You are on page 1of 1

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan dapat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu alat membantu

pengurusan dan alat bantu mengajar.Bagi bahagian alat membantu pengurusan, segala data yang diterima seperti data pelajar, data kewangan,dan sebagainya perlu diuruskan secara sistematik.Jadi, teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pengkalan data dan rangkaian setempat dapat digunakan untuk mengurus data dengan lebih baik.Contohnya seorang pentadbir dapat mengetahui maklumat diri pelajar dengan pantas.Dengan hanya memasukkan nombor kad matrik pelajar dalam komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pengkalan data pelajar, segala butiran dan maklumat diri pelajar tersebut dapat diketahui.Data-data lain seperti kewangan dan lain-lain juga boleh diaplikasikan dengan cara yang sama.Disamping itu, jaringan internet dan laman web juga mampu membantu pengurusan seperti memberi maklumat terbaru dan memuat turun sesuatu kerja rumah.Dalam bahagian alat bantu mengajar pula, penggunaan teknologi maklumat dapat dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu teknologi maklumat menggunakan mod tutorial,teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan, teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi dan teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi.Antara kelebihan keempat-empat bahagian ini ialah pelajar dapat belajar dengan sendiri, membolehkan pembelajaran simulasi,menjimatkan masa pembelajaran dan membenarkan pembelajaran jarak jauh.Selain dua bahagian diatas, penggunaan internet dalam pendidikan juga amat berguna kerana dapat digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.Internet dapat digunakan dimana-mana dan dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran.Segala sumber rujukan juga boleh didapati dengan mudah melalui internet.

You might also like