You are on page 1of 18

EDU 3108

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Nordin Tahir JIP, IPG Kampus Ipoh

TAJUK 7
STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN

8/18/2011

Nordin Tahir

Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia


http://www.moe.gov.my/?id=143&lang=my

8/18/2011

Nordin Tahir

Struktur Organisasi Sekolah Rendah

8/18/2011

Nordin Tahir

Struktur Organisasi Sekolah Menengah

8/18/2011

Nordin Tahir

Tugas & Tanggungjawab Guru


1. Tugas & Tanggungjawab Sebagai Guru Kelas (Pengurus Bilik Darjah & Pembelajaran) 2. Pengamal Ilmu Pengetahuan & Kemahiran 3. Pengamal Reflektif 4. Pendidik & Pembentuk Tingkah Laku 5. Penerap Nilai 6. Pakar Rujuk 7. Pembimbing/Mentor 8. Penyelidik 9. Agen Sosiologi 10. Agen Perubahan 11. Pembina Negara Bangsa
8/18/2011 Nordin Tahir 6

Tugas & Tanggungjawab Guru


Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas: 1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah. 2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar. 3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah. 4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
8/18/2011 Nordin Tahir 7

Tugas & Tanggungjawab Guru


Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas: 5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu. 6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar. 7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
8/18/2011 Nordin Tahir 8

Tugas & Tanggungjawab Guru


Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas: 8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah. 9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain. 10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan. 11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis. 12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
8/18/2011 Nordin Tahir 9

Tugas & Tanggungjawab Guru


Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas: 13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain. 15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar. 16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan.
8/18/2011 Nordin Tahir 10

Tugas & Tanggungjawab Guru


Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas: 17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet. 18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa. 21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalahmakalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.
8/18/2011 Nordin Tahir 11

Jangkaan Guru Terhadap Murid


Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah sebagai suatu bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal ini, ia berkait rapat dengan ramalan atau jangkaan guru terhadap prestasi pelajar dalam bidang akademik di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) juga, guru bermaksud pembimbing atau pendidik yang menyampaikan ilmu. Dalam konteks ini, guru sentiasa bersedia merancang unit-unit pengajaran, memotivasikan serta menilai pelajar dari semasa ke semasa.

8/18/2011

Nordin Tahir

12

Jangkaan Guru Terhadap Murid


Kajian tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967) tentang kebolehan pelajar membaca di sekolah USA dan tersiar dalam Elementary School Journal yang bertajuk ' what teacher believe-what children achive'. Mengikut pendapat beliau, pelajar lelaki yang belajar dengan guru yang menjangkakan pencapaian sama dengan pelajar perempuan maka menunjukkan ada berlaku peningkatan. Sebaliknya kalau guru tidak meramalkan pelajar lelaki adalah sama atau lemah dengan perempuan maka pencapaian pelajar lelaki dalam sesuatu ujian tidak akan meningkat. Sementara itu, mengikut Leigh (1977), pelajar mungkin tidak percaya terhadap jangkaan negatif yang dibuat oleh guru dan mereka boleh mengubahkan tingkah lakunya ke arah pencapaian yang lebih baik.
8/18/2011 Nordin Tahir 13

Jangkaan Guru Terhadap Murid


Mengikut pendapat Dor-Bremme (1991), sudah menjadi kelaziman kepada guru-guru apabila mereka melihat pencapaian murid-murid dalam pendidikan adalah lemah maka dengan mudah pelajar dilabelkan sebagai lemah dan tidak ada harapan boleh maju. Menurut kajian Nash di sekolah rendah dan menengah di Scotland mendapati bahawa tingkah laku murid berdasarkan jangkaan guru. Sebagai contoh kalau guru menjangka pelajar adalah baik maka tingkah laku murid akan menunjukkan kebaikan walaupun mereka berada di mana-mana pun, dan pendapatnya lagi bahawa pelajar menunjukkan tingkah laku yang tidak baik oleh sebab guru tidak menaruh harapan yang mereka adalah berkelakuan baik.

8/18/2011

Nordin Tahir

14

Jangkaan Guru Terhadap Murid


Jangkaan guru terhadap prestasi seseorang pelajar perlu positif kerana dalam hal ini pelajar yang lemah akan terus menjadi mangsa dan merasa terpinggir. Mereka bukan sahaja diajar oleh guru-guru yang kurang pandai tetapi juga guru-guru yang berkenaan tidak akan menjangkakan mereka akan menjadi pelajar yang pandai. Akibatnya kemajuan mereka sukar untuk meningkat dan kemungkinan besar jika pada masa Tingkatan Satu sekumpulan pelajar diletakkan di kelas yang tercorot maka begitulah nasib mereka sehingga sampai ke Tingkatan Tiga.

8/18/2011

Nordin Tahir

15

Jangkaan Guru Terhadap Murid


Begitu juga jangkaan guru kepada seseorang pelajar menjelang peperiksaan adalah berbeza di mana guru tidak mengharapkan sangat kepada pelajar yang lemah untuk mendapat keputusan yang baik. Dengan ini pelajar yang lemah merasa tidak yakin oleh sebab tidak adanya rangsangan dari gurunya sendiri. Sedangkan pelajar yang terpilih ke kelas yang bijak, jangkaan guru terhadap mereka adalah lebih tinggi dan bersifat positif.

8/18/2011

Nordin Tahir

16

Tutorial
Kaji struktur organisasi KPM/sekolah. Pilih salah satu Unit/ Bahagian dalam organisasi tersebut. Apakah jangkaan anda tentang fungsi dan peranan unit/ bahagian tersebut. Bagaimana unit/ bahagian ini dapat menyokong perkembangan anda sebagai guru sekolah? Pengalaman internship dan hubungkaitnya dengan topik-topik dalam kursus ini.

8/18/2011

Nordin Tahir

17

Rujukan
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Perak: Quantum Books. Ee Ah Meng. 1994. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Haji Zainal Abidin Safarwan. 1994. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Dan Pendidikan. Selangor: Thinker's Library Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar. 1994. Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Olive Banks.1987. Sosiologi Pendidikan (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. Ampang / Ulu Kelang, Selangor: DBP. Saedah Siraj, Zainun Ishak dan Tunku Mohani Tunku Mokhtar. 1996. Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan ;Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alssagoff . 1987. Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. T. Marimuthu. 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

8/18/2011

Nordin Tahir

18

You might also like