• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
MODAL PENGUPAYAAN ISLAM, MELAYU
Petikan titah utama Raja Muda Perak, RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLANMUHIBBUDDIN SHAH di Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 di Bangunan SetiausahaKerajaan Perak, Ipoh pada 13 Julai 2009
Allah SWT telah mencipta gajah sebagai haiwan bersaiz besar. Pernah dikisahkan akanpelbagai tafsiran enam orang buta yang memberi deskripsi akan rupa bentuk gajah; yangmemegang ekor menyamakan dengan tali, yang memegang kaki menyamakan dengantiang, yang memegang telinga menyamakan dengan kipas, yang memegang badanmenyamakan dengan dinding, yang memegang belalai menyamakan dengan ular dan yangmemegang gading menyamakan dengan tombak.
Melayu
adalah bangsa yang besar yang telah diberikan pelbagai tafsiran.
Melayu
adalahsatu istilah yang lama, dianggap sebagai istilah yang paling mengelirukan di rantau AsiaTenggara, hinggakan setiap takrif mengundang kepada persoalan baru.
Melayu
boleh ditakrif dari pelbagai sudut, secara negara - secara negeri, secara bahasa -secara budaya, secara adat - secara agama. Bahawa Alam
Melayu
boleh dikaji berasaskangeografi, sejarah, bahasa, budaya dan politik.
Melayu
adalah bangsa yang pernahgemilang, memiliki sejarah, budaya dan tamadun - pernah mencipta nama - menciptakeagungan. Bangsa
Melayu
itu bangsa yang bertanah air - bangsa yang bernegara,memiliki Raja yang berdaulat - memiliki kerajaan yang terhormat.Umumnya bangsa
Melayu
itu mengambil sikap yang sangat terbuka, bebas membentukcara hidup dan adat, tidak terikat dengan yang lain, laksana buluh, tumbuh dan bergeraksendiri dengan penuh autonomi, bagaimanapun diikat oleh akar yang satu.Dalam konteks Tanah
Melayu
, di penghujung pemerintahan Kerajaan
Melayu
Melaka,
Melayu
dirujuk sebagai kumpulan penduduk yang tinggal cukup lama di Melaka, bertutur bahasa
Melayu
dan memperlihatkan citra kesetiaan seorang rakyat kepada Sultan.Budaya
Melayu
yang menghormati dan menjunjung titah Raja telah melahirkan satu rumpunmasyarakat yang berdisiplin lagi mematuhi undang-undang, telah menjamin suasana amanlagi tenteram, stabil lagi harmonis, membolehkan pembesar dan rakyat, dagang dan senteri,menumpukan usaha bertani dan berladang, bertukang dan berdagang, berkeluarga danbermasyarakat, berkampung dan bernegara, membina kemakmuran - melimpahkesejahteraan.Titah Utama ini memilih takrif 
Melayu
menurut yang terkandung dalam PerlembagaanNegara. Bahawa orang
Melayu
itu menganut agama
Islam
, bertutur bahasa
Melayu
danmengamalkan kebudayaan
Melayu
. Berasaskan takrif tersebut,
Melayu
di Malaysia bukanterikat kepada darah keturunan, tetapi dicirikan oleh faktor-faktor agama, budaya danbahasa. Sebagai pribumi di bumi
Melayu
ini, bangsa
Melayu
merupakan urat dan nadinegara; hakikat ini jangan sama-sekali dipertikaikan.Ajaran
Islam
diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan setiap umat
Melayu
di Malaysia. Kedatangan
Islam
mengubah penganutan agama keseluruhan bangsa
Melayu
kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh Allah SWT. Proses peng
islam
an dialam
Melayu
dalam masa yang singkat merupakan tenaga terkuat yang mencorakkankepercayaan, nilai dan sikap masyarakat.Penerimaan
Islam
di kalangan orang
Melayu
adalah menarik kerana
Islam
merupakan satukeratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sudah wujud dalammasyarakat, memperlihatkan kebijaksanaan orang
Melayu
melakukan asimilasi dalampenyesuaian sistem kepercayaan lama dengan yang baru.
1
 
Ajaran
Islam
yang lengkap lagi menyeluruh dapat difokuskan kepada empat elemen utama:
Pertama:
aturan hubungan manusia dengan Tuhan
Kedua:
aturan hubungan sesama manusia
Ketiga:
aturan hubungan manusia dengan alam
Keempat:
penerangan akan tujuan hidup manusia
Islam
menyeru kepada kemakrufan serta menjauhi kemungkaran (amar makruf nahimungkar).
Islam
menyeru kepada pembinaan sifat-sifat positif seperti rajin, disiplin, tekun,ikhlas, amanah, jujur, berfokus (khusyuk), berilmu dan sebagainya.
Islam
, berperanansebagai kompas, memandu bangsa
Melayu
melayari bahtera dalam lautan kehidupan didunia, melakukan amar makruf untuk memenuhi keperluan duniawi, juga sebagai persiapanukhrawi.Bangsa
Melayu
telah melalui evolusi budaya yang panjang. Berlaku proses-prosespenyesuaian adat yang diwarisi untuk diselaraskan dengan risalah ajaran
Islam
. Akhirnyaterbina keperibadian yang memberikan identiti bangsa
Melayu
beragama
Islam
. Paradigmabudaya bangsa disandarkan kepada adat, dan adat pula bersendi hukum, hukum bersendiKitabullah bermaksud Kitab Allah iaitu al-Quran.
Islam
telah mengubah cara masyarakat
Melayu
berfikir. Agama
Islam
berserta budaya
Melayu
berkerajaan, berasaskan prinsip negeri beraja - rakyat bersultan adalah faktoutama yang mempengaruhi pembentukan jiwa raga - membina jati diri orang
Melayu
.
Islam
dijunjung - Raja disanjung. Hubungan tertib lagi beradab antara Raja dan rakyat sertarakyat dan Raja telah mengalirkan adat budaya, budi pekerti dan sopan santun yang amathalus lagi indah, mengupayakan umat membina persekitaran hidup yang aman lagiharmonis, makmur lagi sejahtera.Agama
Islam
telah diterima dari atas ke bawah; oleh itu struktur pemerintahan tidakberubah malah disesuaikan dengan kehendak
Islam
dan boleh ditafsirkan hanyamenyentuh kedudukan sistem itu sendiri. Setelah menganut
Islam
, Raja yang memerintahdilenyapkan hubungan batiniah dengan para dewa tetapi dihubungkaitkan dengan Allah danRasulullah serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia.Raja diberi gelaran Sultan, diberi kuasa yang lebih besar kerana kini Baginda telah diiktiraf sebagai Khalifah di dunia. Dalam hasrat mahu memancarkan doktrin kepimpinan selarasdengan ajaran
Islam
, perawi Sejarah
Melayu
merakamkan hubungan antara Raja-Raja
Melayu
Melaka dengan Allah dan Rasulullah.
Melayu
dan
Islam
bagai tidak dapat dipisahkan. Pada hukum adatnya rangkuman bangsayang besar dengan agama yang besar, boleh membina modal pengupayaan umat yangbesar. Namun secara realitinya, membina modal pengupayaan umat, tidak semudahmengguna pakai asas perkiraan matematik atau formula cantuman dua institusi bank atauresipi gabungan dua institusi multinasional.Rangkuman bangsa dan agama memiliki dimensi lain. Sementara komponen
Islam
itumerupakan komponen yang berada pada tahap kesempurnaan, komponen bangsa memilikipelbagai variabel yang boleh berubah, bertukar ganti dan sukar diramal.Bahawa bangsa itu terdiri daripada manusia yang memiliki akal dan nafsu; memilikiperasaan dan emosi, memiliki kehendak dan cita-cita, memiliki niat baik dan niat jahat.Bahawa selain mendapat perlindungan para malaikat, manusia turut terdedah kepadagodaan Iblis.
2
 
Islam
sebagai pegangan telah ditafsirkan oleh akal manusia dengan pelbagai tafsiran danturut terdedah di peringkat amalan kepada pengaruh nafsu manusia untuk dijadikanlandasan - dijadikan pakaian, tidak terkecuali dijadikan simbol - dijadikan instrumen.Dalam era pra dan pasca Perang Dunia Kedua, orang
Melayu
mula secara terbukamembangkitkan isu-isu berkaitan dengan nasib dan masa hadapan bangsa dan mulabergerak aktif dalam kegiatan politik tanah air.Dinamik politik berteraskan gerakan nasionalisme
Melayu
dan dinamik politik berpaksikan
Islam
selanjutnya berkembang di negara ini. Kewujudan parti politik berteraskankebangsaan
Melayu
dan parti politik berpaksikan
Islam
laksana kelahiran kembar politikdari perut bumi yang sama. Kembar politik yang keanggotaannya terdiri daripada insan-insan yang sama-sama berbangsa
Melayu
dan sama-sama beragama
Islam
.Sepatutnya politik yang berakarkan bangsa dan berpokokkan
Islam
berupayamemperkuatkan modal pengupayaan umat - menyuburkan pohon yang kukuh, tidak goyangdi tiup angin - tidak goncang dilanda ribut. Namun peranan saling melengkapi nyata tidakberlaku. Realiti politik tidak memperlihatkan kembar politik ini bersifat identical.Asas-asas utama perjuangan untuk kemerdekaan, untuk agama, untuk bangsa, untuknegara, gagal mencantumkan roh dua tenaga politik
Melayu
-
Islam
ini. Sub-budayamatlamat, perbezaan penekanan serta kaedah perjuangan lebih dominan dan beransur-ansur menjadi faktor pemisah. Tulisan jawi - tulisan rumi, kopiah putih - songkok hitam, baju
Melayu
- jubah Arab, meletakkan
Melayu
 
Islam
itu berada dalam dua aliran sungai yangmengalir selari tetapi enggan bertemu.Percantuman dua kembar politik ini pernah berlaku berikutan peristiwa hitam 13 Mei 1969,tetapi hanya untuk satu tempoh yang singkat. Percantuman tersebut, meskipun berlakudalam tempoh yang singkat, merupakan puncak kepada perpaduan politik bangsa danummah di tanah air ini, yang sekali gus memperkukuhkan modal pengupayaan umat. Eratersebut adalah era penyatuan, era paling produktif kepada bangsa dan ummah, era yangtelah menghasilkan dasar-dasar yang dapat mengoptimumkan kebaikan ummah, antarayang paling signifikan adalah Dasar Ekonomi Baru.
Melayu Islam kemudiannya kembali terpisah. Sehari demi sehari semakin jauh. Retak-retak yang berlaku bagaikan membawa belah. Bahawa retak-retak yangberkemungkinan membawa belah, semakin melukakan jantung insan Melayu, semakinmenghiris hiba hati kecil umat Islam.
Sesungguhnya insan
Melayu
dan umat
Islam
senantiasa meletakkan harapan - tidak berhenti memanjatkan doa, agar 
Melayu
dan
Islam
berpisah tiada - agar 
Melayu
dan
Islam
kekal bersatu.Betapa luka - betapa hibanya bangsa menonton ironi yang berlaku. Di manakah salah ibumengandung hingga bangsa yang serumpun enggan membina silaturahim, di manakahsilap ibu mengandung hingga insan yang seagama enggan bersaudara.
Islam
tidaksenantiasa menjadi landasan pilihan dalam mengharungi perjalanan hidup. Tergelincir darilandasan bagaikan satu norma dan bangsa
Melayu
hanya kembali kepadanya pada waktu-waktu menghadapi kegelapan dan kesulitan, pada waktu-waktu permulaan hayat ketikamenyambut kelahiran bayi, ketika jodoh dipertemukan, dan ketika menemui pengakhiranhidup apabila jasad disemadikan di liang lahad.Pengupayaan umat ditentukan ketika umat menghadapi cabaran besar. Arnold Toynbee,pakar sejarah Inggeris dalam buku A Study of History, setelah mengkaji asas kelahiran 21tamadun, merumuskan bahawa faktor utama membina tamadun yang gemilang ialahpengupayaan umat menghadapi cabaran; lalu umat terdorong menyatukan kekuatan,menggabung sepenuh tenaga - merangkum sepenuh usaha untuk sama-sama mengatasi
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...