You are on page 1of 2

RANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK TARIKH MASA HARI KELAS M/ PELAJARAN TAJUK : 5 Julai 2012 : 0730 0830 (60 minit)

) : Rabu : 3 Maju (Analisis ciri-ciri pelajar Umur) : Matematik : Masa dan Waktu

OBJEKTIF: (Menyatakan Objektif) Pada akhir pengajaran, pelajar dapat 1. Menjawab tempoh masa dalam unit saat. 2. Menjawab tempoh masa dalam unit minit. 3. Menyatakan tempoh masa yang diambil untuk melakukan setiap aktiviti.

PENGETAHUAN SEDIA ADA: (Analisis Ciri-ciri Pelajar) 1. Murid sudah tahu asas-asas mengenai masa dan waktu. 2. Murid sudah memiliki kemahiran asas dalam penggunaan perisian-perisian pejabat seperti MS Word dan MS Powerpoint.

NILAI:

Berkerjasama, kejujuran, bijaksana.

KBKK :

Menilai dan membeza.

BAHAN BANTU MENGAJAR: (Memilih bahan dan media) 1. Jam Dinding. 2. Komputer Perisian Powerpoint.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Set Induksi (5 minit) 1. Guru menunjukkan sebuah jam dinding (Menggunakan bahan). 2. Guru bertanya apa gunanya jam (Memilih kaedah/teknik Persoalan). 3. Guru bertanya pada pelajar adakah mereka tahu membaca jam(Memilih kaedah/teknik Persoalan).

4. Guru memperkenalkan tajuk untuk hari ini dan esok iaitu Masa dan Waktu.

Langkah 1 (20 minit) 1. Guru meminta murid menonton persembahan Powerpoint mengenai Masa dan Waktu ( Nama Fail ppt: Masa_dan_Waktu_modtutorial) (Menggunakan media). 2. Guru meminta murid memaham dan mengingati isi kandungan yang disampaikan (Memerlukan penyertaan pelajar).

Langkah 2 (10 minit) 1. Guru memberi taklimat kepada murid tentang tugasan yang telah dibekalkan bersama persembahan slaid yang dipertontonkan sebelumnya (Memilih kaedah/teknik). 2. Murid diminta ke computer untuk melaksanakan latihan tersebut (Memerlukan penyertaan pelajar).

Langkah 3 (20 minit) 1. Murid membuka persembahan slaid dalam fail ( ppt: masa_dan_waktu_modtutorial) dan melaksanakan aktiviti yang telah dibekalkan di dalam persembahan slaid tersebut (menjawab soalan yang terkandung di dalam paparan slaid). (Memerlukan penyertaan pelajar & Menilai).

Langkah 4 Penutup (5 minit) 1. Guru merumuskan pelajaran dengan bantuan pelajar (Memerlukan penyertaan pelajar & mengulangkaji).

You might also like