Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
104Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cara menulis kajian

Cara menulis kajian

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 8,069 |Likes:
Published by Kondiu

More info:

Published by: Kondiu on Jul 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/06/2013

pdf

text

original

 
1
PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA,DAN LAPORAN
disediakan oleh
HUSSIN BIN SARIF
Jabatan Pengajian MelayuIPTHO, Batu Pahat
1. Apakah Itu Penulisan?
Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas,kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka.Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang danmembantut tugas
, kajian
, dan projek penting yang hendak dijalankan.Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-ratadidapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengandiploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang danpendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan
(kajian
dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik)ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun merekatelah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidakberminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalamsatu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya.Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satutanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya.Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankanamanah itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda denganpengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidangpenulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perludiberikan perhatian.Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadiseorang penulis ialah:
 
2
i. pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik,sintaktis, dan tatabahasa)ii. pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterimasecara formal dan tidak formal)ii. pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teksbertulisiv. proses penulisanv.penyuntingan.Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut:i. ada keinginan untuk menyampaikan maklumatii. percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangantahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untukmengubah sesuatuiii.tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolakdan memberi pendapat mereka.Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda harus bolehmenghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan hasilpenulisan itu boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar,menarik dan menyeronokkan.
2.Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak
Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang pelbagaiaspek penulisan, keperluan, pengetahuan, dan kemahiran yangmembolehkannya membuat perbezaan antara menulis bahan kreatif dengan menulis bahan berfakta (penulisan ekspositori danberorganisasi).Sebagai penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya merangkumibahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi (sajak).Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak terikatdengan peraturan dan syarat seperti dari segi struktur organisasi teksitu. Begitu juga dengan isi kandungannya, penulis tidak perlumengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakankerana apa yang ditulis itu datangnya atau wujudnya daripada ilham,pemikiran atau ciptaannya sendiri. Penulis teks kreatif pada umumnyamenulis sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan,sains, dan teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri danbukannya daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi kandungankaryanya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan
 
3
kehidupan yang pernah dialami oleh penulis atau anggota masyarakat.Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan.Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih dan segala yangdikatakan itu telah pun dibuktikan. Penulisannya rapi, tersusun dantidak subjektif. Bahasanya mengandungi ayat yang ringkas, mudah,padat, dan tepat. Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuatrujukan fakta yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar dalam bidang
kajian
atau penyelidikan. Oleh itu sebelum andamemulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan menimbangsoalan-soalan ini:i. Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yangmenjadi isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau jawapannya?ii. Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangatmemerlukan jawapan?iii. Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapatiitu memberi sumbangan kepada bidang ilmu; danpembanguanan manusia dan negara?iv. Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru dalambidang ilmu itu. Atau kamu melihat satu perkara dalambidang ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yangberlainan?Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga perlumempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri:i. Apakah peranan anda sebagai penulis?ii. Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?iii. Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?iv. Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan denganbahasa yang digunakan?v. Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisananda itu?vi. Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh andagunakan untuk memperelokkan penulisan anda?vii. Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satupenyelidikan yang akan menghasilkan satu penemuan ataupenyelesaian kepada persoalan yang diutarakan; atau iahanya untuk memenuhi syarat pengijazahan?

Activity (104)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Huda Sidik liked this
Priya Mokana liked this
Nur Bazilah liked this
muszda liked this
abfaiz liked this
Sya Mimi liked this
Aeryza Azman liked this
Ruby Teh liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->