You are on page 1of 11

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

MODEL STESEN DALAM PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS -Pengenalan -Kelebihan -Kelemahan -Kesimpulan

PENGENALAN
Pengurusan dalam bilik darjah sangat penting bagi memastikan murid tertarik dengan suasana di dalam kelas, terutamanya kanak- kanak yang berada di kelas khas. Pengurusan kelas termasuklah beberapa perkara berikut :
Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah. Peraturan -peraturan bilik darjah Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran Pengurusan tingkah laku Penjadualan Penyimpanan rekod Stesen-stesen pembelajaran

Model Pengurusan Kelas Khas (Stesen)


Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3

KVKV

Abjad A - Z

Suku kata KV
Stesen 4

Stesen 7

Stesen 6

Stesen 5

Melalui model kelas khas stesen, murid perlu melepasi setiap stesen dengan mengikut peringkat yang teratur. Bermula dari stesen yang pertama, seterusnya apabila dapat melepasi stesen tersebut, murid dikehendaki ke stesen yang kedua iaitu peringkat yang lebih tinggi, dan akan lebih tinggi pada peringkat seterusnya.

KELEBIHAN MODEL STESEN


Murid dapat mengetahui kemahiran yang telah dikuasai dan perlu dikuasai. Dapat memupuk perasaan ingin berjaya dan bersaing dengan rakan-rakan. Guru dapat meningkatkan kemahiran dalam pengawalan kelas dan menggunakan pelbagai bahan mengajar yang sesuai

Murid dapat melalui pembelajaran secara berperingkat dan berkesan. Guru dapat memperkenalkan kemahirankemahiran asas yang mudah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan peringkat yang lebih tinggi. Kemahiran yang diajar di setiap stesen merupakan kesinambungan kepada setiap kemahiran asas untuk membaca dan mengira

CONTOH MODEL STESEN

Stesen membentuk ayat mudah

Stesen mencantum suku kata dan membentuk perkataan

Stesen mengenal huruf

Stesen mengenal satu suku kata

KELEMAHAN MODEL STESEN


Murid tidak terdedah dengan rakan-rakan yang dapat mencabar kebolehan mereka untuk meningkatkan pencapaian Murid berasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat melangkau ke stesen-stesen yang berikutnya

Murid berkemungkinan di pandang rendah oleh rakan-rakan yang sudah menguasai kemahiran yang lebih tinggi. Keadaan kelas mungkin tidak terurus kerana guru tidak dapat memberi perhatian kepada semua murid di setiap stesen dalam masa yang sama.

KESIMPULAN
Model stesen adalah salah satu model yang bersesuaian dengan corak pembelajaran pendidikan pemulihan khas. Walaupun menggunakan banyak stesen di dalam kelas namun pelajar pemulihan yang sedikit boleh menjayakan model ini dengan berkesan dalam proses P&P. Kejayaan model ini dalam proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru membuat ABM di setiap stesen.

Disediakan oleh : Nurul Atikah Ahmad Nazri Ainatul Mardhiah Zamri Nur Nabilah Muhammad Nasir Ahmad Saifullah Samsuddin Kumpulan : 2 PISMP PBM 1

You might also like