You are on page 1of 21

Hassan Al-Banna

Dasar
Pegangan Seorang Muslim

Siri Tarbiyyah

KONSIS Media
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR PERTAMA
‫ا"! م  م    ول  ه ا ة 
دو وو أو‬
‫  ن‬$‫  و‬%& ‫ ة أو ر) و('ا وه‬$‫ و‬+,- ‫  وأ وه‬.)
‫ وه 
د ود( ة‬/0‫ و‬12‫ ء وه  دة و&وة أو آ‬5$‫ و‬6,( ‫أو‬
‫ ! اء‬7 ‫ دة‬9(‫ و‬$‫ د‬7 ‫'ة‬%( ‫ة آ ه‬. ‫ و‬8 ‫أو‬
‫ اء‬2:
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia
adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan
ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun
keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan
kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga
ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama
pengiktibarannya di sisi kita.

Isi-isi
— Kepentingan memahami Islam yang syumul
— Dalil-dalil kesyumulan Islam dari Al-Quran.
— Bahaya memahami Islam secara silap (orang buta dengan gajah)
— Bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami Islam dalam masyarakat dan
kesannya.
— Sekularisma dan bahayanya.
— Mutakamil Islam.
— Kesemua bahagian Islam tersebut telah disebut oleh Al-Quran.

2
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KEDUA

‫ م‬.)‫ < ف أ‬/ 6,2 ‫ ا>


ة = آ‬2‫ وا‬6.‫?ن ا‬%‫وا‬
C‫ و‬D,.< 0  : ‫ ا‬A,‫ ا(' ا‬% %9 ‫?ن‬%‫ ا‬6
B‫ و‬.‫ا"! م‬
‫ ت‬%F‫ ا‬G'‫ ر ل ا‬/‫ ا>
ة ا‬2‫ ا‬6
/ =‫ و‬D2 <
Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam
mengetahui hukum-hukum Islam.
Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap
memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah
dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

Isi-isi:
— Betul dan ikhlas adalah syarat amalan diterima.
— Penentu kepada betul dan salah ialah Al-Quran dan Hadis.
— Jaminan tidak akan sesat siapa yang berpegang dengan keduanya.
— Bahaya terlalu menyukarkan/membincangkan suatu yang tidak perlu atau terlalu
mempermudahkan dalam memahami Al-Quran. Umar pernah menghukum Sabigh
kerana banyak tanya tentang makna 'Mursalat'.
— Kepentingan memahami Al-Quran dalam bahasa Arab.
— Kepentingan rijal hadis dalam memahami hadis dan kepentingan memastikan
kesahihan hadis.

3
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KETIGA
‫ ه'ة  ر و) وة‬H‫ وا‬I‫ دة ا‬9 ‫ دق وا‬I‫ ن ا‬K‫و‬
‫ ا‬O‫ ا"
م وا‬.‫ و‬P‫ د‬9(  ‫ ء‬L  1,$ / M‫
ا‬N%
.(L‫ م ا‬.)Q‫  أد ا‬R2 ‫ واؤى‬DL.‫وا‬
Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan
yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala
ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum
syariah.

Isi-isi:
— Kelebihan Allah diberikan kepada:
— iman yang benar dan bersih,
— ibadah yang betul dari bebas dari bid'ah serta
— mujahadah yang lurus tanpa kurang dan melampau
(firasat, kemanisan, kesah Othman kesan Umar dengan tenteranya).
— Hadis 3 perkara - akan diberi kemanisan iman.
— Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi boleh digunakan sebagai tambahan untuk
pengukuhan (tathabbut) jika tidak bertentangan dengan syarak dan ianya tidak ditolak
secara mutlak.
— Sumber hukum syarak mestilah bersih dan tidak bercampur aduk dengan perkara
zann dan khurafat.

4
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KEEMPAT

1A‫
 واد( ء    ا‬.‫ وا دع وا   وا‬/$‫ وا‬6V ‫وا‬
 ? ‫  آ ن‬C‫ ا‬W:‫  ر‬1H< . ‫ ب‬9‫ا ا‬N‫وآ  آ ن  ه‬
‫& رة‬Y $‫?ن أو ر‬$
Setiap tangkal, jampi, pelindung, tilikan (tahu dimana barang tersembunyi), tenung,
pengakuan mengetahui perkara ghaib dan semua yang seumpama dengan perkara ini
adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi; kecualilah jika ianya
adalah daripada ayat al-Quran atau jampi yang ma'thur.

Isi-Isi:
— Semuanya haram dengan dalil Quran (Yunus:17), (Furqan:3), Hadis Ahmad.
— Kenapa diharamkan? Hanya Allah yang berkuasa dan tahu perkara ghaib/
membersihkan akidah dan fikiran.
— Jampi dengan ayat Quran harus dengan 3 syarat:
— Quran atau Nama-nama Allah.
— Dengan bahasa Arab dan difahami ertinya.
— Tidak mempercayai jampi itu boleh memberi kesan.
— Tangkal dengan ayat Quran - khilaf ulama.

5
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KELIMA
/ ‫ و   و ه ('ة و‬W Z C  W9V ‫ورأى ا" م و‬
'$‫ ('ة ( و‬%: ‫>'م‬I 6  W: ‫   ل‬,!‫ [ ا‬I‫ا‬
‫ دات‬9 ‫ ا‬/ 7Q‫ وا‬.‫ اوف وا ف وا دات‬12: A
‫!ار‬Q‫ ا‬/‫ ت ا‬B"‫ ا د ت ا‬/ ‫ و‬/ ‫ ا‬/‫ ت ا‬B"‫' دون ا‬9 ‫ا‬
.'7 %‫ وا‬6.‫وا‬
Pendapat Imam(ketua) dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas atau pada
perkara yang mempunyai banyak andaian dan pada masalah 'masolih mursalah'; hendaklah
dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini
kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara
ibadat adalah mengabdikan diri tanpa melihat kepada rahsianya. Sedangkan asal dalam
perkara adat pula hendaklah dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.
Isi-isi:
— Siapakah imam dan siapa naibnya./ Apakah hak-hak imam dan naibnya./ Apakah
sifat dan ciri-ciri seorang imam.
— Apakah lapangan yang perlu dipakai pendapat imam: tiada nas (ummul-walad)
perkara yang mempunyai banyak andaian / pilihan (tawanan perang) masolih
mursalah
— Mengapa perlu dipakai pendapat imam dalam masalah di atas ?
— Mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan saf ummat/ jamaah.
— Ditolak pendapat imam jika bertentangan dengan nas.
— Imam boleh menukar pandangannya berdasarkan zuruf, masa dan keadaan.
— Asal dan ibadah dan asal dan adat.

6
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KEENAM
6,!‫ و‬W,( M‫ ا‬/,7 ‫ م‬I ‫ ا‬C‫ وك ا‬W ‫  آ‬N-] ')‫وآ أ‬
2‫ ب وا‬., % ‫  ا‬6
,( M‫ ر^ ان ا‬D,2‫وآ   ء ( ا‬
‫  ض‬C .‫ ع و‬9<" : /‫ أو‬W !‫ و! ر‬M‫ ب ا‬. C‫ وا‬P ,9$
6
<  /‫ ا‬6
,.‫[ و‬H< ‫>  أو‬: - W D,-‫  ا‬- ‫ ص‬Oa
.‫' ا‬$  /‫ ا ا‬5 ‫' أ‬$‫و‬
Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang
yang maksum iaitu Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para
salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunnah hendaklah diterima.
Jika tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan
memburukkan seseorang dari mereka kerana perbezaan pandangan mereka. Kita
serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah memberi saham
dengan apa yang telah mereka lakukan.

Isi-isi:
— Semua manusia melakukan kesilapan kecuali Rasul saw.(Najm:2)
— Sikap kita terhadap pandangan ulama-ulama salaf - diperiksa dengan Al-Quran dan
Hadis untuk diterima atau ditolak. Ulama-ulama besar sendiri menyuruh menolak
kata-kata mereka.
— Adab dengan ulama Waris Nabi-nabi/ Tidak boleh memburuk-kan ulama kerana
pandangan mereka./ Boleh mencari kebenaran dan menyatakan kesilapan mereka
secara baik.

7
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KETUJUH
=9 ‫( أن‬B‫ م ا‬.)Q‫ اد ا‬/ ‫ در ا‬c,9 6 6,2 .‫و‬
 '
H ‫ ع أن‬9<"‫ا ا‬N‫ = ه‬W: 2‫ ا' و‬V‫ا   أ‬
/ ' : ‫ ب‬I ‫ آ ار د‬9% ‫ وأن‬W‫ < ف أد‬/ ‫ا!> ع‬
‫ إن‬/, ‫ ا‬WI% .2 ‫ وأن‬W B‫ وآ‬P'‫ ح  أر‬7 P'( [7
‫ در ا‬c,9 /) 6, ‫آ ن  أه ا‬
Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum
Islam yang furu' hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam
mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah
dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah
menerima segala petunjuk yang disertai dengan dalil jika diyakini kesahihan dan
kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu. Dia juga hendaklah
menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia dari kalangan ahli
ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Ahli-Nazar (mampu memahami
hukum dari sumbernya).
Isi-isi:
— Ijtihad hanya harus bagi yang mampu dan taqlid harus bagi yang tidak mampu.
— Keperluan mengetahui dalil setiap dari amalan yang dilakukan agar merasai hubungan
dengan Allah dan RasulNya saw.
— Perlu menerima nasihat untuk beramal jika nasihat disertai dalil walaupun kadangkala
bercanggah dengan amalan biasa.

8
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KELAPAN
C‫و‬ '‫ ا‬/ ‫ق‬B, 99! ‫ ن‬. C ‫وع‬B‫ ا‬/ /
%B‫ ف ا‬O‫وا‬
 =  C‫و‬ P‫
' أ‬H .‫ ء و‬5A: ‫  أو‬I- /‫]دى ا‬
M‫ا‬ / 1‫ا‬ f / ‫ ف‬O‫ ا‬V 2 / Wg‫ ا‬/, ‫ ا‬+%‫ا‬
/‫ا‬ h‫ ذ‬H ‫ أن‬0  %%‫ ا‬/‫ ل ا‬7 ‫ ا‬/,( ‫وا ون‬
.1I ‫ م وا‬N‫ااء ا‬
Perselisihan pendapat dalam perkara furu' fekah tidak sepatutnya menjadi sebab
kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada
perbalahan dan kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak
ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah secara bersih dalam masalah yang
diperselisihkan ini jika dilakukan dalam suasana kasih mengasihi kerana Allah dan bantu
membantu untuk sampai kepada suatu hakikat dengan syarat tidak membawa kepada
perbahasan cara buruk dan perasaan taasub.
Isi-isi:
— Tujuan : sikap yang betul dalam menghadapi masalah perbezaan pendapat.
— Perselisihan mesti akan berlaku tetapi Kasih sayang sesama Islam lebih penting dari
berada atas satu pendapat.
— Sesiapa boleh mengikut mana-mana pendapat Imam selagi tujuannya untuk
mematuhi perintah Allah.
— Bahaya penyakit ta 'asub (apa yang dikatakan ta'asub/ bila perlu taasub). Perbezaan
pendapat dalam masalah dakwah & timbul pelbagai cara. Penyelesaiannya ialah
kaedah Ulama: Kita bertolong menolong dalam perkara yang kita sepakat dan kita
bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihkan.

9
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KESEMBILAN
‫ى‬N‫ ا‬D,.‫ ض 
 ا‬O (
,( /9 C ,j2 ‫وآ‬
=%< 6 /‫ م ا‬.)a ‫ ت‬B‫ة ا‬F‫ آ‬h‫ ( و ذ‬W( 

' : 6, ‫ ا
ا‬I 6 /‫? ا‬%‫ ت ا‬k‫ ا‬/  / ‫ ض‬O‫وا‬
H ‫ و‬6
,( M‫ ب ر^ ان ا‬7Q‫ ا‬: ,^ B‫ ا‬/ ‫ م‬.‫وا‬
‫ول‬Y‫ ا‬/ ‫ و‬W ‫اء‬g‫ و‬W97 5 6
 .‫ ف و‬-  6
:
)‫'و‬
Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara
takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah
seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang belum berlaku, membahaskan
makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan
perbincangan melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku
antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan
kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara boleh
membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

Isi-isi:
— Kepentingan waktu terutama bagi muslim(Wal-'Asr).
— Muslim mesti menjaga waktu pada perkara yang bermanfaat saja dan mempelajari
ilmu yang bermanfaat.
— Pembahagian ilmu: (1. Ilmu yang disuruh dan digalakkan (fardhu 'Ain & kifayah) /2.
Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,
nujum dsb).
— Larangan duduk bersama orang berbincang kosong (6:68).
— Bani Israel dikutuk Allah kerana banyak berbahas:(Kesah lembu 2:67-73)
— Allah bawa cerita lain bila ditanya perkara tak berfaedah (Kesah anak bulan 2:189)
— Contoh perkara tak membawa kepada amal (detail Orang gua, apa bahasa Nabi
Sulaiman as bercakap dengan Hud-hud, apa nama pokok Nabi Adam as., Di mana
kedua ibubapa Nabi Saw- syurga atau neraka.... dll)
— Adab berjidal (berbahas):
— Jidal asal dilarang (Hadis: Tidak sesat umat selepasku setelah mendapat hidayah
melainkan kerana mereka suka berbahas).
— Boleh dengan syarat:
— Untuk belajar/ Menghidupkan ilmul untuk beramal/ jauh dari riya'
— Tidak membicarakan mengenai Qadar:
— Kesah Nabi Isa as dengan iblis
— Kesah Umar dengan pencuri
— Tidak memperkatakan perbezaan antara sahabat Nabi saw. Allah telah membersihkan
tangan kita dari darah mereka maka jangan mengotorkan lidah kita.

10
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KESEPULUH
‫' ا"! م‬V %( /!‫ أ‬W
g<‫ و‬P') <‫ و‬/ <‫ رك و‬9< M‫   ا‬
W: L‫  ا‬hN: +, ‫ و‬I‫
ا‬F‫ ت وأ) د‬BI‫و? ت ا‬
‫  ض   ء‬C‫ < > و‬C‫و و‬Y< 0  ‫
آ  ءت‬: ]
M‫ ا‬/,7 M‫   و!= ر! ل ا‬2‫ ء و‬, ‫ ا‬: ‫ ف‬- 

‫ آ‬W: ? ‫  ن‬% 6, ‫ ا‬/ ‫ ن‬O!‫ } واا‬W: 7‫ وأ‬6,!‫ و‬W,(
{ :‫ (' ر‬
Mengenal Allah Taala, bertauhid kepadaNya dan membersihkanNya dari sebarang
kekurangan adalah akidah Islam yang paling mulia. Mana-mana ayat dan hadis sahih yang
menceritakan sifat Allah dan penyerupaan yang layak denganNya, kita beriman
dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan ta'til. Kita juga tidak
mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai
perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat
baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam
pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu
datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).

Isi-isi:
— Semua amal solih diterima bergantung kepada usul aqidah yang betul.
— Aqidah adalah sebagai pembina/perubah hidup bukan ilmu istilah yang dihafal.
— Iman hendaklah teguh tidak berganjak (49: 15) dan dituruti dengan kepatuhan (4:65).
— Asal kelahiran ilmu tauhid secara istilahi/mantiqi/falsafi - adalah hanya untuk
menolak golongan ahli Falsafah yang menyeleweng (Qadariah, Jabariah, Mu'tazilah,
Juhmiyyah dll.)
— Sifat-sifat Allah yang menyebutkan bahawa Allah menyerupai makhluk hendaklah
diserahkan kepada Allah dengan keyakinan:
— Tidak ada yang menyerupainya (42:1) dan
— ilmu makhluk tidak boleh mencapai hakikat sifat Allah (20:110).
— Aqidah mempunyai usul yang tidak boleh diperselisihi -(wujud Tuhan, sifat2 di dalam
Quran) dan furu' (cabang yang boleh diperselisihi- Nabi saw melihat Allah, orang
mati mendengar doa orang hidup, Mi'raj dengan roh dan jasad dll).

11
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KESEBELAS
6‫ه اءه‬Y: ‫
ا س‬2!‫ ا‬-
 7‫ أ‬C M‫ د ا‬/ (': ‫وآ‬

:‫  ر‬1H<  ^ - W Z% : ‫ أو‬W ‫ دة‬g : ‫! اء‬

  ‫  ه‬/‫ <]دى ا‬C /‫ ا‬V ! ‫ ا‬5 Y:
,( ‫ ء‬5%‫وا‬
Setiap perkara bid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun dipandang
elok oleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada dengan menambahkan
ataupun mengurangkannya, semuanya adalah perkara sesat yang wajib diperangi dan
dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada perkara yang lebih
buruk dari itu.

Isi-isi:
— Makna bid'ah: Cara yang direka dalam agama...
— Hadis melarang bid'ah - haram dan dosa besar.
— Syarat bid'ah yang ditegah:
— Dalam agama (boleh bid'ah dalam perkara dunia)
— Tiada asal langsung dari syarak (jika ada - khilaf ulamak).
— Cara menegah sesuatu bid'ah: tidak membawa kepada perkara lebih buruk (Ibnu
Taimiyyah dengan orang Tatar).

12
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KEDUA BELAS


‫ ف‬- %,>‫ دات ا‬9  : ‫ام‬g"‫'( ا"^  واآ وا‬9‫وا‬
‫ه ن‬9‫ ' وا‬: %%‫ ا‬Z: ‫س‬Y: C‫ و‬W‫ رأ‬W . /
%
Perkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak
adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai
pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan
dalil dan bukti.

Isi-isi:
— Jenis-jenis bid'ah:
— Bid'ah hakiki - perkara dalam agama yang tiada asal langsung.
— Bid'ah tambahan - ada asalnya atau disyarakkan tetapi dibuat penambahan
padanya.(Solawat selepas azan, baca Kahfi kuat hari jumaat, zikir bersama-sama
selepas solat).
— Bid'ah tarkiyyah - meninggalkan sesuatu yang halal dan menganggap ianya
kebaikan dalam agama (tak kahwin, tak makan daging).
— Iltizam dengan ibadah yang mutlak - wajibkan ibadah dengan bilangan dan pada
waktu tertentu.
— Paling baik - ikut Sunnah.

13
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KETIGA BELAS


1  ‫ (ف‬: 6
,( ‫ ء‬F‫ وا‬6
‫  وا)ا‬I‫ ا‬9‫و‬
/ ‫آ رون‬N‫ ا‬6‫و ء ه‬Q‫ وا‬/ <‫ رك و‬9< M‫ ا‬/‫ ا‬:$ 6
 (‫أ‬
6
 : & ‫ا‬.‫ ن{ وا‬% ‫ ? ا وآ  ا‬N‫ } ا‬/ < W $
‫ ن‬., C 6
,( M‫ ر^ ان ا‬6
‫ د ا‬%(‫( = ا‬L‫>
ا‬V‫ا‬L:
‫ ( أن‬5 6
<  ' : ‫ أو‬6
< ) / ‫ ^ا‬C‫ و‬B 6
2BQ
.6‫ه‬A h‫  ذ‬j ‫ ا‬9

Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan
mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah ialah orang-
orang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa
kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan
menganggap bahawa mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan
manfaat untuk diri mereka sendiri di kala hidup atau mati apatahlagi dapat memberikan
perkara seperti itu kepada orang lain.

Isi-isi:
— Allah memuji orang yang baik (Ansar dll)
— Hadis 3 kemanisan iman.
— Siapakah wali? Surah Yunus:62-63.
— Keramat : usul akidah ahli sunnah wajib percaya ada keramat untuk wali.

14
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KEEMPAT BELAS


.‫& رة و‬Y‫ ا‬B. : (‫و‬L ! R ‫ ر أ آ‬9%‫وز رة ا‬
‫ ء ا  ت‬5$ 1,‫ و‬hN 6
V‫ ر أ آ  ا و'ا‬9% :  !"‫ا‬

V ^‫ ر و!ه وإ‬9%‫' ا‬L<‫ و‬6
 ‫ر‬N‫ ' وا‬: ‫ب أو‬$ ( 6

V 9‫'( ت آ‬9‫  ا‬hN: +, ‫ و‬M‫ ا‬A: D,‫
وا‬: [2<‫و‬
 ‫ر‬N, ‫( ل !'ا‬Q‫ ا‬PN
: ‫ول‬Y C‫
و‬:‫  ر‬1H<
Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi hendaklah
dengan caranya yang ma'thur. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil
orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya darinya secara dekat
ataupun jauh, bernazar kepada mereka, membina perkuburan dan menerangkan
kubur mereka, menyapu-nyapunya, bersumpah dengan selain dari nama Allah dan
sebagainya adalah perkara bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita
tidak mentakwilkan perkara-perkara ini bagi menyekat daripada keburukan (Saddu al-
Zara'i).

Isi-isi:
— Ziarah kubur adalah digalakkan kerana faedah: ingatkan akhirat/ kematian/ menjauhi
kemungkaran.
— Sama saja kubur sesiapa - baik dan jahat - sunat menangis bila lalui kubur orang zalim
(hadis lalui kaum thamud)
— Adab ziarah - beri salam dan berdoa.
— Meminta tolong - hanya boleh kepada Allah.
— Perkara yang haram berkaitan kubur: Meninggikan kubur / memasang tirai /
menyalakan lampu / menyapu-nyapu.

15
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KELIMA BELAS


/ /( ‫ ف‬- W%,-  ')Q M‫ ا‬/‫  ! ا‬: ‫ن‬$ ‫وا'( ء اذا‬
‫'ة‬% ‫ ا‬V 2  p‫ ا'( ء و‬B‫آ‬
Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan seseorang dari makhluk adalah
termasuk dalam masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari
masalah akidah.

Isi-isi:
— Maksud tawassul
— Boleh bertawassul dengan Al-Quran, amalan baik dan nama-nama Allah.

16
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KEENAM BELAS

 '‫آ‬Y‫ ا‬1H : (L‫ ظ ا‬BQ‫ ا‬+V %) A C r O‫وا ف ا‬


 ‫ ا")از‬1H ‫ ف ('ه آ‬$ ‫
وا‬: ‫ د‬I%‫ ا‬/ ‫)'ود ا‬
C ‫ ت‬2 : ‫ة‬9  '‫ ا' وا‬/)‫ آ  ا‬/ /B,‫'اع ا‬O‫ا‬
‫! ء‬Q :
Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib
memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu
juga wajib kita berjaga-jaga dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek perkara dunia
dan juga agama. Yang diambil kira pada sesuatu ialah apa yang dinamakan dan bukan
nama-nama yang diberikan.

Isi-isi:
— Syariat adalah rujukan dan bukannya adat dan uruf. Uruf dan adat yang betul boleh
diterima.
— Setiap orang mesti mengetahui hakikat sesuatu dan bukan terpengaruh dengan nama.
— Hadis (.. akan ada orang menghalalkan arak dan menamakan dengan nama lain..)
— Istilah-istilah - kemajuan, budaya, seni, faedah bank, persaudaraan dll.

17
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KETUJUH BELAS


I<‫ ر) و‬H‫  ( ا‬6‫ أه‬1,%‫'ة أ! س ا  و( ا‬% ‫وا‬
1,>‫ ا‬9< RB,-‫ ب ( وإن ا‬,> 
,‫ آ‬/ ‫ ل‬.‫ا‬
Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari amalan
anggota luar. Mencari kesempumaan dalam keduanya (amalan zahir dan hati) adalah
dituntut oleh syarak walaupun terdapat perbezaan derjat tuntutan ini.

Isi-isi:
— Iman dan akidah penentu penerimaan amalan.
— Hadis hati
— Amalan hati lebih afdhal. Maksiat hati juga adalah sebaliknya.

18
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KELAPAN BELAS

6, ‫'ر ا‬$ = ‫ ن و‬.‫ ا‬/ ‫ ا‬/,( G‫ و‬% ‫ا"! م ر ا‬
 ^ .‫ء وا‬s ‫ [ ا =  آ‬I : 1)‫ ء و‬, ‫وا‬

: ‫ ا س‬+)‫ و'ه
أ‬/‫ا] أ‬
Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supaya memerhatikan alam ini. Islam
juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan
berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat (wisdom) itu adalah barang yang hilang dari mukmin
dan sekiranya dia menjumpainya, maka dialah orang yang paling berhak dengannya.'

Isi-isi:
— Islam bebaskan akal dari khurafat dan karut marut.
— Islam menolak taqlid buta (2:170) dan mengikut hawa nafsu.
— Nas syarak banyak menyuruh memerhati alam.
— Islam menggalakkan ilmu dan menuntutnya.
— Hikmat - maksudnya dan tugas kita.

19
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KESEMBILAN BELAS

/ -' C  % ‫ وا ا‬/(L‫'  ول آ  ا ا‬$‫و‬


%%) ‫>'م‬I< , / >%‫ ا‬/ B,O  
.‫ و‬-k‫ة ا‬V‫دا‬
= +B 
 /‫ و]ول ا‬: & ( ‫ ('ة‬%: 7 ,(
R9F /) ‫ ع‬9<" : /‫ أو‬/(L‫  ا‬f  ‫ن آ‬t ./ >%‫ا‬
‫ أو 
ر‬/,% ‫ا‬
Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal membicarakan bidang yang sama
tetapi keduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti(qat'ie).
Hakikat ilmiah (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak
yang telah tetap. Perkara yang dzan (belum sampai tahap pasti 100%) pada keduanya
perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah
perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah
perkara aqli tersebut bertukar menjadi thabit atau akan terbubar.

Isi-isi:
— Maksud pandangan syarak dan pandangan akal (aqli).
— Ada perkara-perkara yang biasanya tidak dibincang oleh akal kadang-kadang
disentuhnya.
— Cara penyelesaian bila berlaku pertentangan antara pandangan akal dan pandangan
syarak.
— Erti Zanni dan Qat'ie.

20
20 Dasar Islam_____________________________________________________________________

DASAR KEDUA PULUH


uV‫ا‬B‫ ه وأدى ا‬5%: (‫
د< و‬L : $‫ أ‬,2 B. C
'‫   ا‬,  .‫ أو أ‬B.‫ ا‬,.: $‫ إن أ‬C‫ إ‬I  ‫أى أو‬:
W,< C W‫ و‬/,( P2 ‫?ن أو‬%‫[ ا‬7 ‫ب‬N‫ورة أو آ‬5 :
0 ‫و‬Y< < C ( ( ‫ ل أو‬: : ‫ ا‬A,‫ ا‬1 !‫أ‬
.B.‫ا‬
Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah,
beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata kerana
pandangan ataupun maksiat yang dilakukannya kecualilah jika dia mengakui dengan
perkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklum asas agama, ataupun
mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat
diterima oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh
ditakwil lagi selain dari kufur.

Isi-isi:
— Mengkafirkan seseorang peribadi tanpa pasti adalah bahaya kepada pelaku dan
dakwah.
— Ibnu Taimiyyah: "..Sesiapa yang yakin Islamnya, tidak akan kufur dengan syak.."
— Sebab-sebab boleh bawa kepada kufur --> 5
— "..Kita dai (pendakwah) bukan penghukum.." Hassan Hudhaibi.

21

You might also like