Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadandengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah SelatMelaka.Sungai KerianKeunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yangmana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedahdan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerianterletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan.Cara ke sanaUntuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza TolTaiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza TolBandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).Asal-usul namaDalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntarpada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar.Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusurisungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut"KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawahpemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadibahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah inginmenamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".Muka bumiDaerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantaisepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi.Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut dikawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari araslaut.Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.KetinggianGunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai pentingdalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau,Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kinitelah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di manaterdapat burung - burung yang berhijrah dari negara atas angin.Pentadbiran daerahDaerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, BaganTiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol danSelinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah danbertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim TanjungPiandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, MukimSemanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar.Daerah ini ditadbir olehMajlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak di Parit Buntar.Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol danPekan Kuala Kurau.EkonomiDaerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan -kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagitebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masukdan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musimtertentu.Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, BaganTiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.PendudukMengikut laporan 'Banci Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk DaerahKerian ialah 148,575 orang. Pecahan mengikut jantina, 72,666 orang lelaki (48.09%)
Leave a Comment