You are on page 1of 11

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

FORMAT

011

011 Bahasa Melayu Kertas 1 Set 1 2007 50 minit

MAJLIS GURU CEMERLANG


DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN _____________________________________________ MODUL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2007

BAHASA MELAYU
Kertas 1 Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3. 4.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 2007 Hak Cipta Md. Ramli bin Sabran

SET 1

SET 1

011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Ketibaan Yang Berhormat Dato Farhan untuk __________ penubuhan persatuan belia disambut dengan mesra. A B C D memastikan merasmikan menubuhkan menjalankan

Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan gambar 2

Muhammad Hishamudin terpaksa jalan __________ kerana kaki kanannya patah. A B C D tongkat tertongkat bertongkat menongkat

Gambar 2

Alat penekan pen mata bola itu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana __________ springnya tersangkut. A B C D jejari bebuli bebola gegelung

Soalan 4 berdasarkan gambar 3

Chef Wan sedang mengeluarkan sebiji kek berperasa coklat yang telah __________. A B C D naik panas masak hangus

Gambar 3

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

011

Soalan 5 berdasarkan gambar 4

Abdul Rahim tenang menunggu __________ dimakan oleh ikan di sungai itu. A B C D kailnya jorannya umpannya pancingnya

Gambar 4

Anak-anak kapal dagang dari Jerman Barat itu diarahkan agar __________ sauh untuk membolehkan mereka belayar. A B C D menarikkan melabuhkan menyangkutkan membongkarkan

Soalan 7 berdasarkan gambar 5

Ah Meng dan Abdullah Sani berjalan __________ menuju padang bola sepak. A B C berpusu-pusu berderet-deret bersaing-saing

Gambar 5

Oleh sebab tidak pandai melukis. Nurul Syahirah __________ peta Malaysia yang ada dalam buku itu. A B C D melakar menyurih menekan menyunting

Soalan 9 berdasarkan gambar 6

Orang ramai kagum melihat kebolehan wanita itu berjalan sambil __________ bakul tanpa memegangnya. A B C D memikul mengepit mengelek menjunjung

Gambar 6

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

011

Soalan 10 berdasarkan gambar 7

10

Syahmi dan Syahidan sedang makan durian __________ ayahnya membersihkan durian yang baru dikutip. A B C D ketika setelah supaya sementara

Gambar 7

11

Beberapa orang __________ tempatan telah diundang untuk menghadiri pesta filem di ibu negara baru-baru ini. A B C D biduan seniman usahawan sasterawan

12

Edward Smith kelihatan __________ apabila dia mencuba untuk makan nasi beriani menggunakan tangan. A B C D pelik aneh ganjil kekok

Soalan 13 berdasarkan gambar 8

13

Rambut Tan Swee Eng kelihatan __________ kerana dia baru bangun tidur. A B C kusut kusam kemas

Gambar 8

Soalan 14 berdasarkan gambar 9

14

Seorang anggota pengakap muda sedang __________ air. Mereka melakukan tugas tersebut secara bergotong-royong. A B C D merebus menanak memasak menjerang

Gambar 9

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

011

Soalan 15 berdasarkan gambar 10

15

Pekedai pasar mini itu sedang __________ beg plastik yang berisi barangan yang dibeli oleh pelanggannya. A B C meletakkan mengirimkan menghulurkan

Gambar 10

16

Pak Uda Malek sedang __________ besi pemegang kereta sorong itu supaya selesa dan senang untuk digunakan. A B C D mengikir mengikis mengukir mengorek

Soalan 17 berdasarkan gambar 11

17

Encik Salleh menerima sijil _________ daripada pihak polis kerana beliau memberi maklumat tentang satu kes jenayah. A B C D pentadbiran penghargaan perkhidmatan penghormatan

Gambar 11

18

Hidung dan tapak tangan kirinya luka sedikit apabila dia jatuh __________ semasa berlari di padang pagi tadi. A B C D terlentang terjelepak terperosok tersembam

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

19

Seorang pemberita sedang __________ pertanyaan kepada penyanyi baru itu. A B C D terkemuka mengemukai dikemukakan mengemukakan

Gambar 12

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

011

Soalan 20 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 20 Bumbung pondok di kebun durian Pak Wahab itu diperbuat daripada daun nipah. A B C D stor rumah dangau khemah

Soalan 21 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 21 Perangai dan tingkah laku Abdul Jalil disanjung oleh rakan-rakan sekolahnya. A B C D dipuji disakiti dicemuh dimarahi

Soalan 22 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 22 Dia benar-benar berterima kasih atas pertolongan jiran-jirannya menghulurkan derma. A B C D Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan Ketam menyuruh anaknya berjalan betul Minyak dengan air tidak akan bercampur Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

Soalan 23 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 23 Angin ribut yang bertiup menghalang nelayan mendapat ikan yang banyak. A B C D Apakah yang berlaku kepada nelayan? Di manakah nelayan mendapat ikan yang banyak? Mengapakah hasil tangkapan nelayan agak berkurangan? Bagaimanakah caranya nelayan mendapat ikan yang banyak?

Soalan 24 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 24 Bagaimanakah reaksi orang ramai tentang pementasan drama itu? A B C D Orang ramai ternanti-nanti untuk melihat pementasan drama itu. Reaksi ramai orang sungguh baik kepada pementasan drama itu. Orang ramai menyambut baik kedatangan kru pementasan drama itu. Pementasan drama itu mendapat reaksi yang sungguh menggalakkan.

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

011

Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25 Pihak polis akan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan dewasa ini. A B C D Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan dewasa ini, pihak polis telah mengenakan tindakan yang berat. Kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan itu, memaksa pihak polis mengenakan tindakan tegas. Pihak polis yang bimbangkan kadar kemalangan jalan raya dewasa ini, bercadang mengambil tindakan tegas. Bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang semakin merisaukan pada masa ini, pihak polis akan mengenakan tindakan tegas.

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26 I II III IV A B C D 27 I II III IV A B C D Pelajarannya patah di tengah jalan. Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu patah dua. Pekerja asing itu tidak patah bercakap bahasa Melayu. Dia sempat menyebut beberapa patah perkataan sebelum meninggal dunia. I dan IV sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja Rantai kasih antara Azli dengan Siti telah putus. Rumah Zahid terletak kira-kira dua rantai dari jalan raya. Nelayan kita masih belum bebas daripada rantai orang tengah. Rantai emas yang dipakai oleh adik telah diragut oleh seorang lelaki tua. I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja I, II, III dan IV

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 28 I II III IV A B C D Kita haruslah sopan santun terhadap orang tua. Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai jenis masakan. Sektor pertanian merupakan sektor yang penting di negara kita. Penyakit demam denggi amat berbahaya dan boleh membawa maut. I dan III sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

011

29

I II III IV A B C D

Cis, cantiknya basikal baru adik lelaki kamu ini! Amboi, tingginya pokok kelapa sawit di tepi rumah kamu itu! Awak jangan banyak cakap, keluar dari pejabat saya sekarang juga! Eh, dahulunya kamu berdua macam isi dengan kuku, sekarang tidak bertegur pula! I dan II sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja Pasu-pasu bunga itu saya cat. Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. Program itu dapat mewujudkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Dia mengucapkan kepada kami terima kasih atas pertolongan yang kami berikan. I dan II sahaja I dan III sahaja I, II dan III sahaja I, II, III dan IV

30

I II III IV A B C D

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para Penolong Kanan, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan pada pagi ini. Hadirin yang dihormati, Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya Bersenam". Slogan ini bermaksud bersenam merupakan satu daripada penaja utama kesihatan jasmani seseorang. Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman penyakit, kita mestilah mengamalkan penjagaan kesihatan yang sempurna. Satu daripada kaedah untuk menjamin kesihatan yang baik ialah melalui aktiviti bersenam. Senaman secara teratur boleh membantu menyuburkan jasmani dan rohani seseorang. Hadirin yang budiman, Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita terutamanya muridmurid sekolah. Setelah penat belajar sepanjang hari, bersenam boleh menolong murid-murid menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan. Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini membuatkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan mereka menjadi letih di samping tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

011

Hadirin yang disenangi, kita harus menanamkan satu kesedaran di dalam diri tentang kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas dan kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan supaya mengamalkan senaman setiap hari. Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam" dalam diari kehidupan kita seharian. Tiada insan yang menafikan dan menolak pentingnya kesihatan. Kita juga perlu berusaha dan bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri kita, keluarga kita, kumuniti kita, kampung kita, dan negara kita. Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan seandainya terselit jua keterlanjuran kata dan kesilapan bicara. Sekian, terima kasih.

31

Berdasarkan petikan di atas, matlamat bersenam ialah A B C D dapat menyelesaikan masalah dengan baik. menjauhkan kita daripada batuk dan selesema. dapat mengelakkan diri daripada membuat kerja sekolah. membebaskan diri daripada perasaan bimbang dan curiga.

32

Frasa menanamkan satu kesedaran bermaksud A B C D mewujudkan kebiasaan. mewujudkan keprihatinan. membentuk keinsafan diri. menjadikan amalan harian.

33

Rangkai kata mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan bermaksud A B C D membentuk tubuh badan yang sihat. membentuk rasa rendah diri dan menyisihkan diri. membentuk sikap ingin bersaing semasa bersenam. membentuk sikap yang disenangi serta dihormati oleh rakan.

34

Penulis berpendapat, badan yang letih dan penat boleh menyebabkan perkara-perkara berikut, kecuali A B C D perjalanan darah menjadi kurang lancar. ketegangan dan perasaan bimbang kian menular. seseorang itu mudah diserang pelbagai jenis penyakit. hilang keupayaan untuk mengingat sesuatu dan berfikir.

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

10

011

35

Mengapakah kita digalakkan bersenam secara bersistematik? A B C D Menyihatkan badan dan mencerdaskan fikiran Membebaskan diri daripada belenggu pelajaran Menguatkan ikatan persahabatan dan setia kawan Menguatkan otot dan melancarkan perjalanan darah

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. TELUK INTAN, 15 Mac 2005 - Satu program peningkatan prestasi pendidikan telah diadakan semalam. Program tersebut diberi nama Program Gemilang Yayasan Perak 2005. Majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muhamat Roli bin Haji Hassan, Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak. Beliau mengharapkan usaha murni ini akan membuahkan hasil dan mencapai objektif. Beliau juga berasa bangga kerana program ini dapat memberi peluang kepada calon-calon UPSR yang berpotensi untuk mencetus kecemerlangan dalam bidang akademik. Dalam majlis ini juga, beliau telah mengumumkan kelulusan peruntukan sejumlah empat puluh ribu ringgit, sumbangan daripada kerajaan negeri Perak. Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. Menurut pengurus program, Encik Shamsul Bahari bin Abdul Rahim, program ini bertujuan untuk memberikan latihan yang maksimum kepada calon-calon yang terpilih. Di samping itu juga, mereka akan didedahkan dengan teknik dan kaedah menjawab soalan bagi semua mata pelajaran dalam UPSR. Mereka akan diberi bimbingan secara terperinci oleh dua orang fasilitator bagi setiap mata pelajaran. Program ini diadakan selama tiga hari dua malam. Seramai seratus empat puluh lima orang murid perempuan telah terpilih untuk menyertai program ini. Peserta yang terpilih adalah daripada enam puluh lima buah sekolah kebangsaan di daerah Hilir Perak yang berjumlah dua ratus tujuh puluh orang murid. Mereka telah diberikan tempat penginapan di asrama Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan. Ini membolehkan mereka menimba pengalaman belajar secara berkumpulan serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana belajar dan tinggal di asrama. Dalam ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, beliau berharap calon yang terpilih dapat mencipta kecemerlangan. Jumlah yang menghadirkan diri sebagai peserta merupakan satu angka yang besar dan melebihi pencapaian 5A dalam UPSR pada tahun lepas. Beliau berharap peserta dapat mencipta rekod baru dan dapat meningkatkan prestasi yang sedia ada. Beliau juga menyatakan satu daripada cara untuk mencapai kecemerlangan ialah dengan melakukan latihan secara intensif. Selain itu, beliau berharap semoga para peserta berusaha bersungguh-sungguh dan belajar dengan lebih tekun. Hal ini demikian, untuk melayakkan diri terpilih ke sekolah-sekolah berasrama penuh, calon-calon UPSR mestilah mendapat markah 90% ke atas. Mereka juga berpeluang untuk belajar di sekolah aliran sains, sekolah menengah agama kebangsaan dan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Dengan harapan itu, para peserta tampak bersemangat dan ibu bapa yang hadir berasa besar hati. Mereka juga mengharapkan dan mendoakan kejayaan anak mereka.

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SET 1

11

011

36

Siapakah yang bertanggungjawab menaja program kecemerlangan UPSR tersebut? A B C D Pihak Kerajaan Negeri Perak Pengurus Program Yayasan Perak Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

37

Berapa orangkah fasilitator mata pelajaran yang terlibat menjayakan program tersebut? A B C D lapan orang Sepuluh orang Dua belas orang Empat belas orang

38

Bilakah peserta program kecemerlangan akan pulang ke rumah masing-masing? A B C D 14 Mac 2005 15 Mac 2005 16 Mac 2005 17 Mac 2005

39

Jika semua peserta hadir, berapakah beza jumlah peserta perempuan dan peserta lelaki? A B C D 20 orang 125 orang 145 orang 270 orang

40

Semua kenyataan di bawah tentang kecemerlangan adalah benar, kecuali A B C D mendapatkan markah 90 peratus ke atas. mencipta rekod satu kebanggaan pelajar. latihan intensif perlu untuk kecemerlangan. belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Modul disediakan oleh: MD. RAMLI BIN SABRAN, Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI UPSR TAHUN 2007


MD. RAMLI BIN SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

KERTAS 1

You might also like