You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengatasi kelemahan menulis tulisan mekanis bagi murid tahun 4 menggunakan kaedah ansur maju. Peranan tulisan adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun ayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Kajian tindakan yang telah dijalankan bertujuan untuk membantu murid dalam kelas tahun 4 dengan kemas dan teratur. Responden dalam dalam kajian ini terdiri daripada lapan orang murid tahun 4di salah sebuah sekolah di daerah Tamparuli, Sabah. Responden tersebut mempunyai masalah tulisan yang kurang kemas dan tidak teratur. Intrumen yang telah digunakan sepanjang penyelidikan ini ialah seperti soal selidik, ujian penulisan dan hasil kerja murid.Data dikumpulkan melalui soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Hasil dapatan kajian data mendapati bahawa semua responden berjaya memperbaiki tulisan mereka dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah ansur maju ini sangat berkesan dalam membantu muird memperbaiki tulisan mereka.

You might also like