Rock pun mesti jiwang dan cintan ,kalau filem pula plot atau jalan ceritanya sama dan stereotype dan misi yanglebih penting adalah untuk mencungkil apa cerita dalam kelambu para Artis yang kadang mengaib bahkanmenjatuhkan maruah para Artis itu sendiri.Peranan Wartawan dalam menaik dan menjatuhkan para Artis sangathebat sebenarnya,tanpa mereka sedari apa yang ditulis itu bakal memberi impak yang baik atau buruk pada nilaiseseorang Artis disisi masyarakat.Dan jika ianya sesuatu yang mengaibkan walau apa tujuan sekalipun,bukankah itu satu dosa besar disisi ugama kita?Sedang kita tidak dapat menghalalkan dosa jika memang benar ianya satu dosa. Kebanyakan cerita-cerita tentang Artis yang kita baca dimajalah-majalah Hiburan hari ini bagi sayamembodohkan pemikiran anak muda dan masyarakat amnya,menggalakkan kita taksub dengan dunia Glamour para Artis,menonjolkan imej seksi keterlaluan dan mengagungkan nilai kebendaan. Dan saya bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis yang tidak membenarkan penyanyi Faizal Tahir(Artis yanglahir dari program Realiti) untuk membuat persembahan dinegeri itu,atas kesilapan dan keterlanjurannyamembuka baju dalam satu persembahan yang disiar dikaca TV sedikit masa lalu. Muzik mahupun Filem perlulah bersifat lebih mendidik,kerana ianya satu cabang ibadah juga antara sesama kitaasal nawaitu kita betul.Hiburan itu satu keperluan ,cuma perlu diseimbangkan dengan waktu dan situasi,keranarealitinya,hidup ini bukanlah sekadar hiburan semata.END
Posted on Maret 18, 2008 by imbalo
Ditulis oleh : Zulzaidi bin MahmudMedia elektronik dan media bercetak merupakan medium kepada manusia untuk mengetahui banyak perkara,secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuaan. Media elektronik iaitu televisyen merupakan mediayang menjadi “
favourite
” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua.Televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.
Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menontontelevisyen. Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubungdengan hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkanketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi hiburankartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut dijauhi olehkanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi menjadikan mereka berfikirannegatif. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengankecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “
realiti
”yang dipanggil 3D.Setiap hari kartun diibarat seperti makanan yang wajib dimakan untuk hidup,tidak lengkap hidup kanak-kanak tanpa menonton kartun. Pihak-pihak penyiaran telahmencuri “Golden Time” kanak-kanak untuk mempertontonkan rancangan-rancangankartun yang menarik seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-lain lagi. “Golden Time” itu sepatutnya menjadi waktu yang digunakan oleh kanak-kanakuntuk mematangkan mereka seperti membaca, bermain bersama ibu dan bapa.Rancangan penonton-penonton cilik ini khasnya kartun disiarkan tanpa mengisa masa,ada juga kanak-kanak menyatakan kepada ibu bapa
“sabtu dan ahad hari abangtau”.
Bermula dari jam 9 pagi kanak-kanak sudah terpacak di hadapan televisyen untukmenonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat kepada mereka secara total.Sebenarnya tanpa kita sedari bahawa televisyen yang telah mendidik kanak-kanak bukanibu bapa. Penulis berkata demikiaan kerana televesyen telah melayani kanak-kanakdengan tekun dan memberi layanan yang memuaskan hati mereka tanpa mereka rasagusar dan bosan walaupun sesaat. Belaian dan kasih sayang yang sepatutnya diberikanoleh ibu dan bapa telah beralih kepada televisyen, dan perkara ini amat menyedihkan.