You are on page 1of 14

Inang Mesra Enterprise

TEKNIK MENAMAN KACANG PENUTUP BUMI


PENANAMAN GETAH

Melindungi permukaan tanah daripada cahaya matahari dan suhu yang tinggi dan seterusnya mengekalkan kelembapan tanah Melindungi permukaan tanah daripada tamparan hujan lebat dan seterusnya mengelakkan hakisan tanah khususnya di tanah curam Menambah bahan organik melalui pereputan sisa dan seterusnya meningkatkan kesuburan tanah

Mampu mengikat zat nitrogen dari udara dan seterusnya menjimatkan pembajaan nitrogen yang diperlukan oleh pokok getah Mengurangkan jangkitan penyakit akar, mempercepatkan pereputan tunggul getah Menggalakkan pertumbuhan akar rerambut pokok getah dan pada keseluruhannya mempercepatkan pertumbuhan pokok getah

Calopogonium mucunoides Calopogonium caeruleum

Centrosema pubescens
Pueraria phaseoloides Mucuna bracteata

Sifat spesies kekacang yang berbeza sifat pertumbuhan, di syorkan tiga spesis kekacang di campur. Campuran terbaik adalah mengandungi spesies Calopogonium caeruleum cepat tumbuh dan tahan naungan

JADUAL CAMPURAN DAN KADAR BERAT

Spesies Kekacang
Calopogonium mucunoides Centrosema pubescens

2.9 kg 4.1 kg 1.8 kg 1.2 kg -

Pueraria phaseoloides
Calopogonium caeruleum

1.9 kg 1.2 kg 2.3 kg


0.7 kg 0.7 kg

Mucuna cochinchinensis

1.2 kg

JUMLAH

6.0 kg 6.0 kg 6.0 kg

Sekiranya Calopogonium caeruleum dan Pueraria phaseaoloides sahaja di dapati maka disyorkan campuran 1 kg Calopogonium caeruleum dan 5 kg Pueraria phaseaoloides

1.

Gaul semua biji di dalam baldi yang lebih besar daripada kuantiti bijinya

2. Rendam biji tersebut dengan air panas bersuhu 75 C iaitu dua bahagian air mendidih dicampur dengan satu bahagian air sejuk, selama dua jam.

3. Selepas 2 jam, buang air di dalam baldi jika ada. Gaul biji kekacang dengan kompos rhizobium pada kadar sepeket kompos ( 50g ) bagi 10 kg biji benih. Kompos boleh didapati dari LGM 4. Gaul biji kekacang itu dengan sama berat baja debu fosfat asli: misalnya 10 kg biji + 10 kg baja.

Kawasan yang bakal di tanam dengan kekacang penutup bumi mestilah berkeadaan bersih.

Kawasan Tanah Pamah

Kekacang di tanam di antara baris pokok getah jarak 5m. Tiga barisan kekacang di tanam iaitu 1.2m dari barisan getah dan 1.3m di antara barisan kekacang Di tanah berbukit di tanam di antara teres 9m. Empat baris kekacang boleh di tanam diantara dua teres.

Kawasan berbukit

2.

Membuat alur

1.

Tanda barisan yang akan di tanam menggunakan pancang dan buatkan alur sedalam 4 5 sm dengan menggunakan cangkul atau tajak

Menabur baja

2. Menabur baja di dalam alur yang disediakan

3.

Menabur biji kekacang yang telah digaul dengan kompos Rhizobium dan debu baja fosfat ke dalam alur Kambus biji kekacang dengan tanah , caranya dengan menguis tanah sambil berjalan.

Menabur benih

Mengambus benih

4.

5.

Menyembur racun herba pra cambah ke atas tanah sebaik-baik sahaja kerja menanam selesai di jalankan, semburan ini juga boleh menahan rumpai daripada tumbuh.

Menabur racun pra cambah

Menabur nitrofoska kuning

6.

Tiga minggu selepas biji kekacang cambah, di tabur baja sebatian yang sesuai seperti Nitrofoska Kuning dengan kadar 60 kg sehektar.

Meracun rumpai

1.

Mengawal rumpai terutama pada peringkat awal pertumbuhan kekacang menjalar

2. Membaja dengan secukupnya. Baja debu fosfat asli hendaklah di tabur lagi apabila pokok kekacang itu berumur 3 dan 8 bulan dengan kadar 250 kg sehektar

Membaja

Menyembur racun serangga

3. Mengawal serangga perosak jika serangan terlalu serius pada peringkat awal pertumbuhan
Kekacang yang tumbuh subur

4. Menanam Kekacang Penutup Bumi memberi kesan positif terhadap pertumbuhan pokok getah muda

1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah. 2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah 3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-pokok Getah. 4. Risalah Teknologi RRIM, Penanaman Penutup Bumi Kekacang Menjalar, Disember 1991. 5. Risalah Penanaman Kacang Penutup Bumi

You might also like