Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
0Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tugasan 4

Tugasan 4

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 6,258|Likes:
Published by suryatee

More info:

Categories:Types, Research
Published by: suryatee on Jul 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/14/2013

pdf

text

original

 
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN(GGGB 5023)KERTAS PEMBENTANGAN SEMINAR 2009TAJUK :
Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Tajuk Istinjak DenganMenggunakan Bahan Maujud
OLEH :
Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607)Badrol Hisham Bin Majid (p 48671)Mohd Hafiz Bin Hassan (P 48678)Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581)Suryatee binti Abd Rashid (P 48696)
UNTUK :
Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin
KELOLAAN :
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
 
MEMPERTINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAPTAJUK ISTINJAK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUDMohd Azizi bin SulaimanBadrol Hisham Bin MajidMohd Hafiz Bin HassanSiti Zubaidah binti IngsaSuryatee binti Abd Rashid
 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2009, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak:
Kajian ini membincangkan tentang mempertingkatkan minat pelajar tingkatan satuterhadap tajuk istinjak dengan menggunakan bahan maujud. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap tajuk istinjak melalui bahan maujud,mengklasifikasikan jenis-jenis bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak danmengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri bahan istinjak yang sesuai digunakandalam istinjak. Bagi memperolehi dapatan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian melalui guru dan video serta penilaian daripada penyelia yang merangkumiKemahiran A: Permulaan, Variasi, dan Penerangan, Kemahiran B: Penggunaan Papan Hitamdan Pengesanan, Kemahiran C: Menjelaskan dengan contoh, Peneguhan, dan Pengesanan sertaKemahiran D: Penyoalan dan Pengesanan. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 9 orang pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) major Pendidikan Islam. Dapatankajian menunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat menarik minat pelajar dengan penggunaan bahan maujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja penambahbaikan yang perlu guru perbaiki bagi meningkatkan lagi mutu pengajarannya padasesi yang lain. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya.
PENGENALAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masakini, guru digalakkan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Di samping itu, untuk menarik minat pelajar, bahan danaktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran sejak ia dilaksanakandalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di maktab-maktab perguruan telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai2
 
 pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalammelaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti.Persoalan yang sering ditanya ialah : Sejauh manakah kaedah pengajaran dan pembelajaranyang didedahkan kepada guru pelatih semasa dimaktab dapat dipraktikan disekolah ? Adakahamalan guru dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah dipengaruhi oleh faktor-faktor lainseperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa ? Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara kita akan dibestarikan. Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantumengajar yang merangkumi pelbagai media.Oleh itu, guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakandari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasaikemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam.Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti telah menjadifokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum latihan perguruan diuniversiti-universiti dan maktab-maktab perguruan (kini institut perguruan) memberi penekanan dengan melatih bakal guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isikandungan yang tinggi malah dapat menguasai pelbagai kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu pendidikan di antaranya Pedagogi, PsikologiPendidikan, Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan Profesionalisme Dalam Pendidikan, ‘MikroTeaching’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan latihan yang diberikan di tempat pengajian,mereka dihantar pula ke sekolah-sekolah untuk menjalani latihan mengajar sebelum bergelar seorang guru. Mereka didedahkan dengan pelbagai kaedah mengajar, sumber-sumbe pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan maujud dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabilamereka bertugas sebagai guru di sekolah kelak. Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang3

Activity (0)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
tt8181 liked this
Aluva Amir liked this
arniariff liked this
Donny Jeffery liked this
Alias Sidek liked this
Anis Suhaimi liked this
adi1972 liked this
adi1972 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->