You are on page 1of 8

SULIT Bahasa Melayu Kertas 1 OKT.

2011 2 jam

1103/1

Dua jam lima belas minit

UJIAN PENGESANAN AKHIR TAHUN SELARAS NEGERI MELAKA TINGKATAN 4 2011

______________________________________________________________________

BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit ______________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu daripada Bahagian B. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

______________________________________________________________________ Kertas Soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.

[ Lihat halaman sebelah ] SULIT

SULIT Bahagian A [ Masa yang dicadangkan : 45 minit ] 30 Markah

1103/1

Lihat gambar dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah mencegah penculikan kanak-kanak. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENCULIKAN KANAK-KANAK

Ibu bapa sentiasa bersama-sama anak kecil

Anak kecil diajar ilmu mempertahankan diri

Pemasangan kamera litar tertutup

Kerjasama ahli masyarakat

[Lihat halaman sebelah] SULIT 2

SULIT Bahagian B

1103/1

[ Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit ]

[ 100 markah ] Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Remaja kini sering terdedah kepada pelbagai gejala sosial yang membimbangkan semua pihak. Bincangkan langkah-langkah yang dapat anda lakukan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial itu. 2. Ibu bapa anda seorang yang berjasa dalam membela keluarga sehingga keluarga anda menjadi sebuah keluarga bahagia dan berjaya. Huraikan peranan yang telah dilakukan oleh ibu bapa anda. 3. Anda seorang aktivis masyarakat. Anda ingin menulis sebuah rencana tentang punca dan cara mengatasi kemiskinan yang akan anda hantar ke meja pengarang akhbar. Tulis rencana itu selengkapnya. 4. ASEAN merupakan sebuah pertubuhan serantau Asia Tenggara yang mempunyai objektif bagi memajukan politik, ekonomi, pendidikan dan sosial negara-negara anggota. Bincangkan peranan ASEAN dalam membangunkan masyarakat serantau. 5. Sekolah anda menganjurkan Sayembara Menulis Cerpen bersempena Sambutan Hari Guru. Tema cerpen yang ditetapkan oleh jawatankuasa sayembara ialah Pengorbanan Guru. Tulis cerpen anda selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT SULIT

SULIT Bahasa Melayu Kertas 1 Oktober 2011 2 jam 15 minit

1103/1

UJIAN PENGESANAN AKHIR TAHUN SELARAS NEGERI MELAKA TINGKATAN 4 2011

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU Kertas 1

Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah]


Kriteria Penskoran PERINGKAT MARKAH KRITERIA Karangan MENEPATI tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan TEPAT. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yangg digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan MENEPATI tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata LUAS. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan JELAS. Karangan MASIH menepati tema bahan rangsangan. Bahasa MASIH gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca MASIH betul dan TEPAT. Ejaan MASIH mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata umum. Wacananya MASIH lengkap. Unsur bahasa MASIH bervariasi. Idea MASIH relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea MASIH jelas. Karangan KURANG menepati tema bahan rangsangan. Bahasa KURANG gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa KETARA. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat KESALAHAN EJAAN YANG KETARA. Penggunaan kosa kata terhad. Wacananya KURANG lengkap. Unsur bahasa KURANG bervariasi. Idea KURANG relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya KURANG jelas. Calon tidak menunjukkan oenguasaan kemahran menulis. Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea TIDAK menepati tema bahan rangsangan.

26-30 (28-30) CEMERLANG (26-27)

20- 25 (23-25) KEPUJIAN (20-22)

15-19 (17-19) MEMUASKAN (15-16)

KURANG MEMUASKAN

10-14 (12-14) (10-11)

01-09 PENCAPAIAN MINUMUM (06-09) (01-05)

Bahagian B: Karangan [100 markah] Perincian Pemarkahan. Cara pemeriksaan. 1. Pemeriksaan dilakukan secara HOLISTIK berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan. 2. Jika karangan: a. Kurang daripada 350 patah perkataan, periksa seperti biasa. b. Terlalu panjang, periksan seperti biasa hingga ke akhir karangan. 3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. Tiada tajuk tolak 1 markah. Tiada nama penulis tolak 1 markah 4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Kriteria Penskoran PERINGKAT MARKAH KRITERIA Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, diserta dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca betul. 3

80-100 CEMERLANG (90-100) (80-89)

66-79

KEPUJIAN

(73-79)

(66-72)

51-65 BAIK (58-65) (51-57)

36-50 MEMUASKAN (43-50) (36-42)

Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa mesih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat keslahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Penggunaan kosa kata umum. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai. Isi bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidak seimbang dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai. Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai. Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap. Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan pula kurang berkesan. Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. Ayat kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat keslahan yang minimum. Penggunaan kosa kata umum tetapi terhad. Laras bahasa yang digunakan kurang sesuai dengan tugasan. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh-contoh kurang sesuai. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap. 4

KURANG MEMUASKAN

21-35 (28-35) (21-27)

PENCAPAIAN MINIMUM

01- 20 (11-20) (01-10)

Format menepati kehendak tugasan ATAU format bercampur aduk. Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Penggunaan kata terbitan kurang tepat. Ayat tidak gramatis. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkemabnag dan contohcontoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbbang. Tidak menguasai unsur bahasa yang bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan yang lemah. Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkemabng dan contoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai. Gaya bbahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

You might also like