You are on page 1of 34

ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 1

UNIT 5

ETIKA KEPROFESIONALISME

OBJEKTIF
AM

5
Memahami dan menghayati isu-isu moral dalam profesyen yang

nit
akan diceburi.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit anda dapat :

1. menyatakan kod-kod etika keprofesionalan


2. mengetahui kepentingan kod etika dalam dunia profesion
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 2

5. 1 KOD ETIK A

INPUT

PE NG ENAL AN
Pengertian etika menurut Kamus Dewan ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etika
juga boleh di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia
bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika
dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulanya etika ialah satu kod
peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan memberi
panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan
tanggungjawab mereka.
Etika keprofesionalan (kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang-undang
yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang
bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat
sasarannya. Contohnya Kod etika dalam bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dan
sebagainya.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 3

5.1.1 K OD E TIKA
KEDOKT ORAN

Persatuan Perubatan Dunia telah menjadikan Deklarasi Geneva pada tahun 1947 sebagai
etika dalam bidang perubatan iaitu :
1. Doktor berikrar dengan sesungguhnya untuk mendidikasikan hidupnya untuk
perkhidmatan kemanusiaan
2. Doktor akan memberikan penghormatan kepada guru dan rasa terhutang budi
kepada mereka.
3. Doktor akan melaksanakan professionnya dengan ikhlas dan berintegrasi.
4. Kesihatan pesakit adalah keutamaan.
5. Doktor akan memelihara rahsia yang diamanahkan
6. Doktor akan mengekalkan sedaya upaya dalam kekuasaan integriti dan tradisi
professional perubatan
7. Sahabat adalah saudara
8. Doktor tidak akan membenarkan pertimbangan agama, kerakyatan, keturunan,
parti politik atau kedudukan sosial mempengaruhi tanggungjawab terhadap
pesakit.
9. Doktor akan mengekalkan integriti kehidupan manusia sejak awal walaupun di
bawah ancaman dan tidak akan menggunakan pengetahuan peribatan
bertentangan dengan undang-undang kemanusian.
10. Doktor melakukan janji ini dengan penuh ikhlas, bebas dan integriti.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 4

Hasil Deklarasi Geneva pada tahun1947 tersebut akhirnya dijadikan sebagai asas
kepada penggubalan kod etika perubatan dunia. Sebanyak enam kod etika perubatan yang
diteripakai secara menyeluruh dalam bidang perubatan iaitu :

1. Seorang doktor mestilah mengekalkan standard (tahap pencapaian) yang tinggi


dalam tingkah laku profesional
2. Seseorang doktor mestilah melaksanakan profesionalnya tanpa dipengaruhi oleh
motif untuk mencari untung
3. Berikut ini dikira sebagai tindakan beretika:
i. Sebarang iklan peribadi kecuali yang diluluskan oleh kod etika
ii. Perubatan kebangsaan bersubahat dengan sebarang bentuk
perkhidmatan perubatan di mana doktor tidak mempunyai kebebasan
profesionalnya.

iii. Menerima sebarang wang yang dikenakan kepada pesakit selain dari
bayaran profesional perubatan yang sebenarnya walaupun dengan
pengetahuan pesakit

4. Sebarang tindakan atau nasihat yang boleh melemahkan rangsangan fizikal dan
mental manusia hanya boleh dilakukan untuk kepentingan pesakit.
5. Seorang doktor dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan
penemuan baru atau teknik-teknik rawatan baru.
6. Seorang doktor diberikan kebenaran atau kuasa terhadap bidang kepakaran sahaja.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 5

Etika Tanggungjawab Doktor


Kepada Pesakit

1. Seorang doktor mestilah sentiasa mempunyai sikap untuk menyelamatkan nyawa


pesakit.
2. Seorang doktor mestilah mendedikasikan sepenuh tumpuan dan segala sumber
ilmu pengetahuannya kepada pesakitnya. Apabila penghuraian atau rawatan diluar
batas keupayaannya, ia mesti cuba mendapatkan bantuan perkhidmatan doktor
yang memiliki keupayaan yang diperlukan.
3. Seorang doktor mestilah memelihara sepenuhnya kerahsiaan semua perkara yang
ia tahu berkaitan pesakitnya kerana kepercayaan yang di berikan kepadanya.
4. Seorang doktor mestilah memberikan perhatian kecemasan sebagai
tanggungjawab kemanusiaan kecuali ia yakin orang lain mahu dan boleh
melakukannya.

Etika T ang gungjaw ab Doktor Sesama Doktor

1. Seorang doktor berkewajiban melayani rakan sejawatnya sepertimana ia


mengharapkan layanan yang sama dari orang lain
2. Seorang doktor tidak boleh mengambil pesakit dari rakan-rakannya.
3. Seorang doktor mestilah mematuhi prinsip Deklarasi Geneva.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 6

5.1.2 KOD ETIKA

PER GUR UAN

Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing pelajar untuk mencapai
kemajuan sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Bagi menjamin matlamat tersebut
tercapai para guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, mereka perlu mematuhi
kod etika perguruan yang telah ditetapkan. Kod etika perguruan dirumuskan kepada
empat perkara perkara pokok iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab
terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.

A. Tanggungjawab Terhadap Pelajar


i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain.
ii. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
iii. Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
iv. Membimbing atau mengajar seoarang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran – mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
v. Menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 7

vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan,


lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setingginya.

B. Tanggungjawab Terhadap ibu bapa

i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka


ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga
iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak membocorkannya
kepada sesiapa, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
v. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar.
vi. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

C. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

i. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
rukun negara.
ii. Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 8

iii. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala


tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
iv. Memberi sumbangan yang cergas untuk meninggikan kehidupan moral kebudayaan
dan kecendiakawanan masyarakat.
v. Berpegang kepada tingkah laku bersopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

D. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seoarang guru.
ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan
sosial.
iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami, terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan
v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
vi. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Berdasarkan kepada kod etika perguruan yang telah disenaraikan tadi menunjukkan
kepada kita betapa prihatinnya pihak-pihak yang terlibat untuk menjamin masa depan
profesion perguruan berada pada tahap yang sepatutnya. Ukuran kejayaan seorang guru
bukanlah hanya sekadar berjaya dalam pengajaranya tetapi haruslah juga mempunyai
sahsiah yang mulia agar guru sentiasa dihormati oleh pelajar secara khususnya dan
masyarakat amnya.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 9

5.1.3 KOD ETIKA


PERB ANKAN / PERNIA GAAN

Bank merupakan sebuah institusi keewangan yang menjalankan operasinya berasaskan


kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapakan. Walaupun sesebuah bank bertaraf
swasta dan mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan dalam operasinya,
dimasa yang sama bank-bank tersebut terikat dengan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan yang bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya unsur-unsur penipuan dan
penindasan kepada pelanggannya. Kod etika bank yang telah dibentuk adalah
merangkumi :

i. Kejujuran
ii. Keadilan
iii. Kerahsiaan
iv. Integriti

Etika Bank Elak Konflik Kepentingan

Sebagai jaminan supaya tidak berlakunya konflik kepentingan individu, kakitangan bank
terikat dengan beberapa kod etika dalam menajalankan tugas mereka iaitu :

1. Kakitangan bank tidak boleh berurusan dengan pelanggan yang mempunyai


kepentingan samada sebagai pemilik tunggal, secara kongsi, pemilik saham,
memberi pinjaman atau orang yang berhutang. Jika hal ini berlaku, ia perlu
dilaporkan serta merta kepada pegawai atasan.
2. Kakitangan juga tidak dibenarkan mendakwa pihak pengurusan atau dilantik
sebagai pendakwa, pentadbir atau pemegang amanah harta pelanggan. Melainkan
mendapat kebenaran dari lembaga pengarah atau sebagainya.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 10

3. Kakitangan bank tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja luar selain daripada


tugas rasmi institusi keewangan di tempat ia bekerja pejabat waktu pejabat
kecuali mendapat kebenaran daripada majikan.
4. Kakitangan bank juga tidak boleh menerima pemberian yang mahal seperti hadiah
dari pelanggan dan pembekal. Namun hadiah sempena perayaan yang tidak
mempunyai nilai komersial dibenarkan jika tidak mempengaruhi tugas kerja.
5. Kakitangan bank tidak meminta atau memaksa pelanggan supaya memberinya
hadiah. Ini bertentangan dengan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Jika
disabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak lebih daripada RM 10 juta
atau dipenjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

5.1.4 K OD E TIKA
WAR TAWAN

Kewartawanan merupakan satu bidang kerja yang penting kerana ianya berkaitan dengan
penyebaran maklumat. Justeru, bagi pihak yang terlibat dalam bidang ini haruslah
sentiasa memastikan mereka tidak tergelincir dari landasan sebenar sebagai seorang
wartawan. Pengabaian terhadap etika kewartawanan akan berlakunya penyebaran berita
palsu atau fitnah yang akhirnya akan merugikan banyak pihak dalam sesebuah negara dan
akan menyebabkan nilai-nilai kemanan dan kesejahteraan tergugat. Sehubungan dengan
itu beberapa etika kewartawanan telah ditetapkan bagi memastikan profesion
kewartawanan sentiasa berada pada kedudukan yang sebenarnya iaitu :
1. Laporan harus benar-benar bijak dan tepat supaya peristiwa yang dilaporkan
memberi erti atau sumbangan kepada kehidupan manusia.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 11

2. Orang ramai harus diberi kesempatan untuk menyampaikan fikiran , ulasan atau
teguran.
3. Liputan luas harus diberi mengenai kegiatan yang boleh dijadikan contoh oleh
satu golongan dari hal golongan lain dalam masyarakat.
4. Laporan harus meliputi tindak tanduk manusia yang boleh dihargai atau di
teladani samada yang kebaikan atau keburukan dengan kesan dan akinatnya.
5. Laporan luas patut dibuat tentang kwjayaan usaha manusia, hasil ciptaan atau
kebijaksanaanya dari semasa kesemasa.
6. Menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk membaca laporan yang benar
7. Mempertahankan dua prinsip penting : kebebasan mencari dan mencetak laporan
secara jujur dan hak mengulas dan menegur secara adil
8. Laporan dibuat harus berdasarkan fakta-fakta yang jelas dari sumber yang jelas
dan sah.
9. Cara yang digunakan untuk mendapat berita, gambar dan dokumen penting
hendaklah secara jujur dan adil.
10. Setiap wartawan hendaklah sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar
jika kesilapan berlaku dalam laporan pertama.
11. Berita yang didapati “persetujuan mendedahkan sumbernya” hendaklah dipelihara
dengan teguh.
12. Elakan kesalahan besar dengan sengaja termasuk plagiarisme, fitnah, umpat,
tohmah, caci, tuduhan tanpa asas, rasuah dalam bentuk apa sekalipun dengan
dorongan supaya dicetak atau disembunyikan sesuatu.
13. Tindak-tanduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk
mempengaruhi keputusan terhadap laporan, cerita atau alasan yang difikirkan
penting dan patut diketahui umum.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 12

Untuk memastikan anda


faham tajuk ini, sila
lakukan aktiviti berikut …
………….

AKTIVITI 5 A

Jawab soalan-soalan berikut :

5.1 Etika Keprofesionalisme bermaksud ___________________________________


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
___

5.2 Senaraikan EMPAT profesion yang mempunyai etika profesionalnya yang


tersendiri
1.___________________________ 3.______________________________
2.___________________________ 4.______________________________

5.3 Mengapakah Etika Profesionalisme itu penting kepada sesuatu profesion ?


ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 13

Bolehkah anda menjawab


soalan-soalan tadi… kalau tak
boleh anda perlu membuat
ulangkaji yang lebih …. OK mari
kita semak jawapan anda…

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 5 A

5.1 Etika Profesionalisme bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang
telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang
bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat
sasarannya

5.2 EMPAT profesion yang mempunyai Etika Profesional:


1. Wartawan
2. Doktor
3. Guru
4. Perbankan

5.3 Etika Keprofesionalan penting kerana :


1. Menjadi garispanduan kepada sesuatu profesion
2. Untuk mencapai matlamat dan sasaran dalam kerjaya
3. Memastikan sesuatu profesion itu dihormati
4. Mengelakkan sebarang pertindihan kepentingan
5. Menjadikan sesuatu profesion itu “ baik ” dari perspektif moral
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 14

5. 2 BUDAYA KE RJ A NEG ATI F


Dalam suasana kerja yang semakin maju dan kompleks, kita akan dapati bahawa
untuk berjaya dalam sesuatu kerja, seseorang itu memerlukan lebih daripada sekadar rajin
dan tekun bekerja serta berdedikasi walaupun kita tidak dapat menafikan kepentingan
kualiti-kualiti tersebut. Budaya seperti inilah yang diperlukan untuk menjayakan
sesebuah organisasi. Sebaliknya, terdapat juga budaya kerja negatif yang boleh
menyekat kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Antara contoh budaya kerja
negatif yang berlaku di pejabat-pejabat dan organisasi-organisasi ialah politik pejabat
( Office –Politics ), lompat kerja, budaya kiasu serta kronisme dan nepotisme.

5.2.1 OFFICE POLITICS ( POLITIK PEJABAT )

Mengikut pakar pengurusan, politik pejabat atau politik tempat kerja


dimaksudkan sebagai memburu minat sendiri apabila menghadapi suatu tentangan yang
nyata ataupun yang dibayangkan. Pada masa yang sama, politik juga tidak semestinya
berupa penyimpangan , berunsur penipuan ataupun ketidakikhlasan. Pendek kata aktiviti
politik pasti akan wujud dalam setiap proses pengurusan. Ada berbagai-bagai cara dan
taktik yang akan digunakan oleh pekerja-pekerja “politikus” ini dalam mendapatkan cita-
citanya. Antaranya ialah :
i. Cuba menaikkan kedudukan dan reputasinya dengan mengumpan situasi yang
boleh mendatangkan kehormatan atau nama baik dan tanggapan yang positif
terhadap dirinya – contohnya mengaku atau menerima kehormatan atau kepujian
bagi kerja-kerja yang dibuat oleh pekerja lain.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 15

ii. Memuji secara berlebihan terhadap seseorang yang mempunyai kuasa untuk
menentukan perkembangan kerjayanya pada masa hadapan.
iii. Taktik politik dua hala iaitu dengan menolong seseorang itu agar ia diyakini oleh
pekerjanya ataupun ia menolong menutup atau mengelakkan seseorang yang telah
melakukan kesilapan itu dari mendapat malu di khalyak pekerja lain.
iv. Cuba mewujudkan suasana berpuak-puak di mana satu puak mempunyai kuasa
yang lebih daripada yang lain.
v. Menjatuhkan nama baik dan maruah individu lain.

Budaya politik pejabat yang tidak sihat ini boleh mendatangkan kesan-kesan negatif
kepada sesebuah organisasi , antaranya ialah :
i. Mengganggu keberkesanan dan produktiviti organisasi apabila kehendak sendiri
diutamakan berbanding kehendak organisasi.
ii. Boleh melumpuhkan seseorang pekerja itu untuk maju ke hadapan
iii. Mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas
iv. Melemahkan kepercayaan antara satu sama lain

5.2 .2 LOMPAT KERJ A

Lompat kerja ialah suatu tindakan seseorang yang suka melakukan perpindahan
kerja dari satu tempat kerja ke tempat yang lain. Ia sudah dianggap sebagai satu
kebiasaan di dalam dunia pekerjaan pada hari ini. Perbuatan ini adalah didorong oleh
beberapa faktor antaranya :
i. Keinginan untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan
ii. Pengaruh rakan sebaya
iii. Kerja yang tidak sesuai dengan kebolehan diri
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 16

iv. Menambah pengalaman sedia ada


v. Terdapat masalah dalaman yang berlaku di dalam sesebuah organisasi
Kesan daripada isu lompat kerja ini ialah sesebuah organisasi itu akan kehilangan tenaga-
tenaga pakar dan profesional dan seterusnya akan mengganggu kelancaran organisasi
tersebut. Tindakan mereka ini juga akan mendorong pekerja-pekerja lain untuk
mengamalkan budaya lompat kerja ini.

5.2.3 KRONISME DAN NEPOTISME

Istilah “Kronisme” diambil dari perkataan Inggeris “ crony ” yang membawa


maksud konco , sahabat ,teman atau kakitangan. Nepotisme juga berasal dari perkataan
Inggeris “nepotism” yang bermaksud pilih keluarga atau yang ada hubungan
persaudaraan. Budaya Kronisme dan Nepotisme boleh diertikan sebagai mengutamakan
sahabat handai, “klik”, ahli keluarga atau yang mempunyai talian persaudaraan dalam
sesuatu urusan dan pekerjaan yang hendak dilakukan. Antara punca amalan kronisme dan
nepotisme ini berlaku ialah kerana hendak menjaga hubungan persahabatan atau
persaudaraan yang telah sedia terjalin. Pihak pengurusan sudah semestinya bimbang akan
perkara ini kerana ia kadangkala boleh memutuskan hubungan tersebut. Kesan daripada
budaya ini ialah sesuatu pekerjaan itu tidak dapat dilakukan dengan cemerlang kerana
kriteria utama dalam pemilihannya ialah kerana ada hubungan persahabatan atau
persaudaraan dengan pihak pengurusan. Orang-orang yang mempunyai kepakaran dalam
bidang tersebut akan diabaikan kerana budaya negatif ini. Ini akan menyebabkan mereka
akan hilang minat untuk memberikan sumbangan yang terbaik dalam organisasi tersebut.
Selain daripada itu, budaya ini juga boleh melonggarkan hubungan antara staff atau
kakitangan yang terbabit. Hasil kerja sesuatu organisasi juga akan terjejas sekiranya ia
dilakukan oleh oleh orang-orang yang tidak berkelayakan.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 17

5.2.4 BUDAYA KIASU

Budaya Kiasu bermaksud kegilaan atau kerakusan dalam mengejar kemewahan


tanpa menghiraukan orang lain. Budaya ini mempunyai banyak perkaitan dengan sikap
materialistik atau mementingkan kebendaan. Perlakuan ini adalah fitrah semulajadi
manusia, namun ia akan berubah menjadi berbahaya jika tidak dikawal dan dibendung.
Punca utama terjadinya budaya ini ialah kerana ingin menikmati kemewahan yang lebih.
Dorongan nafsu yang kuat mendorong seseorang menindas dan menganiayai orang lain
demi untuk mengejar kemewahan duniawi. Walaupun hati mengakui perbuatan itu salah
namun akal tidak mampu untuk mengalahkan keinginan nafsu yang telah menguasai
pemikiran individu tersebut. Contohnya, walaupun tahu berzina itu perbuatan terkutuk
,namun ia masih dilakukan demi untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup
tanpa menghiraukan pertimbangan agama, moral dan masyarakat.
Kesan budaya kiasu ialah berlakunya penindasan ke atas hak orang lain. Ia juga
boleh membawa kepada hubungan yang tidak sihat di kalangan ahli sesebuah organisasi.
Selain itu, ia juga boleh melalaikan seseorang daripada tugasan utamanya kerana terlalu
asyik mengejar kemewahan.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 18

AKTIVITI 5 B

Jawab soalan-soalan berikut :

5.4 Berikan pengertian ringkas istilah-istilah berikut :


a) “Office Politics” ( Politik Pejabat )
b) Lompat Kerja
c) Budaya Kiasu

5.5 Bezakan antara Kronisme dan Nepotisme.

5.6 Berikan TIGA sebab mengapa seseorang itu mengamalkan budaya kiasu.

Mari kita semak jawapan


anda…..
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 19

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 5 B

5.4 Pengertian istilah istilah :

a) Office Politics ialah satu bentuk etika kerja yang negatif seperti mengampu
majikan, memfitnah rakan-rakan, suka bermuka-muka atau berpura-pura di hadapan
ketua.
b) Lompat kerja ialah suatu tindakan seseorang yang suka melakukan perpindahan
kerja dari satu tempat kerja ke tempat yang lain.
c) Budaya Kiasu ialah kegilaan atau kerakusan dalam mengejar kemewahan tanpa
menghiraukan orang lain. Budaya ini mempunyai banyak perkaitan dengan sikap
materialistik atau mementingkan kebendaan

5.5Kronisme bermaksud mengutamakan sahabat handai dan konco-konco dalam


sesuatu
urusan atau pekerjaan yang hendak dilakukan manakala Nepotisme pula
mengutamakan ahli keluarga atau yang mempunyai hubungan persaudaraan .

5.6 Tiga sebab mengapa seseorang itu mengamalkan Budaya Kiasu :


a) Ingin menikmati kemewahan yang lebih
b) Dorongan nafsu yang kuat mengatasi pertimbangan akal
c) Kurang pegangan agama dan nilai-nilai moral
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 20

5.3 PE RA NAN I NDIVI DU DALAM KERJ AYA


Alam pekerjaan merupakan suatu alam yang mencabar seseorang. Seseorang pekerja itu
perlu menguasai dan mendalami kemahiran-kemahiran tertentu sebelum melangkah ke
alam pekerjaan. Teori-teori yang diperolehi semasa menuntut di kolej atau universiti
adalah tidak memadai jika tidak disertai dengan kemahiran-kemahiran untuk
membolehkannya menjadi seorang pekerja yang cekap dan berjaya. Antara kemahiran –
kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pekerja ialah hubungan atau interaksinya
dengan pihak-pihak lain seperti majikan ( ketua ) , rakan sekerja dan juga pelanggan.

i. Hubungan Dengan Majikan

Hubungan yang baik dengan majikan adalah penting kerana mereka merupakan
orang pertama yang akan dihubungi oleh seseorang pekerja apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah yang berkaitan dengan pekerjaannya. Budaya menghormati majikan
perlu diwujudkan supaya setiap arahan yang diberikan akan dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. Selain itu, perjumpaan dengan ketua juga penting untuk mewujudkan
komunikasi dua hala bagi mendapatkan maklumat-maklumat mutakhir organisasi.

ii. Hubungan Dengan Rakan Sekerja

Rakan sekerja merupakan orang yang sentiasa berada di sekeliling kita dalam
menjalankan kerja-kerja kita seharian. Oleh itu, seseorang pekerja harus menjalinkan
hubungan yang baik dengan rakan sekerjanya . Jika wujud hubungan yang tidak baik di
kalangan rakan sekerja, maka akan berlaku suasana tidak harmoni di tempat kerja.
Kesannya, matlamat organisasi tersebut tidak akan dapat dicapai dengan sempurna. Oleh
itu , sikap hasad dengki, ego , mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati rakan
sekerja perlu dikikis untuk kejayaan sesebuah organisasi.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 21

iii.Hubungan Dengan Pelanggan

Setiap organisasi mempunyai piagam pelanggannya yang tersendiri yang


berperanan untuk menentukan garis panduan ketika berurusan dengan pelanggan.
Pelanggan amat penting kepada sesebuah organisasi kerana merekalah yang akan
menentukan keberkesanan sesuatu projek atau produk yang dihasilkan . Oleh itu,
seseorang pekerja yang berurusan dengan pelanggan perlu mematuhi piagam pelanggan
yang telah ditetapkan untuk menjadikan organisasinya dihormati dan mendapat
penghargaan pelanggan.

5.3.1 CIRI-CIRI PEKERJA YANG BAIK


Dalam menempuh alam pekerjaan di zaman ini, kita akan dapati bahawa untuk
berjaya dalam pekerjaan, seseorang memerlukan lebih daripada sekadar rajin dan tekun
bekerja dan berdedikasi walaupun tidak dapat dinafikan kepentingan kualiti-kualiti
tersebut. Bagi seseorang pekerja yang ingin berjaya dan kreatif dalam kerjaya, beliau
perlu menghadapi cabaran. Cabaran perlu untuk mendorong kita berusaha untuk
mencapai hasil dalam masa yang ditentukan atau mencapai hasil yang baik dengan masa
yang sedikit.
Perbezaan antara pekerja yang cekap dan berkesan ialah dari segi melaksanakan
sesuatu tugas yang diberikan . Kecekapan dalam kerja bermakna melaksanakan kerja
dengan betul seperti yang dikehendaki manakala keberkesanan ialah melaksanakan kerja
yang diberikan dengan tepat.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh seorang pekerja ialah
objektif dan hasil sesuatu tugas itu. Perkara ini penting dalam kerja seharian kita ,
terutama sekali apabila kita menghadapi tekanan kerana terlalu banyak kerja yang perlu
diuruskan. Sesuatu kerja akan menjadi kelam kabut dan tidak menentu apabila tiada
panduan dari segi objektif dan hasil yang perlu diusahakan.
Di samping memberikan perhatian kepada objektif dan hasil kerja, pekerja juga
harus melihat dan menilai kembali objektifnya sekerap yang mungkin. Ini disebabkan
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 22

objektif dan hasil yang diharapkan oleh pihak pengurusan akan berubah-ubah mengikut
keadaan. Pekerja yang bijak dan cekap selalunya produktif. Mereka tahu perkara yang
penting dalam kerja mereka bukanlah bilangan kerja yang dapat mereka uruskan, tetapi
yang menentukan kejayaan dan produktiviti dalam kerja ialah kerja yang dapat disiapkan
dan yang boleh menunjukkan hasil.

5.4 JE NAYAH KOL AR PU TIH

Dalam sesebuah masyarakat, baik di mana mereka berada, di Timur atau di Barat ,
kejadian jenayah adalah suatu perkara yang tidak boleh dielakkan. Jenis-jenis jenayah
yang dilakukan oleh individu adalah berbeza-beza mengikut kaum, bangsa, status sosial,
umur dan jantina. Dalam sesebuah masyarakat, jenayah bukan saja dilakukan oleh
individu yang tidak berpelajaran atau berpendidikan, tetapi di kalangan pekerja yang
berpendidikan tinggi pun jenayah tetap berlaku. Hanya jenayah yang mereka lakukan
sahaja lebih canggih dan sukar dikesan.
Jenayah yang sering dilakukan oleh golongan berpendidikan tinggi, berpengaruh
dan dihormati adalah jenayah yang dikenali sebagai “ Jenayah Kolar Putih “. Jenayah ini
selalunya dilakukan untuk mengaut keuntungan peribadi. Antara contoh jenayah ini ialah
seperti :
i. Seorang eksekutif di sesebuah syarikat yang memberikan pinjaman
kepada individu tertentu di mana beliau sendiri adalah rakan kongsi
dalam perniagaan itu.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 23

ii. Doktor yang melakukan pembedahan yang tidak perlu , hanya untuk
mendapatkan wang.
iii. Ahli perniagaan yang dengan sengaja membesar-besarkan
perbelanjaannya.

5.4.1 RASUAH

Antara bentuk-bentuk jenayah kolar putih yang sering berlaku (major ) di kalangan
masyarakat kita ialah rasuah atau korupsi. Ia bermaksud suatu perbuatan atau tindakan
seseorang atau kumpulan yang memberi atau menerima sesuatu bagi mendapatkan
sesuatu keistimewaan. Rasuah yang salah di sisi undang-undang ialah perbuatan yang
melanggar peraturan atau undang-undang. Rasuah boleh berlaku dalam banyak cara.
Antara bentuk-bentuk rasuah ialah :
i. Wang dan harta
ii. Kedudukan dan pengaruh
iii. Balasan,ganjaran, diskaun, komisen dan bonus
iv. Tawaran dan akujanji
v. Perkhidmatan dan pertolongan
vi. Peluang dan kesempatan
vii. Kepentingan, keistimewaan dan hak milik

Tahukah anda bagaimana


rasuah itu berlaku ……..
Sebenarnya kita boleh
mengkategorikan rasuah
seperti berikut….
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 24

5.4.2 KATEGORI RASUAH


Secara umumnya rasuah boleh dikategorikan seperti berikut :

Politik Wang

Salahguna
Rasuah Pecah Amanah
Kuasa

Penipuan

Pecah amanah bermaksud seseorang yang menyalahgunakan kepercayaan dan


tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk kepentingan peribadinya ataupun orang
lain yang ada hubungan dengannya. Contohnya seperti pegawai-pegawai yang sanggup
melakukan bermacam-macam aktiviti yang tidak beretika kerana lebih mengutamakan
arahan ketua daripada undang-undang kerajaan.
Penipuan bermaksud suatu perbuatan curang atau dalam bentuk kata-kata dusta
dengan tujuan untuk memperdaya orang lain. Contohnya , seorang pegawai yang menipu
ketuanya dengan tujuan untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam
organisasinya.
Salahguna kuasa pula bermaksud seseorang yang menggunakan kedudukan dan
pangkat yang ada padanya untuk kepentingan peribadi. Perbuatan ini dilakukan oleh
golongan yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam sesebuah organisasi.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 25

Contohnya, seseorang pegawai yang meluluskan kontrak kepada pihak-pihak tertentu


dan menerima wang atau keistimewaan-keistimewaan tertentu sebagai balasannya.
Politik wang pula bermaksud pemberian sogokan ( rasuah ) dalam konteks politik dalam
bentuk wang ringgit, lesen, tender, saham, kemudahan istimewa, jawatan, percutian dan
sebagainya.

5.4.3 JENAYAH KOMPUTER

Pengetahuan terhadap penggunaan komputer bukan lagi satu perkara yang


menghairankan dalam masyarakat kita. Sebaliknya sudah agak ketara sekarang bahawa
kita sudah bergantung secara total terhadap komputer untuk terus hidup dalam
masyarakat moden ini. Maka kewujudan komputer dalam bidang pekerjaan juga tidak
dapat dinafikan. Jenayah komputer bermaksud sebarang perbuatan yang salah di sisi
undang-undang dengan menggunakan sistem komputer seperti mencuri maklumat atau
wang. Secara tidak langsung, jika tiada satu tindakan awal tidak digubal untuk
mematahkan komplot jenayah komputer ini, ia boleh menjadi satu aktiviti yang utama
pada masa akan datang. Bermacam-macam cerita pernah didengar tentang program yang
tersilap dalam komputer. Contohnya seperti jumlah akaun simpanan wang yang bertukar
jumlahnya dan ada kalanya hilang terus . Kadang-kadang memori komputer terhapus ,
bayaran yang telah dijelaskan timbul semula dan sebagainya. Jenayah komputer agak
sukar untuk dikesan. Contohnya di Amerika, seorang teller wang yang telah
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 26

menggelapkan wang sebanyak 1.5 juta , mengambil masa tiga tahun sebelum pihak
pengurusan dapat mendedahkan kes itu.
Jenayah seperti ini sudah tentu dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang sistem dan program komputer. Jenayah komputer
boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk sama ada manipulasi, membuang, menukar ,
mengubahsuai atau merosakkan data dan maklumat dalam komputer. Komputer telah
digunakan untuk melesap, memanipulasi, mencuri wang atau barang lain dan maklumat
rahsia. Oleh itu komputer juga boleh dijadikan sahabat setia dalam sebarang angkara
komputer.

5.4.4 FAKTOR-FAKTOR JENAYAH KOLAR PUTIH


Secara umumnya, faktor-faktor yang menggalakkan berlakunya jenayah kolar putih ini
boleh dikategorikan kepada tiga faktor asasi ( utama ) iaitu :
i. Kelemahan kawalan dalam diri
ii. Kelemahan kawalan dalam organisasi ( jabatan )
iii. Wujudnya peluang

Kurang pegangan
agama

Ego untuk
menunjukkan
kekayaan

Kelemahan Suka berjudi dan


kawalan berhutang
dalam diri

Tamak untuk
mengumpul harta
dgn cepat

Ingin hidup mewah


dengan cepat
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 27

Rajah di atas menunjukkan kelemahan-kelemahan yang ada pada seseorang yang boleh
mendorongnya untuk melakukan jenayah kolar putih.

Kelemahan
kepimpinan
Kurang publisiti
terhadap
perkhidmatan
jabatan

Kelemahan Kurang ketelusan


kawalan dalam dalam
jabatan menjalankan tugas

Tiada saluran
pengaduan
pelanggan

Arahan yang tidak


jelas

Rajah di atas menunjukkan kelemahan-kelemahan yang ada dalam sesebuah organisasi


dan jabatan yang membuka ruang kepada individu-individu yang berkepentingan untuk
melakukan amalan rasuah dan korupsi.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 28

Pembangunan yang
tidak seimbang antara
fizikal dan spiritual

Budaya tersirat
golongan-golongan
tersirat

Wujudnya Kelemahan dalam


Peluang-peluang sistem pentadbiran

Amalan tradisi dan


budaya masyarakat
yang suka memberi
hadiah
Kelemahan peruntukan
undang-undang

Rajah di atas pula menunjukkan bahawa adanya peluang-peluang dan ruang-ruang


tertentu yang terdapat dalam sistem pentadbiran negara, perkhidmatan awam, peruntukan
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 29

undang-undang dan juga budaya masyarakat yang boleh mendorong masyarakat untuk
terjebak dalam jenayah kolar putih.

5.4.5 BAHAYA DAN KESAN JENAYAH KOLAR PUTIH


Jenayah Kolar Putih boleh mendatangkan kesan yang buruk dan membahayakan
individu, masyarakat dan juga negara. Antara kesan-kesannya ialah :
i. Mengakibatkan kerosakan dan mencemarkan maruah, bangsa dan negara
ii. Ketidakadilan dalam pengagihan peluang dan sumber negara di kalangan
rakyat
iii. Meningkatkan lagi inflasi dan kos hidup melalui naiknya harga barang dan
perkhidmatan
iv. Mengundang pelbagai masalah dan penyakit sosial serta penyelewengan
v. Mengancam keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

5.4.6 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


Jenayah Kolar Putih perlu dibendung dengan segera agar kestabilan dan keharmonian
masyarakat negara ini dapat dipelihara. Antara cadangan langkah-langkah yang boleh
dibuat ialah :
i. Memantapkan lagi pendidikan agama dan moral di dalam institusi
keluarga, sekolah dan masyarakat
ii. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.
iii. Mengadakan kempen-kempen kesedaran melalui seluruh media massa dan
jentera pentadbiran negara
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 30

iv. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati dan tegur-menegur.

Kesimpulannya jenayah kolar putih boleh meruntuhkan sistem kehidupan harmoni


sesebuah negara dan mengundang pelbagai penyakit soaial dalam masyarakat.
Pendidikan agama dan nilai-nilai mulia akan mampu membina kekuatan dalaman
seseorang bagi mengawal diri daripada terjebak dalam gejala ini. Setiap individu pula
hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dalam memerangi
jenayah ini dengan apa cara sekalipun.

AKTIVITI 5 C

Jawab soalan-soalan berikut :

5.7 Berikan pengertian Jenayah Kolar Putih serta nyatakan contohnya.

5.8 Apakah faktor-faktor berlakunya Jenayah Kolar Putih?

5.9 Apakah yang dimaksudkan dengan Jenayah Komputer serta berikan contohnya?

5.10 Nyatakan EMPAT bentuk Rasuah .

Bolehkah anda menjawab


soalan-soalan tadi… kalau tak
boleh anda perlu membuat
ulangkaji yang lebih …. OK mari
kita semak jawapan anda…
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 31

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 5 C

5.7 Jenayah Kolar Putih bermaksud Jenayah yang sering dilakukan oleh golongan
berpendidikan tinggi, berpengaruh dan dihormati . Contohnya ialah seperti seorang
eksekutif di sesebuah syarikat yang memberikan pinjaman kepada individu tertentu di
mana beliau sendiri adalah rakan kongsi dalam perniagaan itu.

5.8 Faktor-faktor berlakunya Jenayah Kolar Putih :


i. Kelemahan kawalan dalam diri
ii. Kelemahan kawalan dalam organisasi ( jabatan )
iii.Wujudnya peluang

5.9 Jenayah Komputer bermaksud sebarang perbuatan yang salah di sisi undang-
undang dengan menggunakan sistem komputer seperti mencuri maklumat atau wang.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 32

Contohnya seperti manipulasi, membuang, menukar , mengubahsuai atau


merosakkan data dan maklumat dalam komputer.

5.10 Empat bentuk Rasuah :


i. Wang dan harta
ii. Kedudukan dan pengaruh
iii. Balasan,ganjaran, diskaun, komisen dan bonus
iv. Tawaran dan akujanji

PENILAIAN KENDIRI

Jawab soalan-soalan berikut :

Soalan Satu.
Antara faktor-faktor berlakunya Jenayah Kolar Putih ialah kelemahan kawalan
dalaman diri. Huraikan.

Soalan Dua.
Amalan Rasuah semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Berikan
pandangan anda untuk membendung gejala ini.

Soalan Tiga
Office Politics ( Politik Pejabat ), Lompat Kerja dan Budaya Kiasu adalah bentuk-bentuk
etika kerja yang negatif. Jelaskan faktor-faktor berlakunya gejala ini.
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 33

Mari kita semak jawapan


anda………..

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. Kelemahan kawalan diri :


i. Kelemahan dan kekurangan iman dan nilai-nilai kebaikan
ii. Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan
iii.Tamak untuk mengumpul harta dan cepat kaya
iv. Keegoan untuk menunjukkan kekayaan

2. Langkah-langkah membendung gejala Rasuah :

i. Memantapkan lagi pendidikan agama dan moral di dalam institusi


keluarga, sekolah dan masyarakat
ETIKA KEPROFESIONALISME A 2002 / 5 / 34

ii. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.


iii. Mengadakan kempen-kempen kesedaran melalui seluruh media massa dan
jentera pentadbiran negara
iv. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati dan tegur-menegur.

3. Faktor-faktor berlakunya budaya Office Politics, Lompat Kerja dan Budaya Kiasu :
i. Ingin hidup mewah dengan cepat
ii. Kurang pengetahuan agama dan nilai-nilai murni
iii. Dorongan nafsu yang mengatasi pertimbangan akal

You might also like