You are on page 1of 16

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5 MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN

Oleh: Pn.Faridah bt.Doya Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, yang lemah membuat ulasan dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan ulasan,muridmurid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang terdapat dalam petikan sahaja.

Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 4 Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu walaupun saya telah mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya sendiri yang diberi namaTeknik SSDA.Saya berasa amat kecewa kerana target saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh -20/20 atau sekurang-kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.

Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula,saya dapati punca utama murid kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat menentukan nilai yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu saya telah menghasilkan modul yang saya beri nama modul JELMAANdi mana modul ini mula saya jalankan pada 10 Oktober 2012.Saya m emilih nama ini kerana latihan yang saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan murid menjelmakan nilai-nilai tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti di lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa minggu sebelum bercuti ,maka saya dapat mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja namun pencapaiannya amat memberangsangkan

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Bestari di sekolah saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya pandai,aktif , kreatif,berketrampilan dan berpotensi untuk mendapat gred A dalam kesemua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR..Bagi sekolah saya yang sentiasa ingin mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini merupakan kelas harapan untuk pencapaian cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas 2),terkandung 3 soalan yang harus dijawab oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina Ayat),Bahagian B (Karangan Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk mendapatkan markah yang cemerlang,muridmurid haruslah mendapat markah yang baik dalam setiap bahagian tersebut. Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-tiga bahagian ini saya ajar dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi saya mengajar anak-anak kampung saya sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih memberatkan teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid saya menerima apa yang saya sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya ialah murid-murid saya masih tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal mereka merupakan murid elit.Seringkali saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu yang lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak membantu.Antara ayat yang saya terima:

-.tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun 6 nanti tahulah dia orang buat ulasan tu.. -.jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi -.Dapat markah 17 pun kira ok la tudan lain-lain lagi.

Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan yang sama terus berlaku.Kertas latihan murid yang semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahui malah saya turut tercabar dengan gelaran jawatan yang saya pegang.Kenapa masalah terus berlaku sedangkan saya telah berusaha memberi penerangan yang sebaik mungkin menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai gambar serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip hidup saya iaitu Masalah hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan Keazaman dan semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan ini.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran makro dijalankan,saya mendapati tidak ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat markah penuh 20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,post-mortem yang dibuat adalah seperti berikut:

PERKARA

MARKAH 20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20 1/18 4/18 5/18 3/18 1/18 1/18 -

Bilangan Murid Capai Peratus

1/18

2/18

5.5

11.11

5.5

22.2

27.7

16.6

5.5

5.5

Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid memperoleh markah sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sedangkan markah bahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu.

Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan keseluruhan dan gred purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertaskertas UPSR yang saya semak setiap tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang besar dalam bahagian yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun dalam bahagian A dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk mereka mencapai gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat menepati pernyataan yang diberi. Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini tidak saya selesaikan memandangkan murid-murid saya mempunyai kualiti diri dalam pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya yakin jika murid saya diberi latih tubi yang cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka dengan mudah dapat menentukan nilai berdasarkan pernyataan yang diberi. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan Bahasa MelayuKertas 2 (012)di SK Astana Raja. 3.2 Objektif Khusus i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang murid 5B mendapat sekurang-kurangnya markah 19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu semasa peperiksaan akhir tahun. ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang tersirat dalam pernyataan. iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2 di SK Astana Raja mengajar bahagian C menggunakan modul yang dihasilkan. iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK Astana Raja dari segi gred purata

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Astana Raja yang terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18 orang murid ini merupakan murid elit yang aktif dan berketrampilan manakala yang selebihnya berada dalam kategori pandai. 5.0 METODOLOGI KAJIAN 5.1 Semakan Lembaran Kerja Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat menilai tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan 5.2 Pemerhatian Dalam P&P Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan. 5.3 Peperiksaan Akhir Tahun Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk mengukur pencapaian murid dan keberkesanan modul yang dibuat. 5.4 Soal Selidek Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH 6.2.1 Semakan lembaran kerja Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya telah menyemak lembaran kerja murid dengan lebih berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum kajian dijalankan murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian dijalankan.Selepas kajian dijalankan,saya berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid saya.Saya juga mula menarik nafas lega kerana apa yang usahakan mula membuahkan hasil. 6.2.2 Pemerhatian dalam P&P Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p dijalankan khususnya semasa sesi soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan ada murid yang kurang memberi respon dan sering menyatakan nilai yang salah berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas kajian dan menggunakan set latihan dalam Modul JELMAAN yang saya buat.Mereka nampak lebih

terjurus kepada jawapan sebenar atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan bahagian C ini.

6.2.3 Peperiksaan Akhir Tahun Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat bermakna sekali buat saya kerana di sinilah saya boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul yang saya jalankan.Ternyata berlaku peningkatan yang agak drastik pada keputusan peperiksaan mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian adalah seperti berikut:

PERKARA 20/20 MARKAH LATIHAN PENGAJARAN MAKRO SEMASA

MARKAH 19/20 18/20 17/20 16/20

(Penc.Sebelum Guna Modul

1/18

2/18

1/18

4/18

5.5 %

11.11 %

5.5%

22.2%

MARKAH PEP.AKHIR THN (Penc.Selepas Guna Modul

2/18

8/18

2/18

3/18

1/18

11.1%

55.5%

11.1%

16.6%

5.5 %

Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan petanda baik bahawa modul ini banyak mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah melonjakkan pencapaian dalam bahagian ini. Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan meminta mereka mempraktikkan kepada murid masing-masing selepas itu.Disebabkan masa yang begitu terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali sahaja dalam pengajaran mereka.

6.2.4 Soal Selidik Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid: Skala Likert: 1.sangat tidak setuju 2.tidak setuju 3.kurang setuju 4,setuju 5,sangat setuju

Bil

SKALA Item

(Bilangan Murid) 5 5 1 0

1.

Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan Bahagian C 7 merupakan pelajaran yang mudah Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik dari Modul 9 JELMAAN Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan Bahagian C 0 selepas guru melaksanakan Modul JELMAAN Saya berasa amat seronok menjawab set-set latihan dalam 0 Modul JELMAAN Setelah menjalani set-set latihan dalam modul JELMAAN saya 0 mempunyai lebih keyakinan untuk membuat ulasan pada Bahagian C. Modul JELMAAN benar-benar membantu saya. 0

2.

3.

12

4.

10

5.

12

6.

13

Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut: .Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat melihat yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi pencapaian

.Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini. .Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.

6.3 Tindakan yang diJalankan 1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari idea untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya sehinggalah saya terfikir untuk membuat modul yang men gandungi set latih tubi menentukan /menjelmakan nilai ini di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C 2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulu saya akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya. 3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa Melayu Tahun5 Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti berikut: Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN TARIKH 10 OKTOBER 2012 12 OKTOBER 2012 15 OKTOBER 2012 17 OKTOBER 2012 19 OKTOBER 2012 22 OKTOBER 2012 MASA 8.40 9.10 pagi 7.40 8.10 pagi 11.30 12.10 pagi 8.40 9.10 pagi 7.40 8.10 pagi 11.30 12.10 pagi SET LATIHAN MODUL 1 &2 3&4 5&6 7&8 8 &10 11 &12

4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang saya sediakan.

5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan. 6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat pencapaian murid dalam bahagian C.

6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana hari persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir Tahun diadakan.

Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini secara terperinci seperti pada Lampiran 2.

Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam Subjek Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya usahakan telah membuahkan hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah mencadangkan agar Modul ini dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga malah turut memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencontohi usaha saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pada bulan Disember 2012 nanti.

6.5 Refleksi Kajian Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada bahagian C ini amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah inovasi SSDA yang saya jalankan dan Modul JELMAAN ini ternyata banyak membantu murid dalam membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini sentiasa menjadi sebutan murid-murid saya.

Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah menghantar SMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai ibu bapa yang berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga mengetahui tentang modul yang saya gunakan melalui anak-anak mereka.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut: 1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lain-lain lagi. 2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh / tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi. 3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah saya penggunaan

4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul supaya dapat dibukukan untuk menafaat bersama.

8.0 PENUTUP

Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guruguru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

9.0 RUJUKAN

1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI

2.Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan Fajar Bakti,Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM

4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html

8. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

9. http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan

10. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

11. http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html

12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc=HP_ss

Lampiran 1

CONTOH SET LATIHAN 1- MODUL JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan)

BIL

PENYATAAN

Membawa bekal / menabung

Berjalan kaki ke sekolah

Bangun awal

Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas

Menyapu sampah

Bersalam / mencium tangan ibu

Membaca buku / mengulang kaji

Melaksanakan tugas yang diberi

Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas

10

Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih

11

Bersarapan bersama keluarga

12

Sembahyang / solat

13

Berdiri tegak semasa lagu Negaraku

14

Sayang akan negara

15

Belajar bersungguh-sungguh

16

Memberi salam

17

Pergi ke perpustakaan

18

Menyediakan jadual harian

19

Menziarahi kawan sakit / di hospital

20

Bertegur sapa sesama jiran

21

Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga

22

Bergotong- royong

23

Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan

Lampiran 2

REKOD PENCAPAIAN PELAJAR

MARKAH BAHAGIAN C Bil NAMA MURID SEBELUM MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN 19/20

MARKAH BAHAGIAN C SELEPAS MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN 20/20

1.

M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI

2.

M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN

15/20

19/20

3.

M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI

18/20

19/20

4.

NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN

16/20

19/20

5.

M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN

16/20

18/20

6.

NUR MASATIKAF BT AMRI

16/20

19/20

7.

MUHAMMAD ANAS B AZAHARI

17/20

19/20

8.

DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL

18/20

20/20

9.

MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL

15/20

18/20

10.

NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK

15/20

19/20

11.

MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN

14/20

17/20

12.

IZZATUL WAFA BT MUSTAFA

16/20

19/20

13.

M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI

15/20

17/20

14.

AIDA NAJWA BT ADNAN

14/20

19/20

15.

SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM

15/20

16/20

16.

NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK

14/20

17/20

17.

MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM

12/20

15/20

18.

SITI SOLEHAH BT MUHAMAD

13/20

15/20

You might also like