You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Peerihalan Pergerakan dibuat merujuk kepada satah dan paksi di mana pergerakan tersebut dilakukan. Satah adalah suatu permukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh. Untuk tujuan analisis pergerakan, tubuh manusia dibahagikan kepada tiga satah utama iaitu satah sagital, satal frontal atau koronal dan satah transversal atau melintang. Paksi pula adalah suatu garis yang tetap atau kekal, sama ada mendatar atau menegak yang digunakan sebagai rujukan suatu penentuan kedudukan. Pada tubuh manusia paksi tersebut adalah paksi frontal atau koronal, paksi sagital dan paksi longitudinal atau menegak. Paksi frontal melintasi tubuh dari sisi ke sisi dengan bersudut tepat kepada satah sagital. Paksi sagital melintasi tubuh secara mendatar dari hadapan ke belakang tubuh dengan bersudut tepat kepada satah frontal. Paksi longitudinal pula melintasi tubuh dari kepala hingga ke kaki dengan bersudut tepat kepada satah transversal.

GAMBARAJAH POSISI ANATOMI DAN SATAH PERGERAKAN

2.0 SATAH DAN PAKSI a. Satah adalah suatu permukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh. b. Terdapat tiga satah utama pada tubuh badan manusia iaitu satah sagital, satah frontal dan satah tranversal (melintang). c. Paksi pula adalah suatu garis yang tetap atau kekal samada mendatar atau menegak. d. Paksi ini digunakan untuk menentukan kedudukan. e. Paksi pada tubuh manusia adalah paksi frontal, paksi sagital dan paksi longitudinal (menegak). f. Paksi frontal melintasi tubuh dari sisi ke sisi dengan bersudut tepat kepada satah sagital. g. Paksi sagital melintasi tubuh secara mendatar dari hadapan ke belakang tubuh dengan h. bersudut tepat kepada satah frontal. i. Paksi longitudinal pula melintasi tubuh dari kepala hingga ke kaki dengan bersudut tepat kepada satah transversal.

Rajah 1 : Satah Frontal

Rajah 2 Satah Transverse

3.0 Sendi Titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi ditentukan oleh kelenturan (fleksibiliti) tisu perantaraan yang mengikat tulang,serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

3.1 Berikut

merupakan beberapa keterangan mengenai sendi yang berada

pada setiap tubuh manusia iaitu: a. sendi merupakan tempat pertemuan dua atau lebih tulang. b. struktur sesuatu sendi mempengaruhi kekuatan dan julat pergerakan c. struktur sendi yang berkedudukan rapat antara satu sama lain membataskan pergerakan manakala struktur sendi yang longgar dapat meluaskan lagi julat pergerakan. d. pergerakan pada sendi ditentukan oleh bentuk-bentuk tulang yang

membentuk sendi, fleksibiliti ligamen dan ketegangan otot serta tendon. e. sendi diklasifikasikan berdasarkan struktur dan fungsi sendi. f. terdapat tiga jenis sendi berdasarkan struktur iaitu sendi berserat, sendi berawan dan sendi sinovial.

g. manakala jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi adalah sinartrosis, amfiatrosis dan diartrosis. h. sendi sinartrosis tidak membenarkan sebarang pergerakan padanya. i. j. sendi amfiatrosis membenarkan sedikit pergerakan padanya. sendi diartrosis membolehkan pergerakan yang meluas padanya.

3.2 Sendi yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi ialah seperti: Sendi bahu (sendi lesung)

CONTOH GAMBARAJAH SENDI MANUSIA

SENDI SINARTOSIS

Sendi siku (sendi engsel)

SENDI LESUNG Sendi lesung Sendi yang terbentuk antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung Sendi ini membolehkan tulang bergerak pada semua satah. Contoh: sendi bahu

Jenis-jenis pergerakan Dalam aktiviti fizikal, pergerakan menghasilkan asas inibergabung untuk menghasilkan perlu

dayamaksimum.Bagi

daya

maksimum,pergerakan

menggunakan banyaksendi. Terdapat dua jenis pergerakan iaitu: iiiPergerakan linear Pergerakan putaran

a) PERGERAKAN LINEAR - Pergerakan yang melibatkan sesaranbergerak secara menegak ataumendatar pada arah, jarak dan masayang sama. Terbahagi kepada dua jenis iaitu: i- Pergerakan rectilinear iiiPergerakan kurvelinear

PERGERAKAN REKTILINEAR

- pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan lurus. - Contoh : lompatan palang acara gimnastik - ia menunjukkan bahawa kedudukan sendi pinggul dan bahu pada arah yang sama.

PERGERAKAN KURVILINEAR - pergerakan yamg melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung. - Contoh : Pergerakan fasa dalam lompatan gimnastik - kedudukan sendi pinggul dan bahu adalah sama. CONTOH AKTIVITI ( TEKAN TUBI ) Tekan tubi : merupakan salah satu senaman yang amat berkesan untuk tubuh. - tekan tubi sering dilakukan bagi mendapatkan susuk tuuh bahagian atas yang menarik kerana ia menggunakan berat tubuh badan itu sendiri sebagai rintangan. - ianya banyak melibatkan otot utama di bahagian atas badan. - otot-otot yag terlibat ialah otot Deltoid, Trapezius, Triseps Brachii, dan Biseps Brachii

3.3 Jenis Sendi 3.3.1 Sendi berserat a) sendi berserat dan sendi berawan tidak mempunyai rongga sinovial. Sendi berserat dihubungkan dengan tisu perantara manakala sendi berawan pula dihubungkan dengan rawan.

b) terdapat tiga jenis sendi berserat iaitu sutur, sindesmosis dan membran interos. Sendi sutur menyatukan tulang-tulang kranium. Sindesmosis pula merupakan sendi yang dihubungkan oleh ligamen interos dan membran interos pula merupakan tisu perantara yang menghubungkan dua tulang panjang yang terletak bersebelahan.

3.3.2 Sendi berawan a) sendi berawan dibahagikan kepada dua jenis iaitu sinkondrosis dan simfisis. b) tulang sendi sinkondrosis dihubungkan oleh rawan hialin yang mana sendi ini tidak boleh digerakkan. c) tulang sendi simfisis dihubungkan oleh rawan berserat di mana sendi ini membenarkan sedikit pergerakan padanya.

3.3.3 Sendi sinoval a) Jenis-jenis sendi sinovial berbeza dari segi kestabilan dan julat kebebasan pergerakan. Kestabilan pergerakan pada sendi ini

dipengaruhi oleh bentuk permukaan tulang-tulang yang bertemu, kapsul artikular dan ligamen yang menghubungkan tulang-tulang sendi, ton otot yang diselitkan pada tulang sendi serta tarikan graviti.

Rajah 2 : Sendi Sinoval

b) Tujuh jenis sendi sinovial adalah seperti berikut : Sendi Gesel Sendi Engsel Sendi Pangsi Sendi Kondil Sendi Pelana Sendi Lesung Sendi Kompaun

c) terdapat empat jenis pergerakan sendi sinovial iaitu melongsor, pergerakan angular, putaran dan pergerakan khas. d) pergerakan angular terdiri daripada fleksi, ekstensi, ekstensi hiper, abduksi, aduksi dan . e) pergerakan khas pula terdiri daripada eversi, depresi, elevasi, protraksi, retraksi, inversi, pendorsifleksan dan fleksi plantar. sirkumduksi

4.0 OTOT 4.1 Sistem otot a. Sistem otot terdiri daripada otot rangka, otot kardium dan otot licin

b. Setiap jenis otot berupaya menguncup bagi menghasilkan pergerakan luaran dan dalaman tubuh. c. Otot kardium adalah dinding jantung yang mengepam darah. d. Otot licin terdapat pada dinding organ-organ dalaman seperti usus, gaster, salur darah dan pundi kencing. e. Otot kardium dan otot licin merupakan otot luar kawal. Manusia tidak boleh mengawal pergerakan otot-otot ini. f. Otot rangka dilekatkan samada secara langsung atau dengan perantaraan tendon kepada rangka manusia. g. Otot rangka merupakan otot terkawal. Pergerakan otot ini boleh dikawal oleh manusia bagi menghasilkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. h. Sifat utama tisu otot adalah kebolehujaan, kebolehkuncupan,

kebolehpanjangan dan kekenyalan.

Rajah 3 : Sel Otot Kardium, Otot Rangka dan Otot Licin 4.2 Fungsi otot Otot rangka berfungsi : a) menghasilkan pergerakan tubuh b) mengekalkan pastur dan kedudukan tubuh c) menyokong tisu lembut tubuh

d) menjaga laluan masuk dan keluar sistem pencernaan dan urinari e) mengekalkan suhu tubuh

4.3 Penguncupan otot Penguncupan menyebabkan pemendekkan serat otot.Penguncupan otot terbahagi kepada : a) Penguncupan konsentrik b) Penguncupan esentrik c) Penguncupan isometrik otot menghasilkan tegangan atau tarikan yang

d) Penguncupan isotonik

a) Penguncupan konsentrik Penguncupan konsentrik mempunyai daya yang mencukupi untuk mengatasi beban dan otot memendek semasa menguncup. b) Penguncupan esentrik Penguncupan esentrik pula, serat otot memanjang ketika menguncup. Ia berlawanan dengan penguncupan konsentrik. c) Penguncupan isometrik Penguncupan isometrik menghasilkan daya tetapi tidak mengubah kepanjangan otot semasa mengatasi rintangan. Contoh penguncupan isometrik ini adalah menolak dinding.

d) Penguncupan isotonik Penguncupan isotonik adalah tegangan pada otot berkeadaan malar meski pun panjang otot berubah.

Penguncupan Esentrik

Penguncupan konsentrik

Penguncupan Isometrik

Rajah 4 : Penguncupan Otot

Rajah : Otot-Otot Rangka Utama 5.0 ANALISIS PERGERAKAN

You might also like