You are on page 1of 6

a) Generasi murid hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan.

Misi untuk melahirkan pemimpin yang berkebolehan ini bukan mudah dan jesteru mereka harus menampilkan diri sebagai modal insan yang cemerlang. Pelbagai inisiatif telah diambil dan Dasar 1Murid 1Sukan bermatlamat menjadikan sukan sebagai cara hidup yang mampu membina kemahiran dan mengguna pakai ilmu pengetahuan bagi kegunaan seumur hidup. Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sukan adalah satu inisiatif yang membolehkan murid mencapai, menggunakan serta menyebar kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperoleh mereka bagi kegunaan sepanajang hayat. Dasar 1Murid 1Sukan ini pada asasnya dilaksanakan bertujuan untuk membanguankan modal insan yang berkualiti dan matlamat tersebut diharap dapat dicapai menerusi penyertaan menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Aktiviti bersukan dipupuk menjadi sebahagaian budaya dan cara hidup murid Malaysia yang akan datang memepunayai gaya hidu yang sihat dan cergas. Pendek kata ianya mampu melahirkan generasi yang bersemangat untuk bertanding secara sihat baik dari mental dan fizikal. Dasar 1Murid 1Sukan(1M1S) ini mewajibkan setiap murid tahap 2 disekolah rendah dan semua murid di sekolah menengah termasuk pelajar Tingkatan untuk menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Saya telah menemubual Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Telok Bahang, Puan Siti Zaleha dan Setiausaha Sukan Encik Azahari Mat Isa bagi mendapatkan input dan maklum balas mengenai komitmen dan kesedaran mengenai dasar 1Murid 1Sukan ini. Hasil temubual mendapati pihak sekolah telah menerima surat siaran tentang pelaksanaan dasar ini. Selaku pentadbir beliau telah mengadakan satu mesyuarat bagi memaklumkan semua guru tentang pelakasanaan dasar 1Murid 1Sukan. Sebagai permulaan akitviti kokurikulum yang melibatkan sukan perlu diperkasakan lagi. Aktiviti kokurikulum sukan diadakan pada setiap hari Rabu bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang dan aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Aktiviti sukan ini termasuklah bola sepak, sepak takraw, bola jarring dan bola baling. Melalui aktiviti yang diadakan pada setiap minggu ini diharap dapat merealisasikan hasrat 1Murid 1Sukan yang diantaranya ialah membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping itu melalui

aktiviti ini juga dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Wajar diakui melalui kegiatan sukan murid akan dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, baik untuk kesihatan terutamanya mengurangkan masalah obesiti , menyemai nilai sahsiah yang terpuji, membina keyakinan diri yang tinggi di samping berasa seronok datang ke sekolah dapt membendung gejala ponteng. Aktiviti sukan ini dijalankan selama 60 minit. Menurut Puan Siti Zaleha, tempoh masa yang diperuntukkan ini selaras dengan kehendak dasar yang telah ditetapkan. Dasar 1M1S ini berhasrat untuk meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah dan jati diri, nilai murni dan disiplin. Ini kerana aktiviti bersukan yang diadakan sudah pasti mengeluarkan peluh dan permainan yang dimainkan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Secara tidak langsung murid belajar untuk membentuk disiplin di samping mencergaskan badan. Murid kurang aktif dibimbing supaya mereka dapat mengetahui perkara-perkara asas dalam sukan yang mereka ceburi. Perpaduan antara kaum dapat diwujudkan memandangkan komposisi sekolah ini yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut beliau lagi aktiviti sukan dapat memberi keseimbangan antara keperluan akademik dan fizikal selain menjadi platform ke arah kecemerlangan sukan. Beliau sangat bersetuju dengan penyataan bahawa semua murid harus diberi peluang untuk bergiat aktif dalam sukan yang diceburi. Beliau menjelaskan dasar ini juga harus diketahui oleh ibubapa dan murid. Bagi mempromosikan dasar ini ,beliau sendiri telah memaklumkan kepada ibubapa ketika Mesyuarat Agong sesi 2012 yang lalu. Selain itu surat makluman mengenai aktiviti sukan permainan turut diedarkan kepada semua murid. Pihak sekolah juga menyediakan papan kenyataan yang memaparkan segala maklumat mengenai dasar 1M1S. Melalui pendekatan ini secara tidak langsung memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah dari pada penglibatan sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif. Dari segi perlaksanaannya pula, beliau selaku Penolong Kanan Kokurikulum telah meletakkan guru pembimbing yang mempunyai pengalaman mengenai sukan. Semua guru penasihat sukan dibekalkan dengan modul 1M1S yang telah dibekalkan. Selain itu terdapat juga guru-guru yang telah menghadiri kursus pendedahan mengenai dasar ini. Jadi tidak timbul masalah bagi guru untuk melatih murid. Murid akan menunjukkan minat terhadap sukan kerana

guru yang melatih mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai sukan. Ini dapat meningkatkan penyertaan murid. Melalui perlaksanaan dasar ini juga pihak sekolah secara tidak langsung akan dapat mengesan bakat-bakat baru dalam sukan untuk ditengahkan pada peringakt yang lebih tinggi. Bagi meningkatkan prestasi murid dalam sukan ke arah pencapaian yang lebih tinggi, pihak sekolah telah mewujudkan pasukan sekolah untuk pertandigan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang(MSSPP) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSPP dan MSSM merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan. Guru guru yang bertanggungjawab untuk pasukan ini merupakan mereka yang telah menjalani kursus kejurulatihan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan berdaftar seperti Persatuan Bolasepak Pulau Pinang. Selain itu pihak sekolah sentiasa menggalakkan guru untuk menambah pengetahuan melalui kursus-kursus yang mereka hadiri. Melalui temubual bersama Setiausaha Sukan SK Telok Bahang, beliau menyatakan komitmen pihak sekolah terhadap dasar ini merupakan agenda utama kokurikulum sekolah sepanjang tahun. Harapan pihak sekolah adalah murid dapat mengetahui perkara-perkara asas dalam permainan sukan. Selain itu guru Pendidikan Jasmani memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat ini. Ini kerana asas kepada 1M1S adalah perlaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S. Untuk itu beliau memaklumkan kesedaran pihak sekolah terhadap dasar ini diterjemahkan melalui penyediaan prasarana dan alatan sukan yang lengkap. Sekolah ini sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan yang cukup untuk menampung keperluan murid. Kemudahan yang disediakan diharap dapat meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Pembelian alatan dikemaskini setiap tahun melalui Pendidikan Jasmani dan geran Kokurikulum pada setiap tahun. Selaku Ketua Panitia beliau sentiasa memastikan peralatan dan prasarana untuk program 1M1S sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan dibawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah

1M1S hendaklah berunsur aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Aktivti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun bagi memenuhi naluri semula jadi mereka dalam aktiviti fizikal dan pada masa yang sama berusaha mewujudkan landasan terbaik ke arah mencapai kecemerlangan sukan negara. Pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi memantapkan lagi sukan tahunan. Ianya dimulakan dengan acara merentas desa yang diadakan pada semester pertama persekolahan. Acara sukan sekolah diteruskan lagi dengan Sukan Tara yang diadakan pada awal semester kedua persekolahan. Acara kemuncak ialah Kejohanan Sukan Tahunan menjadi medan untuk murid memperlihatkan bakat mereka dalam acara padang dan balapan. Kejohanan ini selaras dengan hasrat dasar 1Murid 1Sukan dimana semua murid terlibat dalam menjayakannya. Ini kerana murid yang kurang aktif diberi peluang untuk mengambil bahagian terutamanya ketika Sukan Tara. Ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu ianya memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan sukan. Setiausaha Sukan juga memaklumkan kepada saya pihak sekolah turut menganjrkan kejohanan sukan antara kelas. Ini bagi memenuhi keperluan dasar 1Murid 1Sukan. Kejohanan ini diadakan pada bulan Oktober bagi mengisi waktu pengajaran dan pembelajaran setelah tamat peperiksaan akhir tahun. Pihak sekolah turut menyediakan hadiah kepada peserta bagi menggalakkan penyertaan murid dalam kejohanan ini. Kejohanan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai sukan yang menjadi pilihan tanpa mementingkan sejauh mana prestasi , tahap kemahiran atau pencapaian mereka. Hasil temubual bersama Puan Siti Zaleha juga berkisar tentang penilaian tentang perlaksanaan dasar ini kepada murid. Beliau memaklumkan kehadiran murid-murid dipantau setiap minggu. Komitment pihak sekolah dapat dilihat melalui kad kehadiran kokurikulum yang telah diwujudkan sekian lama. Melalui kad kehadiran ini murid yang hadir dikehendaki mendapatkan tandatangan guru penasihat sebagai membuktikan kehadiran mereka. Selain daripada itu pihak sekolah turut menghargai sumbangan murid yang mewakili sekolah dalam acara sukan. Murid-murid ini diberikan sijil penghargaan ketika sambutan Hari

Kanak-kanak. Murid-murid turut dinilai melalui penglibatan aktif dan jawatan yang disandang dalam aktiviti kelab sukan. Akhir sekali Puan Siti Zaleha berharap aktiviti sukan melalui dasar 1Murid 1Sukan ini dapat memberikan impak yang yang besar ke arah kemajuan sukan di sekolah ini. Ini bertepatan dengan hasrat dasar ini iaitu membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun dan memupuk budaya sukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat dan cergas.

b)

You might also like