You are on page 1of 13

PEMBINAAN NEGARA

BANGSA
-DASAR PENDIDIKAN NEGARA-
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka
mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang
terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah
Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak
tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan
yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi
menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.
Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan
Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris
sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.
Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke
arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas
merdeka, usaha mewujudkan satu sistem
pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar
pendidikan kini lebih bertujuan membentuk
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar
pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi
membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan
progresif.
LAPORAN ABDUL RAZAK
1957
 Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas
bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas
kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957
yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang
penting terkandung dalam laporan ini ialah :-
•     Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
• Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi
bahasa
 pengantar utama.
• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran
Malaysia.
    
 Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk
melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi.
Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga
tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat.
Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi
tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi
 Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk
mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan
oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini
terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan
April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:

1.         Sekolah rendah


a.         Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai
bahasa pengantar.

b.         Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan


matapelajaran wajib.

c.         Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris


diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang
atau lebih murid ingin belajar.

d.         Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah


Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh
masa 2 tahun.
Sekolah Menengah
2.         Sekolah menengah
a.  Sekolah menengah dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3
tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-
U (2 tahun).
b.  Satu jenis sekolah menengah sahaja yang
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
matapelajaran wajib.
c.   Terbuka kepada semua kaum dan
menggunakan sukatan yang sama.
d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus
peperiksaan memasuki sekolah menengah.
Sistem Peperiksaan
a.   Sekolah menengah rendah
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan
bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran
(SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

b.  Sekolah menengah atas


Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang
sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

c.   Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi
Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki
universiti.
Laporan Razak telah diluluskan pada April
1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh
orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam
pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina
menentang kerana sesetengah cadangan
dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa
Cina.
LAPORAN ABDUL RAHMAN
TALIB 1960
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak
Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula
perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah
bagi mewujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul
Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah
dikemukakan:

1.  Bahasa kebangsaan


a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah
dan institusi pengajian tinggi.
b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa
Melayu.
c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum
masuk ke sekolah menengah
2.   Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari
SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke
sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3.   Kenaikan automatik


a.  Kenaikan darjah secara automatik di semua
sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan
kerajaan.
b.  Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan
secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah
dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
c.  Pelajaran percuma kepada semua sekolah
rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya
4.         Matapelajaran akhlak
a.         Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.
b.         Murid bukan beragama Islam – Pendidikan
Moral.
Akta Pelajaran, 1961

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya


digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui
akta ini:

a. Semua sekolah menggunakan kurikulum


yang sama tanpa mengira aliran sekolah.
b. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari
sekolah rendah ke sekolah menengah sampai
institusi pengajian tinggi.
c.   Umur minimum meninggalkan sekolah – 15
tahun.
 
c) Laporan Kabinet (1979
)
    Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang
berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu
kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam
menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi
Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979.
Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-

 Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.


 Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M
(membaca,menulis dan mengira ) dan pengajaran
pemulihan.
 Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan
vokasional.
 Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
 Pendidikan kerohanian yang kukuh.
 Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.
 
TERIMA KASIH

You might also like