melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba diSungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orangSeletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelandukmenendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarikdengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan dikawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya,Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayarufti kepada negara China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negara China denganrombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, YungLo. Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan MelakaParameswaramemeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai,Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yangterpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melakamerupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusiDuarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasaiperdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat ofVenice.)Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalahkerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun TimurLaut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapatberlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatankawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.[sunting] Perkembangan MelakaIskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja,yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannyadalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahimkemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan MuzaffarShah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminegeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayuseperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara padaketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat seranganpertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Padatahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja".Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepadaperkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu. KESULTANAN MELAKATempoh Sultan1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah1444 – 1445 Sultan Abu Syahid1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah1459 – 1477 Sultan Mansur Shah