You are on page 1of 30

1

Allah turunkan Islam sebagai panduan hidup. Diutus para Rasul dan Kitab sebagai panduan dan pembimbing ke arah kebahagiaan. Agama bagi semua Rasul dan Nabi bermula dari Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Kata-kata Nabi Nuh a.s. dalam firman Allah SWT bermaksud : Dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari golongan orang-orang Islam (yg berserah diri bulat-bulat kepada Allah). (Surah Yunus : 72)
2

BAHASA :
Berasal dari Bahasa Arab aslama, yuslimu, Islam.
memelihara dlm keadaan selamat, sejahtera,

menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

ISTILAH :
Pelbagai definisi mengenai Islam diberikan oleh Rasulullah SAW juga para cendekiawan Islam.

1)

Hadis Rasulullah SAW bermaksud:


Islam ialah engkau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad SAW adalah Rasul Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah jika berkuasa. (Riwayat Muslim)

2) Dr. Abdul Karim Zaidan:

Islam ialah ketundukan, penyerahan diri dan kepatuhan kpd Allah (Tuhan sekalian alam) dengan penuh kesedaran dan kerelaan.
4

3) Said Hawa:
Islam ialah tunduk, patuh, menyerah diri kepada Allah SWT terhadap segala suruhan dan laranganNya melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.

Said Hawa merumuskan Islam itu adalah aqidah (rukun/asas), ibadah, sistem kehidupan (binaan) dan penyokong.

ISLAM MENURUT SAID HAWA


PENYOKONG Jihad, Amar Maaruf Nahi Mungkar
2

Ibadah Solat Zakat Puasa Haji

Sistem Kehidupan Akhlak Sosial Ekonomi Pendidikan Ketenteraan Dan Lain-lain

BINAAN ISLAM

Akidah dan Syahadah


Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Malaikat
1

Beriman Kepada Kitab

Beriman Kepada Rasul

Beriman Kepada Hari Kiamat

ASAS ISLAM

4) Islam adalah satu sistem yg menyeluruh dan lengkap merangkumi aspek kehidupan manusia (way of life) yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW utk disampaikn kpd seluruh manusia. 5) Menjawab persoalan : DARI MANA KITA DATANG ??? APAKAH TUJUAN KITA DATANG ???

KE MANA KITA AKAN KEMBALI ???


7

AL-DIN DR SUDUT BAHASA

Berasal dr kata akar dana, yadinu, dinan.

Al-Din adalah nama terbitan bermaksud pemerintahan, pentadbiran, perkiraan, pembalasan, kepatuhan dan ketaatan, peraturan serta cara hidup.
8

AL-DIN DR SUDUT ISTILAH

i. Menurut Abu Ala al-Maududi, kalimah al-Din bererti suatu cara hidup, merangkumi kepercayaan, tingkah laku, tindakan dan amalan seseorang. Ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

ii. Sulaiman Yassin di dalam bukunya Pengantar Akidah telah menyimpulkan bahawa kalimah al-Din merangkumi empat ciri utama: Kehakiman, kesultanan dan keluasan yang mutlak lagi Maha Tinggi (keagungan) Tunduk, patuh atau ketaatan dan kesetiaan yang padu kepada kekuasaan tersebut Sistem atau peraturan yang digubal oleh kekuasaan dan kehakiman tersebut Balasan baik dari kehakiman kesultanan dan kekuasaan ke atas setiap mereka yang mematuhi atau sebaliknya
9

ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP ISLAM ADALAH AL-DIN YANG DATANG DARIPADA ALLAH PERKARA ASAS
AKIDAH IBADAH SYARIAT

PERKARA FURU
EKONOMI POLITIK SOSIAL

DAKWAH DAN JIHAD


AMAR MARUF, NAHI MUNGKAR WASILAH DAKWAH JIHAD

AKHLAK

BUDAYA

KEPERCAYAAN, TINGKAH LAKU, TINDAKAN & AMALAN


10

PERBEZAAN ANTARA ANTARA AGAMA DAN AL-DIN


Kebiasaan Islam disebut sebagai suatu agama. Sebenarnya terdapat perbezaan antara agama dengan al-Din.

Agama ciptaan manusia yang dihasilkan dari pemikiran & pengalaman hidup manusia

Agama budaya/wadi

Agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t dari langit

Agama samawi

11

AGAMA

Agama berasal dari perkataan gama yang diberi penambahan huruf a di awal menjadi agama. A bererti tidak dan gama bererti kacau. Oleh itu agama bererti tidak kacau atau lebih jelas lagi teratur

AL-DIIN

Berasal dari akar kata dana yadinu . dinan. Din adalah nama terbitan yang bererti pemerintahan, pentadbiran, perkiraan, pembalasan, kepatuhan dan ketaatan, peraturan serta cara hidup. Penggunaan istilah agama pada hakikatnya tidak tepat bagi menggambarkan maksud sebenar Islam.
12

Kamus Dewan: Agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan dan penerimaan ajaran serta perintahNya atau kepercayaan kepada Yang Maha Kuasa Kepercayaan kepada sesuatu Dewa yang dipuja juga dianggap sebagai sesuatu yang berkuasa
i.

ii.

J.M Yinger: Suatu sistem kepercayaan yang dipegang dan amalan yang dilaksanakan oleh satu kumpulan manusia bagi mengatasi berbagai-bagai masalah dalam kehidupan iii. Collins: Kepercayaan akan kewujudan supernatural beings dan amalan yang diasosiasikan dengannya
13

iv. Johnstones:

Sistem kepercayaan dan amalan yang dijadikan asas oleh satu kumpulan manusia dalam memberikan interpretasi & tindak balas terhadap sesuatu yg mereka rasa sebagai supernatural & qudus. Pengertian agama seperti di atas yang dikemukakan oleh ahli-ahli sains sosial adalah merupakan sebahagian dari tingkah laku kebudayaan yang mengandungi unsur-unsur penting seperti: Kepercayaan akan kewujudan supernatural beings yang mengawal alam dan urusan manusia Amalan-amalan yang diarahkan kepada supernatural beings Simbol-simbol dan nilai-nilai yang digunakan dalam kedua-dua unsur di atas Perhubungan sosial yang dihubungkan dengan unsur-unsur di atas Dengan kempat-empat unsur ini, ahli sains sosial berkenaan dapat menerima sistem atau kepercayaan itu sebagai agama tanpa mengira siapakah penciptanya.
14

Hinduism
TRIMURTHI

15

BRAHMA & VISHNU & SHIVA

16

TRISAKTHI

17

Hinduism
SARASVATHI

18

LAKSMI

19

20

21

22

23

Rabbaniyyah Tiada Paksaan Syumul & Lengkap Waqi @ praktikal Ideal & Realistik Sejagat/alami /universal
24

Progresif & Dinamik

Adil

Kecemerlangan umat Islam bukan hanya dilihat dari sudut material atau keduniaan semata tetapi merangkumi dua perkara yang saling membantu iaitu kecemerlangan atau kejayaan dunia dan akhirat. Kecemerlangan dalam Islam adalah dikaitkan dengan konsep al-falah.
Umat Islam memiliki akhlak mulia/terpuji Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan melakukan sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya (galakan Islam kepada umatnya lihat dalil dari al-Quran dan al-Hadith)

25

)( )( ) ( ) ( )( )( )( )( ) ( ) ( )(
Sesungguhnya berjayalah org2 yang beriman* 1. Iaitu mereka yg khusyu dlm sembahyangnya* 2. Dan mereka yg menjauhkan diri dari perbuatan & perkataan yg sia2* 3. Dan mereka yg berusaha membersihkan hartanya (mengeluarkan zakat)* 4. Dan mereka yg menjaga kehormatannya. Kecuali kpd isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tdk tercela. Kemudian, sesiapa yg mengingini selain yg demikian, maka merekalah org2 yg melampaui batas* 5. Dan mereka yg menjaga amanah dan janjinga* 6. Dan mereka yg memelihara sembahyangnya* 7. Mereka itulah org2 yg berhak mewarisi yg akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dlmnya* (Al-Muminun : 1-11)
26

Pengakuan Barat:
Tanpa Islam, barat tidak akan mengenali sains dan teknologi. Tokohtokoh agung seperti Abu al-Qasim al-Zahrawi, Ibn Sina, Abu Abdullah al-Battani, Mohammad Ibn Zakaria al-Razi dan ramai lagi telah membuka jalan kepada saintis dan tokoh-tokoh perubatan seterusnya. Kecemerlangan Islam diakui sendiri oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, mantan pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, semasa menyampaikan ucapan yangbertajuk Technology, Business and Our Way of Life: Whats Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnesota. Beliau berkata: Pada suatu ketika dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina banguan tinggi yang melawan graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta algebra dan algoritma dan konsep-konsep ini membantu penciptaan komputer dan encryption yang wujud pada hari ini...
27

Samb...
Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya menulis ribuan cerita... Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800-1600 Masihi. Walaupun kita sering kali tidak menyedari betapa terhutang budinya kita kepada tamadun ini, namun hasil yang dicurahkannya telah menjadi sebahagian dari warisan kita. Industri teknologi tidak wujud pada hari ini tanpa sumbangan dari tokoh-tokoh matematik Arab.(Dr. Danial Zainal Abidin 2006 : 39)

28

Ringkasnya mereka yang cemerlang ialah: Memiliki keimanan yang mantap dan kental. Memiliki akhlak mulia dan terpuji. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam terutamanya dalam ilmu fardu ain. Menggunakan akal fikiran dengan cara yang betul; berfikir dengan cara yang rasional, kreatif dan inovatif, bijak dalam membuat pemilihan dan penentuan dalam sesuatu perkara. Memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas yang membolehkan mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan cekap, tekun dan bersungguhsungguh. Kecemerlangan hakiki ialah yang berjaya di dunia dan akhirat:

)(
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang 29 terpedaya.(Surah Ali-Imran 3 : 185)

30

You might also like