You are on page 1of 6

ISL 14 :

i. ii. Mengumpul pantun kanakkanak Menukil satu contoh syair yang sesuai digunakan dalam pengajaran murid pemulihan

Koleksi Pantun Untuk Kanak-kanak Anak rusa Nani Baru kembang ekor Apa dosa kami Lalu tidak tegur Buai laju-laju Sampai puncak sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji Burung kenek-kenek Hinggap bawah batang Apa pesan nenek Cepat-cepat pulang Pok amai-amai Belalang kupu-kupu Bertepuk adik pandai Malam nanti upah susu Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak banyak kerja Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepat adik cepat Pergi mandi cuci gigi Lompat si katak lompat Lompat di tepi pagar Sekolah lekas dapat Dan mesti rajin belajar Lompat si katak lompat Lompat di air tenang Pergi sekolah cermat Emak bapa hati senang Lompat si katak lompat Lompat di rumput muda Belajar kuat-kuat Buat ilmu hari tua Anak lembu merah Tambat di pokok asam Adik kena marah Tarik muka masam Burung Kakak Tua Hinggap di jendela Nenek sudah tua Giginya tingal dua Burung Kakak Tua Ada anak empat Nenek sudah tua Jalan pakai tongkat Burung Kakak Tua Bersarang celah batu Badan sudah tua Gigi jarang sana satu Durian atas titi Pisang dalam dulang Sukanya rasa hati Abang sudah pulang

Anak kumbang jati Suka korek tiang Senang rasa hati Emak sudah pulang Ayun anak ayun Ayun hujung serambi Bangun adik bangun Jangan tidur tinggi hari Oh bulan mana bintang?, Atas puncak kayu ara Oh tuan mana hilang? Dalam dapur atas para Buai kaduk-kaduk Kaduk naik ke rimba Panjang janggut datuk Buat tali timba Adik ke kedai membeli halia, Emak memesan membeli laksa, Jadilah insan berhati mulia, Baik hati berbudi bahasa Pergi ke kedai naik beca, Beca dinaiki bersama tamu, Rajin-rajin adik membaca, Membaca baik menambah ilmu. Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk

Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kena Jagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali Pantun Kanak-kanak mengikut tema tertentu Tema : Tolong- menolong Mari makan buah pulasan, Buat santapan di pagi hari, Tolong menolong sesama insan, Mencapai sepakat kemudian nanti. Anak berudu di balik batu, Mengelak diri dinampak helang, Ibu bapa perlu dibantu, Rajin-rajin ringankan tulang. Masak ubi di dapur arang, Suapkan pada si anak kecil, Sikap gemar menolong orang, Perlu dipupuk sedari kecil. Jangan selalu berduka nestapa, Kelak hati gundah gulana, Bersifat belas pada sesiapa, Bila dilihat dalam bencana. Jangan bermain telur tembelang, Nanti pecah di tangan saya, Bila rajin ringankan tulang, Kelak dipandang disanjung mulia. Tema : Budi Bahasa Burung serindit terbang melayang, Singgah hinggap di ranting mati, Duit ringgit dipandang orang, Jarang dipandang bahasa budi. Burung serindit terbang melayang, Singgah hinggap di ranting mati, Bukan ringgit dipandang orang, Pandangan di atas bahasa budi. Anak itik matinya lemas, Makan cempedak di Jalan Larkin, Hilanglah bahasa kerana emas, Tak nampak budi kerana miskin. Anak merak di kampung Cina, Cari makan di kepala titi, Emas perak perhiasan dunia, Budi yang baik membawa mati. Sarat perahu diletak pinang, Singgah sebentar Kuala Daik, Buat jahat akan dikenang, Inikan pula berbuat baik. Anak Cina bertimbang madat, Dari Melaka terus ke Jeli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tiodak terjual beli.

Tema : Kasih Sayang Mudik ke laut pergi bertiga, Bawa bersama raga nyonya, Kasih sayang sesama keluarga, Membawa bahagia selamanya. Bunga cempaka mawar berduri, Bawah rendangan pohon meranti, Sayangi diri hargai diri, Supaya tak susah kemudian nanti. Menenun songket kain cindai, Bermotif bunga ros berduri, Cintai guru dan sahabat handai, Agar tak hidup seorang diri. Bersiar-siar di kota Samarahan, Sambil makan buah kuini, Kasihkan alam persekitaran, Hidup akan tenang harmoni. Adik manis dipanggil mari, Saya hendak meminjam baldi, Sayangi haiwan jangan dikasari, Baru menjadi manusia berbudi. Tema : Patriotik Air selasih buah bidara, Kiriman dari nyonya Melaka, Semangat cinta akan Negara, Tanda diri berjiwa merdeka. Ke Pahang singgah Melaka, Lihat Datu menunggang gajah, Tanda diri berjiwa merdeka, Pertahankan tanahair dari penjajah. Tinggi sayup pohon meranti, Mari mengutip buah berangan, Nilai merdeka harus dihayati, Mengenangkan pahit getir perjuangan. Sarung di jari cincin suasa, Jangan celup ke dalam ragi, Usah dicemar maruah bangsa, Betapa payah dipandang tinggi. Ambil hunus keris pusaka, Pegang elok jangan dihina, Harapan pertiwi kekalkan merdeka, Jangan dikalah musuh durjana.

CONTOH SYAIR YANG SESUAI DENGAN PENGAJARAN PEMULIHAN

Tema : Sayangi Ibu Jasa ibu harus diingati, Sungguh ibu banyak berbudi, Hati ibu janganlah disakiti, Pengorbanan ibu banyak sekali. Perit letih tak pernah sudah, Besarkan kamu amatlah payah, Jangan lupa penat dan lelah, Ibu mengasuh tak pernah sudah. Ibu mengasuh tak pernah jemu, Erti penat tak pernah bertamu, Jangan derhaka pada ibu mu, Kelak menyesal di pusara ibu. Hargai ibu sepanjang masa, Doakan ibu sihat sejahtera, Gembirakan hati ibu sentiasa, Nanti hidup mu akan bahagia.

Tema: Nasihat Dengarlah rakan akan syair ku ini, Syair nasihat seikhlas hati, Menceritakan tentang hidup kita ini, Banyak cabaran harus dihadapi. Selama hidup hendaklah setia, Supaya orang sentiasa percaya, Buat baik sesama manusia, Jahat dan malas jauhkan sahaja. Bila berkawan jangan bergaduh, Tiada guna bermusuh-musuh, Jauhilah sesekali sikap angkuh, Tersisih hidup semakin keruh. Walaupun kaya jangan menghina, Kaya dan miskin sama sahaja, Yang hina jangan ditambah hina , Kerana hidup seperti roda. Penutup tirai syair ku ini, Harap semua dapat memahami , Nasihat baik tulus dan suci, Ingat selalu jangan dipinggiri.

You might also like