Pertemuan Rasulullah SAW dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha dalamsuasana alam kerohanian itu tanpa ditemani Malaikat Jibril, adalah pertemuankemuncak sebagai penghargaan dan penghormatan Allah SWT kepada Nabi MuhammadSAW yang menyempurnakan Islam sebagai agama global untuk manusia.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT,
Salah satu pengajaran penting dalam peristiwa Isra’ Mikraj ialah persediaan telitiRasulullah SAW dalam penyucian hati atau kalbu. Proses penyucian kalbu ini akanmengukuhkan kepercayaan kita bahawa dalam pertemuan dengan Allah SWT, seseorangdituntut membersihkan jiwa dan raganya daripada pelbagai sifat keji. Justeru dengan jiwa yang bersih, penuh keimanan dan ketakwaan, maka akan beroleh kemudahan untuk berkomunikasi secara khusuk dengan Allah SWT dan membawa hasil yangmenguntungkan.
Kebersihan dan penyucian hati amat penting dalam membentuk keperibadianmanusia. Pakaian yang bersih apabila kita pakai akan menjadi kotor. Semakin lama kita pakai, maka semakin kotor pakaian kita. Cuba bayangkan bagaimana rupa dan baunya jika pakaian itu tidak dibasuh. Demikian juga dengan tubuh badan kita. Semakin harisemakin kotor, berbau busuk dan terdedah kepada pelbagai penyakit jika kita tidak mandi dan membersihkannya dengan sempurna.Begitu jugalah hati atau kalbu kita atau kalbu manusia. Setiap manusia tanpamengira kedudukan pangkat dan keturunan ketika dilahirkan adalah dalam keadaan bersih. Sabda Rasulullah SAW, “
Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaanbersih, tetapi kedua ibubapanyalah yang akan menentukan nasib agama anaknya
”.Bagaimana pun, manusia ini mempunyai sifat kelemahannya. Manusiamenginginkan pangkat, kedudukan, kemuliaan, penghormatan, kekayaan dankesenangan. Dalam keadaan sedar memenuhi keperluan hidup itu, maka manusia
3