You are on page 1of 2

FARIDAH BINTI PAIRAN 670404015034 1CMT1106157

Kepekaan Nombor

Kepekaan nombor boleh ditakrifkan sebagai celik akal terhadap nombor serta hubungan dalam nombor . Individu yang memiliki kepekaan nombor yang baik lazimnya mempamerkan ciri-ciri berikut semasa melakukan pengiraan secara mental , keupayaan berfikir secara logik , keupayaan merancang dan mengawal , fleksibal dan kemahiran mengadaptasi secara wajar. Semua kemahiran ini sangat penting dan harus dikuasai oleh setiap individu bagi membolehkan mereka mengaplikasikan masalah-masalah nombor dalam kehidupan harian. Tahap awal penguasaan matematik diperoleh kanak-kanak melalui kepekaan terhadap nombor. Konsep nombor ialah suatu idea abstrak mengenai ukuran yang meliputi ruang lingkup luas dan boleh diaplikasikan dalam keadaan pelbagai. Contohnya, nombor empat: empat meter, jam empat petang, empat ringgit, empat rakaat dalam sembahyang, empat harakat dalam sebutan tajwid dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk ukuran yang boleh digambarkan oleh konsep nombor menjadikan ia suatu konsep sesuai untuk menggambarkan perkara di sekeliling kita. Kanak-kanak kecil mula memperoleh kepekaan nombor melalui pengalaman mereka mendengar perkataan berkaitan nombor dan bilangan, melihat simbol berkaitan nombor (contohnya yang duit, jam dan dan sedikit sebagainya). Pengalaman membuat perbandingan: banyak

misalnya. Kepekaan terhadap bentuk geometri seperti segi empat, segi tiga, kiub dan piramid juga memberikan mereka kepekaan awal terhadap objek matematik. Kepekaan inilah yang dibawa mereka ke alam persekolahan. Kanak-kanak yang mempunyai kepekaan nombor akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan matematik yang diajar di sekolah. Kajian menunjukkan bahawa kemahiran menggunakan nombor dan menjalankan operasi menggunakan nombor (contoh yang paling asas ialah menambah, menolak, mendarab dan membahagi) ialah asas penting bagi pendidikan matematik dan sains pada tahap lebih tinggi. Konsep nombor juga menyediakan suatu sistem yang berupaya membentuk minda kanak-kanak untuk berfikir secara sistematik menggunakan disiplin logik. Contohnya, katakan kita ingin membuat perbandingan di antara dua batang kayu, satu panjang dan pendek. Panjang dan pendek boleh diukur secara kasar dan memberikan ukuran berbentuk kualitatif. Jika digunakan konsep nombor, saiz kayu itu boleh diberikan nilai tertentu. Misalnya kayu

pertama panjangnya 10 sentimeter manakala kayu kedua panjangnya 8 sentimeter. Jelas di sini bahawa kayu pertama lebih panjang kerana ukurannya lebih besar. Perbezaan panjang kedua-dua kayu ini pula boleh diberikan suatu nilai tepat iaitu dua sentimeter. Contoh ini menunjukkan bagaimana konsep nombor digunakan untuk menghuraikan sesuatu masalah dengan teratur serta tepat dan pada masa sama ia membantu memberikan penyelesaian dalam bentuk kuantitatif. Seperti idea matematik lain, kepekaan nombor memerlukan aspek penerokaan. Lebih-lebih lagi, bagi anak kecil yang belum didedahkan dengan sistem pembelajaran formal, konsep nombor ini masih agak kabur bagi mereka. Maka pada tahap ini penerokaan adalah pendekatan terbaik. Penerokaan ini boleh dilakukan misalnya dalam bentuk permainan, gambar, nyanyian dan sebagainya.

You might also like