melayan perasaan masing-masing buat beberapa ketika.“Awak dah berikan harapan untuk saya hidup kembali, Ridza,” perlahanDaniel mengeluarkan kata-kata. “Lihat ni,” Daniel menghulur keluarpergelangan tangan kanannya. Ada banyak bekas luka untuk cubaan membunuh
 
diri. Ridza tersentap. “Saya dah lama mengenali awak, Ridza, cuma awak taksedar saya berada di sisi awak selama ni,” sayu sekali suara Daniel.“Siapa awak?” kali ini Ridza rasa pelik. Banyak rupanya yang dia tidaktahu tentang Daniel. “Yang dalam TV tu awak, kan? Macam mana awak bolehberada di sini?”“Itu rakaman awal, Ridza,” Dush! Ridza malu sendiri.“Tak kisahlah, macam mana awak kata awak mengenali saya?Sedangkan..saya tak kenal pun awak,”“It all starts here,” Daniel meletakkan tangan ke dadanya. Ridzamenggaru kepala. “
Let me explain everything 
,”“No, no,” Ridza mengangkat tangan. Daniel tersentak. “
Don’t ever think about the explaination 
,”“Ridza,
you are acting immature 
,”
Yes, I am immature, and you know that all along, righ
?” Danielmenggeleng kepala. “Saya turun ke bawah untuk jumpa awak, untuk mintaawak pergi tanpa ada apa-apa penjelasan,”“Kenapa awak taknak dengar apa yang saya nak cakap?”“Saya takut...” nafas Ridza dirasakan tersekat. Dia mengangkat kepalamemandang Daniel. Mata Daniel berkaca. Ridza pantas berkalih. “Penjelasanawak akan buatkan saya jatuh cinta pada awak,”Masa bagaikan terhenti.Daniel kaku di situ. “Awak sedar tak?
You are a model, a damn hot top model 
, jatuh cinta pada saya? Awak tak rasa ada yang tak kena, ke?”“Ridza, Ridza…”“Semua orang pandang saya pelik, berjalan dengan seorang lelaki yangtinggi gila macam siling, hensem gila macam Brad Pitt, dan sangat kaya, likehell? Saya tak layak untuk awak! Untuk wanita yang telefon saya, dia….awakkenal dia, kan?”“Ridza…”“Apa?”Mata Ridza mencerlung tajam mata redup Daniel. “Rasa inferiordalam diri saya makin besar jadinya, sebab awak!”“Sayang…”“Sayang?”“Perkataan baru saya belajar tadi,”“Okey, apa-apalah,”“Dengar dulu penjelasan saya,”“Sekali awak buka mulut untuk menjelaskan benda tu, saya lari naikatas,”ugut Ridza.“Selagi awak tak dengar, saya tak akan balik,”
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...