Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bersama Memerangi Keganasan

Bersama Memerangi Keganasan

Ratings: (0)|Views: 71 |Likes:
Published by nujikabane
Bersama Memerangi Keganasan
Bersama Memerangi Keganasan

More info:

Published by: nujikabane on Jul 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/19/2012

pdf

text

original

 
BERSAMA MEMERANGI KEGANASAN( 11 Ogos 2006 / 17 Rejab 1427 H )
ّمُث ،َرْونلاَ ِتَُظلا َعَجَ ،ضْراَ ِتاوّسلا َقَخ ْيذلا ِ دْَحلا .ْوُلدْعَ ْمهبَب اْفك َْذلا.ل َْَش  َدْَ ا إ َلإ  أ دَهْشأ ىَ ْِرب ْمََ َص ّمهلا .ُلْوَرَ دْَ اًدّَح ََدَأ دَهْشأَ ِوْا ِِٍَسْب ْمهَعَ ْََ َْعَْجأ ِبَحْصأ لأ ىَّ دّَح َدَ .ْدلا .ْوْس ْمْأَ إ ّْوَ َ ِ ّقَ ا اوُّإ .ا َ َ ،دْعَب ّأ
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekelian,
Marilah kita semua sama-sama bertaqwa ke hadrat Allah s.w.t. Denganmenjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Sesungguhnya bertaqwa kepada Allah itu merupakan cahaya yang menyinarikehidupan setiap mukmin. Manakala keingkaran dan kemungkaran merupakankegelapan yang membawa kesesatan kepada seseorang.Di antara tanda-tanda ketaqwaan kepada Allah ialah seseorang itu sentiasamencintai kebenaran dan kesejahteraan, sentiasa menegakkan keadilan danmembenci segala kemungkaran dan kezaliman. Untuk menegakkan kebenarandan keadilan, umat Islam memerlukan keupayaan, kekuatan dan persediaanyang secukupnya. Sepertimana dengan firman Allah dalam surah al-Anfal ayat60 :
1
 
Maksudnya :
 
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari  pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apasahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannyakepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” 
Hadirin Sidang Jumaat Tetamu Allah Sekelian,
Sudah menjadi lumrah dunia, bahawa setiap yang lemah akan dipandang hina,dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa.Manakala mereka yang kuat dan perkasa akan dipandang hebat dan dihormati,digeruni dan ditakuti. Hal ini telah dilakar dalam sejarah manusia sejak dahuluhingga kini. Pada hari ini pun situasi seperti ini pun masih lagi berlaku iaitu sikapbiadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera-tentera Israel ke atasrakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Setiap hari kita dipertontonkan perilakukezaliman yang tidak berperikemanusiaan tentera-tentera zionis terutamanyakepada kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa. Dunia hanyamemerhati dan memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palastin dan Lubnan.Tiada negara kuat dan berkuasa yang benar-benar berusaha untukmenghentikan segala kekejaman dan kezaliman tentera-tentera zionis tersebut.Malah pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) punsemacam tiada taring untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi kita orang-orangIslam, sudah tentu kekejaman tersebut merupakan sikap kebiadapan luar biasabagi setiap manusia. Apatah lagi kezaliman tersebut berlaku di bumi Palastinyang terdapat di dalamnya
Masjid Al-Aqsa
yang merupakan kiblat pertamaumat Islam. Bumi Palestin pada satu ketika dahulu merupakan sebuah kota yangdipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gilang gemilang. Untukmakluman kita semua bahawa bumi Palastin adalah merupakan bumi para Anbiakerana ramainya para nabi dan rasul muncul dan lahir di sana. Antaranya NabiIbrahim a.s., Nabi Yusuf a.s. dan Nabi Ismail a.s.Tetapi kini ianya dirampas oleh rejim Yahudi melalui perancangan dan tipumuslihat yang halus melalui
Perjanjian Bolfoor 
pada tahun
1917
. Bermula darisitulah umat Islam di Palastin ditindas dan dihalau ditanah milik mereka sendiri.Akhirnya rakyat Palastin menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Kini,seluruh umat manusia seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkansegala macam kejadian dan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan,sedangkan mereka ini memang telah dilaknat. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 78 :
2
 
Maksudnya :
 
“ Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalamkitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibnu Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh) ” 
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pencorobahan demi pencerobohan terhadap bumi Palastin, dan yang terbaruadalah pencerobohan di Lubnan. Pencerobohan tersebut merupakan siri-sirikeganasan betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis terhadap manusia lain.Tanpa mengira siapa, bayi, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Perlakuankezaliman ini merupakan impian rejim Zionis kerana mereka ingin menegakkanNegara Isreal Raya atau
“The Greatest Isreal”.
 
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Sesungguhnya paparan pencerobohan dan kezaliman tentera Zionis ke atasbumi Palastin dan Lubnan bukan hanya sebagai bahan rintihan dan keluhanumat Islam sahaja. Apa yang pentingnya ialah umat Islam perlu bersatu denganmenyatakan sokongan kepada rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Malahperlu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku tentera rezim Zionis ini.Penderitaan yang ditanggung oleh mereka ini sesungguhnya amat berat, lebihberat dari mata yang memandang. Janganlah dibiarkan mereka terus dimamaholeh rejim zionis yang sentiasa benci terhadap umat Islam. Jangan dibiarkanbumi Allah ini dikuasai oleh orang-orang yang menghina Allah dan angkuhdengan kekuatan sendiri yang hanya bersifat sementara.Dalam menghadap strategi ini umat Islam perlu bersatu dalam hal-hal pemikiran,sokongan moral, sokongan harta benda, menghulur barangan ubat-ubatan danrawatan. Menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim Zionis.Malah umat Islam dilarang keras untuk duduk bersekongkol dengan merekaseperti Sabda Rasulullah s.a.w. :
ْَ ا ىَص ِا ُْوَر  ، ْنَ ا ََر ْيرْدلا دْعَ ْبأ ْَ ْول ىّَ ٍاَرذب اَرَ ْب اًْش ْمُْ ْ َْذلا ََنَ ّعّَل : َمََ َْوهَلآ ِا ْوَر َ: َنُ ،ْمْوْعَّَ ْحج  اْوُَخَ ".ْَ :  ،رَّنلاَ
3

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->