You are on page 1of 3

Forum 1 : Bincangkan punca dan kaedah untuk mengatasi masalah kesakitan dan pergerakan yang terhad pada sendi

dalam kalangan orang tua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terdapat dua jenis sakit sendi (Arthritis) kronik yang utama yang biasa menyerang dalam kalangan orang tua. Sakit sendi itu adalah : 1. Osteoarthritis - berkaitan kehausan sendi dan tulang rawan. 2. Reumatoid arthritis - penyakit sistem imun yang menyerang tisu sendi. Sakit sendi berlaku disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Punca-puncanya adalah dari kemalangan dan bersukan kerana ia boleh mencederakan otot dan sendi. Selain itu, faktor usia menyebabkan kepadatan otot dan kusyen sendi berkurangan. Seterusnya, jika seseorang mempunyai berat badan berlebihan juga memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan. Cara mengatasi kesakitan pada sendi : 1. membuat pemeriksaan melalui diagnosis dan x-ray secara klinikal. 2. Rawatan Osteoartritis (mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki fungsi sendi) dengan cara : ubahsuai aktiviti harian rawatan fizikal - menggunakan pek ais rawatan farmakologi - menggunakan ubat-ubatan rawatan pembedahan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Arthritis,osteorthritis,terseliuh dan tendinitis merupakan sakit sendi yang biasa dialami oleh golongan tua.Arthritis adalah keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang sel darah putih teraktif,bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.Osteothritis ( OA) adalah kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang ini bergasaela antara satau sama lain.Terseliuh pula merupakan kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi.Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak,sendi menjadi sakit dan bengkak.Tendinitis pula adalah keradangan,kegatalan dan bengkak pada tendon.Tendon hilang keanjalan akibat penuaan dan penggunaan yang berlebihan.

Punca-puncanya seperti:

keturunan peningkatan usia kecederaan lama berat badan berlebihan penyakit radang sendi

Kaedah-kaedah rawatan yang dicadangkan: 1. Mengambil ubat-ubatan seperti glukosamina,marine collagen peptide,vitamin C,vitamin B5,fosfolid dan hormon streoid. 2. pemulihan anggota serta cara kerja 3. mengurangkan berat badan 4. suntikan di sendi yang diperlukan 5. alat-alat bantuan pergerakan seperti tongkat. 6. pembedahan Selain itu ,rawatan fizikal juga penting untuk memulihkan @ mengurangkan kesakitan.Penggunaan pek ais digunakan untuk sakit sendi yang akut manakala penggunaan pek panas digunakan untuk mengurangkan kekakuan sendi.Senaman otot pada bahagian peha(jika sakit lutut) untuk menstabilkan lutut.Senaman untuk gerakan lutut diperlukan bagi mengurangkan bebas ke atas lutut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu mengenai sakit sendi. Saya ingin membuat penambahan. Sendi boleh menjadi sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Kerosakan berpunca dari kemalangan (meningkatkan risiko kesakitan sendi), kecederaan dalam bersukan (pergerakan berlebihan dan mengangkat benda berat), Faktor usia (cartilage menipis) dan berat badan yang berlebihan (memberi tekanan pada sendi). Sakit sendi boleh dikurangkan atau diatasi dengan cara mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, berat badan harus dikawal supaya tidak melebihi berat normal seseorang. Di samping itu, makanan tambahan dan ubat-ubatan yang baik untuk sendi perlu juga diambil.

Salam sejahtera. Saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan yang cikgu berikan. Kalau kita perhatikan, semua penerangan tersebut berpunca dari beberapa sebab. Kemalangan yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan otot dan sendi. Bersukan secara berlebihan seperti mengangkat benda berat dan pergerakan berlebihan, boleh menyebabkan sendi sakit. Faktor usia dan berat badan berlebihan juga menjadi punca kepada kerosakan sendi.

Saya amat setuju dengan pendapat cikgu. Sebenarnya, tiada rawatan khusus untuk menghentikan degenerasi tulang rawan atau membaik pulih tulang rawan yang sudah rosak akibat osteoaristik. Kaedah yang paling berkesan ialah mencegahkannya berlaku semasa muda. Walau bagaimanapun, orang tua yang menghadapi masalah kesakitan dan pergerakan terhad pada sendi haruslah mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti lasak yang memberi tekanan berlebihan pada tulang rawan sendi. Pada mereka yang melebihi had berat badan, mereka haruslah berazam menurunkan berat badan supaya tekanan pada sendi berkurangan dan seterusnya mengurangkan kesakitan pada sendi.

You might also like