You are on page 1of 7

Buah Engkabang

No. Nama Saintifik Nama tempatan

1 2 3 4 5 6 7

Shaorea macrophylla Shorea splendida Shorea helmsleyana Shorea siminis Shorea palembanica Shorea stenoptera Shorea pinanga

Engkabang jantong Engkabang bintang Engkabang gading Engkabang terendak Engkabang asu Engkabang rusa Engkabang langai bukit

Apakah istimewanya pokok engkabang? Selain kayunya yang boleh digunakan untuk membuat rumah,buahnya yang matang boleh diproses untuk menghasilkan minyak pelbagai guna. Teksturnya tidak ubah seperti mentega, berwarna kuning dan mengandungi banyak lemak. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menggunakan minyak engkabang yang diproses untuk memasak selain dijadikan minyak urut dan dikatakan berkesan untuk membuang angin. Mengikut kajian, minyak engkabang ini mengandungi khasiat sebagai agen antipenuaan. Di samping itu,minyak engkabang yang sudah diproses dan disimpan di dalam buluh juga amat menyelerakan jika dimakan bersama nasi panas. Rasanya berlemak dan harum seperti mentega. Selain itu, binatang liar juga turut menggemarinya kerana rasanya yang berlemak.

Daripada rujukan, terdapat kira-kira tujuh spesies engkabang iaitu engkabang jantung (Shorea macrophylla), engkabang bintang (Shorea splendida) serta engkabang gading (Shorea helmsleyana), engkabang terendak (Shorea simins), engkabang asu (Shorea palembanica), engkabang rusa (Shorea stenoptera) dan engkabang langai bukit (Shorea pinanga).

Saiz buah engkabang ini adalah sebesar bola ping pong, berwarna coklat serta mempunyai empat sehingga lima sayap atau kelopak mengelilingi buahnya. Buah engkabang yang sudah matang, akan gugur sendiri ke tanah secara berpusing. Sebab itu bagi orang Iban, mereka memanggil helikopter sebagai bilun engkabang. Ini kerana bilah helikopter yang berpusing seakan seperti buah engkabang ketika ia luruh. Dipercayai, pokok engkabang hanya berbuah sekalidalam tempoh tujuh tahun dan sesetengah menyatakan hanyak berbuah 3-5 tahun sekali.

Shorea (Meranti) Nuts - Winged fruits


Photos of Shorea matured nuts. The nuts is also known locally as buah Engkabang or Mengkabang. In Bidayuh, it is called Buah Bekawang.

Above: Look like a nipple fruit. Shorea is a genus of about 196 species of mainly rainforest trees in the family Dipterocarpaceae, from the type genus Dipterocarpus. Dipterocarpus, is derived from Greek (di = two, pteron = wing and karpos = fruit) and refers to the two-winged fruit. The genus is named after Sir John Shore, the Governor-General of the British East India Company, 1793-1798. They are native to southeast Asia, from Northern India to Malaysia, Indonesia and the Philippines.

Above: Four wings fruit Many economically important timber trees belong to Shorea. They are sold under

various trade names including "Meranti", "Lauan" (or "Luan"), "Seraya", "Balau", and "Bangkirai". Other products from Shorea spp. include Dammar and Illepe. Dammar is a resin collected from a variety of species. It varies in colour among the different taxonomic groups. Shorea wiesneri is listed in many website as an important source of dammar.

RENCANA TENTANG BUAH ENGKABANG

SELAH menunjukkan buah engkabang yang dikutipnya di kawasan hutan di Song.

KITA mungkin biasa mendengar dan melihat minyak dihasilkan menggunakan buah kelapa, jagung dan kelapa sawit, namun tidak ramai yang mengetahui masih terdapat sejenis buah yang boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Buah yang dimaksudkan ialah engkabang. Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah mendengar namanya apatah lagi melihatnya di depan mata. Ini kerana pokok engkabang banyak tumbuh di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di sekitar Sungai Rajang. Buah engkabang atau nama saintifiknya shorea macrophylla cukup sinonim di kalangan masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak terutama kaum Iban. Bagi masyarakat Iban, buah itu turut dikenali sebagai bilun atau buah helikopter kerana mempunyai pelepah kecil yang melindungi buahnya seolah-olah bilah kipas helikopter. Menurut penduduk tempatan, mereka sangat terpegun apabila melihat buah engkabang gugur dari pokok kerana buahnya jatuh secara berputar bagaikan helikopter hendak mendarat. Kosmo! difahamkan, engkabang mempunyai keunikan tersendiri kerana berbuah tiga hingga lima tahun sekali dan mengandungi khasiat sebagai agen antipenuaan. Buahnya bukan sahaja dijadikan minyak, malah turut diproses bagi menghasilkan produk kosmetik untuk golongan wanita.

Ada juga sesetengah masyarakat di Sarawak menjadikan buah engkabang sebagai ulam kerana rasanya lebih lemak dan berbau harum sementara kayunya pula amat bernilai kerana boleh digunakan untuk membuat rumah. Bagaimanapun, cara memproses minyak amat rumit kerana kulit buah engkabang perlu dikupas terlebih dahulu sebelum isinya dijemur untuk dikeringkan. Menurut cara tradisional, isi engkabang yang sudah kering kemudian ditumbuk hingga halus dan diperah hingga keluar minyaknya. Kemudian, minyak tersebut akan disimpan di dalam buluh sehingga menjadi seperti mentega sebelum digunakan untuk memasak. Minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang sangat sesuai digunakan untuk membuat nasi goreng kerana harumannya yang membuatkan nasi menjadi sedap. Bagi penduduk yang bergantung hidup dengan memungut hasil hutan, ketibaan musim engkabang amat dinanti-nantikan kerana ia menjadi punca pendapatan. Pada Februari lalu, penduduk di Song, Sarawak bagaikan berpesta menyambut kedatangan musim engkabang sehingga mereka sanggup berjalan di atas kayu-kayu terapung di sungai untuk memungut buah engkabang yang gugur sebelum dijual kepada pemborong. Seorang tukang kebun, Selah Awi, 42, berkata, ramai orang termasuk kanak-kanak masuk ke hutan untuk mencari buah engkabang. "Kami akan pungut buah engkabang yang gugur sebelum dibawa balik ke rumah untuk dikeringkan. "Selepas isi engkabang kering barulah kami menjualnya kepada pemborong kerana isi yang telah dikeringkan lebih mahal harganya," kata Selah kepada Kosmo! baru-baru ini. Menurut lelaki itu, beliau turut menanam pokok engkabang di kebun yang terletak tidak jauh dari rumahnya. "Dulu pokok engkabang banyak tapi sekarang tinggal sedikit saja kerana ia terpaksa ditebang untuk mendapatkan kayu bagi tujuan membuat rumah," ujarnya. Selah memberitahu, dengan bantuan isteri dan anak-anak, mereka bersama-sama membelah buah engkabang bagi mengasingkan isi dan kulitnya untuk dijemur sebelum dijual. Beliau berkata, sekarang susah untuk mendapatkan minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang kerana prosesnya yang rumit. "Kalau dulu, orang kampung akan buat minyak sendiri dengan memasak biji engkabang di dalam buluh, namun sekarang tidak ada lagi, malah di kedai pun sudah tiada," kata beliau.

Bagi pemborong buah engkabang yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 56, setiap kali tibanya musim engkabang, halaman rumahnya mesti dikosongkan untuk dijadikan tempat mengumpul buah yang telah dijual oleh penduduk. "Kadang-kadang sampai tiga tan buah yang telah kering dijual oleh penduduk sehinggakan tidak cukup tempat untuk menyimpannya," katanya yang menjadi pemborong engkabang sejak tahun 1986. Katanya, buah engkabang yang belum kering dibeli pada harga 60 sen sekilogram, manakala isi yang telah kering dibeli pada harga antara RM1 hingga RM2. "Walaupun saya membeli buah yang telah kering, namun ia akan terus dijemur dan dikeringkan lagi untuk mendapatkan kualiti terbaik sebelum dihantar ke Sibu. "Buah ini kemudiannya akan dieksport ke luar negara kerana mendapat permintaan yang tinggi di sana," jelasnya. Di saat kemeriahan penduduk memungut engkabang apabila tiba musimnya, penduduk tempatan bagaimanapun melahirkan rasa kecewa kerana banyak pokok telah ditebang oleh pembalak haram dan untuk tujuan pembangunan

You might also like