You are on page 1of 12

HBU 132 PENGENALAN KEPADA PERALATAN ASCENDING DAN DESCENDING

NAMA PENSYARAH/JURULATIH ENCIK NOORZAIMI BIN ZAINUL ABIDIN

NAMA PELAJAR AFIQ SYAHMI BIN FARIDUN YUSRI 2012821948 DIPERIKSA OLEH
15 15

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM SEMESTER 3 SESI 2012/2013

PENDAHULUAN
Ascending dan descending merupakan teknik untuk memanjat ataupun menuruni di sesuatu tempat dengan menggunakan tali. Kaedah ascending dan descending ini biasanya digunakan untuk menjalankan proses menyelamat di sesuatu tempat kemalangan. Kaedah ini kelihatan ringkas dan mudah namun ianya menggunakan banyak tenaga.

Bagi kaedah ascending, pelbagai teknik yang dapat digunakan. Antaranya ialah tradisional, teknik footlock i,ii,iii, teknik non-mekanikal, teknik semi-mekanikal dan teknik full-mekanikal. Bagi teknik tradisional penyelamat memanjat dengan menggunakan kekuatan tangan sepenuhnya tanpa menggunakan sebarang peralatan mekanikal. Bagi teknik full mekanikal pula penyelamat menggunakan jammer sama ada full jammer atau juma ataupun half jammer atau juma. Semi mekanikal pula penyelamat menggunakan satu jammer dan menggunakan ikatan clemest atau prussik. Non mekanikal pula, hanya menggunakan tali kernmental yang bersaiz 5mm dengan menggunakan ikatan clemest dan prussic.

Kaedah

descending

pula,

mempunyai

pelbagai

teknik

yang

dapat

dipraktikkan. Antaranya ialah normal rapelling, spider rapelling, australian rapelling, working middleway, dan sebagainya. Normal rapelling digunakan dengan tujuan untuk turun dari tempat tinggi tanpa membawa mangsa. Teknik ini boleh dilakukan hamper boleh dilakukan pada semua tempat atau permukaan atau dinding bersudut 90 darjah. Spider rapelling digunakan untuk memeriksa bangunan oleh penyelamat terakhir. Ianya juga sesuai diigunakan pada bangunan yang mempunyai permukaan yang rata, tempat yang tidak mempunyai dinding juga bileh dilakukan namun tidak sesuai kerana takut dapat mencederakan penyelamat.

Bagi teknik Australian rapelling pula dilakukan untuk menuruni tebing curam yang berhalangan atau tebing curam yang berlurah. Sangat sesuai jika dilakukan pada permukaan yang bersudut 45 darjah. Bagi teknik working middleway pula digunakan untuk melakukan kerja kerja di pertengahan tali seperti di tengah tengah bangunan ataupun yang seangkatan dengannya. Pelbagai kerja boleh dilakukan di pertengahan tali seperti menyelamat mangsa dan sebagainya.

PERALATAN ASCENDING DAN DESCENDING 1. TALI


Terdapat tiga jenis tali yang biasa digunakan antaranya ialah Fibre Asli, Fibre Tiruan, Fibre Dawai. Fibre asli diperbuat dengan menggunakan manila hamp, sejenis pokok tempatan di Manila. Selain itu pokok Sisal yang mempunyai kekuatan seperti pokok manila hamp. Tali ini juga diperbuat daripada sabut kelapa kerana mempunyai ciri yang sesuai seperti ringan dan mudah terapung, biasanya digunakan oleh Fire Boat di laut. Kapas juga

merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat tali ini kerana kapas senang memanjang dan mudah masa. Disapukan dengan minyak khas uang kalis air untuk mengelakkannya cepat rosak.

Fibre tiruan pula jenis yang biasa digunakan untuk menyelamat. Antara jenis jenisnya ialah Nylon dan Polyster. Biasanya fibre tiruan lebih halus, lembut dan kukuh dari fibre asli. Tali yang biasa digunakan untuk aktiviti lasak seperti abseiling dikenalai sebagai kernmentle iaitu jenis static dan dinamik. Fibre dawai biasanya 9 kali lebih tahan dari tali belati dan biasanya digunakan di tangga escape dan cakara putar.

SEBAB SEBAB KEROSAKAN TALI


Terdapat pelbagai sebab yang dapat menyebabkan kerosakan pada tali. Contohnya:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Geseran Penggunaan takal yang tidak sesuai. Kerap dibengkokkan atau terlalu bengkok. Terluka/terguris/tetas. Terlalu lama disimpan sehingga reput. Terkena bahan kimia akibat kecuaian atau sebab lain. Terdedah kepada keadaan cuaca sama ada hujan atau panas. Direndam terlalu lama sehingga bercendawan. Dikenakan beban yang berlebihan. Disalahgunakan dan dikenakan beban secara sentapan atau mengejut

PENJAGAAN TALI
Cara cara penggunaan tali yang betul:1) Sentiasa menguji tali pada masa masa berikut:i. ii. iii. iv. v. Masa baru dibeli. Sebelum digunakan. Selepas digunakan. Ujian bulanan. Selepas tali dibaiki.

2) Hayat tali biasanya 5 tahun selepas digunakan. 3) Tali jenis kernmental selepas 700 kali. 4) Hamparkan tali yang baru sampai pada pencakok berputar. 5) Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa. Hujung tali mestilah diikat supaya tidak terburai. 6) Elakkan mengkat tali secara tetap. 7) Gunakan takal yang sesuai. 8) Gunakan lapik untuk kerja kerja bucu tajam. 9) Simpan tali ditempat yang kering. 10) Elakkan tali daripada terdedah kepada cahaya matahari. 11) Gunakan tali yang sesuai untuk sesuatu beban kerja. Cara cara menguji tali: Cara praktikal. Ikat satu hujung tali dan tarik hujung tali satu lagi dengan 3 anggota penyelamat selama 20 saat. Tali ditarik dengan kekuatan 6 orang penyelamat selama 20 saat. Daya hendaklah dikenakan perlahan perlahan.

Cara hidraulik. Dengan menggunakan mesin. Ujian Musnah, Ujian Tidak Musnah dan Ujian Penyelamat.

Cara visual. Melihat keadaan tali. Memeriksa dengan sentuhan.

JENIS IKATAN DAN SIMPULAN DALAM KERJA KERJA MENYELAMAT


1. Anchoring/Sauh 1 lengkaran 2 setengah belit. Simpul manok. Simpul angka lapan bertanjul. Tindih kasih.

CARA PENJAGAAN
Minyakkan di bahagian tertentu seperti pintu dan skru pengunci untuk mengelakkan daripada berkarat dan rosak. Disimpan di tempat bergantung untuk elak habuk, karat dan berubah bentuk fizikal. Pastikan tidak jatuh terhempas atau dipijak kerana boleh menyebabkan ikatan molekul didalamnya rosak. Tidak bergesel dengan permukaan tajam. Karabina yang haus terguris atau retak jangan digunakan lagi dan haruslah dilupuskan Karabina yang telah tamat tempoh atau lebih usia hendaklah diasingkan dan dilupuskan. Tentukan spring dan kunci pintu karabina boleh berkerja dengan baik.

2. FIGURE OF EIGHT. Digunakan semasa melakukan aktiviti descending. Diperbuat daripada aloi yang sensitive kepada hentakan. Boleh menanmpung beban seberat 2500kg sehingga 3000kg. Bergantung kepada saiz dan pengeluar.

CARA PENJAGAAN
Disimpan di tempat yang bergantung untuk mengelakkan habuk dan berubah bentuk fizikal. Pastikan tidak terjatuh terhempas atau dipijak kerana dapat merosakkan ikatan molekul di dalamnya. Tidak tergesel dengan permukaan kasar atau bucu tajam. Figure of eight yang haus, terguris atau retak janganlah digunakan lagi dan harus dilupuskan. Figure of eight yang telah tamat tempoh atau melebihi usia hendaklah diasingkan dan dilupuskan.

3. JAMMER @ JUMA
Digunakan dalam aktiviti ascending. Merupakan alat yang digunakan dalam teknik full mekanikal dan semi mekanikal.

4. GRIGRI (GIBBS)
Digunakan sewaktu aktiviti descending. Mengawal descending.

5. MENYAMBUNG TALI
Ikatan buku sila. Simpul pengail tunggal. Simpul pengail berganda. Bunga geti tunggal. Bunga geti berganda.

6. MEMENDEKKAN TALI Shipshank. Artielarry knot.

7. IKATAN SAUH MUDAH LUCUT Highyamans hitch.

8. IKATAN KERUSI/SEAT Diapram seat. Ranger seat. Australian seat. Swiss seat.

9. BRAKER KNOT Italian hitch.

10. IKATAN MENYELAMAT Bowline. Bowline on the bight. Triple bowline Portuguese bowline. France bowline Paracute knot. Chair knot.

11.

LAIN LAIN IKATAN PENTING. - Simpulan mati - Simpul angka lapan - Ikatan balak - Prussic knot - Klements knot - Safety body line - Whipping - Ikatan seraya - Ikatan serong

12.

KARABINA ( SNAP LINK ) - Diperbuat daripada aloi yang tahan lasak dan ringan. - Kegunaannya adalah sebagai alat perantara atau penyambung daripada
satu alat ke alat yang lain.

- Mestilah diuji dan diluluskan oleh UIAA. - Mempunyai surat beranak atau tarikh dibuat dan kekuatannya. 13. IKATAN SERAYA - Digunakan apabila mengikat dua tiang atau kayu yang bersebelahan atau
diantara satu sama lain.

- Dimulakan dengan ikatan manuk dan diakhiri dengan ikatan manuk juga.

14.

IKATAN BELIT - Digunakan untuk mengikat dua batang kayu dalam keadaan selari supaya
menjadi lebih panjang.

- Dimulakan dan diakhiri dengan simpul manuk.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pegawai penyelamat haruslah mempraktikkan dan

mempelajari ilmu ilmu dan jenis ikatan yang betul dalam menjalankan aktiviti penyelamatan bagi mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini berlaku. Selain itu, para pelajar haruslah memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin untuk dimanfaatkan pada masa masa tertentu.

RUJUKAN
1) Buku nota kokurikulum pertahanan awam 3 Universiti Teknologi Mara.

You might also like