You are on page 1of 20

.::Maklumat Ikan Hiasan::. IKAN HIASAN http://projek-ikan-hiasan.blogspot.com/p/maklumat-ikan-hiasan.

html

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

Jenis-jenis ikan hiasan

a.Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Memilih bekas (akuarium).

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) jenis ikan hiasan bilangan ikan hiasan saiz ikan hiasan saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut :

Alternanthera spp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

Langkah-langkah menyediakan akuarium

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah- langkah berikut perlu di ikuti ;

bersihkan bekas terlebih dahulu pasangkan penapis masukkan pasir masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas masukkan aksesori yang dikehendaki masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada ) masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam masukkan ikan hiasan .

Pengurusan akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air-Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

1.0 Pengenalan http://roundbeauty.blogspot.com/

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

1.1 KEPENTINGAN IKAN HIASAN Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju sepertipembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan. 1.2 BAHAGIAN IKAN

Bahagian ikan. Sirip Membantu ikan bergerak 2. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor, sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik. 3. Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus. 4. Sirip berpasangan berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan mengapungkan diri.
1.

Sisik
1.

2.

Meliputi keseluruhan badan . Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .

Garis Lateral 1. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. 2. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain . 3. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .

Insang
1.

2.

Menyenaraikan spesis ikan hiasan. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan.

1.3 MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenalisebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperticengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar,dan ikan Arowana. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan

akuatik.Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb. Ikan omnivor Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya

telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

1.4

JENIS-JENIS

IKAN

HIASAN

Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Spesis Ikan Hiasan


View more presentations or Upload your own.

1.5 MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca ataukolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman.

Memeliharaikan hiasan dapat memberi ketenangan dan boleh menghayati alam akuatik semula jadi.

1.6 MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut:

Warna sisik badan dan sirip yang menarik.


Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat. Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif.

Manja dan dapat mengenali tuannya.

Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

1.7

Memilih

ikan

hiasan

untuk

dipelihara.

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikanhiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuariumakan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalamakuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasanjuga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman ataukawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut:

Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.

Jenis yang telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan. Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain. Tahan terhadap perubahan mutu air. Tahan terhadap serangan penyakit.

Posted by aCeDa at 01:49 2 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

2.0 Penyediaan Bekas


2.1 MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahanbahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut: Alternanthera spp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp.

Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI 1) PEMILIHAN BEKAS Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan). Jenis ikan hiasan. Bilangan ikan hiasan. Saiz ikan hiasan. Saiz akuarium. Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakansaiz yang lebih besar.

contoh bekas/akuarium

2) MEMILIH AKSESORI penyediaan aksesori adalah seperti berikut:

rak

akuarium

lampu

tumbuhan akuatik

filter

pam

kayu

termometer

2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM Langkah 1 Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah diatas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.

Langkah 2 Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.

Langkah 3 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4 Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5 Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.

Langkah 6 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.

Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.

Di bawah ialah video cara-cara untuk menyediakan dan menghias akuarium.

2.4 MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

Langkah 1 letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20 - 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium dengan air didalam plastik beg.

Langkah 2 buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium.

Langkah 3 setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut. Posted by aCeDa at 01:41 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

3.0 Pengurusan
3.1 MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau Loach. Makanan ikan hiasan di dalam akuarium Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang pelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan ikan yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan. 1) Makanan hidup Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan 2) Makanan basah Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm 3) Makanan rumusan Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang membuat makanan haiwan.

emping dan pelet

Untuk maklumat lanjut,KLIK DI SINI. 3.2 MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASAN Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap hidupan ikan.

3.3 MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM 1) pH air pH air ialah kemasaman air. Diukurdari nilai 1 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan darisemasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik. 2) Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati. 3) Bahan beracun Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan

ikan . Kerana, ianya telah ditukan kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik.

3.4 MENGENAL DAN MERAWAT SIMPTOM PENYAKIT IKAN HIASAN KLIK DISINI

3.5 MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DIDALAM AKUARIUM 1) Baja baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. 2) Cahaya cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

3.6 BEKALAN KARBON DIOKSIDA Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui penafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

You might also like