• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK (24 April 2009 / 28 Rabiul Akhir 1430)Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita tingkatkan taqwakepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk:
“ SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Allah s.w.t. telah mewajibkan solat fardhu lima kali sehari semalamsebagai jadual Allah untuk memberi peluang kepada manusiamengingati dan tidak melupai-Nya. Apabila kita ingat, bererti kitasentiasa dekat kepada Allah s.w.t. yang memberi jaminan bahawakita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kekuatan solat ini akan menentukan kualiti keislaman danprestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur pematuhan
1
 
kita kepada syariat Islam. Kelemahan kita dalam menjaga kualitisolat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi. Justeru, betapa besar pengaruh solat terhadap kualitikeislaman ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa solatadalah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurgadan amal yang paling mulia. Tertegaknya solat bermaksudtertegaklah agama, dan terabainya solat adalah meruntuhkanagama. Dengan demikian, kekuatan akar umbi kesungguhanmelakukan solat bermula dari rumah. Umat Islam dan jemaahsekalian digalak memulakan amalan solat semasa berumur tujuhtahun. Apabila telah berumur sepuluh tahun, maka menjadikewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat. Kalauingkar mengerjakannya, maka diharuskan memukul sehinggaperintah ini ditunaikan.Firman Allah s.w.t. dalam surah Thahaa ayat 132:Maksudnya:
 Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat,dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezekikepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baiadalah bagi orang yang bertakwa.”
Demikianlah tingginya kewajipan seorang muslim terhadapibadah solat. Solat adalah amanah Allah s.w.t.. Sekiranya kitamemelihara solat, nescaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah,manakala jika kita mengabaikannya, maka kita tergolong orangyang rugi. Persoalan besar timbul ialah, apakah rahsia di sebalikperintah solat yang begitu kuat ini?. Antara lain, faedahnya ialahuntuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia itusendiri.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
2
 
Solat adalah benteng diri daripada melakukan maksiat dankemungkaran. Ini bermakna, muslim yang istiqamah solatnya akanmenjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal soleh, bersifatamanah, berintegriti tinggi, dan berjiwa tawadhuk. Walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian mimbar, mereka yangmengabai dan meringan-ringankan pelaksanaan solat ini cenderungmenjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat,kejam, dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancamkesejahteraan dirinya dan masyarakat.Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernahbersabda:
Maksudnya:
 
Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidamenjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan merekaakan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf.”
Berdasarkan hadith tadi, orang yang meninggalkan solatdisebabkan harta akan dihimpun bersama Qarun, jika disebabkanpangkat akan dihimpun bersama Fir’aun, jika disebabkan jawatanakan dihimpun bersama Haman, dan jika disebabkan duniakorporat pula akan dihimpun bersama Ubay bin Khalaf seorangyang cintakan harta dan lupa akhirat. Kesemua watak korup iniboleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah,salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan,pembuangan bayi, kejadian jenayah, dan perceraian yang semakinmeningkat hari ini, disebabkan kegagalan segelintir umat Islammenghayati fungsi solat.
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...