orang lain. Secara umumnya moral mementingkan hubungan sesama manusiaserta berdasarkan sentimen masyarakat setempat. Ia sentiasa berubah-rubahmengikut adat dan kehendak sesebuah masyarakat tersebut.Contohnya jika dalam sesebuah masyarakat itu menganggap bahawa arak itu adalah baik bagi tujuan memanaskan badan di negara-negara sejuk dan pengambilannya tidak salah maka ia dianggap perbuatan yang bermoral. Oleh itunyatalah matlamat moral hanya kepada manusia semata-mata.2.5Pelajar remajaRata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawamaksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi,zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alamkanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan(Mahmood 1990).Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976).Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yangamat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zamaninilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga- 3 -
Leave a Comment