You are on page 1of 6

GURU DAN CABARAN SEMASA TUTORIAL MINGGU 13 JAWAB SENDIRI DAN PRINT RESULT SENDIRI

http://internet.jpm.gov.my/epsikologi/modules/ujian/indexStress.php

Langkah-langkah menangani dan menguruskan tekanan emosi Cara terbaik menangani ketegangan emosi atau kecelaruan jiwa ialah dengan mengenal pasti punca masalah dan cuba mengatasinya. LANGKAH LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 1 Fahami Punca Stress - Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda - Cari masalah dalam diri satu persatu. - Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

Langkah 2 Letakkan Keutamaan - Senaraikan keutamaan untuk dilakukan - Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting. - Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 Selesaikan Masalah Satu Persatu. - Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar. - Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai. - Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 Menangis - Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah. - Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. - Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 Ketawa - Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka. - Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. - Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 Bersenam Atau Beriadah - Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh - Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan. - Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Langkah 7 Menyanyi, Menari Dan Menjerit. - Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata - Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh - Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 Curahkan Perasaan Dalam Diari. - Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah

segala-galanya di dalam diari - Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda - Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 Luahkan Pada Sahabat Karib. - Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda. - Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress. - Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 Meditasi Atau Bertafakur. - Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan. - Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan. - Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 Tahu Had Kemampuan. - Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri. - Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung. - Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 Berusaha Dan Berserah. - Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik. - Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang,

zikir dan sebagainya. - Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 Bersantai - Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda. - Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan - Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 Ambil Mudah. - Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran. - Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya. - Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 Mengadu Kepada Kaunselor. - Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu. - Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil. - Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16 Berurut. - Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.

- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan. - Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 Refleksologi Atau Akupuntur. - Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti. - Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung. - Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 Hipnosis - Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah. - Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah. - Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 Terima Keadaan Seadanya. - Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. - Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya. - Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Langkah 20 Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat. - Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana. - Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk

mengatasi masalah mendatang. - Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

You might also like