You are on page 1of 11

SULIT 011 Bahasa Melayu Ogos 2011 50 minit

SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM JAYA PENILAIAN KETIGA (P3) 2011 TAHUN 5 011- BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B ,C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 ................. sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi malang tidak berbau, kaki pula terseliuh, kata pelari itu kepada jurulatihnya. A. B. C. D. Aku Saya Beta Hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar 1

Gambar 1 2 Di manakah bilik pengurus?Bolehkah .................. berjumpa dengan ..................? Tanya Haji Sulaiman kepada kerani syarikat Hilal tentang anaknya. A. B. C. D. Beta...tuan hamba Patik...dia Saya...beliau Saya...nya

3 .......... akan lakukan sama-sama gotong-royong untuk membersihkan kampung ini. Jangan ada antara ........... yang mengundur diri, kata ketua kampung. A. B. C. D. Kita...kalian Kami...kamu Mereka...tuan hamba Saya... Mereka

4 Pucuk ubi kayu yang .............. dibiarkan begitu sahaja setelah gagal digapai oleh Mak Cik Aminah. A. B. C. D. panjang lebar tinggi lanjut

5 Banyak pokok yang tumbang setelah kampung itu dilanda angin yang ................. A. B. C. D. kuat deras laju kencang

Soalan 6 berdasarkan gambar 2

Gambar 2 6 Burung punai itu bertenggek di atas dahan yang kukuh di sebalik daun yang........... A. B. C. D. besar halus lebar luas

7 Semua ahli pengakap sampai di puncak gunung................ beberapa orang yang tercedera di pertengahan jalan. A. B. C. D. dan kecuali sambil serta

8 Osman sedang asyik melukis pemandangan yang cantik ................. adiknya pula sedang sibuk mewarna gambar buah-buahan. A. B. C. D. apabila manakala tetapi sambil

Soalan 9 berdasarkan gambar 3

Gambar 3 9 Sejak ibunya meninggal dunia, ia kelihatan selalu ..................... sahaja. A. Tercungap-cungap B. Terdiam-diam C. termangu-mangu D. tercari-cari Soalan 10 berdasarkan gambar 4

Gambar 4 10 Perusahaan keropok Mak Aji mendapat keuntungan yang besar setelah ......................... dengan perancangan yang teliti. A. dikomersialkan B. dijualkan C. dilaburkan D. ditaburkan Soalan 11 berdasarkan gambar 5

Gambar 5 11 Menteri Besar Kedah tertarik dengan kesungguhan petani itu .................................... sayur-sayuran walaupun usianya sudah lanjut. A. memikul B. mengandar C. membimbit D. menjunjung

Soalan 12 berdasarkan gambar 6

Gambar 6 12 kehadiran burung semakin berkurangan setelah pesawah itu meletakkan......................... di sawahnya.. A. B. C. D. Patung-patung Gambar-gambar Orang-orang Likisan-lukisan

13 Pasu bunga yang baru dibeli itu diletakkan di ............................... kelas 5 Amanah supaya tidak tersepak. A. B. C. D. sudut atas dalam hadapan

14 Mazlan yang baru sahaja tamat belajar ...............Universiti Tenaga Nasional telah ditawarkan bekerja ................bidang pemasaran di syarikat bapa saudaranya. A. B. C. D. dari...dalam dari...kepada daripada...pada ke... di

15 Angklung itu diperbuat ............................ buluh yang terpilih itu dijual dengan harga yang mahal . A. B. C. D. kepada dari untuk daripada

16 Pelatih pusat Giat Mara itu di............................ masuk ke bengkel untuk melihat demonstrasi mengendalikan mesin yang dibuat oleh pengajar yang bertauliah. A. B. C. D. jemput sila jangan tolong

17 Tukang kebun di sekolah saya sangat pandai ........................... dahan pokok rambutan. A. B. C. D. terpangkas pemangkas pangkas memangkas

18 Angkatan tentera ....................... lanun-lanun yang merampas kapal dagangan milik syarikat PETRONAS. A. B. C. D. pembedil membedil bedilan bedil

19 Aksesori kereta itu dibungkus ................ sebelum dipasarkan di pasar raya tersebut. A. B. C. D. Dua-dua berdua-dua berdua kedua

20 Saya berasa sangat kenyang kerana jangka masa kudapan dan merarau sangat pendek. ........................................ saya masih boleh belajar dengan selesa. A. B. C. D. Oleh itu Selain itu Walau bagaimanapun Justeru

Soalan 21 dan Soalan 22 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul. 21 A. B. C. D. 22 A. B. C. D. Alat muzik seperti kertuk, dan angklung disusun dengan teratur. Hoi, apa yang kamu buat di sini? Aduh, pedihnya kakiku yang luka ini apabila terkena air! Ke manakah datuk saya pergi. Oh, malang sungguh nasibku ini? Wah, cantiknya baju raya awak! Bagaimanakah suasana di Kuala Lumpur pada minggu lepas. Nah. Terimalah pemberian saya ini!

Soalan 23 dan Soalan 24 Pilih perkataan seerti yang paling sesuai untuk menggantikan perkataan bergaris. 23 Semua bangsa di Malaysia seharusnya bertoleransi untuk membentuk masyarakat yang maju. A. Bertolong-tolong B. Berbaik-baik C. Bertolak-ansur D. Bermuka-muka 24 Orang miskin itu dipandang hina walaupun dia seorang yang baik hati. Perlakuan ini haruslah dijauhi. A. daif B. musuh C. mulia D. muram Soalan 25 dan Soalan 26 Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat yang diberikan. 25 Kamil ................................ setelah datuk dan neneknya yang menjadi tempat pergantungannya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. A. Habis manis sepah dibuang B. Besar hati C. Tenggelam punca D. Berani kerana benar, takut kerana salah 26 Setelah berpuluh tahun mengusahakan perniagaannya dengan bersungguh-sungguh, Pak Kasim hidup senang dan kaya-raya. A. Bulat air kena pembetung, bulat kata kerana muafakat B. Bersatu teguh bercerai roboh C. Ringan tulang berat perut D. Seperti lindah menghisap darah

27 Susun maklumat di bawah mengikut urutan yang betul. I. Apa khabar kanda dan keluarga? II. Kepada kandaku, Amirudin, semoga sihat sejahtera. III. Setakat ini dahulu daripada adinda. IV. Adinda di sini sedang sibuk melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan A. B. C. D. I, II, III, IV I, IV, III, II IV, I, II, III II, I, IV, III

Soalan 28 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang bergaris. 28 Nama lain untuk buah naga ialah buah pitaya. A. B. C. D. Apakah nama lain untuk buah naga? Bagaimanakah nama lain untuk buah naga? Berapakah nama lain untuk buah naga? Siapakah nama lain untuk buah naga?

Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 29 I. II. III. IV. Pokok misai kucing sejenis herba yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Mereka telah membawa pulang herba ini kepada Eropah. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter. Misai kucing dapat membantu menyingkirkan asid urik atas badan. A. B. C. D. 30 I. II. III. IV. I dan III sahaja I, II dan III sahaja III dan IV sahaja I, II dan IV sahaja

Itik ini sedia dipasarkan bila mencapai usia antara 11 minggu hingga 13 minggu. Penternakan itik semakin berkembang di Malaysia. Itik ini dibiakkan daripada induk yang diimport dari negara Perancis. Pengambilan makanan dan minuman pada peringkat ini semakin meningkat A. B. C. D. I dan II sahaja I dan III sahaja III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga soalan 35 Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kak Siti pergi ke Perlis Membawa hadiahnya untuk rakannya Bondaku tinggal jangan menangis Anakanda pergi membawa nasibnya Ibu kota berbangunan tinggi Dipenuhi dengan orang seberang Kekanda berangkat ditangisi Badan terbuang di rantau orang Adik dijulang tinggi-tinggi Bersedia menyambut dengan tangan Anakanda pergi bonda tangisi Alamat dagang mati beragan Pisau dibeli sudah hilang Gagal memotong ikan tenggiri Kalau berdagang ke tempat orang Baik-baik membawa diri 31 Mengapakah anakanda ingin meninggalkan bondanya? A. B. C. D. Kerana merajuk Kerana dimarahi oleh bondanya Kerana ingin merantau Kerana bondanya tua

32 Apakah tujuan utama puisi ini ditulis? A. B. C. D. Untuk membeli pisau Untuk menyambut adik Untuk menasihati anak yang akan pergi berdagang Untuk mencerita bangunan tinggi

33 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali A. B. C. D. Anakanda pergi berdagang membawa nasibnya Ibu negeri berbangunan tinggi Adik diangkat tinggi-tinggi Ikan tenggiri tidak berjaya dipotong

34 Jika kamu sebagai bonda, bilakah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat? A. Semasa sibuk B. Tengah malam C. Sebelum berangkat D. Sedang memasak

35 Apakah jenis puisi di atas? A. B. C. D. pantun sajak gurindam syair

Soalan 36 hingga Soalan 40 Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya, 26700, Muadzam Shah Pahang. ________________________________________________________________ Kelab Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya, 26700, Muadzam Shah Pahang. 3 Ogos 2011 Tuan, Kebenaran Lawatan ke Zoo Negara Perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berhasrat mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. 2. Pihak kami telah merancang mengadakan lawatan tersebut dengan tujuan mempelajari kehidupan haiwan secara langsung. Kami dapat melihat sendiri perlakuan, jenis makanan dan suasana haiwan dalam keluarganya. 3. Kami merancang mengadakan lawatan tersebut seperti maklumat di bawah: Tarikh Hari Sasaran peserta Bilangan peserta Bilangan guru : 24 September 2011 :Sabtu : pelajar Tahun 4, 5, dan 6 : 35 orang : 4 orang

4. Kami berjanji akan menjaga nama baik sekolah dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan pihak Zoo Negara. 5. Kebenaran dan kerjasama Guru Besar sangat kami harapkan. Sekian, terima kasih. Yang benar, ................................................................................ (MUHAMMAD RAZIN BIN MUHAMMAD HUSAIN) Setiausaha Kelab Bahasa Melayu.

10

36 Surat di atas dihantar kepada ..................... A. B. C. D. Guru Besar pelajar ibu bapa Zoo Negara

37 Apakah tujuan surat itu diutus? A. B. C. D. Untuk memberitahu Guru besar tentang lawatan Untuk meminta kebenaran bagi mengadakan lawatan. Untuk menjemput guru menyertai lawatan Untuk meminta sumbangan daripada pihak sekolah.

38 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali A. B. C. D. Pelajar tahun 5 layak menyertai lawatan ini. Kelab berjanji akan mematuhi peraturan pihak sekolah sahaja. Pelajar yang akan pergi mesti yang menjadi ahli kelab bahasa Melayu sahaja . Lawatan ini akan diadakan sehari sebelum hari Ahad.

39 Siapakah yang layak menyertai lawatan ini? A. B. C. D. Sudin berumur 9 tahun Suriani, pelajar dalam tahun 6 Amanah Zaitun yang berumur 11 tahun yang menjadi ahli kelab Bahasa Inggeris Abang Muhammad Razin yang 3 tahun lebih tua daripadanya

40 Siapakah penulis surat ini? A. B. C. D. Guru Besar Setiausaha Kelab Guru penasihat Kelab Pengerusi kelab KERTAS SOALAN TAMAT

11

You might also like