You are on page 1of 1

Generasi komputer sebelum 1940 bermula sejak 3000 tahun sebelum masihi dengan terciptanya mesin ABAKUS sebagai

pengira.Pada tahun 1617, John Napier telah mencipta Napier Bones.Mesin penghitung mekanikal pertama iaitu Blaise Pascal telah dicipta oleh Pascal pada tahun 1642.G.W Leibnitz telah mencipta sistem Binari pada tahun 1671.Analytical Enjin telah diperkenalan oleh C Babbage pada tahun 1835. Analytical Enjin mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk.Anatlytical Enjin mempunyai lima bahagian iaitu alat input, unit storan, unit pemprosesan, unit kawalan dan alat kawalan.Satu simbol Algebra 'betul dan salah' telah dicipta oleh George Boole. Kad tebuk untuk memasukan dan memproses data diperkenalkan pada tahun 1890. Pada tahun 1937, Howard Aiken telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan arimatik secara automatik.Generasi pertama computer berlaku dari 1940 hingga 1958.Tiub vakum bagi mengatasi masalah tindakbalas mekanikal telah dicipta.Dengan menggunakan tiub vakum, British Code telah mencipta computer Colussus pada tahun 1943.Pada tahun 1945, J.P Eckert dan J.W Maunchly telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator"(ENIAC). UNIVAC dicipta pada tahun 1946 dan mula dipasarkan buat pertama kali pada 14 Jun 1951.Pada tahun 1953, IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650. Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian input, output,konsol dan bekalan.Generasi kedua komputer berlaku antara tahun 1959 hingga 1963.Tiub vakum telah ditukar kepada transistor.Kos membina komputer menjadi semakin murah.Pita magnet untuk storan mula digunakan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.Generasi ketiga computer berlaku dari 1964 hingga 1980. transistor telah digantikan dengan litar bersepadu (Integrated Circuit) atau cip.Kad tebuk telah digantikan sepenuhnya oleh gelung magnetik sebagai storan luar.Pada tahun 1971, mikropemproses Intel 4004 telah dicipta oleh Dr Ted Hoff.Local area network yang pertama telah diperkenalkan oleh RobertMetcalfe pada tahun 1975.Steve Woziniak dan Seve Job telah mencipta computer Apple yang pertama pada 1976.Pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan. Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, kemudian telah diganti dengan 8088 pada tahun 1979.Generasi keempat komputer berlaku dari tahun 1980 hingga kini.Litar bersepadu berskala telah digunakan. Mikropemproses 286 telah diperkenalkan pada 1982.Sehingga kini, intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984, Macintosh telah diperkenalkan.Syarikat Microsoft telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan Windows 3.0 pada bulan Mei 1991.Di awal tahun 1992, Microsof telahmemperkenalkan versi baru Windows 3.1.Windows 3.0 dan 3.1 mengabungkan antara muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan DOS.Tetikus digunakan untuk memilih ikon interaktif bagi Windows 3.0 dan 3.1. Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001 dapat mengabungkan kesemua media dalam multimedia.Kini, kebanyakan komputer menggunakan Windows Vista.

You might also like