You are on page 1of 9

PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI Habshah Bt Khatib Sekolah Menengah Sains Kuching, Jalan Batu

Kawa Off Jalan Matang, 93050, Kuching,Sarawak. E-mel: habrinasrah@yahoo.com.sg Abstrak: Pembelajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi boleh dipraktik untuk melibatkan murid dalam aktiviti serta merangsang minat mereka terhadap mata pelajaran biologi. Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan secara individu, berkumpulan serta dalam bentuk permainan yang menjurus ke arah kefahaman dalam konsep biologi. Kaedah pembelajaran aktif secara individu yang boleh dipraktik dalam pengajaran dan pembelajaran biologi adalah kaedah kertas seminit atau penulisan refleksi , kuiz dari pembacaan, berhenti seketika dan bertanya soalan. Kaedah pembelajaran aktif secara berkumpulan yang boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah kumpulan pakar ( Jigsaw), think pair share, pameran dalam bilik kelas, munshi muda, round robin, round table, penilaian atau kuiz dalam kumpulan, perkongsian nota, loop of furry dan numbered head together . Kaedah pembelajaran aktif bercorak permainan adalah pensemukaan dan semakan pasangan . Pelaksanaan pembelajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh melibatkan murid secara aktif dan mengukuh kefahaman mereka terhadap konsep biologi dan murid boleh ingat dalam jangkamasa yang panjang. Penerapan nilai bekerjasama serta sikap bertanggung jawab terhadap aktiviti yang diamanahkan boleh disemaikan dalam kalangan murid-murid.

BIODATA PENULIS Habshah Bt Khatib ialah Guru Cemerlang Biologi DG54 di Sekolah Menengah Sains Kuching yang berpengalaman mengajar Biologi selama 23 tahun di tiga buah sekolah iaitu 13 tahun di Kolej Datu Patinggi Abang Hj Abdillah Kuching, Sarawak, 2 tahun di Sekolah Menengah La Salle, Petaling Jaya dan 8 tahun di Sekolah Menengah Sains Kuching sehingga sekarang. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian dalam Bidang Botani di Universiti Malaya pada tahun 1986 dan seterusnya mendapat Diploma Pendidikan dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1988. Pada tahun 2003 melanjutkan pelajaran secara pendidikan jarak jauh dalam bidang Sarjana

Psikologi Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia dan memperolehi Sarjana Psikologi Pendidikan dengan kepujian pada tahun 2006. PENGENALAN Pembelajaran aktif merupakan pembelajaran yang sudah dipraktikkan sejak zaman Socrates lagi. Seorang ahli falsafah Amerika bernama John Dewey sangat mementingkan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sering dipraktikkan dalam era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi merealisasikan sistem pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah di mana murid melakukan sesuatu termasuk memproses, mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Kaedah ini berasaskan kepada dua anggapan pembelajaran iaitu pembelajaran secara tabiinya adalah satu kegiatan yang aktif dan setiap manusia mempunyai cara belajar yang berbeza. Elemen pembelajaran aktif termasuk bercakap,mendengar, menulis, membaca dan membuat refleksi. Bonwell dan Eison menyatakan antara ciri pembelajaran aktif adalah : Students are involved in more than listening, less emphasis is placed on transmitting information and more on developing students skills, students are involved in higher order thinking ( analysis, synthesis, evaluation ),students are engaged in activities (e.g. reading discussing, writing ) and greater emphasis is placed on students exploration of their own attitudes and values. KAEDAH PEMBELAJARAN AKTIF DALAM BILIK KELAS Beberapa kaedah boleh diapplikasikan dalam pembelajaran aktif di bilik kelas. Antaranya adalah seperti berikut; a. Aktiviti secara individu. i. Kertas seminit ( Minute papers) Kaedah ini boleh digunakan untuk melihat perkembangan murid dari segi kefahaman atau reaksi terhadap bahan yang baru disampaikan. Murid diminta untuk menulis

refleksi tentang aktiviti pembelajaran untuk mata pelajaran pada hari tersebut. Antara soalan yang boleh ditanya untuk penulisan refleksi ialah: -Apakah perkara penting yang telah dipelajari hari ini ? -Apakah perkara yang telah difahami daripada tajuk yang dipelajari hari ini ? -Apakah perkara yang tidak difahami daripada tajuk yang dipelajari hari ini ? -Cadangan untuk memahami perkara yang tidak difahami. ii. Kuiz dari Pembacaan ( Reading Quiz): Kaedah ini boleh digunakan untuk melihat pemahaman murid terhadap bahan yang dibaca. Kaedah ini boleh menggalakkan murid membaca bahan yang telah ditugaskan. Kaedah penyoalan boleh dilakukan secara lisan atau secara bertulis mengikut kreativiti masing-masing. iii. Berhenti seketika ( Clarification Pauses): Ini adalah kaedah mudah yang memupuk pendengaran aktif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama selepas memberi definisi konsep penting dan difahami oleh murid. Guru berhenti seketika .Tanya jika sesiapa memerlukan penerangan lanjut. Guru boleh bergerak dalam bilik kelas ketika waktu berhenti seketika. Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya soalan. Sebahagian murid mungkin malu untuk bertanya di hadapan semua rakan tetapi akan melakukan apabila guru bergerak hampir kepada mereka. iv.Bertanya soalan (Question and Answer) Kaedah penyoalan biasanya digunakan untuk mengenalpasti tahap kefahaman murid terhadap perkara yang baru disampaikan .Terdapat beberapa kaedah yang boleh meningkatkan penglibatan dan sekaligus pemahaman murid . Bertanya soalan kepada seluruh murid dan meminta seorang murid menjawab.Untuk meningkatkan penglibatan murid dan boleh diubah suai dengan meminta murid lain untuk menyimpulkan apa yang telah dikatakan oleh murid pertama. Ramai murid kurang atau tidak mendengar apa yang diucapkan oleh rakan mereka dan menunggu guru membetulkan atau mengulang jawapan tersebut. Dengan meminta murid menyimpulkan atau mengulang apa yang rakan mereka katakan akan memupuk sikap penglibatan secara aktif di kalangan semua murid dan menggalakkan murid menjadi pendengar yang baik sesama mereka.

b. Pembelajaran secara kumpulan

i. Kumpulan pakar : ( JIGSAW ) Murid dibahagi kepada 5 kumpulan mengikut bilangan murid dalam bilik kelas. Bilangan murid untuk setiap kumpulan adalah lebih kurang 4 atau 5 orang. Setiap murid diminta untuk menomborkan diri mereka. Setiap murid yang bernombor satu akan berada di kumpulan 1, murid bernombor dua akan berada di kumpulan no. 2 dan begitulah seterusnya untuk murid yang bernombor 5 akan berada di kumpulan nombor 5. Setiap kumpulan diminta untuk membincang satu tajuk yang berbeza. Mereka di beri masa 30 minit untuk berbincang. Selepas perbincangan mereka diminta untuk membentang hasil perbincangan untuk dimurnikan. Selepas sesi pemurnian, murid-murid akan balik ke kumpulan asal di mana mereka akan bertanggung jawab untuk menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan dan seterusnya menjadi pakar rujuk kepada tajuk-tajuk tertentu yang telah dibincangkan. Struktur JIGSAW adalah kompleks kerana ia memerlukan komitmen dari murid dan pendidik.Pelaksanaan teknik JIGSAW memerlukan perancangan rapi (Felder,2004) dan perlu mempunyai ciri-ciri seperti kepelbagaian kumpulan, kesaling bergantungan positif, kebertanggungjawapan individu, kemahiran interpersonal, peluang kejayaan sama rata dan saingan kumpulan. ii. Think Pair Share Menurut Kagan (1994), kaedah think pair share telah diperkenalkan oleh Prof Frank dan rakanrakan dari University of Maryland Howard County Southern Teacher Education Centre. Menurut beliau , pendekatan ini berasaskan kemahiran berfikir yang tinggi dan sangat berkesan dalam pembelajaran. Lyman (1981,1989) menyatakan bahawa: Think Pair Share is a multimode cooperative learning strategies that incorporates wait time, pair learning and signaling. Its also a vechicle for numerous other structural or scripted ,response possibilities in the share mode such as vote, show and choral speaking as well as for cognitive and social variations within the think and pair modes. Dalam melaksanakan aktiviti think pair share terdapat tiga langkah iaitu langkah pertama think iaitu berfikir secara individu.Setiap pelajar berfikir secara sendiri dan mencatatkan isi daripada bahan bacaan atau rangsangan mengikut masa yang diperuntukkan. Langkah kedua ialah pair iaitu berpasangan. Kumpulan membincang idea secara berpasangan.Langkah ketiga ialah share iaitu berkongsi di mana pasangan berkongsi idea dengan kumpulan atau seluruh kelas. Guru akan memurnikan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid supaya semua murid akan mendapat maklumat yang betul. iii. Pameran Dalam Makmal

Murid dibahagi kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tajuk yang berbeza untuk dibincangkan. Mereka diminta untuk menghasilkan hasil perbincangan mereka mengikut kreativiti masing-masing samaada dalam bentuk peta konsep, peta minda, jadual atau dalam bentuk gambar rajah skema. Hasil perbincangan akan dipamerkan dalam makmal . Wakil daripada setiap kumpulan akan berada di stesen masing masing untuk memberi penerangan kepada murid-murid daripada kumpulan lain. Murid-murid bebas bergerak dalam makmal untuk melawat stesenstesen yang membincang tajuk yang berbeza. Aktiviti ini memberi keyakinan kepada murid untuk memberi penerangan kepada rakan-rakan serta merangsangkan mereka untuk mengemuka soalan kepada rakan-rakan. Di akhir sesi pembentangan, guru akan menggadakan sesi pemurnian dengan memberi ulasan tentang hasil pembentangan bagi setiap stesen supaya semua murid mendapat manafaat dari sesi tersebut.Refleksi daripada murid setelah menjalani aktiviti ini adalah, mereka begitu seronok sekali dimana aktiviti yang dijalankan adalah informatif , memberi keyakinan kepada mereka untuk memberi penerangan kepada rakan-rakan serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar lain untuk mengemukakan soalan dengan penuh yakin . iv. Munshi Muda Murid dibahagi kepada kumpulan mengikut tahap pencapaian. Setiap kumpulan terdiri daripada murid yang gemilang, cemerlang dan kumpulan harapan. Murid daripada kumpulan gemilang akan dilantik menjadi fasilitator kepada pelajar dari kumpulan cemerlang dan harapan. Murid yang telah dikenalpasti sebagai fasilitator akan dibimbing secara intensif oleh guru. Mereka akan dibekalkan dengan kad yang mengandungi konsep-konsep penting tentang tajuk tertentu. Setelah fasilitator diperlengkapkan dengan pengetahuan maka mereka akan membimbing ahli kumpulan masing-masing pada bila- bila masa samaada di dalam atau di luar bilik kelas. Kedua-dua kumpulan akan mendapat faedah daripada aktiviti. Kumpulan mentor akan lebih memahami dan ingatan jangka panjang tentang sesuatu perkara yang dibincang apabila mengajar rakan sebaya. Begitu juga sebaliknya dengan kumpulan yang sederhana di mana mereka akan mendapat faedah daripada bimbingan rakan sebaya. v. Round Robin Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan di mana seorang ahli kumpulan dilantik sebagai pencatat. Guru memberi soalan dan murid diberi masa untuk berfikir tentang jawapan. Selepas masa berfikir tamat, ahli kumpulan berkongsi jawapan dalam kumpulan dengan menggunakan kaedah round

robin. Pencatat mencatatkan jawapan setiap ahli. Murid yang duduk di sebelah pencatat akan memberi jawapannya dan pencatat menulis jawapan setiap orang mengikut putaran jam. Mereka akan berhenti berbincang apabila disuruh berbuat demikian

vi.

Round Table Murid-murid dibahagi kepada 4 atau 5 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan soalan .

Ketua kumpulan akan menjawab soalan terlebih dahulu. Dalam pasukan, murid menulis respon kepada soalan dalam kertas masing-masing.Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah atau membetulkan apa yang ditulis sehingga kembali semula kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan akan buat rumusan. Pemurniaan jawapan akan dbincang bersama dengan guru.

vii.

Penilaian.( Kuiz dalam Kumpulan) Murid-murid dalam kumpulan diminta untuk menomborkan diri mereka iaitu nombor 1 hingga 5

mengikut jumlah murid dalam kumpulan.Soalan-soalan akan dipaparkan samada menggunakan transparensi atau menggunakan LCD. Semua murid nombor 1 dalam setiap kumpulan akan menjawab soalan nombor 1 , murid nombor 2 akan menjawab soalan nombor 2, murid nombor 3 akan menjawab soalan nombor 3, murid nombor 4 akan menjawab soalan nombor 4, murid nombor 5 akan menjawab soalan nombor 5 dan murid nombor 1 akan menjawab soalan nombor 6 dan begitulah seterusnya sehingga soalan yang ke 20. Setelah selesai sehingga nombor 20, murid-murid diberi masa 5 minit untuk memurnikan jawapan- jawapan mereka dalam kumpulan. Kemudian guru akan memaparkan jawapan .Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diberi ganjaran. viii. Perkongsian Nota. Setiap kumpulan diberi tajuk untuk dibincang dalam kumpulan. Mereka boleh menghasilkan hasil perbincangan dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk peta konsep, peta minda, jadual atau dalam bentuk nota linear.Guru akan memilih wakil pembentang bagi setiap kumpulan. Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan untuk sesi pemurniaan. Kemudian murid-murid daripada setiap kumpulan diminta untuk berkongsi maklumat untuk dijadikan sebagai nota.

ix.

Loop of Furry Aktiviti ini melibatkan semua murid dalam kelas dan sesuai digunakan untuk sesi ulangkaji.

Contohnya sebuah kelas mempunyai murid seramai 25 orang. Sebanyak 25 keping kad disediakan. Kad nombor 1 mempunyai soalan sahaja dan kad nombor 25 mempunyai jawapan sahaja. Kad nombor 2 sehingga kad bernombor 24 mempunyai soalan dan jawapan. Murid nombor 1 akan membaca soalan. Murid yang mempunyai jawapan untuk soalan tersebut akan menjawab soalan dengan segera dan seterusnya membaca soalan yang tertera pada kad yang dimilikinya. Kaedah ini berlaku secara berterusan sehingga pelajar bernombor 25. x. Numbered Heads Together Kumpulan murid dibentuk dan setiap ahli kumpulan diberi nombor. Guru beri soalan atau permasalahan untuk diselesaikan dan kumpulan berbincang dan pastikan setiap ahli boleh menjawab soalan yang bakal ditanya oleh guru. Guru memanggil satu nombor dan setiap kumpulan yang ahlinya bernombor yang dipanggil akan bangun dan menjawab tanpa dibantu oleh ahli kumpulan c. Permainan dalam aktiviti pembelajaran Permainan dalam aktiviti pembelajaran boleh merangsangkan minat murid untuk belajar. Permainan dalam aktiviti pembelajaran juga boleh mengurangkan ketegangan murid dalam proses pembelajaran seharian. Mereka boleh memberi tumpuan dalam jangka masa yang lebih lama. Berkut adalah beberapa strategi pembelajaran berdasarkan permainan:i. Pensemukaan (Liz Warner) Murid dibekalkan dengan kad yang mengandungi soalan. Kad tersebut diletakkan di tengah meja secara terbalik. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil kad tersebut. Beliau akan membaca soalan tersebut untuk dikemukakan kepada rakan rakan sekumpulannya. Murid murid lain dalam kumpulan akan menjawab soalan tersebut secara individu. Kalau ada di antara murid yang tak boleh menjawab soalan tersebut mereka diminta untuk menulis tanda tanya pada kertas jawapan. Semua pelajar tunjuk ibu jari apabila sudah

sedia. Ketua kumpulan akan menyatakan SHOWDOWN dan ahli kumpulan akan meletakkan jawapan di tengah meja. Ketua kumpulan akan membimbing ahli kumpulan untuk menjawab soalan tersebut. ii. Semakan Pasangan (Spencer Kagan) Setiap kumpulan diminta untuk menjalankan aktiviti secara pasangan iaitu pasangan A dan B.Setiap pasangan akan dibekalkan dengan 2 soalan untuk dibincangkan. Pasangan A akan dibekalkan dengan 1 soalan dan jawapan daripada kumpulan B dan begitu sebaliknnya. Mereka diberi masa 15 minit untuk mendapatkan jawapan. 15 minit yang kedua , kumpulan A akan membimbing kumpulan B untuk menyemak jawapan dan 15 minit yang seterusnya kumpulan B akan membimbing kumpulan A untuk menyemak jawapan.15 minit yang terakhir, guru akan memurnikan jawapan murid.

Rumusan Kreativiti seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan faktor penting dalam menentukan pengajaran dan pembelajaran yang efektif . Pengajaran dan pembelajaran yang efektif boleh merangsangkan minat pelajar dalam proses pembelajaran seharian dan secara tidak langsung boleh meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan .

BIBLIOGRAFI Aronson,E and Patnoe,S. (1978). The Jigsaw classroom, Beverly Hills,CA: sage Bonwell, C.C and eison, J.A.(1991). Active Learning: creating Excitement in the classroom Higher education report No. 1. Washington D.C: school of education and Human Development, George Washington University. Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Dale, E. (1969). Audio-visual methods in teaching. New York: Holt, Rinehart and Winston. Johnson, David W (1983) Learning Together and Alone: Cooperative and individualistic Learning . 2 nd edition. New Jersey. Prentice Hall Inc.

Meriam Ismail (2002) Cooperative Learning In Schools and Learning Organization Practices Merliq Enterprise Kuala Lumpur. Meyers, C. & Jones, T. (1993) Promoting active learning: Strategies for the college classroom . San Francisco, CA: Jossey-Bass.

You might also like