You are on page 1of 118

TAKLIMAT

PEKELILING PERBENDAHARAAN (PP)


BIL. 5 TAHUN 2007
TATACARA PENGURUSAN
ASET ALIH KERAJAAN (TPA)

Kementerian Kewangan
Malaysia
TUJUAN TAKLIMAT

Memberi penjelasan mengenai Pekeliling


Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007
Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
(TPA)
KANDUNGAN TAKLIMAT

Taklimat akan disampaikan dalam 2 sesi:

SESI PERTAMA

Penjelasan Mengenai PKP Bil. 5 Tahun 2007

SESI KEDUA

Penjelasan Mengenai Tatacara Pengurusan Aset


Alih Kerajaan (TPA)
PENDAHULUAN

Pengurusan Aset Alih Kerajaan merupakan satu aspek


pengurusan kewangan yang penting kerana Kerajaan
telah menyediakan jumlah peruntukan yang besar bagi
pembelian aset.

Tahun 2007 - Pembelian Aset Belanja Mengurus:


RM4.236 billion daripada keseluruhan
peruntukan RM112.99 billion iaitu merupakan 3.7%.
PENDAHULUAN

Pengurusan Aset Alih Kerajaan secara menyeluruh


belum pernah digubal sebelum ini. Pengurusan Aset
Alih sebelum ini merujuk kepada berbagai dokumen
seperti Arahan Perbendaharaan (AP), Panduan
Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
(PP-TPS), Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP).
PERBANDINGAN PERATURAN LAMA DENGAN
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (TPA)

PERATURAN LAMA TPA

14 DOKUMEN – AP,PP-TPS, 1 DOKUMEN


PP,SPP & SURAT

•Keliru •Lebih mudah


•Pertindihan •Lebih jelas
•Terlalu lama •Proses kerja teratur
•Kurang jelas •Seragam
•Tidak selari dengan •Selari dengan
perkembangan semasa perkembangan semasa
TUJUAN PP BIL. 5 TAHUN 2007

Memperkemas dan memantapkan


Peraturan Pengurusan Aset Alih
Kerajaan
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI PENGAWAL

Bagi memastikan pengurusan Aset Alih Kerajaan


dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan
di Kementerian/Jabatan, peranan dan tanggungjawab
Pegawai Pengawal dalam pengurusan Aset Alih Kerajaan
diberi penekanan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGAWAL

(a) Mewujudkan Unit Pengurusan Aset.

(b) Melantik:

(i) Pegawai Aset di peringkat Kementerian/Jabatan


/Pusat Tanggungjawab (PTJ);
(ii) Pegawai-pegawai menjalankan pemeriksaan
ke atas aset;
(iii) Lembaga Pemeriksa bagi melaksanakan pelupusan
aset; dan
(iv) Jawatankuasa Penyiasat bagi kes kehilangan aset.

(c) Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGAWAL

(d) Mengemukakan laporan tahunan ke Perbendaharaan


sebelum 15 Mac tahun berikutnya:

(i) Laporan Harta Modal dan Inventori;


(ii) Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan
Inventori;
(iii) Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan; dan
(iv) Laporan Tindakan Surcaj dan Tatatertib.

(e) Memastikan aset alih Kerajaan diuruskan mengikut


tatacara yang telah ditetapkan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
UNIT PENGURUSAN ASET

(a) Menguruskan semua aset alih Kerajaan


di Kementerian/Jabatan meliputi:

• Penerimaan
• Pendaftaran
• Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan
• Penyelenggaraan
• Pelupusan
• Kehilangan dan Hapus kira
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
UNIT PENGURUSAN ASET

b) Menguruskan perlantikan Pegawai Pemeriksa,


Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyia

(c) Menjadi Urus Setia kepada JKPAK.

(d) Mengurus pelupusan aset alih Kerajaan.

(e) Mengurus Kehilangan dan Hapus kira.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
UNIT PENGURUSAN ASET

(f) Menyelaras penyediaan laporan berikut:

• Harta Modal dan Inventori


• Pemeriksaan Harta Modal dan
Inventori
• Pelupusan Aset Alih Kerajaan
• Tindakan Surcaj/Tatatertib
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET
ALIH KERAJAAN (JKPAK)

Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian


(peringkat Kementerian)
Timbalan Ketua Pengarah
(peringkat Ibu Pejabat)
Pengarah (Jabatan Persekutuan di Negeri)

Setiausaha : Pegawai Aset Kementerian/Jabatan

Ahli : Semua Ketua Bahagian/Unit


Ketua Unit Audit Dalam
Pegawai-pegawai lain yang sesuai
JAWATANKUASA PENGURUSAN
ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

AGENDA MESYUARAT:

• Kedudukan semasa Aset Alih Kementerian/Jabatan


• Laporan Hasil Pemeriksaan Aset Alih
• Laporan Tindakan Pelupusan
• Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib
• Masalah-masalah berkaitan dengan pengurusan
aset alih.
JAWATANKUASA PENGURUSAN
ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

BIDANG TUGAS JKPAK

Merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua


aspek pengurusan aset alih Kerajaan.

TEMPOH MESYUARAT

Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan.

Hasil mesyuarat di laporkan kepada Jawatankuasa


Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).
PENGUATKUASAAN

Peraturan hendaklah dilaksanakan oleh Kementerian/


Jabatan berkuatkuasa mulai 02 Mac 2007.

Semua Pegawai Pengawal hendaklah memastikan setiap


Kementerian/Jabatan di bawah kawalannya menguruskan
aset alih mengikut TPA melainkan jika terdapat arahan
lain yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan.
PELAKSANAAN
Dengan pelaksanaan TPA, Kementerian/Jabatan hendaklah
memindahkan semua maklumat berkaitan Harta Modal
dan Inventori di bawah kawalannya bagi tahun 2006 dari
Borang:

Kew. 312 Kew. PA-2 dan Kew. PA-4

Kew. 313 Kew. PA-3 dan Kew. PA-5

dengan secepat mungkin tidak melebihi tempoh 6 bulan


dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.
PELAKSANAAN
Semua aset yang dimiliki oleh Kementerian/Jabatan
sebelum tahun 2006, hendaklah disenaraikan dalam
Senarai Daftar Harta Modal Kew. PA-4 dan Senarai Daftar
Inventori Kew. PA-5.

Maklumat dalam Daftar Stok Bekalan Pejabat (Kew.314)


hendaklah dipindahkan ke Kad Kawalan Stok (Kew. 300-J3)
dan Kad Petak (Kew. 300-J4) mengikut Panduan
Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor (PP-TPS).
PEMBATALAN

Peraturan berkaitan pengurusan aset yang terkandung


dalam AP, PP-TPS, PP dan SPP berikut dibatalkan:
(a) AP Bab II – Kehilangan dan Hapus kira, hanya
peraturan berkaitan barang-barang awam sahaja;
• PP Bil. 3 Tahun 1990, hanya berkaitan
barang-barang awam sahaja;
(c) PP Bil 2 Tahun 1991;
(d) SPP Bil. 7 Tahun 1995;
(e) SPP Bil. 2 Tahun 1997;
(f) SPP Bil. 3 Tahun 2002;
• PP Bil. 8 Tahun 2004 hanya para 8
Pengurusan Stor dan aset sahaja;
PEMBATALAN

(h) Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor


hanya Bab XIV dan XV sahaja;

(i) Surat Perbendaharaan S(K&B)(8.09)735/3/1-335


(SJ.1) JD.4 bertarikh 19 Jun 1995; dan

(g) Surat Perbendaharaan K.KEW/BKP/PA/535/457


(10) bertarikh 7 Januari 2002.
PEMAKAIAN

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa


masing-masing, Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua
Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan.
SESI KEDUA

Penjelasan Mengenai Tatacara


Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA)
KANDUNGAN TPA
PENDAHULUAN

BAB A
BAB F PENERIMAAN
KEHILANGAN
/HAPUS KIRA
TPA
BAB B
BAB E PELUPUSAN PENDAFTARAN

BAB C
BAB D PENGGUNAAN, PENYIMPANAN &
PENYELENGGARAAN PEMERIKSAAN
PENDAHULUAN
TPA ialah tatacara bagi menguruskan Harta Modal
dan Inventori meliputi:

Bab A : Penerimaan
Bab B : Pendaftaran
Bab C : Penggunaan, Penyimpanan dan
Pemeriksaan
Bab D : Penyelenggaraan
Bab E : Pelupusan
Bab F : Kehilangan dan Hapus kira
DEFINISI ASET

Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau


milikan atau di bawah kawalan Kerajaan yang
dibeli atau yang disewa beli dengan wang
Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan
atau hadiah atau diperolehi melalui proses
perundangan.
DEFINISI ASET ALIH

Aset Alih bermaksud aset yang boleh


dipindahkan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain termasuk aset yang
dibekalkan atau dipasang bersekali
dengan bangunan.
KUMPULAN ASET ALIH

Harta Modal Inventori


  

HARTA MODAL
• Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000
dan ke atas setiap satu pada masa perolehan.

(b) Aset alih yang memerlukan penyelenggaraan


secara berjadual tanpa mengira harga perolehan
asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk
kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan
seperti yang telah dinyatakan dalam manual/buku
panduan pengguna.
INVENTORI

• Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang


daripada RM1,000 setiap satu dan tidak memerlukan
penyelenggaraan berjadual.

(b) Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan


mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.
KATEGORI HARTA MODAL

Tiga (3) kategori Harta Modal iaitu:

(i) Loji/Jentera Berat

(v) Kenderaan

(vii) Peralatan/Kelengkapan
ICT/Telekomunikasi/Penyiaran/Perubatan/
Pejabat/Makmal/Bengkel/Dapur/Sukan
KATEGORI INVENTORI

Empat (4) kategori Inventori iaitu:

(a) Nilai perolehan asal kurang daripada


RM1,000 dan tidak memerlukan
penyelenggaraan secara berjadual:

(i) Peralatan/Kelengkapan
ICT/Telekomunikasi/Penyiaran/Perubatan/
Pejabat/Makmal/Bengkel/Dapur/Sukan
KATEGORI INVENTORI

(b) Tanpa mengira nilai perolehan asal:

(ii) Perabot

(iii) Hamparan, hiasan dan langsir

(iv) Pinggan mangkuk


BAB A
PENERIMAAN
BAB A - PENERIMAAN

(a) Pemeriksaan teliti bagi memastikan


aset diterima menepati spesifikasi.

(b) Pemeriksaan teknikal pegawai yang


bertauliah bila perlu.
BAB A - PENERIMAAN

(c) Langkah-langkah yang perlu dipatuhi semasa


menerima aset:

• Semak butiran dalam dokumen.

• Periksa, kira, ukur, timbang atau uji serta merta


sebelum sahkan penerimaan.

Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan serta


merta maka dokumen dicatat “ Diterima dengan
syarat ianya diperiksa, dikira,diukur, ditimbang dan
diuji”.
BAB A - PENERIMAAN
• Sediakan Borang Laporan Penerimaan Kew. PA-1
jika terdapat kerosakan/perselisihan.

(e) Borang Kew.PA-1 yang ditandatangani oleh Ketua


Jabatan dihantar kepada agen penghantaran atau
syarikat pembekal.

(i) Pegawai Penerima pastikan aset diterima beserta


Surat Jaminan daripada pembekal.

(l) Pegawai Penerima pastikan aset diterima bersama


manual penggunaan dan penyelenggaraan.
BAB B
PENDAFTARAN
BAB B - PENDAFTARAN
OBJEKTIF
CARTA ALIRAN DAN
PROSES KERJA
TEMPOH MENDAFTAR
LAPORAN TAHUNAN
HARTA MODAL &
INVENTORI PENDAFTARAN ASET
PENDAFTARAN HADIAH

PENGESAHAN PENDAFTARAN ASET


PENDAFTARAN LUCUTHAK

URUSAN PENDAFTARAN PUNCA MAKLUMAT


ASET ALIH
DOKUMEN PENDAFTARAN
BUTIRAN MAKLUMAT
TEMPOH MENDAFTAR

Dua (2) minggu dari tarikh


pengesahan penerimaan.
PENDAFTARAN ASET HADIAH

Aset yang diterima secara hadiah bagi tujuan


pembelajaran dan pameran tidak perlu
didaftarkan. Satu senarai daftar aset berkenaan
diwujudkan bagi tujuan rekod.
PENDAFTARAN ASET LUCUTHAK

• Didaftarkan jika Kementerian/Jabatan


bercadang menggunakannya.

• Aset lucuthak yang dikategorikan di bawah


akta tertentu menjadi tanggungjawab Pegawai
Pengawal untuk menentukan tindakan yang
diambil ke atas aset berkenaan mengikut
maksud tersebut sahaja.
PUNCA MAKLUMAT

Aset Yang Dibeli:

(a) Pesanan Rasmi Kerajaan


(b) Nota Serahan
(c) Invois
(d) Dokumen Kontrak
(e) Kad Jaminan
(f) Manual Pengguna
(g) Dokumen-dokumen lain yang
berkaitan
PUNCA MAKLUMAT

Aset yang disewa beli:

(a) Surat Ikatan Perjanjian

(b) Dokumen lain yang berkaitan


PUNCA MAKLUMAT
Aset Yang Diterima Daripada Sumber Lain

(a) Salinan Daftar jika diterima secara


pindahan

(c) Salinan surat kelulusan menerima


hadiah

(f) Salinan Sijil Lucuthak oleh


Mahkamah
PUNCA MAKLUMAT

Aset Yang Belum Berdaftar:

Sekiranya tiada punca maklumat, pendaftaran


berasaskan maklumat di fizikal aset atau
sumber-sumber lain yang berkaitan.
DOKUMEN PENDAFTARAN

(a) Daftar Harta Modal Kew. PA-2

(b) Daftar Inventori Kew. PA-3

Pendaftaran melalui sistem berkomputer:

(h) Format yang sama diguna pakai.


(i) Daftar hendaklah dicetak.
(j) Ditandatangani oleh Ketua Jabatan.
URUSAN PENDAFTARAN

(a) Didaftarkan oleh Pegawai Aset


di Kementerian/Jabatan/PTJ
menggunakan Kew. PA-2 &
Kew. PA-3.

(b) Satu Senarai Daftar Harta Modal


Kew. PA-4 dan Senarai Daftar
Inventori Kew. PA-5 disediakan.
URUSAN PENDAFTARAN
(c) Salinan Kew. PA-4 dan Kew. PA-5 dikemukakan
secara tahunan seperti berikut:

(i) Pendaftaran di peringkat PTJ

Kemuka kepada Jabatan atau Ibu Pejabat

(ii) Pendaftaran Peringkat Jabatan

Kumpulkan senarai daftar PTJ beserta senarai


daftar Jabatan dan kemukakan kepada
Kementerian.
URUSAN PENDAFTARAN

(iii) Pendaftaran di peringkat Kementerian

Kumpul senarai daftar PTJ, Jabatan dan


Kementerian bagi membolehkan
Kementerian mengetahui dan memantau
keseluruhan aset di bawah kawalannya.
URUSAN PENDAFTARAN
(d) Daftar aset dikemaskini bila berlaku:

(i) Penambahan/penggantian/
penaiktarafan

(ii) Pemeriksaan aset

(iii) Pelupusan

(iv) Hapus kira


PELABELAN ASET

Semua aset diberi tanda pengenalan dengan


cara melabel, mengecat, emboss bagi
menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia
(HKM).

Aset tujuan samaran/risikan ditanda di tempat


yang tidak mudah dilihat.
PELABELAN ASET
Setiap aset ditanda dengan Nombor Siri Pendaftaran
seperti panduan berikut:

Kod Kementerian:} Berasaskan kod fail


Kod Jabatan: } oleh MAMPU
Kod Kumpulan sama ada:
Harta Modal - H
Inventori - I
Tahun Pembelian:
No. Siri:

CONTOH : KK/BKP 10/H/07/1


URUSAN PENDAFTARAN

Pergerakan Aset
Pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod
pada Buku Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori
Kew. PA-6.

Penyimpanan Daftar
• Kew. PA-2 dan Kew. PA-3 disimpan dalam fail kulit
keras dalam kabinet berkunci.
• Buku Kew. PA-6 disimpan dalam kabinet berkunci.
• Daftar asal disimpan oleh Pegawai Aset dan salinan
simpan di lokasi.
SENARAI ASET DI LOKASI

Senarai aset mengikut lokasi aset ditempatkan


hendaklah disediakan oleh Pegawai Aset
menggunakan Kew. PA-7 dalam 2 salinan.

• 1 salinan disimpan oleh Pegawai Aset manakala


1 salinan oleh pegawai yang bertanggungjawab.

• Dikemaskini dari masa ke semasa bila terdapat


perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai
bertanggungjawab.
LAPORAN TAHUNAN HARTA MODAL DAN
INVENTORI

Kew. PA-8 hendaklah dikemukakan


ke Perbendaharaan sebelum 15 Mac
tahun berikutnya.
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA
PENDAFTARAN

Carta Aliran dan Proses Kerja


Pendaftaran seperti Jadual 1 dan
Jadual 2.
BAB C
PENGGUNAAN,
PENYIMPANAN
DAN PEMERIKSAAN
PENGGUNAAN
(b) Bagi tujuan rasmi sahaja.

(b) Mengikut fungsi sebenar dalam manual.

(c) Dikendali oleh pegawai yang mahir dan


berkelayakan.

(d) Perlu direkodkan.

(e) Melapor kerosakan dalam Borang Aduan


Kerosakan Kew. PA-9.
PENGGUNAAN

Aset yang dibawa keluar dari pejabat hendaklah


mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua
Jabatan. Aset dipulangkan semula sebaik selesai
penggunaannya atau mengikut tempoh kelulusan
mana lebih awal.
PENGGUNAAN

Peraturan mengenai Penggunaan,


Pengurusan dan Penyelenggaraan
kenderaan adalah mengikut peraturan
semasa yang berkuatkuasa.
PENYIMPANAN
• Aset hendaklah sentiasa disimpan di tempat yang selamat
dan sentiasa di bawah kawalan pegawai bertanggungjawab.
Arahan Keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi.

• Setiap pegawai adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa


kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset di bawah
tanggungjawabnya.

• Aset yang sangat menarik atau bernilai tinggi hendaklah


sentiasa di bawah kawalan maksima.

• Pegawai yang gagal mematuhi peraturan boleh dikenakan


tindakan termasuk surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta
Prosedur Kewangan 1957.
PEMERIKSAAN

Pemeriksaan aset dilaksanakan ke atas:

(a) Fizikal
(b) Rekod
(c) Penempatan
PEMERIKSAAN
Tujuan pemeriksaan adalah untuk:

(a) Mengetahui keadaan dan prestasi aset;

(b)Memastikan setiap aset yang mempunyai


daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini;

(c) Memastikan setiap aset berada di lokasi sama


seperti yang tercatat dalam daftar.
PEMERIKSAAN

• Pegawai Pengawal melantik sekurang-kurangnya


2 orang Pegawai Pemeriksa.

• Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan sekurang-


kurangnya sekali setahun.

• Pegawai Pemeriksa mengemukakan Laporan


Pemeriksaan Harta Modal Kew. PA-10 dan
Laporan Pemeriksaan Inventori Kew. PA-11
kepada Ketua Jabatan.
PEMERIKSAAN

Ketua Jabatan kemuka Kew. PA-10 dan Kew. PA-11


bersama-sama Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal
dan Inventori Kew. PA-12 kepada Pegawai Pengawal.

Pegawai Pengawal dikehendaki mengemukakan Kew.


PA-12 kepada Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun
berikutnya.

Ketua Jabatan hendaklah melakukan sendiri


pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastika
peraturan ini dipatuhi.
BAB D
PENYELENGGARAAN
PENYELENGGARAAN
JENIS PENYELENGGARAN
(a) Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

Tindakan penyelenggaraan berjadual yang diambil untuk


memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti komponen
atau sumber fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan
lancar secara berterusan.

(b) Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance)

Tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber


fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan
PENYELENGGARAAN

MANUAL PENYELENGGARAAN

Setiap manual/buku panduan pengguna berkaitan


aset hendaklah disimpan sebagai rujukan untuk
tindakan penyelenggaraan.
PANDUAN PENYELENGGARAAN

Langkah-langkah yang perlu dilaksana oleh Kementerian


/Jabatan:

(e) Menyedia senarai aset yang memerlukan


penyelenggaraan Kew. PA-13.
(b) Merancang penyelenggaraan
(c) Melaksana program penyelenggaraan
(d) Merekod penyelenggaraan
(e) Menilai program penyelenggaraan
(k) Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh
pihak swasta.
BAB E
PELUPUSAN
ISI KANDUNGAN
• Definisi Pelupusan
• Objektif
• Justifikasi Pelupusan
• Kuasa Melulus
• Urus Setia Pelupusan
• Perakuan Pelupusan (PEP)
• Lembaga Pemeriksa
• Tempoh Tindakan Pelupusan
ISI KANDUNGAN

• Pelanjutan Tempoh
• Pinda Kaedah Pelupusan
• Kaedah Pelupusan
• Pelaksanaan Kaedah Pelupusan
• Pelupusan Melalui Kontrak Pusat
• Tindakan Semasa Melaksana Pelupusan
• Carta Aliran dan Proses Kerja Pelupusan
DEFINISI PELUPUSAN

Pelupusan ialah satu proses untuk


mengeluarkan aset dari milikan, kawalan,
simpanan dan rekod mengikut kaedah
yang ditetapkan.
KUASA MELULUS PERBENDAHARAAN

(a) Nilai perolehan asal satu aset melebihi RM50,000 atau


jumlah keseluruhan melebihi RM500,000; dan

(f) Semua kaedah pelupusan tanpa mengira nilai


seperti berikut:

- Hadiah
- Pindahan dari Jabatan Persekutuan ke Negeri
- Tukar Beli (trade in)
- Tukar Barang (barter trade)
- Kaedah lain pelupusan yang tidak dinyatakan
dalam tatacara ini.
KUASA MELULUS KEMENTERIAN/JABATAN

(a) Nilai perolehan asal satu aset tidak melebihi RM50,000 atau
jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000; dan

(b) Pindahan aset di antara Jabatan Persekutuan bagi nilai


perolehan asal tidak melebihi RM50,000 setiap satu atau
jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000 .

• Pegawai-pegawai yang diwakilkan kuasa di bawah Seksyen


17 Akta Acara Kewangan 1957 tidak boleh mewakilkan
kuasa selanjutnya kepada mana-mana pegawai lain.
URUS SETIA PELUPUSAN
Unit Pengurusan Aset Kementerian/Jabatan
Mengurus pelantikan Ahli Lembaga Pemeriksa
mengikut Kew. PA-15

Mendapatkan Perakuan Pelupusan (PEP) Kew. PA-16

Mendapatkan Laporan Lembaga Pemeriksa Kew.


PA-17
Menyemak dan memastikan permohonan pelupusan
lengkap dan teratur
Mengemukakan permohonan pelupusan kepada
Kuasa Melulus
URUS SETIA PELUPUSAN
Memaklumkan kelulusan kepada Ketua Jabatan
Untuk tindakan.

Memohon pelanjutan tempoh pelupusan

Memohon kelulusan meminda kaedah pelupusan

Melantik 2 orang saksi bagi pelupusan kaedah


pemusnahan
Mendapatkan Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset
Kew. PA-18
URUS SETIA PELUPUSAN

Memperolehi Sijil Pelupusan Aset Kew. PA-19

Menghantar Kew. PA-19 kepada Kuasa Melulus

Mengemukakan Laporan Tahunan Pelupusan Aset


Kew. PA-20 ke Perbendaharaan sebelum 15 Mac
tahun berikutnya.
PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) KEW. PA-16
(a) PEP diperlukan bagi semua aset Mekanikal, Elektrikal dan
Elektronik seperti di Kembaran A dan perkakasan
komputer di Kembaran B.

(b) Ketua Jabatan merujuk kepada JKR atau Jabatan yang


mempunyai woksyop sendiri atau khidmat pakar-pakar
khusus dalam peralatan-peralatan tertentu.

(i) PEP bagi perkakasan komputer hendaklah disediakan oleh


Pegawai Sistem Maklumat Kementerian/Jabatan.

(d) Setiap PEP disahkan oleh 2 pegawai yang mempunyai


kepakaran sekurang-kurangnya 3 tahun.

(e) Nilai semasa aset di PEP hanya sah digunakan untuk tempoh
1 tahun.
PERLANTIKAN LEMBAGA PEMERIKSA

(a) Pegawai Pengawal Kementerian/Jabatan


perlu melantik Lembaga Pemeriksa bagi
membuat pemeriksaan.

(c) Lembaga Pemeriksa dilantik berdasarkan


jawatan tidak lebih tempoh 2 tahun.
KEANGGOTAAN LEMBAGA PEMERIKSA
(a) Sekurang-kurangnya 2 orang pegawai ( 1 Pengerusi
dan 1 Ahli) yang tidak terlibat secara langsung dalam
pengurusan aset berkenaan.

(b) Mempunyai kepakaran memeriksa aset jika perlu.

(c) Pegawai Kumpulan P&P atau Sokongan 1 atau yang


setaraf.

(l) Pegawai dari Kementerian/Jabatan lain boleh dilantik


jika perlu.

(o) Menandatangani Kew. PA-17 dan kemuka


ke Urus Setia.
TUGAS LEMBAGA PEMERIKSA

(a) Menyedia dan mengemuka Jadual Pelupusan kepada


Urus Setia Pelupusan Jabatan.

(b) Memeriksa aset dan rekod dalam tempoh 1 bulan.

(c) Memastikan maklumat sulit dan rahsia dalam peralatan


yang hendak dilupuskan dikeluarkan.

(d) Menyedia Laporan Lembaga Pemeriksa Kew. PA-17.

(e) Mengesyor kaedah pelupusan yang sesuai.

(f) Menandatangani Kew. PA-17 dan kemuka ke Urus Setia.


TEMPOH TINDAKAN PELUPUSAN

Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan


dari tarikh surat kelulusan mengikut
kaedah yang diluluskan.
PELANJUTAN TEMPOH

• Permohonan untuk lanjut tempoh dikemuka


kepada Kuasa Melulus 2 minggu sebelum
tamat tempoh pelupusan. Pelanjutan tempoh
hanya dibenarkan sekali sahaja.

• Jika pelupusan tidak dapat diselesaikan selepas


tempoh pelanjutan maka kelulusan terbatal.
PINDA KAEDAH PELUPUSAN

Permohonan untuk meminda kaedah pelupusan


dikemuka kepada Kuasa Melulus sebelum
tamat tempoh pelupusan. Sekiranya tempoh
pelupusan tamat kelulusan terbatal dan permohonan
baru hendaklah dikemukakan.
KAEDAH PELUPUSAN
(a) Jualan secara :

Tender
Sebut harga
Lelong

(b) Jualan Sisa

(c) Tukar Barang (Barter Trade)

(d) Tukar Beli (Trade in)

(e) Tukar Ganti (Cannibalize)


KAEDAH PELUPUSAN

(g) Pindahan
(h) Hadiah
(i) Musnah secara:

Ditanam
Dibakar
Dibuang
Ditenggelam

(j) Kaedah lain pelupusan yang difikirkan


sesuai
PELUPUSAN MELALUI KONTRAK PUSAT

Jika terdapat pelupusan melalui kontrak pusat


Kementerian/Jabatan hendaklah menggunakan
peraturan berkenaan.
TINDAKAN SEMASA MELAKSANAKAN
PELUPUSAN

Label HKM dan nama Kem/Jab pada aset dipadamkan

JPJ diberitahu diberitahu mengenai pelupusan


kenderaan supaya pendaftaran kenderaan dibatalkan

Kad Pendaftaran kenderaan diserahkan kepada


pembeli kecuali pelupusan secara jualan sisa

Kenderaan Kerajaan dan aset alih lain yang telah


dilupus dikecualikan daripada semua jenis cukai
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA

Carta Aliran dan Proses Kerja Pelupusan


seperti di Jadual 3 dan Jadual 4.
BAB F
KEHILANGAN DAN HAPUS
KIRA
TAFSIRAN KEHILANGAN

Kehilangan bermaksud aset yang tiada lagi


dalam simpanan disebabkan oleh kecurian,
kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan,
penipuan atau kecuaian pegawai awam.
TAFSIRAN HAPUS KIRA

Hapus kira ialah proses untuk


membatalkan rekod aset yang hilang.
TAFSIRAN PEGAWAI PENGAWAL

Pegawai Pengawal ialah:

Ketua Setiausaha Kementerian atau


Ketua Pengarah Jabatan
TAFSIRAN KETUA JABATAN

Ketua Jabatan termasuk:

ketua sesuatu cawangan, daerah,


daerah kecil, pejabat atau pejabat wilayah.
KUASA MELULUS PERINGKAT
PERBENDAHARAAN

Nilai perolehan asal satu aset melebihi RM50,000 atau


keseluruhannya melebihi RM500,000.

Peralatan Elektronik, Komunikasi dan ICT seperti di bawah


tanpa mengira nilai perolehan asal:

Telefon bimbit, walkie talkie, kamera digital, kamera video,


komputer riba, palmtop/pocket PC, Personal Digital Assistant
(PDA),LCD Projektor, Pemain CD/DVD dan smartphone.

Melibatkan kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai a


tanpa mengira nilai perolehan asal.
KUASA MELULUS PERINGKAT
PEGAWAI PENGAWAL

a) Nilai perolehan asal satu aset tidak melebih


RM50,000 atau jumlah keseluruhannya tidak
melebihi RM500,000 dan tidak melibatkan
peralatan Elektronik, Komunikasi dan ICT; dan

h) Pegawai Pengawal sebelum meluluskan apa-apa


hapus kira hendaklah berpuashati bahawa soal
kecurian, penipuan atau kecuaian tidak
melibatkan pegawai awam.
URUS SETIA KEHILANGAN
DAN HAPUS KIRA
Unit Pengurusan Aset di Kementerian/Jabatan bertanggungjawab
ebagai Urus Setia Kehilangan dan Hapus kira.

(a) Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang

T
Melalui Daftar Harta Modal (Kew. PA-2) dan
Daftar Inventori Kew. PA-3.

U (b) Mendapatkan Laporan Awal Kew. PA-28 daripada


Ketua Jabatan.
G
A (c) Mengemuka Laporan Awal dan salinan Laporan Polis
kepada Pegawai Pengawal.

S (b) Menguruskan pelantikan Jawatankuasa Penyiasat


dengan menggunakan contoh format Kew. PA-29.
URUS SETIA KEHILANGAN
DAN HAPUS KIRA
(e) Mendapatkan hasil siasatan polis.

T (f) Mendapatkan Laporan Akhir Kew. PA-30 daripada


Jawatankuasa Penyiasat.

U (g) Mengemuka Laporan Akhir bagi mendapat ulasan dan syo


daripada Pegawai Pengawal.
G
A (h) Menyemak dan memastikan dokumen bagi permohonan
hapus kira lengkap dan teratur.

S (i) Mengemukakan permohonan hapus kira kepada Kuasa


Melulus dalam tempoh 4 bulan dari tarikh Laporan Awal
dikemukakan walaupun hasil penyiasatan polis belum
diperolehi.
URUS SETIA KEHILANGAN
DAN HAPUS KIRA
(j) Memaklum keputusan kepada Ketua Jabatan untuk
kemaskini rekod daftar aset.

(k) Memaklum syor surcaj atau tatatertib kepada Urus Seti


T Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya.

U (l) Mendapatkan Sijil Hapus Kira Kew. PA-31 daripada Kuas


Melulus dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan
hapus kira.
G (m)Mendapatkan maklumbalas kedudukan tindakan surcaj
A tatatertib daripada Urus Setia Pihak Berkuasa Tatatert
dan memaklumkan kepada Perbendaharaan.

S (n) Menyedia dan mengemukakan Laporan Tahunan Tindak


Surcaj/Tatatertib Kew. PA-32 ke Perbendaharaan tidak
lewat dari 15 Mac tahun berikutnya.
PROSES HAPUS KIRA

1. Melaporkan Kehilangan

) Pegawai mengetahui kehilangan melaporkan kepada


Ketua Jabatan dengan serta merta.

b) Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab


ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang
mengetahui kehilangan berlaku hendaklah melaporkan
kepada Polis dalam tempoh 24 jam dari waktu
kehilangan diketahui.
PROSES HAPUS KIRA

2. Laporan Awal – Kew. PA-28

• Ketua Jabatan hendaklah menyediakan Laporan


Awal. Bagi kehilangan yang melibatkan seorang
Ketua Jabatan, Laporan Awal hendaklah disediaka
oleh pegawai atasannya di peringkat Kementerian
Ibu Pejabat.
PROSES HAPUS KIRA

2. Laporan Awal – Kew. PA-28

b) Ketua Jabatan di mana kehilangan berlaku


hendaklah dengan segera dalam tempoh 2 hari
bekerja menghantar Laporan Awal dan salinan
Laporan Polis terus kepada:

(i) Pegawai Pengawal bagi Jabatan di mana


kehilangan aset berlaku; dan

(ii) Ketua Setiausaha Perbendaharaan


PROSES HAPUS KIRA

2. Laporan Awal – Kew. PA-28

(c) Salinan Laporan Awal hendaklah dihanta


kepada Ketua Setiausaha Kementerian,
Akauntan Negara, Ketua Audit Negara dan
wakil tempatan Ketua Audit Negara.
PROSES HAPUS KIRA

3. Jawatankuasa Penyiasat

(a) Jawatankuasa Penyiasat hendaklah dilantik secara bertulis oleh


Pegawai Pengawal menggunakan Kew.PA-29 dengan segera
dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal ditandatangani.

(i) Keanggotaan:

(a) Pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan itu dan


bukan daripada bahagian/unit yang sama;

(b) pegawai berpangkat lebih tinggi daripada pegawai


yang terlibat;

(c) Sekurang-kurangnya 2 orang ahli di mana pegawai lebih


kanan sebagai Pengerusi.
PROSES HAPUS KIRA

3. Jawatankuasa Penyiasat

(c) Bagi kehilangan yang berlaku di luar Malaysi


Pegawai Pengawal dibenarkan melantik pegawai
dari Jabatan Kerajaan Malaysia yang tidak terlibat
dengan kehilangan itu di negara berkenaan
sebagai Jawatankuasa Penyiasat.
4.Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
Penyiasat
1. Menjalankan siasatan dengan segera selepas perlantikan

2. Memeriksa sendiri tempat kejadian.

3. Meneliti Laporan Polis yang dibuat mengenai kehilangan

4. Memeriksa rekod-rekod mengenai aset yang hilang.

5. Memastikan sama ada Tatacara Pengurusan Aset Alih


(TPA) dan Arahan Keselamatan dipatuhi.

6. Mengenalpasti kelemahan yang wujud.

1. Mengesyorkan langkah-langkah keselamatan bagi


mengelak berulangnya kejadian kehilangan.

8. Menyedia dan menandatangani Laporan Akhir.


PROSES HAPUS KIRA

5. Laporan Akhir KEW. PA-30

(a) Jawatankuasa Penyiasat bertanggungjawab menyediakan


Laporan Akhir dan kemuka kepada Urus Setia
Kehilangan dan Hapus kira dalam tempoh 2 bulan
dari tarikh pelantikan.
Keterangan bertulis daripada pegawai yang terlibat boleh
dilampirkan kepada Laporan Akhir, jika ada.

(h)Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira mengemukakan


Laporan Akhir untuk syor dan ulasan Pegawai Pengawal.
PROSES HAPUS KIRA

5. Laporan Akhir KEW. PA-30

c) Laporan Akhir hendaklah disertakan dengan dokumen


sokongan seperti salinan Daftar Harta Modal/ Daftar
Inventori, salinan Daftar Pergerakan Harta Modal dan
Inventori, gambar lokasi kejadian (jika perlu) dan
dokumen berkaitan ke Perbendaharaan.

d) Laporan Akhir perlu dikemukakan dalam tempoh yang


ditetapkan walaupun Laporan Hasil Penyiasatan Polis
belum diperolehi.
PROSES HAPUS KIRA

5. Laporan Akhir KEW. PA-30

) Pegawai Pengawal setelah berpuas hati dengan hasil


siasatan di Laporan Akhir adalah bertanggungjawab untu

(i) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang


hilang dengan surcaj atau tatatertib atau
kedua-duanya sekali, atau

(ii) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang


hilang tanpa surcaj atau tatatertib; dan

(iii) Menandatangani sendiri syor dan ulasan.


PROSES HAPUS KIRA
5. Laporan Akhir KEW. PA-30

Sekiranya Pegawai Pengawal tidak berpuashati dengan ha


siasatan di Laporan Akhir maka Pegawai Pengawal boleh
mengarahkan siasatan semula.

(i) Mengarahkan siasatan semula oleh Jawatankuasa


Penyiasat sedia ada; atau

(ii) Melantik Jawatankuasa Penyiasat yang baru untuk


menjalankan siasatan.
PROSES HAPUS KIRA

5. Laporan Akhir KEW. PA-30

g) Laporan Akhir yang lengkap dengan syor dan


ulasan Pegawai Pengawal hendaklah dikemukaka
untuk pertimbangan dan kelulusan Kuasa Melulus
dalam tempoh 4 bulan dari tarikh Laporan Awal
dikemukakan.
4.Tindakan Kementerian/Jabatan Selepas
Kelulusan

(a) Kelulusan hapus kira dicatatkan dalam Daftar Harta


Modal atau Inventori.

) Maklumkan pelaksanaan tindakan hapus kira kepada Kua


Melulus dengan mengemukakan Sijil Hapus Kira Aset
Kew. PA-31 dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan.

(a) Syor Surcaj/Tatatertib hendaklah di bawa ke Pihak


Berkuasa Tatatertib (PBT) Kementerian/Jabatan dalam
tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan Perbendaharaan.

d) Maklumkan keputusan PBT ke atas syor surcaj/tatatertib


kepada Perbendaharaan dalam tempoh 9 bulan dari tarik
kelulusan Perbendaharaan.
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA

Carta Aliran dan Proses Kerja Kehilangan dan


Hapus kira seperti di Jadual 5 dan Jadual 6.
SOAL JAWAB
PENJELASAN PEKELILING

SEKSYEN PENGURUSAN ASET


BAHAGIAN KAWALAN DAN PEMANTAUAN (BKP)
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like