Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword or section
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
DILEMA MELAYU - Tun Mahathir Bin Mohamad

DILEMA MELAYU - Tun Mahathir Bin Mohamad

Ratings: (0)|Views: 501 |Likes:

More info:

Published by: MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Jul 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/01/2013

pdf

text

original

 
DILEMA MELAYU - Mahathir Bin Mohamad
KANDUNGAN
1. Pendahuluan
Pendapat awal saya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh orangMelayu dibentangkan untuk pertama kalinya sewaktu menjawab cabaran yangdikemukakan oleh Profesor Ungku Aziz, Profesor Ekonomi (sekarang Profesor Dirajadan Naib Canselor) di Universiti Malaya. Di dalam satu seminar yang diadakan diKuala Lumpur pada tahun 1966, ketika membincangkan sebab-sebab lemahnyapencapaian pelajar-pelajar Melayu, saya telah menyebut, antara lain, tentangpengaruh keturunan dan alam sekitar sebagai faktor-faktor yang menyebabkanwujudnya masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa lain-lain faktorseperti dasar pelajaran, kemudahan yang tidak mencukupi, kekurangan guru sertaguru yang tidak cukup terlatih turut memainkan peranan dalam meningkatkan lagiperatus kegagalan di kalangan pelajar Melayu. Namun, pada hemat saya, faktor-faktor keturunan dan alam sekitar tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpadiberi perhatian yang serius.Pandangan yang sedemikian pada umumnya telah tidak dipersetujui olehpeserta-peserta seminar, terutama sekali oleh Profesor Ungku Aziz sebabpandangan tersebut dikatakan memberi takrif bahawa orang Melayu memang padalahiriahnya adalah bersifat inferior atau rendandiri. Oleh kerana sifat ini dikatakanterdapat dalam zuriat orang Melayu maka ini bermakna is kekal turun-temurun. Inibukanlah apa yang saya maksudkan atau apa yang telah saya rumuskan. Tujuansaya ialah mahu menumpukan perhatian kepada beberapa faktor hakiki yangmerencatkan kemajuan orang Melayu, terutama faktor-faktor yang boleh dibaiki.Jika amalan yang dianggap kurang baik itu diketahui dan diakui oleh umum, makalebih mudahlah untuk mengatasinya.Pada umumnya, orang-orang Islam, termasuk orang-orang Melayu, memangtidak dapat menerima fikiran-fikiran moden mengenai evolusi manusia. Meskipunbegitu, orang Melayu sendiri mengakui bahawa ciri-ciri tertentu dalam diri seseorangitu diturunkan dari ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ini dapat dilihat dalamperibahasa Melayu yang berbunyi
"
Bapa borek anak rintik
"
. Maksudnya memang
 
nyata. Kalau begitulah keadaannya bagi seseorang individu, maka tentunyapengaruh keturunan juga memainkan peranannya dalam perkembangan kelompokindividu dalam sesuatu kaum. Perkara yang umumnya tidak diketahui oleh orang-orang Melayu ialah kesan pembiakan seketurunan atau pembiakbakaan dalam. Didalam buku ini saya cuba menerangkan bagaimana hukum genetik, yangmenentukan penyaluran ciri-ciri keturunan, dipengaruhi oleh pembiakan seketurunandan lain-lain amalan perkahwinan.Pemikiran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip sains telah banyakdidapati mengenai pembiakan seketurunan dan kesannya terhadap masyarakatmanusia. Malahan Cyril Dean Darlington, seorang ahli genetik British, di dalambukunya
"The
Evolution of Men and Society",
memberi pendapat yang ekstrembahawa evolusi masyarakat manusia ditentukan oleh baka. Menurut beliau,tamadun akan berkembang maju atau runtuh mengikut penentuan baka. Beliaumenyatakan bahawa apabila sesuatu golongan pemerintah berkuasa, merekaakan cuba mengekalkan kuasa mereka melalui pembiakan seketurunan tanpamembenarkan kemasukan baka-baka barn ke dalam keturunan mereka. Amalanbegini, menurut Darlington, telah mempercepatkan kejatuhan pemerintahanFiraun, Ptolemy dan Caesar.Hipotesis yang menarik ini umumnya agak keterlaluan untuk diterima olehsemua orang, termasuklah orang-orang bukan Islam. Bagaimanapun, Darlingtoncuma menyentuh mengenai soal perkahwinan di antara saudara kandung, satuamalan yang tidak terdapat langsung di kalangan orang-orang Melayu. Walaubagaimanapun, takrif moden mengenai pembiakan seketurunan termasuklahamalan perkahwinan di antara sepupu atau kaum keluarga yang dekat. Amalanbegini agak biasa berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh keturunanboleh juga menimbulkan kesan yang buruk di dalam masyarakat yangmenggalakkan setiap orang berkahwin, tidak kira sama ada orang itu sihat atautidak. Oleh itu orang-orang yang cacat tubuh badan dan otak juga dikahwinkandan beranak pinak.Sesungguhnya memang diakui bahawa pembiakan seketurunan tidaklahberleluasa di dalam masyarakat Melayu, namun tidak dapat dinafikan bahawapembiakan begini adalah lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat Melayu kalaudibandingkan dengan kaum terbesar yang lain di Malaysia — iaitu masyarakat Cina.Sebaliknya adat perkahwinan orang Cina menghalang pembiakan seketurunan.Kalau begitu, memang wajarlah dikatakan bahawa pembiakan seketurunan danamalan kahwin paksa di kalangan orang-orang yang cacat telah menyebabkanperatus manusia yang gagal di kalangan orang Melayu lebih tinggi kalaudibandingkan dengan kaum-kaum lain.Keterangan ini diberikan sebagai mengalas serta menyokong pandangan sayaitu. Walau bagaimanapun, penerangan ini tidak pula diharapkan akan diterimadengan mudah. Implikasi pandangan begini adalah terlalu merungsingkan sebab iatidak pula memperlihatkan harapan bagi pemulihan yang mudah dan cepat.Faktor-faktor alam sekitar yang mempengaruhi keadaan orang Melayu kurangkontroversinya. Memang lebih senang kalau hendak menyalahkan faktor-faktorluaran daripada faktor-faktor dalaman. Lagipun, alam sekitar adalah lebih senanguntuk dibetulkan, dan berbeza daripada faktor keturunan, ia memperlihatkanharapan bagi pemulihan yang mudah.
 
Selepas membincangkan beberapa faktor yang telah mempengaruhi evolusiorang Melayu, memang wajarlah diteruskan usaha mencari dan menganalisa lain-lainfaktor yang telah menyebabkan kedudukan orang Melayu sebegitu rupa seperti yangterdapat sekarang ini. Rupert Emerson yang menulis darihal kuasa orang Melayu diKedah dalam bukunya
"Malaysia",
menyatakan bahawa "(mereka) terpaksa berjuangdalam keadaan tersepit dan selepas setiap perjuangan itu kuasa autonomi merekahilang sedikit demi sedikit
"
. Perkara yang menjadi kenyataan bagi orang-orangMelayu di Kedah ternyata kebenarannya bagi orang-orang Melayu di negeri-negerilain. Kini, seperti juga di masa-masa dahulu, orang Melayu mempunyai keinginanuntuk memperkukuhkan hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka dan yangdianggap memang milik mereka, tetapi di samping itu mereka juga mahu bersopan-santun, beradab dan bertimbang rasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang lain.Dalam sanubari mereka terasa bahawa walau apapun yang mereka buat danpersetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari kekuasaan mereka; danlamakelamaan mereka tetap kehilangan tanah air mereka sendiri. Inilah DilemaMelayu.Buku ini diterbitkan bukanlah dengan maksud hendak mencari kepopularandari kalangan masyarakat tertentu di Malaysia. Malahan, sebaliknya besarkemungkinan is akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan-golongan tertentu dan kemarahan dari kalangan golongan lain. Tiada maaf yangdipinta — apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas.Mahathir b. MohamadPondok Maharizan Batu 6,Titi GajahKota Setar,Kedah 1970
-------------------------------------------------
2. Di mana Silapnya?
Di mana silapnya? Inilah soalan yang akan ditanyakan oleh orang-orang yangbersimpati atau mempunyai minat terhadap Malaysia selepas berlakunya peristiwaMei 13, 1969. Di mana silapnya, di dalam sebuah negara yang berbilang kaum,berbilang bahasa dan berbilang agama yang telah menikmati keharmonian dankerjasama selama 12 tahun yang lalu, hingga menyebabkan toleransi dankefahaman tadi dengan tiba-tiba hancur, hinggakan kaum-kaum tersebut mulamemandang dengan penuh curiga serta menolak cara hidup yang telah wujud sejaksebelum Merdeka lagi? Di mana silapnya hingga menyebabkan orang Melayu danorang Cina, dua kaum yang terbesar di Malaysia, begitu terpisah hinggakan sebuahkerajaan yang autoritarian dan usaha pemimpin-pemimpin kebangsaan tidak dapatmemperbaiki persengketaan ini.Di mana silapnya? Berdasarkan kepada pengalaman yang sudah-sudah,memanglah mudah untuk mencari kesilapan dan kecacatan masa lalu. Namundemikian, elok juga difikirkan kembali dan menganalisa, atau menentukankesalahan-kesalahan itu sekiranya pengalaman yang lalu hendak dijadikan tauladanuntuk menghadapi masa hadapan. Tujuannya bukanlah untuk membalas dendam,tetapi ini adalah satu tanggungjawab sosial untuk mencari di mana silapnya. Kalaubenarlah segala hal yang berlaku pada masa dahulu tidak ada cacatnya dan tidak

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Kertas Putih liked this
Kertas Putih liked this
Mohamad Sufee liked this
Najwa Mohd Amin liked this
Najwa Mohd Amin liked this
Saiful Amir liked this
quratwo liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->