You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR

9 0G0S 2011

Masa 0800

CUE Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

ANN 1 Daun Layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara; Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Cik Noor Zilah Binti Mohd. Rejab Guru Besar SK Dato Onn Jaafar Yang Dihormati Dr. Abd. Razak Bin Zainudin Pengerusi PIBG SK Dato Onn Jaafar Barisan Guru-Guru Penolong Kanan, Para guru, murid-murid, yang dirai.

Masa

CUE Bacaan doa

ANN 2 Kalau pergi ke Tanjung Keramat Singgah sebentar rumah Cik Samad Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhil ______________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Selepas bacaan doa

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Masa

CUE Ucapan AluAluan Pengerusi Majlis

ANN 3 Hadirin Hadirat Sekalian, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR

9 0G0S 2011

Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Yang Amat Mulia Tunku Datin Annie Dakhlah Bt. Almarhum Tuanku Munawir selaku pihak sponsor, para hadirin jemputan, seterusnya guru-guru dan murid-murid sekalian. Untuk makluman hadirin sekalian, SK Bukit Damansara telah banyak memainkan peranan yang progresif dalam penjagaan alam sekitar seperti program kitar semula dan program selamatkan spesis haiwan terancam yang tiap tahun diadakan.

Masa

CUE Ucapan pengerusi

ANN 7 Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Serina Sulaiman Pengerusi Minggu Alam Sekitar 2011 untuk menyampaikan ucapan beliau.

Ucapan pengerusi selesai Masa CUE Ucapan aluan GB Alu-

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

ANN 8 Hadirin yang dihormati, Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, Majlis menjemput dan mempersila Yang Berusaha Puan Zarina Jamil selaku GB SK Bukit Damansara untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Masa

CUE ANN 9 Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang ucapan GB Berusaha Puan Zarina Jamil. Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR

9 0G0S 2011

Ucapan Perasmian Dato

Hadirin yang dihormati sekalian, Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Yg Berhormat Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar untuk menyampaikan ucapan.

Masa

CUE Setelah ucapan selesai

ANN 10

Awan berarak ke puncak bukit Walau angin sepoi bahasa Budimu Tuan bukan sedikit kalau dihitung tidak terkira
Begitulah berakhirnya ucapan Yg Berhormat Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Diminta Yang Berhormat Dato untuk terus kekal di atas pentas.

Masa Gimik

CUE

ANN 11 Majlis seterusnya mempersilakan Yang Amat Mulia Tunku Datin Annie Dakhlah Bt. Almarhum Tuang Munawir, Yang Dihormati En. Tajudin B. Talib dan Yang Berusaha Puan Zarina Jamil Guru Besar Sk Bukit Damansara, diiringi oleh En. Mohamed Shukeri B Mohamed Zain Pengerusi PIBG untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis perasmian pada hari ini. 1. Dijemput YB senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk menampal pelekat kitar semula plastik di tong berwarna coklat.

Tampal Pelekat

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR

9 0G0S 2011

2. Seterusnya, dipersilakan YAM Tuanku Datin Annie Dakhlah Bt. Almarhum Tuanku Munawir untuk menampal pelekat kitar semula kertas di tong berwarna biru. 3. Kini, dijemput Yang Dihormati En. Tajudin Bin Talib, Ketua Unit Sektor sekolah rendah, Jabatan Pelajaran Wilayah Persemutuan Kuala Lumpur untuk menampal pelekat kitar semula organik di tong berwarna hijau. 4. Akhir sekali, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Zarina Jamil, GB SK Bukit Damansara, untuk menampal pelekat kitar semula aluminium di tong berwarna oren.

Selesai Gimik

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian merasmikan Minggu Alam Sekitar sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Zarina Jamil GB SK Bukit Damansara untuk menyampaikan cenderamata kepada para tetamu jemputan. Dipersilakan YB Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk menerima cenderamata yang tidak seberapa daripada pihak kami. Seterusnya, dipersilakan YAM Tunku Datin Annie Dakhlah Bt Almarhum Tuanku Munawir untuk menerima sedikit cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Dan, majlis mempersilakan Yang Dihormati En.Tajudin Bin Talib untuk menerima cenderamata daripada pihak kami.

Penyampaian cenderamata kepada YB Senator Dato

Masa

CUE ANN 12 Setelah selesai Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada penyampaian Yang Berusaha Puan Zarina Jamil atas kesudian

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR

9 0G0S 2011

cenderahati

beliau menyampaikan cenderamata itu tadi.

Masa

CUE Selesai Penyampaian Cenderamata

ANN 13 Majlis mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan para tetamu jemputan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Zarina Jamil dan Yang Berusaha En. Mohamed Shukeri untuk mengambil tempat duduk di hadapan pentas. Sempurnalah sudah Majlis Perasmian Minggu Alam Sekitar pada pagi ini. Semoga program dan pameran yang dijalankan dapat meningkatkan lagi minat dan kesedaran para pelajar kepada kepentingan penjagaan alam sekitar. Di samping itu, program ini juga diharapkan akan turut memberi manafaat kepada guru-guru khususnya dan masyarakat setempat amnya dalam usaha menyelamatkan alam sekitar. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Persembahan sketsa

Masa

CUE Selesai Persembahan sketsa

ANN 14 Demikian tadi persembahan yang memberi makna yang sungguh mendalam dalam usaha menjaga alam sekitar. Sila berikan tepukan yang gemuruh kepada ahli-ahli kelab persatuan alam sekitar dan pelancongan SK Bukit Damansara Tahun 2011.

Ingin saya berkongsi di sini, Aristotle pernah berkata Seorang Doktor menyembuhkan, dan Alam Menciptakan Kesihatan . Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk terus menjaga dan memelihara alam kita ini.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR

9 0G0S 2011

Masa

CUE Penutup

ANN 15 Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Perasmian Minggu Alam Sekitar. Walau bagaimanapun program yang dijalankan akan diteruskan sepanjang minggu. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan warga SK Bukit Damansara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu untuk menyampaikan jutaan terima kasih kepada Yg Berhormat Senator Dato
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar , YAM Tunku Datin Annie Dakhlah Bt. Almarhum Tuanku Munawir selaku pihak sponsor, para tetamu jemputan dan semua pihak yang telah sokongan dalam menjayakan program ini. Saya mengakhiri majlis dengan dua rangkap pantun : Di atas dahan pohon tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Di lain masa bersua lagi Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta Sebelum majlis melabuh tirai, majlis menjemput dan mempersila Yang Berusaha En.Mohamed Shukeri Bin Mohamed Zain dan Yang Berusaha Puan Zarina Jamil mengiringi Yang Berhormat Senator Dato. Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan para tetamu jemputan untuk melawat sudut pameran dan upacara perasmian tapak kebun sayur.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR

9 0G0S 2011

Hadirin dimohon berdiri. Sekian sudah majlis pada hari ini. Saya akhiri dengan Wabilahi.......Assalamualaikum warahmatullah w.b.t. Terima kasih.

You might also like