You are on page 1of 31

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

ISI KANDUNGAN

MUKA TAJUK SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

AYAT AL-QURAN DAN PEMIKIRAN SAINTIS

TOKOH SAINTIS DAN ISLAM SEJARAH KEMUNCULAN HADIS MAUDHU KESAN HADIS MAUDHU TERHADAP MASYARAKAT PENYELESAIAN TERHADAP FENOMENA HADIS MAUDHU RUJUKAN

10

21

26

28

30

LAMPIRAN

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :. Nama penulis : Muhamad Zulhilmi Bin Rosli Tarikh : 23 September 2013

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, tugasan saya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensayarah saya, Ustaz Zulkarnain Bin Mohamad yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang berguna sepanjang interaksi PQE3102 bersama beliau. Segala input berguna yang diperoleh sepanjang interaksi cuba untuk saya terjemahkan kedalam tugasan saya yang serba ringkas ini.Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Akhir kata,diharapkan tugasan serba ringkas ini dapat memberi suatu impak yang yang maksima kepada saya juga kepada individu yang ingin menggunakan metid yang sama dalam menjadikan sesi pengajaran & pembelajaran di sekolah lebih menarik.

Sekian,Terima kasih.

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

1. AYAT- AYAT AL QURAN YANG MEMBUKA RUANG PEMIKIRAN SAINTIS BUKAN ISLAM

Penemuan teori-teori sains yang selari dengan isi yang terkandung dalam Al-Quran bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi mereka yang beriman dan mengkaji mukjizat yang dikurniakan kepada rasul terkahir ,Muhammad s.a.w. Namun, bagi orang kebanyakan khususnya mereka yang bukan beragama islam jauh sekali beriman dengan Al-Quran, penemuan seperti ini sudah pasti menimbulkan rasa takjub dan kagum dalam diri mereka. Terdapat kira-kira 750 ayat dalam Al-Quran dalam Al-quran yang membicarakan tentang alam serta proses kejadiannya, sistem suria, geologi, bumi dan sebagainya. Titik

pertemuan antara sains dan Al-Quran kebanyakannya ditemui pada abad ke 19 dan 20 setelah pengkaji,saintis,dan ahli akademik dari serata dunia khususnya barat dan timur melakukan kajian. Perkara ini bukan sahaja membuka mata pemikiran serta mengubah persepsi jumud mereka terhadap kebenaran islam yang dibawa oleh Muhammad 1400 tahun yang lalu malah turut menyebabkan segelintir daripada mereka terbuka hati untuk memeluk islam. Agak sukar untuk menyatakant tokoh saintis dan ahli akademik yang memeluk islam walaupun kebanyakan daripada mereka dapat membuktikan bahawa teori-teori yang mereka temui disokong oleh Al-Quran. Hanya sebahagian daripada mereka yang terkesan dengannya lalu memeluk islam. Tiada yang perlu dihairankan kerana Allah Telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 18 : Maksudnya : Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Meskipun ramai antara mereka menyatakan ketakjuban dan mengakui kebenaran AlQuran,namun segelintir daripada mereka masih tidak mahu menjadikan islam sebagai cara hidup. Hal ini juga tidak perlu dipertikaikan kerana hidayah hanya milik Allah.Firman Allah taala dalam surah Al-Qashash yang bermaksud : Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allahlah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang2 yang mahu menerima petunjuk. Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus. (Surah Al-Baqarah: 213) Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemberi petunjuk. (Surah Az-Zumar:23). Jika menelusuri kembali sejarah,kita akan dapati ramai umat terdahulu yang melihat sendiri dengan mata mereka akan mukjizat hissi yang dikurniakan kepada rasul-rasul yang diutuskan namun enggan beriman dengan Allah serta rasulNya . Sedang Al-Quran adalah mukjizat maknawi yang mana kemukjizatannya hanya akan terserlah setelah ditadabbur dan dikaji dengan teliti. Inilah yang ditemui oleh beberapa orang saintis dan ahli akademik terkemuka. Penulis akan menyatakan beberapa ayat yang mana telah membuka ruang pemikiran dan akhirnya mempengaruhi mereka untuk memeluk islam.

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

1.1 TEORI BIG-BANG

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Ayat diatas menjelaskan tentang dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui buktibukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner.seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:

" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampu mengetahui tentang hal ini."1

Quran Saintifik, Meneroka kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Dr. Gary Miller atau nama islamnya Abdul Ahad Omar, seorang pakar matematik dan ahli teologi kristian dari Kanada antara yang mengakui kebenaran ayat ini dan menjadi faktor beliau memeluk islam. Ianya bermula sebaik beliau menerima hadiah senaskah al-Quran pada 1978. Beliau pada awalnya mengkaji dan ingin membaca alQuran untuk bertujuan menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.Sebolehnya beliau mahu mencari kesalahan dalam al-Quran supaya mudah untuk menggoyahkan akidah umat Islam.Namun, kehendak tuhan mengatasi segala-galanya, beliau menemui satu persatu penemuan saintifik dan ayat ke-30 daripada surah Al- Anbiya yang menjadi asab hidayah kepada beliau.Penjelasan tentang Dr.Gary Miller akan dikupas dengan lebih lanjut pada sub tajuk yang seterusnya.

Berbalik kepada penjelasan ayat 30 surah Al-Anbiya, menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Seperti yang telah dinyatakan diatas,teori ini disahkan secara rasmi pada tahun 1929.

Penemuan oleh sarjana barat ini juga bukanlah sebagai penemuan baru kerana sebelum Albert Einstien, Alexander Friedman,dan Edwin hubble, teori ini telah pun diutarakan oleh sarjana islam Syaikh Tantawi Jauhari .Menurut kitab Al-Jawahir yang ditulis oleh beliau sekitar tahun 1920-1930 menyebut :

"Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang-bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah swt pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya diketahui pada hari ini" .

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Jesteru penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini. Manfaat penemuan ini adalah untuk seluruh umat manusia .Juga sebagai bukti bahawa Al-quran bukanlah karangan Muhammad melainkan ianya kalam tuhan.

1.2 KISAH FIRAUN DALAM AL-QURAN

Pada pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan dan dana untuk mengkaji mumia Firaun, Ramsess II. Ramsess II antara firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.Mesir menyambut baik tawaran tersebut dan mumia Ramsess II diterbangkan ke Paris.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis dan diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis dibawah pimpinan Profesor. Dr. Maurice Bucaille,seorang pakar bedah Perancis tersohor ketika itu. Hasil kajian Dr. Bucaille mendapati bahawa Ramsess II mati akibat tenggelam pada dasar lautan. Ini kerana beliau menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille kerana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik jika dibandingkan dengan jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut.

Persoalan tentang kondisi firaun Ramsess II tersebut menyebabkan beliau telah meluaskan lagi kajian dengan berjumpa para ilmuan islam untuk mengetahui kisah lebih lanjut tentang kisah nabi musa dan firaun. Ini kerana, apa yang terkandung dalam kitab perjanjian lama tidak menjawab persoalan beliau meskipun ada diceritakan tentang kisah firaun mengejar nabi musa yang akhirnya mati tenggelam.

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Hasilnya, beliau menemukan ayat ini yang mana dibacakan oleh salah seorang ilmuan islam yang beliau temui. Firman Allah yang bermaksud: Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu(hai firau) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. [QS.Yunus:92]

Ayat ini nyata membuka hati Dr. Bucaille. Beliau mengakui kebenaran ayat tersebut kerana ia sememangnya dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Hanya dengan sepotong ayat, ia mampu menjawab persoalan Dr Bucaille tentang mengapa tubuh firaun yang dikaji beliau dalam kondisi yang sangat sempurna.Beliau kemudiannya memeluk islam dihadapan ilmuan islam tersebut.

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

2.0 TOKOH SAINTIS YANG MEMELUK ISLAM 2.1 PENGENALAN Seorang ahli sains atau saintis, secara umumnya, merujuk kepada sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti-aktiviti bersistem untuk mengaut ilmu atau mana-mana individu yang melakukan apa-apa jenis aktiviti yang berkaitan dengan asas pemikiran atau falsafah. Dalam suatu sudut pandangan yang lebih terhad, para saintis merupakan individu-individu yang menggunakan kaedah saintifik. Individu tersebut mungkin sekali pakar dalam satu bidang sains ataupun lebih. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi Selain itu, matematik juga turut memainkan peranan yang amat penting dalam sains. Fungsi terpenting yang dijalankan oleh matematik adalah dalam pembinaan model saintifik. Untuk mengumpul dan mengkaji data, serta meramal dan menjangka keputusan, semuanya memerlukan pembinaan model saintifik. Dan apabila data telah dikumpul, statistik pula diperlukan untuk menganalisanya.

10

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

2.2. Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar)

One thing which surprises non-Muslims who are examining the book very closely is that the Qur'an does not appear to them to be what they expected. What they assume is that they have an old book which came fourteen centuries ago from the Arabian desert; and they expect that the book should look something like that - an old book from the desert. And then they find out that it does not resemble what they expected at all.2 Terjemahan: Seperkara yang mengejutkan golongan bukan Islam selepas mengkaji al-Quran adalah tidak seperti yang mereka jangkakan.Pada awalnya sebahagian mereka menjangkakan isi al-Quran pasti tua lagi kuno seperti umurnya yang hanya membicarakan mengenai padang pasir. Bagaimanapun mereka mula sedar bahawa al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains.'

Dipetik daripada buku The Amazing Quran oleh Dr. Gary Miller.

Gary Miller atau nama islam beliau Abdul Ahad Omar merupakan seorang pakar matematik juga ahli teologi (ketuhanan) kristian yang berasal dari Kanada.Beliau lahir daripada keluarga kristian.Ketika zaman mudanya, beliau bergiat aktif sebagai pendakwah kristian. Namun, tugasnya sebagai pendakwah kristian tidak lama apabila beliau mula meragui kitab bible yang selama ini menjadi pegangan beliau.

The Amazing Qur'an by Gary Miller, Saheeh International Published 1992 by Abul-Qasim Publishing House, edition language-English

11

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Segalanya bermula pada tahun 1978 dimana beliau dihadiahkan senaskah AlQuran oleh seseorang. Sesuai dengan latar belakang dan pendidikannya, beliau seorang yang gemar mencari bukti secara saintifik dan logik. Pada masa yang sama,beliau beranggapan bahawa kitab al-Quran hanyalah sebuah kitab kuno yang hanya mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja. Tidak cukup dengan itu, beliau mengkaji al-quran dengan untuk menjadikannya sebagai senjata untuk melemahkan umat islam dengan mencari kesalahan dalam al-quran.Ini kerana beliau berpegang dengan prinsip saintifik yang mana perlunya untuk mencari kesalahan dalam teori sehingga ianya terbukti benar

Setelah kajian demi kajian dilakukan,nyata lebih banyak kebenaran yang tersingkap malahan tiada satu pun kesalahan yang beliau temui. Hal ini secara tidak lansung memenuhi kehendak gaya dan cara pemikiran beliau sebagai pakar matematik yang meletakkan prinsip logik dan saintifik sebagai penanda aras dalam menilai dan mengkaji sesuatu.Beliau juga turut terkesan dengan ayat 82 surah An-nisa yang mana kata beliau Tidak ada penulis di dunia ini memiliki keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa hal itu tiada langsung kesalahan.Namun al-Quran, sebaliknya. Ia memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba mencari waima satu kesilapan. Yang pastinya, anda tidak akan menemui apa pun.

Firman Allah S.W.T: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak didalamnya. (An-Nisa, Ayat 82) Kemudian, beliau bertemu pula dengan surah al-Anbiya ayat 30, yang mana beliau mendapati bahawa ayat ini sama dengan kajian saintifik yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1973 iaitu kajian tentang teori Big Bang. Selepas memeluk islam, beliau mula melakukan kajian secara ilmiah dan menerbitkan buku. Antara buku beliau yang mendapat sambutan dan sering dijadikan rujukan oleh segenap lapisan masyarakat ialah The Amazing Quran

12

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Antara kupasan beliu yang menarik dalam The Amazing Quran beliau cuba membuktikan bahawa al-quran bukanlah karangan manusia yang mana beliau hanya menyatakan sepotong ayat yang bermaksud : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (An-Nahl :98)

Tujuan beliau adalah untuk menyangkal dakwaan sesetengah golongan athies dan mereka yang meragui alquran dengan mengatakan ianya kitab yang dikarang Muhammad dengan bantuan syaitan.Persoalan yang cuba ditimbulkan Miller adakah ini caranya syaitan menulis sesebuah kitab?Bagaimana syaitan yang didakwa mereka mengarang kitab kemudiannya memberitahu supaya meminta kepada Tuhan untuk

perlindungan dari syaitan sebelum membaca Al Quran? Bagi Miller,ayat ini mempunyai jawapan yang cukup logik untuk menangkis dakwaan karut golongan tersebut.

Kesimpulannya, Dr.Miller Gary sedaya upaya memanfaatkan ilmu matematik dan teologi serta kebolehan yang dikurniakan kepada beliau untuk terus mengkaji dan menyingkap mukjizat yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, Gary Miller kini giat melakukan kerja-kerja dakwah

,pembentangan kertas kerja selain memberi kefahaman islam kepada orang ramai.

13

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

2.3.

Prof. Dr. Tejatat Tejasen

Ketua Jurusan Anatomi di Universiti Chiang Mai, Thailand yang juga bekas Dekan Fakulti Perubatan di Universiti yang sama merupakan seorang pakar dalam bidang anatomi. Kisah perjalanan Tejasen sebagai seorang islam bermula ketika berlansungnya Persidangan Perubatan ke-5 yang diadakan di Riyadh, Saudi Arabia.

Ketika persidangan tersebut, beliau telah diajukan soalan dan diajukan beberapa dalil dari al-quran dan sunnah oleh ilmuan islam yang berkaitan dengan perkembangan embrio.Oleh kerana beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang anatomi maka

diberikan alasan kepada ilmuan islam tersebut bahawa mereka juga mempunyai kitab dalam agama Buddha yang menerangkan gambaran fasa perkembangan embrio yang sangat tepat.

Setelah kajian dilakukan beliau antaranya dengan merujuk kitab suci bagi agam Buddha, iaitu kitab Tipiaka.Namun, beliau gagal menemui sebarang fakta atau hujah yang dapat menyokong beliau. Jesteru,setahun kemudian ketika beliau berkunjung ke Universiti King Abdul Aziz atas urusan tugas,beliau telah membuat permohonan maaf . Tejasan kemudiannya diberikan buku yang ditulis oleh Profesor Keith Moore tentang persamaan antara embriologi moden dibandingkan dengan apa yang tertulis di dalam alQuran dan Sunnah.

Beliau memulakan penelitian dan kajian dengan dengan berpandukan buku hasil karya professor dari Kanada tersebut yang mana disifatkan oleh beliau sebagai seorang saintis dan ilmuan yang terkenal dalam bidangnya. Professor Moore juga antara tokoh saintis yang turut diminanti beliau. 14

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Sepanjang kajian beliau

terhadap buku tulisan Prof Moore beliau telah

menemukan suatu fakta yang sangat luar biasa yang berkaitan dengan dermatologi iaitu tentang sifat-sifat kulit sebagai salah satu alat deria. Penemuan ini bukan sahaja menjelaskan kepentingan kulit dan urat saraf dari sudut sains tetapi ia juga menjelaskan dengan lebih mendalam mengapa Allah mengenakan azab dengan membakar golongan kuffar dan golongan yang ingkar di akhirat kelak.

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila keseluruhan kulit manusia terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Hal ini akan menyebabkan manusia tidak akan merasa sakit lagi selepas itu .Persoalannya, adakah manusia tidak akan merasa sakit apabila dibakar dalam api neraka kelak dan adakah sakit itu hanya pada pertama kali dibakar ? Jawapannya ada pada surah ke 4 iaitu surah an-Nisa , ayat ke 56 yang bermaksud : Bahawasanya orang-orang yang kafir akan ayat-ayat Kami itu akan dilemparkan ke dalam neraka . Tiap-tiap hangus kulit mereka terbakar, maka ditukarkan dengan kulit yang baru, supaya dirasakannya seksa dengan amat sangat. Sesungguhnya Allah Perkasa lagi Bijaksana Terdapat dua fakta penting pada ayat ini. Pertama,ayat ini menjelaskan tentang sifat kulit sepertimana yang diakui oleh saintis. Ini bermakna, apa yang saintis temui tentang dengan sifat kulit adalah benar. Jelas,ayat ini membenarkan apa yang mereka temui dan membuktikan bahawa al-quran bukanlah karangan manusia. Ini diakui sendiri oleh Profesor Tejasen sebelum beliau memeluk islam.Beliau bingung dan tertanya-tanya tentang dari manakah sumber Nabi Muhammad menerima ayat-ayat itu. Sedang baginda seorang yang tidak boleh membaca mahupun menulis.

15

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Kedua,ayat tersebut menjelaskan rasional mengapa api neraka dijadikan sebagai hukuman terhadap manusia yang ingkar. Gambaran daripada ayat surah anNisa tersebut menggambarkan betapa pedihnya azab yang bakal diterima bagi mereka yang ingkar. Sebagai contoh, jika kulit kita terluka, melecet,tersiat,terkena air panas sedikit pun sudah terasa pedihnya. Atau mungkin terbakar meliputi keseluruhan

badan,sudah pasti kita merasa sakit teramat menahan penderitaan. Kerana itulah, jika meneliti kembali firman Allah Taala tersebut jelaslah bahawa penyeksaan manusia terhadap kulitnya sendiri itu amat azab sekali. Apatah lagi kulit yang terbakar akan sentiasa digantikan dengan kulit yang baru lalu dibakar kembali begitulah seterusnya. Oleh kerana, penemuan ini dalam lingkungan skop kepakaran beliau, maka Tejasen bersetuju dengan teori dan dalil ini setelah melakukan perbincangan bersama ilmuan islam di Negara timur tengah. Beliau kemudian kembali ke negaranya di mana dia telah menyampaikan tentang penemuan baru tersebut dalam seminar-seminar tempatan mahupun antarabangsa. Ketika Persidangan Perubatan ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen mengikuti siri seminar tentang tanda-tanda perubatan dalam al-Quran dan Sunnah. Profesor Tejasen menghabiskan masa selama empat hari bersama muslim dan bukan Islam di dalam seminar, membingcangkan tentang kandungan al-Quran dan Sunnah. Pada persidangan ini juga, beliau berkesempatan menuntut ilmu dengan Syeikh Abdul Majid az-Zindani3.

Pengasas Badan 'Ijaz Ilmu Sains Al Quran dan Hadis. Beliau juga merupakan pengasas Universiti Iman Yaman, Presiden Majlis Syura Perhimpunan Islah Yaman dan salah seorang pengasas Ikhwanul Muslimin Yaman.Hasil kajian yang dilakukan terutama dalam bidang sains telah mendapat perhatian dan beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Oum Darman, Sudan

16

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Berdasarkan penelitian dan apa yang beliau pelajari

dalam persidangan

tersebut, beliau meyakini bahawa apa yang telah terkandung di dalam al-Quran adalah benar. Tambahan pula Nabi Muhammad seorang tidak boleh membaca mahupun menulis, sudah pastinya Muhammad seorang utusan yang menyebarkan kebenaran yang diturunkan kepadanya sebagai seorang yang dipilih oleh Sang Pencipta. Pencipta ini pasti Allah atau Tuhan. Selepas Persidangan Perubatan ke-8 berakhir, Professor Dr. Tejatat Tejasen secara rasminya bergelar seorang muslim. Beliau tidak hanya belajar dari pengetahuan ilmiah selama persidangan itu berlangsung, tetapi ini juga memebri kesempatan yang bagus kepada beliau untuk bertemu dengan beberapa ilmuwan baru. Bagi beliau saat yang paling berharga sepanjang persidangan tersebut adalah ketika mana beliau mengucapkan kalimat syahadat.

17

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

2.4 Prof. Dr. Maurice Bucaille (Dr. Yahya Maurice Bucaille)

Maurice Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-LEveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat beliau antaranya Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Nama Bucaille terkenal dengan buku The Bible , The Al-Quran and Science yang diterbitkan pada 1976 .Dalam buku tersebut,Bucaille menegaskan bahawa alQuran tidak mengandungi kenyataan yang bercanggah dengan fakta-fakta saintifik . Beliau menyatakan bahawa dalam Islam , sains dan agama telah diibaratkan sebagai " adik-beradik kembar " . Menurut Bucaille , terdapat banyak kesilapan sains dalam Al kitab(Bible) manakala tidak ada satu pun yang ditemui dalam al-quran. Atas dasar inilah Bucaille membuat kesimpulan bahawa al-Quran adalah kata-kata daripada Allah. Segalanya bermula pada pertengahan tahun 1975, Perancis di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand telah menawarkan dana kepada kerajaan mesir untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II.Firaun tersebut antara yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.Mesir menerima tawaran tersebut dan

membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

18

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Ketibaan mumia tersebut di perancis disambut dengan pesta.Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.Mumia itu kemudiannya diletakkan di satu ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Laporan kajian kemudiannya diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. Hasil kajian keatas mumia tersebut nyata memberi keputusan yang sangat mengejutkan Bucaille kerana mumia yang diperiksa tersebut menunjukkan tanda-tanda bahawa firaun tersebut sememangnya mati di dasar laut. Namun seorang rakan beliau memberitahu bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.Beliau dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa kerana umat Islam telah lama berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini.Namun Dr. Bucaille tetap berkeras kerana kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih. Tidak lama selepas itu,beliau dimaklumkan tentang kisah Firaun yang tenggelam dan kemudian diselamatkan mayatnya sudahpun tercatat dalam al-quran.Hal ini menyebabkan Bucaille menjadi serba salah dan bingung.Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.Pelbagai persoalan mula membenak di fikiran beliau .Yang paling menghairankan beliau adalah bagaimana nabi Muhammad s.a.w mengetahui hal sejarah tersebut kerana kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan.

19

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Berdasarkan penelitian terhadap kitab bible,apa yang beliau temui hanya kisah Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.Begitu juga dengan kitab perjanjian lama .Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.Ini menjadikan beliau semakin

kebingungan.Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Ketika pertemuan dan perbincangan antara mereka berlansung,salah seorang daripada mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92). Ayat ini benar-benar menyentuh hati Dr. Bucaille. Sebagai manusia yang dikurniakan kefahaman dan akal yang sihat serta waras,beliau mengakui akan kebenaran ayat tersebut. Bagi Bucaille,ayat tersebut umpama satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan alQuran ini.Pengislaman beliau idak terhenti disitu.Sekembalinya Bucaille ke

Perancis,beliau memanfaat setiap isi yang terkandung dalam al-Quran dengan melakukan kajian susulan yang mana bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada beliau sendiri bahkan kepda seluruh umat manusia.

20

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

3.0 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN HADIS MAUDHU

Definisi Hadith Maudhu: Secara umumnya,definisi hadis maudhu dapat dipecahkan kepada tiga sebagaimana yang berikut:

Dari Sudut Bahasa Arab: Hadith Maudhu dari sudut bahasa Arab ialah: Hadith ialah perkara baru atau percakapan. Maudhu ialah sesuatu yang diletakkan atau ditinggalkan atau direka.[3]

Dari Sudut Ilmu Hadith: Hadith Maudhu dari sudut definisi ilmu Hadith ialah: Apa sahaja yang disandarkan secara rekaan dan bohong kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda berkata, membuat atau memperakuinya.

21

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Hukum Periwayatan Hadith Maudhu:

Nabi bersabda: "Barangsiapa berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaknya ia bersia-siap menempati tempatnya dineraka. Hadis diatas jelas menunjukkan ancaman bagi mereka yang mencipta,meriwayatkan atau menyebarkan hadis palsu.Terdapat beberapa kategori berkaitan hukum

meriwayatkan hadis palsu.

a) Secara Sengaja: Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadith maudhu adalah haram berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w. : [ ] Maksudnya : Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.4

b) Secara Tidak Sengaja: Orang yang melakukan perkara ini iaitu meriwayatkan hadith maudhu secara tidak sengaja pula, dia dimaafkan dan tidak mendapat apa-apa dosa berdasarkan hadith Nabi s.a.w. : [ ] Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang dilakukan umatku kerana tersilap, terlupa atau dipaksa.5 c) Secara Jahil atau Sambil Lewa:

4 5

Al-Bukhari, Kitab al-Adab, No. 6197. Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Thalaq, Bab Thalaq al-mukrah wa al-nasi, No. 2033. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah No. 1675.

22

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Orang yang meriwayatkan hadith maudhu secara jahil atau sambil lewa pula, dia tidak dimaafkan dan tetap akan mendapat dosa menyebarkan hadith maudhu walaupun dosa ini tidaklah sama seperti dosa orang yang mengetahui tentang kepalsuan hadith itu. Ini berdasarkan beberapa dalil seperti berikut: 1Firman Allah Taala (Surah al-Isra :36) :

Maksudnya : Dan janganlah engkau ikut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya. 2Hadith :

Maksudnya : Sesiapa yang meriwayatkan hadith daripadaku sedang ianya diketahui sebagai tipu, dia dikira salah seorang daripada golongan penipu.6 3Hadith :

Maksudnya : Para qadhi terbahagi tiga; satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Lelaki yang di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Lelaki yang mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam hukum, dia dalam neraka. Lelaki yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia dalam neraka.7

6 7

Sahih Muslim, al-Muqaddimah. Sunan Abu Daud, Kitab al-Aqdiyah, Bab fi al-Qadi Yukhti, No. 3573. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 3573

23

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

Punca Kemunculan Hadith Maudhu : Punca kemunculan hadith maudhu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut : a. Fanatik kepada individu yang lebih layak menjadi pemimpin iaitu dari sudut

siyasah. Disebabkan fanatik, ada golongan yang memalsukan hadith untuk pemimpin mereka. Perbuatan ini merangkumi semua kumpulan khususnya Syiah, Nasibah dan Sunnah yang jahil. b. Fanatik kepada Aqidah.

Disebabkan kekurangan ilmu tentang hadith dan kekurangan dalil dalam menetapkan sesuatu pegangan dan kepercayaan, ada di kalangan kumpulan-kumpulan Aqidah yang telah memalsukan hadith untuk memenangkan diri mereka. c. Fanatik kepada Mazhab Fiqh.

Kepelbagaian dalam pendapat fiqh yang sepatutnya dapat ditoleransikan telah menimbulkan pergaduhan sengit dalam umat Islam. Ada di kalangan mereka yang tidak segan silu memalsukan hadith untuk mengangkat imam dan pendapat mereka. d. Fanatik kepada bangsa, bahasa dan negara.

Dasar utama kepelbagaian bangsa dan bahasa adalah untuk saling kenal mengenali. Akan tetapi sesetengah manusia telah terseleweng lalu menyangka bangsa, bahasa dan negara mereka adalah yang termulia. Ada di kalangan mereka yang mereka cipta hadith untuk tujuan ini.

24

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

e. Mengharap habuan dunia: i. Mendekatkan diri kepada pemerintah.

Apabila berada di hadapan pemerintah ada di kalangan individu yang memalsukan hadith untuk mendapat keredhaan pemerintah tersebut. ii. Pencerita.

Di dalam menyampai sesuatu peringatan ada di kalangan individu yang membawa cerita-cerita pelik untuk menarik perhatian para pendengar lalu dengan itu mereka dapat habuan yang lebih. Contoh : Kisah Nabi Ayyub a.s., antaranya ulat keluar dari badannya dan baunya dapat dicium dari jauh... iii. Ingin masyhur.

Ada juga di kalangan penuntut hadith yang ingin dikenali lalu mereka cipta hadith yang gharib dari sudut sanad dan matannya supaya dikenali dengan lebihan ilmu.

f) Tazkirah (targhib / memberi galakan dan tarhib / memberi ancaman) : i. Ada di kalangan orang-orang salih yang kurang ilmu merasa kurang senang

melihat kebanyakan manusia bergelumang dengan maksiat. Untuk mengatasi masalah ini mereka mereka cipta hadith-hadith yang memberi galakan agar manusia kembali kepada Allah Taala dan yang memberi ancaman agar manusia meninggalkan maksiat. Contoh : Hadith fadhilat al-Quran surah demi surah yang direka oleh Nuh bin Abi Maryam; hadith fadhilat solat malam Ashura dan siangnya, solat malam pertama bulan Rejab, solat malam Nisf Shaban...

25

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

4.0 KESAN HADIS MAUDU TERHADAP MASYARAKAT ISLAM: Kemunculan hadith maudhu di alam ini semestinya meninggalkan kesan terhadap manusia sejagat. Yang pasti, kesannya akan kembali kepada umat islam

sendiri.Jesteru,sikap berhati-hati perlu sentiasa ada dalam diri seorang individu muslim . Kesan hadis maudhu adalah seperti yangb berikut: 1Merosakkan aqidah umat Islam.

Hadith Maudhu yang berkaitan dengan aqidah pastinya akan merosakkan aqidah umat Islam. Dengan membaca atau mendengar hadith-hadith maudhu dalam bidang ini, pastinya pendengar yang tidak peka terhadap kepalsuannya akan terpedaya lalu mempercayai sedikit-sebanyak isi kandungan hadith tersebut. Dengan ini

kepercayaannya atau aqidahnya akan terseleweng sedikit demi sedikit. Tanpa disedari pendengar akan muncul dengan satu bentuk aqidah dalam dirinya yang menyalahi ajaran sebenar Islam.Fahaman syiah yang kian menular antara contoh yang paling dekat untuk diambil sebagai pengajaran.

2-

Merosakkan amalan syariah umat Islam.

Berkenaan amalan syariat pula, hadith maudhu juga memberi kesan buruk yang tidak kurang hebatnya. Amalan-amalan dalam agama Islam yang pada asalnya begitu mudah untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja, akhirnya bertukar menjadi satu amalan yang ditakuti oleh penganutnya sendiri. Perselisihan dalam mazhab dan kekerasan dalam hukum menyebabkan amalan syariah atau fiqh umat Islam lari jauh dari ajaran asal Nabi Muhammad s.a.w..

3-

Merosakkan akhlak umat Islam.

Di dalam akhlak pula, hadith-hadith maudhu berkenaan bangsa, bahasa dan negara pastinya meniggalkan impak besar dalam pendengar yang mempercayai hadith-hadith maudhu berkenaan. Dengan ini timbullah rasa tinggi diri yang dicela oleh agama. Ukhuwwah Islamiyyah dipinggirkan akibat dari gejala hadith maudhu itu.

26

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

4-

Merosakkan pendirian umat Islam.

Berhadapan dengan janji pahala yang lumayan di samping amalan yang ringkas boleh menimbulkan perasaan berpada-pada di kalangan umat Islam. Akibatnya pendirian dan pegangan umat Islam akan menjadi lemah. Amalan yang murni mungkin ditinggalkan kerana terdapat amalan lain yang lebih berbaloi dan menguntungkan. Di penghujung jalan wujudlah umat yang tidak tegas dan tidak bersemangat mengamalkan ajaran Islam. Contohnya seperti fadilat palsu berkenaan solat terawih yang sering dicanang ketika tibanya bulan ramadhan.

5-

Mengabaikan hadith sahih.

Satu perkara lain yang pasti muncul akibat penyebaran hadith maudhu ialah pengabaian hadith maqbul / sahih. Secara otomatik sekiranya ditekankan hadith maudhu dalam sesuatu majlis, hadith sahih akan tersisih dan tidak mendapat tempat yang sepatutnya. Akhirnya orang ramai akan senang apabila mendengar hadith maudhu dan merasa janggal apabila mendengar hadith sahih. Ini adalah di antara musibah yang terbesar dalam perbincangan ini.Sedang hadis sahih sudah cukup untuk menjadi panduan tetapi ramai masyarakat khususnya di Malaysia gemar mendengar dan menyebarkan hadis palsu tanpa sebarang usul periksa.

27

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

5.0 PENYELESAIAN TERHADAP FENOMENA HADIS MAUDU Terdapat pelbagai jenis bentuk atau jalan penyelesaian yang yang boleh diambil untuk mengekang fenomena hadis palsu dalam masyarakat. Meskipun tidak secara

menyeluruh namun setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan keburukan akibat penyebaran hadith-hadith maudhu di dalam masyarakat Islam khususnya dan di dalam masyarakat bukan Islam umumnya. Di antaranya ialah seperti berikut:

1. Pemantapan Ilmu-ilmu Hadith: Penyelesaian bagi kemelut penyebaran hadith palsu tidak lain tidak bukan hanyalah dengan memantapkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Hadith Rasulullah s.a.w. Ilmuilmu amat luas sekiranya dilihat dari satu aspek, seperti ilmu Bahasa Arab yang merangkumi Nahu, Saraf dan sebagainya; ilmu Ushul al-Fiqh yang antara lainnya memastikan kefahaman sahih terhadap sesuatu hadith yang sahih; serta ilmu-ilmu lain. Akan tetapi yang ingin disentuh di dalam perbincangan ini ialah ilmu-ilmu Hadith yang paling asas, yang mampu dimiliki dan boleh dilaksanakan oleh semua. Ilmu-ilmu yang dimaksudkan ini ialah seperti berikut:

2. Kempen celik Hadith: Amatlah baik sekiranya dapat diadakan kempen secara berterusan atau berkala di semua institusi pengajian tinggi. Buat permulaan, penekanan harus diberikan kepada kepentingan hadith dan kedudukannya dalam perundangan Islam secara menyeluruh. Di samping penekanan kepada fungsi hadith dalam membuahkan kefahaman yang tepat berkenaan agama Islam dari semua sudut baik Aqidah, Syariah, Manhaj dan juga Akhlak. Peserta yang mendengar penerangan peringkat ini wajar pulang dengan pegangan jitu bahawa tanpa hadith tiada gunanya al-Quran, tanpa hadith semua orang dapat mempermainkan al-Quran

28

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

3.

Bertanya Kepada Penceramah Tentang Hadith Yang Disampaikan:

Di samping itu, orang awam yang mendengar sesuatu hadith yang disampaikan oleh seseorang penceramah juga hendaklah memberanikan diri untuk bertanya kepada penceramah berkenaan dengan kesahihan hadith yang disampaikannya. Usaha ini akan membuatkan penceramah lebih berhati-hati pada masa akan datang apabila ingin membawa dalil khususnya hadith-hadith Nabi s.a.w. Secara tidak langsung penanya telah membantu memurnikan hadith Nabi s.a.w. Akan tetapi perlulah ditekankan bahawa bertanya itu ada adab-adabnya. Eloklah sekiranya ditanya dengan cara yang baik dan bukannya dengan lafaz-lafaz yang menjatuhkan maruah dan kewibawaan penceramah. Sekiranya penceramah mengatakan hadith itu sahih, hendaklah dia menerima jawapan itu. Kalau dia masih rasa sangsi, maka dia boleh kembali ke langkah pertama iaitu bertanya kepada orang yang lebih pakar dalam hadith.

4.

Merujuk Kepada Ilmuan Dalam Bidang Hadith Tentang Hadith Yang Dijumpai:

Ini antara senario yang sering terjadi pada zaman serba canggih ini. Kewujudan media social,laman-laman blog memudahkan kita untuk berkongsi apa sahaja kepada manusia seantero dunia. Laman social Facebook misalnya sering menjadi tempat berlakunya penyebaran hadis palsu.Yang membimbangkan ialah, mereka yang menjadi agen penyebar segelintirnya bukanlah ahli dalam bidang hadis.Oleh yang demikian,sekiranya pelajar dan ilmuan itu bukan dalam pengkhususan hadith, maka di sini hendakah dia merujuk kepada ahli dalam bidang hadith untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu hadith yang dijumpainya.

29

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

RUJUKAN

Abidin, D. Z. (2008). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Selangor,Malaysia: PTS Millenia Sdn. Bhd. Abidin, D. Z. (2011). Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden. Selangor,Malaysia: PTS Millenia Sdn. Bhd. Bucaille, M. (2002). Bible, the Qu'ran and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Darulfikr. Malaysia, U. (2008, 5 12). Retrieved September 21, 2013, from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/ Miller, G. (2006). The Amazing Quran. Abul-Qasim Publishing House Othman, F. B. (2013, 6 6). Retrieved September 20, 2013, from Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman: http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/

30

PQE 3102

[ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]

31

You might also like