You are on page 1of 4

Apam Indon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi ni kita bf dngn Apam Indon.Sebenarnya saya buat apam ni malam tadi dan pagi ni bolehlah buat bf. Anak2 terkejut gak, kenapa mamaNya suruh makan kek pagi2. Apam ni seakan2 rupa kek pula. Ini adalah hasil tngk keayuan apam indon yag Ita Masam Manisbuat sebenarnya. Mengikut resepi asal cuma buat 3 lapisan je, hasil kekreatifan Ita terhasillah apam indon yg sungguh menarik. Saya adalah antara kawan yg teruja sangat nak mencuba dan merasa apam indon ni. Inilah hasilnya...pada saya dah oklah..kalau kawan2 tngk yg Ita buat...lagilah cantik. Siapa yg tak kenal Ita kan...semua hasil sentuhan tangannya membuatkan setiap menu tu jadi sungguh istimewa. Terima kasih Ita berkongsi idea yg kreatif. Menurut Ita, resepi ni adalah dari Blackmore Forum Cari dan ianya juga telah di cuba oleh MamaFami, Cikpuan Mieza myresepi dan Kak Ummi. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni saya buat cara Ita.

Bahan-Bahan 5 biji telur 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 300 gm tepung gandum 300 gm gula halus 250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan

1/2 sudu kecil baking powder sedikit garam 2 sudu besar minyak-Yatie tambah pewarna dan perisa kegemaran Cara-Cara 1. Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain. 2. Sediakan loyang ukuran 9 inc 3. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper 4. Ayakkan tepung bersama baking powder. 5. Campurkan garam ke dalam susu. 6. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang. 7. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla. 8. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati. 9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai. 10. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat. 11. Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3 12. Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna. Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat. 1. Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan. 2. 2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla. 3. Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.

**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

You might also like