You are on page 1of 27

KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5

SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5 MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN Oleh: Pn.Faridah bt.Doya Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, yang lemah membuat ulasan dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang terdapat dalam petikan sahaja.

Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 4 Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu walaupun saya telah mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya sendiri yang diberi namaTeknik SSDA.Saya berasa amat kecewa kerana target saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh -20/20 atau sekurang-kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan

kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.

Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula,saya dapati punca utama murid kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat menentukan nilai yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu saya telah menghasilkan modul yang saya beri nama modul JELMAANdi mana modul ini mula saya jalankan pada 10 Oktober 2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan murid menjelmakan nilai-nilai tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti di lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa minggu sebelum bercuti ,maka saya dapat mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja namun pencapaiannya amat memberangsangkan

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Bestari di sekolah saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik dan muridmuridnya pandai,aktif ,kreatif,berketrampilan dan berpotensi untuk mendapat gred A dalam kesemua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR..Bagi sekolah saya yang sentiasa ingin mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini merupakan kelas harapan untuk pencapaian cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas 2),terkandung 3 soalan yang harus dijawab oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina Ayat),Bahagian B (Karangan Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid haruslah mendapat markah yang baik dalam setiap bahagian tersebut.

Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-tiga bahagian ini saya ajar dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi saya mengajar anak-anak kampung saya sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih memberatkan

teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid saya menerima apa yang saya sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya ialah murid-murid saya masih tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal mereka merupakan murid elit.Seringkali saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu yang lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak membantu.Antara ayat yang saya terima: -.tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun 6 nanti tahulah dia orang buat ulasan tu.. -.jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi -.Dapat markah 17 pun kira ok la tudan lain-lain lagi.

Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan yang sama terus berlaku.Kertas latihan murid yang semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahui malah saya turut tercabar dengan gelaran jawatan yang saya pegang.Kenapa masalah terus berlaku sedangkan saya telah berusaha memberi penerangan yang sebaik mungkin menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai gambar serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip hidup saya iaitu Masalah hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan Keazaman dan semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan ini.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran makro dijalankan,saya mendapati tidak ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat markah penuh 20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,postmortem yang dibuat adalah seperti berikut:

PERKARA
20/20 19/20 18/20 17/20 16/20

MARKAH
15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20

Bilangan Murid Capai Peratus

1/18

2/18

1/18

4/18

5/18

3/18

1/18

1/18

5.5

11.11

5.5

22.2

27.7

16.6

5.5

5.5

Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid memperoleh markah sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sedangkan markah bahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan keseluruhan dan gred purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya semak setiap tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang besar dalam bahagian yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun dalam bahagian A dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk mereka mencapai gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini.

Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat menepati pernyataan yang diberi.

Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini tidak saya selesaikan memandangkan murid-murid saya mempunyai kualiti diri dalam

pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya yakin jika murid saya diberi latih tubi yang cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka dengan mudah dapat menentukan nilai berdasarkan pernyataan yang diberi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana Raja.

3.2 Objektif Khusus i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang murid 5B mendapat sekurangkurangnya markah 19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu semasa peperiksaan akhir tahun. ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang tersirat dalam pernyataan. iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2 di SK Astana Raja mengajar bahagian C menggunakan modul yang dihasilkan. iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK Astana Raja dari segi gred purata

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Astana Raja yang terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18 orang murid ini merupakan murid elit yang aktif dan berketrampilan manakala yang selebihnya berada dalam kategori pandai.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Semakan Lembaran Kerja

Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat menilai tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan 5.2 Pemerhatian Dalam P&P Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan. 5.3 Peperiksaan Akhir Tahun Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk mengukur pencapaian murid dan keberkesanan modul yang dibuat. 5.4 Soal Selidek Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

6.2.1 Semakan lembaran kerja Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya telah menyemak lembaran kerja murid dengan lebih berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum kajian dijalankan murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian dijalankan.Selepas kajian dijalankan,saya berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid saya.Saya juga mula menarik nafas lega kerana apa yang usahakan mula membuahkan hasil.

6.2.2 Pemerhatian dalam P&P Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p dijalankan khususnya semasa sesi soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan ada murid yang kurang memberi respon dan sering menyatakan nilai yang salah berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas kajian dan menggunakan set latihan dalam Modul JELMAAN yang saya buat.Mereka nampak lebih terjurus

kepada jawapan sebenar atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan bahagian C ini.

6.2.3 Peperiksaan Akhir Tahun Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat bermakna sekali buat saya kerana di sinilah saya boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul yang saya jalankan.Ternyata berlaku peningkatan yang agak drastik pada keputusan peperiksaan mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian adalah seperti berikut:

PERKARA
20/20 19/20 18/20 17/20 16/20

MARKAH
15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20

MARKAH LATIHAN SEMASA PENGAJARAN MAKRO

1/18

2/18

1/18

4/18

5/18

3/18

1/18

1/18

(Penc.Sebelum Guna Modul

5.5 %

11.11 %

5.5 %

22.2 %

27.7 %

16.6 %

5.5 %

5.5 %

MARKAH PEP.AKHIR THN

2/18

8/18

2/18

3/18

1/18

2/18

(Penc.Selepas Guna Modul

11.1 %

55.5 %

11.1 %

16.6 %

5.5 %

11.1 %

Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan petanda baik bahawa modul ini banyak mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah melonjakkan pencapaian dalam bahagian ini. Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan meminta mereka mempraktikkan kepada murid masing-masing selepas itu.Disebabkan masa yang begitu terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali sahaja dalam pengajaran mereka.

6.2.4 Soal Selidik Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid: Skala Likert: 1.sangat tidak setuju 2.tidak setuju 3.kurang setuju 4,setuju 5,sangat setuju

Bil

SKALA Item

(Bilangan Murid) 7 5 5 1 0

1.

Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah

2.

Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik dari Modul JELMAAN

3.

Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan Bahagian C selepas guru melaksanakan Modul JELMAAN

12

4.

Saya berasa amat seronok menjawab set-set latihan dalam Modul JELMAAN

10

5.

Setelah menjalani set-set latihan dalam modul JELMAAN saya mempunyai lebih keyakinan untuk membuat ulasan pada Bahagian C.

12

6.

Modul JELMAAN benar-benar membantu saya.

13

Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut: .Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat melihat pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi

.Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini. .Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.

6.3 Tindakan yang diJalankan 1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari idea untuk

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya sehinggalah saya terfikir untuk membuat modul yang men gandungi set latih tubi menentukan /menjelmakan nilai ini di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C 2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulu saya akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya. 3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa Melayu Tahun5 Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti berikut: Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN TARIKH
10 OKTOBER 2012 12 OKTOBER 2012 15 OKTOBER 2012 17 OKTOBER 2012 19 OKTOBER 2012 22 OKTOBER 2012

MASA
8.40 9.10 pagi 7.40 8.10 pagi 11.30 12.10 pagi 8.40 9.10 pagi 7.40 8.10 pagi 11.30 12.10 pagi

SET LATIHAN MODUL


1 &2 3&4 5&6 7&8 8 &10 11 &12

4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang saya sediakan. 5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan.

6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat pencapaian murid dalam bahagian C.

6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana hari persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir Tahun diadakan.

Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini secara terperinci seperti pada Lampiran 2.

Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam Subjek Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya usahakan telah membuahkan hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah mencadangkan agar Modul ini dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga malah turut memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencontohi usaha saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pada bulan Disember 2012 nanti.

6.5 Refleksi Kajian Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada bahagian C ini amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah inovasi SSDA yang saya jalankan dan Modul JELMAAN ini ternyata banyak membantu murid dalam membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini sentiasa menjadi sebutan murid-murid saya.

Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah menghantar SMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai ibu bapa yang berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga mengetahui tentang modul yang saya gunakan melalui anak-anak mereka.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut: 1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan

mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lainlain lagi. 2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh / tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi. 3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah saya 4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul supaya dapat dibukukan untuk menafaat bersama.

8.0 PENUTUP

Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya

amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

9.0 RUJUKAN

1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI 2.Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan Fajar Bakti,Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. 3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM

4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa InggerisBahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.Abd.Rahman Abd,Majid Professional Publishing Sdn.Bhd.

Khan(2007),Guru

Sebagai

Penyelidik,ms

18,PTS

7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html 8. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977 9. http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan 10. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977 11. http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html

12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc =HP_ss Lampiran 1

CONTOH SET LATIHAN 1- MODUL JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan)

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

PENYATAAN Membawa bekal / menabung Berjalan kaki ke sekolah Bangun awal Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas Menyapu sampah Bersalam / mencium tangan ibu Membaca buku / mengulang kaji Melaksanakan tugas yang diberi Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih Bersarapan bersama keluarga Sembahyang / solat Berdiri tegak semasa lagu Negaraku Sayang akan negara Belajar bersungguh-sungguh Memberi salam Pergi ke perpustakaan Menyediakan jadual harian Menziarahi kawan sakit / di hospital Bertegur sapa sesama jiran

NILAI (Jawapan) berjimat cermat menjaga kesihatan berdisiplin / menepati masa berdisiplin rajin / mementingkan kebersihan menghormati rajin, bertanggungjawab / amanah berhati-hati / berwaspada mementingkan kebersihan / kesihatan kasih sayang / mementingkan kesihatan taat patriotisme / menghormati patriotisme / bertanggungjawab tekun / gigih / rajin menghormati mencintai ilmu / menghargai masa berdisiplin / menghargai masa prihatin / kasih sayang semangat kejiranan / hemah tinggi

21 22 23

Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga Bergotong- royong Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan

kasih sayang kerjasama semangat kemasyarakatan / kasih sayang

Lampiran 2 REKOD PENCAPAIAN PELAJAR MARKAH BAHAGIAN C SEBELUM MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN
19/20 15/20 18/20 16/20 16/20 16/20 17/20 18/20 15/20 15/20 14/20 16/20 15/20 14/20 15/20

Bil

NAMA MURID

MARKAH BAHAGIAN C SELEPAS MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN


20/20 19/20 19/20 19/20 18/20 19/20 19/20 20/20 18/20 19/20 17/20 19/20 17/20 19/20 16/20

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN NUR MASATIKAF BT AMRI MUHAMMAD ANAS B AZAHARI DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN IZZATUL WAFA BT MUSTAFA M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI AIDA NAJWA BT ADNAN SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM

16. 17. 18.

NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM SITI SOLEHAH BT MUHAMAD

14/20 12/20 13/20

17/20 15/20 15/20

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 1 comment:

1. Azmee Abdullah12 December 2012 18:29 Hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan teruskan usaha murni ini.

Kajian Tindakan
ABSTRAK KAJIAN Kajian ini memfokuskan pada beberapa penggunaan sistem tatabahasa yang diamalkan oleh murid-murid tahun 5. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian dalam aktiviti penulisan kemahiran memindahkan maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa, Selangor. Dapatan menunjukkan di peringkat awal murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari seperti penggunaan kata sendi nama, kata nama dan penjodoh bilangan dalam struktur ayat yang mereka tutur dan tulis. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA OLEH:ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR 1.0 PENGENALAN Perkataan Nahu atau Tatabahasa begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini saya akan menulis menggunakan istilah tatabahasa kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu berbanding dengan istilah Nahu seperti yang saya nyatakan di atas. Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik.

Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan

murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis.

Kajian ini dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa Selangor. Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 4 tahun 2010 yang lalu. Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan ini.Penilaian soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 sebagai mengesahkan kajian tindakan ini.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Kelas 5 Pintar merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang merupakan target Panitia Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan Rasa untuk lulus A dalam Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012.

Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan penuntur asli Bahasa Melayu iaitu seramai 33 orang murid berbangsa Melayu dan seorang murid berbangsa Punjabi namun tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan baik, sedangkan mereka telah belajar semasa tahun 1 hingga tahun 4. Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis karangan dan menjawab soalan tatabahasa dan pemahaman. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam penyampaian maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja transitif malah banyak bahagian tatabahasa yang belum boleh dikuasai dengan baik oleh muridmurid tersebut.

SENARAI NAMA MURID TAHUN 5 PINTAR 2011 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 (PKSR II TAHUN2010) BIL NAMA MURID MARKAH BM 1 (Pemahaman ) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
ABDUL RAHMAN BIN GHAZALI ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL AHMAD MUSTAQIEM BIN MUZANI AIMAN HARIZ BIN ZULKIFLI AINA SHAHIRA BT ZULHAIRI AMIRAH FATINAH BT AZMI ARIEF ZIKRI BIN JEFRIDI ARIF IMRAN BIN ANUWAR ARISHA BT SAIFUL ANUAR FARAH SYAZWINA BT ZULKEPALI MARIAH BT OTHMAN MUHAMMAD AIRUL EZHAM BIN MOHD RAZI MUHAMMAD ALIF HAQIMI BIN MAZLI MUHAMMAD AMMAR MUSYRIF BIN MOHD MUHAMMAD ASRAF BIN MUHD FAIRUDDIN MUHAMMAD HAKIMI BIN ALAIAS MUHAMMAD KHAIRUL NAJMAN B.ABD RANI MUHAMMAD SHAHRIN AZWAN BIN AZMI NUR AMIRAH SYAHIRAH BT ZAHARI

GRED

MARKAH BM 2 (Penulisan)

GRED

88 73 78 70 80 93 90 75 73 70 80 80 55 70 88 83 83 75 95

A B B B A A A B B B A A C B A A A B A

67 65 67 73 58 70 75 67 68 78 73 68 77 87 80 75 58 62 78

B B B B C B B B B B B B B A A B C B B

20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34

NUR AMIRAH ZAHIRAHBT ZAHARIN NUR ATIQAH ILYANA BT MOHD ARIFFIN NUR FATIMAH BT MOHD. MUSA NUR INTAN FARIZA BT MOHD YAZID NUR RAHIMAH BT ABDUL RAHIM NURLIAYANA BT NORDIN NURTAISA BT RASHID NURUL HANIS FARHANAH BT ZULAILI NURUL ZUHANNA ALIA BT ABD RAZAK RASHID MUHAMMAD AZIM BIN ABD WALI RAZWANATASHA BT RUZAIDI SIMRANJEET KAUR A/P SARJIT SINGH SOFWAH SOLEHAH BT MOHD HARNAIN WAN NUR ALISYA BT WAN MOHD ZAMZURI WAN NURSHAZMIN BT WARUZI

88 68 83 63 85 88 78 80 88 83 93 83 75 93 85

A B A B A A B A A A A A B A A

62 57 70 63 72 67 63 58 77 78 77 77 62 70 55

B C B B B B B C B B B B B B C

ANALISA KEPUTUSAN GRED BM 1 A B C JUMLAH 21 12 1 34 Pemahaman % Lulus 61.7 % 35.3 % 3.0 % BM 2 2 27 5 34 Penulisan % Lulus 5.9 % 79.4 % 14.7 %

Ulasan: Kertas Bahasa Melayu Pemahaman menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi dalam gred A berbanding dengan peratus kelulusan dalam Kertas Penulisan iaitu 61.7 % bagi Pemahaman dan 5.9 % bagi Penulisan. Bagi gred B pula Kertas Pemahaman mendapat 35.3 % berbanding 79.4 % bagi Kertas Penulisan. Manakala gred C peratus kelulusan Kertas Pemahaman mendapat 3.0 % berbanding 14.7 % bagi Kertas Penulisan. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 ini lebih menguasai Kertas Pemahaman berbanding Kertas Penulisan. Oleh itu, murid-murid tidak dapat mempraktikkan sistem tatabahasa yang mereka gunakan dalam kertas pemahaman kepada bahasa tulisan di dalam kertas penulisan. 3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERHATINAN Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan amat penting dikuasai oleh setiap murid khususnya dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan tingkat tertinggi kemahiran berbahasa. Oleh kerana menulis memerlukan idea yang kreatif maka penguasaan sistem tatabahasa yang mendalam akan menghasilkan hasil kerja tulisan yang bermutu.

Setelah 3 minggu saya melakukan pengajaran dalam kelas 5 Pintar saya dapati murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa bahasa Melayu yang saya berikan. Maka saya mengambil keputusan untuk menggunakan akhbar didik sebagai perantara untuk memberi pendedahan kepada mereka.

Fokus kajian saya dalan kajian ini adalah penggunaan sistem tatabahasa kalangan muridmurid Tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Rasa semasa membina ayat. Kemahiran ini dilakukan semasa menjawab soalan bahagian A dalam kemahiran memindahkan maklumat. Dalam

pemerhatian saya murid-murid tidak dapat menguasai sistem tatabahasa kerana murid-murid terlalu banyak diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan penulisan. Penumpuan kaedah menulis ini menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu saya menggunakan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Akhbar Didik melalui Akhbar Berita Harian setiap hari Isnin adalah medium perantaraan penyelesaian masalah ini.

Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu telah saya laksanakan selama 5 minggu setakat ini. Bermula dengan kata ganti nama,kata hubung, kata adjektif, kata kerja dan simpulan bahasa. Murid-murid diberi pengertian dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tatabahasa dalam ayat-ayat yang mereka tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah:

1.Membantu murid mengetahui dan memahami sistem tatabahasa Bahasa Melayu.

2.Membantu murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam pertuturan dan

penulisan.

5.0 PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persolan-persoalan berikut:

1. Adakah murid-murid mengetahui dan faham sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu ?

2. Adakah sistem tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu murid-murid tahun 5 bertutur dan menulis dengan baik dalam proses pembelajaran mereka ? 6.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Rasa sesi 2011 seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 20 orang murid perempuan.

7.0 PERLAKSANAAN KAJIAN/METODOLOGI KAJIAN 7.1 TINJAUAN KAJIAN/BATASAN KAJIAN Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan sistem tatabahasa iaitu penggunaan kata ganti nama, kata kerja dan kata hubung dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh murid tahun 5 pintar seramai 34 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau menjadi asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid tahun 5 tersebut. 7.2 KAEDAH KAJIAN Dalam kajian ini saya telah melakukan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian untuk mengutip data. 7.2.1 Kaedah Pemerhatian Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan pengajaran di dalam bilik darjah. Saya telah memberi beberapa latihan namun hasil yang saya perolehi agak mengecewakan. Maka saya telah mengadakan pendekatan seperti yang saya nyatakan di atas iaitu penggunaan akhbar didik. 7.2.2 Kaedah Ujian

Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam membina ayat. Maka saya dapati hasil penulisan mereka seperti di lampiran iaitu Latihan 1 7.3 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 7.3.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid membina ayat melalui buku latihan yang mereka

ada.Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan gambar. Pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun 4 pada tahun 2010. Saya dapati banyak banyak kesalahan yang dilakukan.Hanya terdapat 4 orang daripada 34 orang di kelas tahun 5 itu dapat menulis dengan baik selain itu saya membuat kesimpulan mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka. 7.3.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Selepas pemerhatian , saya melakukan satu sesi latihan seperti di lampiran Latihan 1. Saya menguji murid-murid dengan latihan tersebut dan hasil yang diperolehi adalah seperti berikut. Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul yang terdiri daripada subjek dan predikat. Ditulis : Pada waktu rehat ramai murid pergi ke kantin sekolah. Sepatutnya: Ramai murid pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat.

Ada kalangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama atau imbuhan. Ditulis: Sebenarnya : kedalam ke dalam

Ada kalangan murid tidak menulis penjodoh bilangan . Ditulis: Sepatutnya: dua murid lelaki dua orang murid lelaki

Ada kalangan murid menggunakan kata hubung di awal ayat. Ditulis: Untuk membeli makanan hendaklah beratur. Sepatutnya: kata hubung tidak boleh ditulis di awal ayat kerana sifat kata hubung ialah menghubungkan dua atau lebih frasa ayat. Contoh Murid-murid itu beratur untuk membeli makanan. Ada kalangan murid tidak menulis tanda baca yang betul iaitu huruf besar dan tanda noktah. Ditulis : ismail membuang sampah di tong sampah sebelah tiang kantin Sepatutnya: Ismail membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di sebelah tiang kantin . Secara keseluruhan terdapat kesalahan sistem tatabahasa yang dilakukan oleh sebilangan murid tahun 5 ini. Contoh-contoh kesalahan yang saya senarai di atas ialah kesalahan struktur ayat,kata sendi nama,penjodoh bilangan,kata hubung dan tanda bacaan. (huruf kecil, huruf besar dan tanda noktah) Kesalahan ini membuktikan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa belum menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa Bahasa Melayu yang di ajar oleh guru-guru.

7.4 REFLEKSI KAJIAN Setelah melihat dan menguji kemahiran murid-murid menggunakan latihan 1 saya dapati bahawa murid-murid perlu diberikan penekanan yang lebih supaya masalah penggunaan sistem tatabahasa yang betul perlu diketahui oleh mereka secara jitu. Pendekatan yang telah saya lakukan lebih kurang dua minggu perlu dilihat. Bagi menilai perubahan amalan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan murid mereka sekali lagi diuji dengan latihan 2 ( Sila Rujuk Lampiran).Masih lagi konsep yang sama iaitu membina ayat dengan memindahkan maklumat berdasarkan gambar. Berdasarkan kajian tersebut saya dapati bahawa amalan yang mereka lakukan sebelum ini iaitu menulis struktur ayat yang salah, menulis kata sendi nama yang salah, tidak menulis penjodoh bilangan dihadapan kata nama, menulis kata hubung di awal ayat dan menulis tanda baca yang salah tidak mereka ulangi dalam latihan 2 . 8.0 CADANGAN KAJIAN

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

(a) Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana. (b) Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa. (c) Menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-buku bahasa .

(d) Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Semoga minat murid ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan masa kini serta menggunakan pendekatan Sekolah Bestari.

BIBLIOGRAFI

1.-------------- ( 1992) Action Research For Educational Change, Milton Keynes : Open University Press.
2.Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 3.Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical Investigations. PhD thesis, University of Southampton.

4.Clark, P.A ( 1972 ) Action Research: Organisational Change.Harper and Row Ltd.London.
5.Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA: Sage.

6.Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.

You might also like